CYPRuS: PuLaU aPHRoDiTe (BHG I) - PRoLoG I
>> Friday, July 16, 2010
Cyprus adalah sebuah lagi negara pulau di Laut Mediterranean yang aku jejaki selepas Malta. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki di pulau yang selama ini menjadi idaman aku. Alhamdulillah. Syarikat penerbangan EasyJet telah membuat promosi harga tiket murah untuk ke Cyprus bagi penerbangan pada bulan Mei 2009. Setelah berfikir-fikir panjang, aku pun terus membeli tiket secara online untuk ke sana. Tercapai juga impian aku. Aku memilih tarikh 7 Mei 2009 untuk bertolak ke Cyprus dari London. Aku mengambil keputusan untuk ke Cyprus seorang diri memandangkan sahabat-sahabat aku yang lain masing-masing mempunyai rancangan mereka tersendiri. Lagipun, aku hendak tenangkan hati seorang diri selepas tamatnya peperiksaan ulangan.
Kita hanya merancang, tetapi Allah SWT yang berkuasa menentukan segalanya. Sehari sebelum pemergian aku ke Cyprus, keputusan peperiksaan ulangan aku yang berakhir seminggu yang lalu telah pun keluar. Daripada 4 modul yang aku ambil, cuma 2 sahaja yang lulus. Aku gagal dalam 2 lagi modul. Harapan aku untuk bergraduasi sekali lagi hancur. Jikalau aku lulus kesemua modul, sudah pasti aku akan dapat bergraduasi pada bulan Jun nanti. Apa boleh dibuat. Aku sudah mencuba sedaya upaya aku. Namun, Allah SWT yang Maha Menentukan Segala-galanya. Aku redha sahaja dengan kehendak-Nya. Mungkin ada rahmat yang terselindung di sebalik dugaan besar yang diberi. Hendak tak hendak, aku terpaksa mengulang semula peperiksaan untuk 2 modul itu pada bulan November nanti. Jikalau diikutkan hati, hendak sahaja aku membatalkan niat aku ke Cyprus. Namun, aku gagahkan juga semangat aku. Mungkin ada sesuatu yang menanti aku di sana nanti. Wallahu ‘alam.
Aku sebenarnya sudah lama juga teringin untuk menaiki Eurostar, iaitu keretapi laju bawah laut yang menghubungkan Paris & London dengan melalui Channel Tunnel yang dibina merentasi Selat Inggeris. Keretapi yang boleh mencecah kelajuan 300 km/jam itu telah memulakan perkhidmatannya sejak tahun 1994. Kini, ia adalah antara cara pengangkutan London-Paris yang paling cepat & efisyen. Ia juga sememangnya terkenal di seluruh dunia. Aku ingin mengambil kesempatan yang masih ada untuk merasai menaiki keretapi tersebut. Maka, selepas membeli tiket penerbangan EasyJet dari London ke Cyprus, aku membeli pula tiket penerbangan Aer Lingus dari Dublin ke Paris. Kemudian, untuk ke London dari Paris, aku membeli tiket Eurostar. Semuanya aku beli melalui internet. Harga tiket Eurostar agak mahal. Namun, itu sahajalah peluang yang aku ada untuk menaiki keretapi tersebut & aku tidak akan melepaskannya. Oleh itu, kesimpulannya, aku akan ke Paris terlebih dahulu dari Dublin. Dari Paris, aku akan ke London dengan menaiki Eurostar. Dan dari London, barulah aku akan terus ke Cyprus.
