Showing posts with label Lisbon. Show all posts
Showing posts with label Lisbon. Show all posts

WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XV)

>> Tuesday, May 30, 2006



Berdekatan dgn Padrão dos Descobrimentos ialah Torre de Belém yg dibina sewaktu pemerintahan Manuel I. Tower ini dibina antara tahun 1515-1521 sbg kubu pertahanan. Tower ini merupakan starting point kpd para penjelajah Portugis sewaktu zaman colonialism dahulu. Ianya jugak adalah landmark kpd sailors yg kembali ke Lisbon. Tower ini turut disenaraikan dlm UNESCO's World Heritage. Selepas bergambar di Torre de Belém, kiteorg meneruskan perjalanan ke Alfama yg merupakan sebuah quarter perumahan yg tertua di Lisbon. Ianya dulu merupakan tempat tinggal org2 kaya yg melarikan diri dari sini kerana takutkan kejadian gempa bumi yg dahsyat yg pernah berlaku di sini pd tahun 1775. Akhirnya, yg tinggal di sini hanyalah para nelayan & org2 miskin. Kini, kawasan ini merupakan lorong2 kecil yg dikelilingi oleh rumah2 lama yg masih lagi didiami oleh penduduk2 yg miskin. Kawasan ini sebenarnye berbukit-bukau. Kiteorg melalui kawasan ini dgn menaiki tram.

Torre de Belém, Lisbon, Portugal
Torre de Belém, Lisbon, Portugal


Alfama, Lisbon, Portugal
Alfama, Lisbon, Portugal


Gempa Bumi di Lisbon Pd Thn 1775
Gempa Bumi di Lisbon Pd Thn 1775


Tram di Lisbon, Portugal
Tram di Lisbon, Portugal


Pemandangan kota Lisbon dari atas Alfama, Lisbon, Portugal
Pemandangan kota Lisbon dari atas Alfama, Lisbon, Portugal

Di puncak bukit di Alfama, terdpt sebuah istana lama iaitu Castelo de São Jorge. Ianya dulu adalah kubu pertahanan yg dibina oleh org2 Islam sewaktu kegemilangan kuasa Islam di Andalusia. Namun, ianya berjaya dirampas oleh kuasa Kristian pd thn 1147 & King Alfonso Henriques menukarkannye menjadi kediaman diraja. Selepas pembinaan istana baru di Praça do Comércio oleh Manuel I pd thn 1511, Castelo de São Jorge ini digunakan sbg teater, penjara & jugak tempat penyimpanan senjata. Sewaktu kejadian gempa bumi 1775, dinding istana ini hampir runtuh kesemuanya & ianya diperbaiki semula pd tahun 1938. Dari atas istana ini, pemandangan seluruh kota Lisbon & laut boleh dilihat. Kat area istana ni terdapat banyak kedai souvenir. So, kiteorg pun belilah beberape buah souvenir kat sini. Berdekatan dgn istana ini, terletak sebuah cathedral yg bername Se Cathedral. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Alfonso Henriques pd tahun 1150 di atas tapak masjid yg telah diruntuhkan.

Castelo de São Jorge, Lisbon, Portugal
Castelo de São Jorge, Lisbon, Portugal


Se Cathedral, Lisbon, Portugal
Se Cathedral, Lisbon, Portugal

Kiteorg kemudiannye menaiki tram utk ke Praça do Comércio yg merupakan kawasan kediaman diraja di suatu masa dahulu selama 400 thn lamanya. Ianya terletak di tepi sungai. Kediaman diraja dipindahkan ke sini oleh Manuel I pd thn 1511 yg sebelumnye terletak di Castelo de São Jorge, spt yg telah dimention sebelum ni. Selepas Revolusi 1910, Praça do Comércio dijadikan pejabat pentadbiran. Since hari pun dah mlm, kiteorg pun singgah McDonald utk makan mlm. Lepas tu, kiteorg pun terus pulang ke hostel.

Praça do Comércio, Lisbon, Portugal
Praça do Comércio, Lisbon, Portugal


Praça do Comércio, Lisbon, Portugal
Praça do Comércio, Lisbon, Portugal

Bersambung...