Peta Laluan Eurostar
Keretapi Eurostar
Aku bertolak dari Dublin ke Paris pada tarikh 6 Mei 2009 pada waktu malam. Keesokan harinya, iaitu pada tarikh 7 Mei 2009, aku bertolak ke London dari Paris. Dan pada tarikh yang sama aku tiba di London, aku bertolak terus bertolak ke Cyprus. Aku menghabiskan masa di Cyprus selama lebih kurang 4 hari. Pada tarikh 11 Mei 2009, aku pun pulang semula ke London & ke Dublin pula keesokan harinya. Di Cyprus, aku mengunjungi 3 buah bandar, iaitu Nicosia, Larnaka & Pafos. Aku bermalam di hostel-hostel yang harga-harganya agak berpatutan walaupun sedikit mahal. Untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain, aku menggunakan perkhidmatan ‘service taxi’. Bagi memudahkan ekspedisi aku, aku membawa bersama buku panduan ‘Cyprus’ terbitan Lonely Planet yang sememangnya tersangat-sangat berguna.
Cyprus adalah sebuah negara pulau yang terletak di bahagian timur Laut Mediterranean. Negara-negara yang terletak berhampiran dengannya ialah Turki di bahagian utara & Syria & Lubnan di bahagian timur. Ia adalah pulau ketiga terbesar di Laut Mediterranean selepas Sicily & Sardinia yang menjadi kepunyaan negara Itali. Cyprus adalah antara pulau-pulau di laut tersebut yang menjadi tumpuan utama pelancong. Disebabkan kedudukannya yang terletak di Laut Mediterranean, negara pulau ini mengalami iklim Mediterranean. Waktu tempatan di sini adalah 2 jam lebih awal berbanding waktu GMT.
Pulau Cyprus ini sebenarnya terbahagi kepada dua entiti politik walaupun keseluruhan pulau itu diiktiraf sebagai negara Cyprus. Bahagian selatan pulau Cyprus yang merangkumi 60% daripada saiz pulau ini dikawal oleh Republic of Cyprus, kerajaan milik orang-orang Greek yang diiktiraf oleh satu dunia. Sementara bahagian utara pulau ini yang merangkumi 40% daripada saiznya pula dikawal oleh orang-orang Turki yang dikatakan telah menceroboh masuk & menawan bahagian utara pulau ini pada tahun 1974. Mereka seterusnya menubuhkan entiti politik mereka sendiri di bahagian utara pulau ini pada tahun 1983 yang dinamakan Turkish Republic of Northern Cyprus atau singkatannya Northern Cyprus. Entiti politik itu masih wujud sehingga ke hari ini & ia hanya diiktiraf oleh negara Turki sahaja. Sehingga kini, konflik antara Republic of Cyprus milik orang-orang Greek & Northern Cyprus milik orang-orang Turki masih lagi berterusan walaupun tiada berlaku peperangan.
Kedudukan Cyprus dalam peta Eropah
Peta Perpecahan Cyprus (Republic of Cyprus & Northern Cyprus)
Bendera Cyprus (Republic of Cyprus)
Jumlah penduduk di Cyprus berjumlah 870,000 orang. 90% daripadanya tinggal di Republic of Cyprus & selebihnya tinggal di Northern Cyprus. Orang-orang Greek di sini adalah penganut kuat agama Kristian Greek Orthodox sementara orang-orang Turki pula adalah penganut agama Islam. Bahasa Greek digunakan di Republic of Cyprus, sementara di Northern Cyprus pula, Bahasa Turki digunakan. Penggunaan Bahasa Inggeris agak meluas di Republic of Cyprus. Ramai antara mereka boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan fasih. Berlainan pula dengan Northern Cyprus, penggunaan Bahasa Inggeris di sini kurang meluas & tidak ramai yang boleh bertutur dalam bahasa tersebut dengan baik.
Cyprus mengamalkan sistem pemerintahan Republik yang diketuai oleh Presiden. Namun, ianya tidak diiktiraf oleh Northern Cyprus, kerana mereka mempunyai sistem kerajaan Republik & pemerintah mereka sendiri iaitu seorang Presiden yang dibantu oleh seorang Perdana Menteri. Cyprus kini adalah sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Namun, ia hanya merangkumi Republic of Cyprus di bahagian selatan pulau itu sahaja. Matawang yang digunakan di Republic of Cyprus ialah Euro, sementara di Northern Cyprus, Turkish Lira digunakan.
Menurut lagenda penduduk tempatan, Cyprus adalah tempat kelahiran tuhan Greek yang bernama Aphrodite & juga tempat tinggal watak-watak mitos Greek yang terkenal, iaitu Cinyras, Teucer & Pygmalion. Manusia telah dipercayai mula membina penempatan di sini pada tahun 10,000 SM. Orang-orang Greek mula bertapak di pulau Cyprus sekitar tahun 1,600 SM & kemuncaknya adalah pada tahun 1,110 SM apabila hampir seluruh pulau itu dipengaruhi oleh kebudayaan Greek. Cyprus jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Assyria pada tahun 709 SM. Seterusnya, pemerintahannya diambil alih oleh kerajaan Mesir & kemudiannya oleh Empayar Parsi pada tahun 545 SM. Beberapa puluh tahun selepas itu, Cyprus berjaya dirampas oleh orang-orang Greek di bawah pimpinan Alexander the Great. Selepas kematiannya, Cyprus berada di bawah pimpinan penggantinya, iaitu Ptolemy yang mentadbir dari Alexandria, Mesir. Pengaruh kebudayaan Greek di Cyprus akhirnya tamat apabila Empayar Rom menawan pulau itu pada tahun 58 SM.
Seterusnya, Cyprus menjadi sebahagian daripada Empayar Byzantine mulai tahun 395. Ia kemudiannya jatuh di bawah pemerintahan orang-orang Arab dari tahun 649 hingga 966 sebelum ia berjaya ditawan semula oleh empayar itu. Cyprus kemudiannya ditawan oleh tentera Salib di bawah pimpinan Raja England yang bernama Richard I atau lebih dikenali sebagai Richard the Lionheart pada tahun 1191. Setahun kemudian, Cyprus dibeli oleh Guy of Lusignon, Raja Jerusalem yang telah kalah dalam Perang Hattin, iaitu perang antara Kerajaan Kristian Jerusalem & Kerajaan Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayubi. Guy of Lusignon ini kemudiannya melantik dirinya menjadi Raja Cyprus. Dinastinya hanya mampu bertahan sehingga 1489 apabila Republik Venice berjaya menawan pulau itu daripada pewaris takhta Dinasti Lusignon yang terakhir.
Sewaktu di bawah pemerintahan Republik Venice, Cyprus berulangkali diserang oleh tentera Empayar Turki Uthmaniyah. Akhirnya, pada tahun 1570, Cyprus jatuh ke bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Seterusnya, selepas berlakunya beberapa rusuhan menentang pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah, pulau itu akhirnya ditadbir oleh Empayar British. Walau bagaimanapun, kedaulatan Empayar Turki Uthmaniyah ke atasnya masih lagi kekal. Hanya selepas kekalahan empayar tersebut dalam Perang Dunia Pertamalah, Cyprus secara rasminya mula menjadi sebahagian daripada Empayar British, iaitu mulai tahun 1925. Ia kemudiannya mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1960.
Selepas mendapat kemerdekaan, penduduk-penduduk bangsa Greek di Cyprus merancang untuk bersatu dengan negara Greece bagi mengawal keseluruhan pulau itu. Rancangan ini menimbulkan kemarahan penduduk-penduduk bangsa Turki yang kemudiannya menjadi punca pencerobohan & penawanan utara pulau itu oleh tentera Turki pada tahun 1974 & seterusnya pembentukan kerajaan Turkish Republic of Northern Cyprus atau singkatannya Northern Cyprus pada tahun 1983 yang hanya diiktiraf oleh negara Turki sahaja. Sejak dari tahun 1983 itu, kedua-dua Republic of Cyprus & Northern Cyprus mengikut haluan masing-masing. Sempadan antara kedua-dua negara sepanjang 180 km itu diletakkan di bawah pengawasan United Nations & dinamakan United Nations Buffer Zone. Ia juga dikenali dengan nama Green Line.
Bersambung...
SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE

0 buah komen:
Post a Comment