Read more...

WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XIV)

>> Saturday, May 27, 2006



Kiteorg tiba di station bus Sete Rios, Lisbon, Portugal pd pukul 6 pg waktu tempatan Portugal. Waktu tempatan Portugal sama dgn waktu UK & Ireland. Since metro Lisbon start operation pd pukul 6.30 pg, kiteorg stay dulu kat dlm bus station. Bile jam dah pukul 6.30 pg, kiteorg pun menaiki metro utk ke hostel yg kiteorg dah survey melalui buku travel. Kiteorg tak book hostel online. Nasib baik le hostel tu ade kekosongan. Murah jugak la. Lepas mandi & bersiap2, kiteorg pun memulakan perjalanan mengelilingi bandar Lisbon, Portugal.

Portugal adalah sebuah lagi negara yg terletak di semenanjung Iberian, selain drp Spain. Ianya hanya disempadani oleh Spain. Portugal sebenarnye adalah antara negara yg tertua di Europe. Sewaktu era Christopher Columbus, Vasco da Gama & Magellan, Portugal merupakan antara kuasa colonialism yg terkuat & mempunyai empayar yg luas di seluruh dunia, dari Afrika ke Amerika & hinggalah ke Asia. Seperti yg kita tahu, Melaka suatu masa dahulu turut dijajah oleh org2 dari Portugal (Portugis). Penduduk Portugal yg berjumlah 10 juta org ini menggunakan bahasa Portuguese sbg bahasa rasmi dieorg. Bahasanye seakan2 Spanish, tapi banyak perbezaan sebenarnye. Bahasa Melayu juga turut meminjam beberape perkataan drp bahasa Portuguese spt bola, garfu, almari, Natal, gereja, jendela, sepatu & mcm2 lagi.

Empayar Portugis di Asia
Empayar Portugis di Asia


Empayar Portugis di Afrika & Amerika Selatan
Empayar Portugis di Afrika & Amerika Selatan

Lisbon atau nama tempatannye Lisboa yg terletak di tebing sungai Rio Tejo yg menghadap Lautan Atlantik adalah ibu negara Portugal. Bandar ni dahulunye adalah antara bandar yg terkenal di seluruh dunia sbg pusat colonialism. Kemuncaknya ialah pd akhir kurun ke-15 sewaktu org2 Portugis berjaya menjelajah Asia, Afrika & Amerika Selatan.

Kiteorg travel around Lisbon dgn menaiki tram. Tempat pertama yg kiteorg kunjungi ialah Padrão dos Descobrimentos (Monument to the Discoveries) iaitu monument yg dibina pd thn 1960 sempena ulangtahun ke 500 thn kematian Henry the Navigator & jugak sbg simbol kejayaan org2 Portugis menjelajahi dunia di bawah inspirasi Henry the Navigator. Monument ini terletak di tepi laut. Monument setinggi 52 m ini berbentuk kapal layar yg ditunggangi oleh pelayar2 Portugis. Antara pelayar2 yg terdapat pd monument tersebut ialah Henry the Navigator di hadapan skali, Alfonso V, Vasco da Gama yg menjumpai Tanjung Harapan di Afrika Selatan & menerokai India, Pedro Álvares Cabral yg menerokai Brazil, Fernão Magalhãe (Magellan) yg merentasi Lautan Pasifik, Diogo Cão & ramai lagi.

Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal
Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal


Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal
Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal


Henry the Navigator
Henry the Navigator


Vasco da Gama
Vasco da Gama

Berdekatan dgn monument tersebut, kelihatan sebuah jambatan merah yg bername Ponte 25 de Abril. Ianya berbentuk seakan2 jambatan Golden Gate di San Francisco, United States. Di seberang jambatan tersebut pulak, kelihatan sebuah statue Jesus Christ, mcm kat Rio de Janeiro, Brazil. Tapi statue kat Lisbon ni lebih kecil drp yg kat Rio de Janeiro tu.

Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal
Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal


Golden Gate, San Francisco, United States
Golden Gate, San Francisco, United States


Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal
Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal


Padrão dos Descobrimentos & Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal
Padrão dos Descobrimentos & Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal

Bersambung...

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP