Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

aNTaRa GaRiSaN

>> Sunday, September 27, 2009

Assalamualaikum. Sebenarnya, aku dah lama nak memberi komen tentang telefilem Antara Garisan, yg telah aku tonton di saluran Astro Ria waktu bulan Ramadhan dulu. Telefilem ni mmg antara telefilem2 Melayu yg berkualiti & tidak bersifat stereotype. Aku memuji pengarah & penulis skripnya kerana mampu menghasilkan sebuah telefilem yg amat2 aku kagumi. Ceritanya ringkas, tetapi padat dengan mesej2 yg berguna. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan telefilem ini agak skeptikal, tapi bagi aku apa yg penting, penonton sendiri yg perlu bijak menilainya.

Mesej utama yang cuba disampaikan oleh telefilem Antara Garisan ini adalah, kita sebagai manusia, terutamanya umat Islam, jangan mudah hendak menentukan dosa pahala seseorang. Kita sebenarnya tak ada hak langsung untuk berbuat demikian. Semua tu adalah hak Allah. Jangan kita sangkakan seseorang yang berperwatakan buruk & hanyut dalam maksiat akan sampai bila2 hidup bergelumang dengan dosa & ditetapkan tempatnya dalam neraka. Sesungguhnya hidayah Allah itu boleh sampai ke dalam hati seseorang bila2 masa sahaja mengikut kehendak-Nya. Sedangkan musuh2 Islam pada zaman Rasulullah SAW dahulu, seperti Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Amr ibn al-'As & Abu Sufyan akhirnya memeluk Islam selepas menerima hidayah Allah, inikan pula mereka2 yang sememangnya dilahirkan dalam Islam tetapi terjerumus dalam maksiat apabila meningkat dewasa. Apabila hidayah Allah telah sampai, dengan sekelip mata sahaja manusia yang selama ini dipandang jahat, boleh berubah menjadi sebaliknya.

Dan bagi yang berperwatakan baik serta kuat imannya pula jangan disangka akan sampai bila2 hidup dalam keadaan yang jauh daripada dosa & ditetapkan tempatnya di dalam syurga. Semuanya boleh berubah dengan sekelip mata. Seperti yang kita ketahui, syaitan sebagai musuh utama orang Islam akan sentiasa berusaha untuk menggoda kita supaya mengikut jejak langkahnya. Orang2 yang kuat imannya pun adakalanya tidak mampu menahan godaan syaitan & akhirnya terjerumus ke kancah kehinaan. Apabila pujukan syaitan telah termakan, dengan sekelip mata sahaja manusia yang selama ini dipandang mulia, boleh berubah menjadi sebaliknya.

Itulah secara ringkasnya mesej yang cuba hendak disampaikan oleh telefilem Antara Garisan ni. Disebabkan itulah, kita jangan memandang terlampau hina mereka yang berperwatakan buruk serta bergelumang dengan dosa & jangan memandang terlampau mulia mereka yang berperwatakan baik serta alim, kerana yang memisahkan mereka hanyalah sebuah garisan halus. Bila2 masa sahaja mereka ini boleh bertukar tempat.

Telefilem ini dilakonkan dengan jayanya oleh Sharifah Amani, Noorkhiriah, Ismail Abd Aziz, Isma Yusoof, Zaibo & ramai lagi. Lagu temanya yang bertajuk 'Akan Ku Jumpa' nyanyian Azfar telah dicipta khas untuk telefilem ini. Lagu serta liriknya sangat2 menyentuh hati aku.

Di bawah ini, aku selitkan 'Part 1' telefilem ini. Utk part2 yang seterusnya, sila cari di YouTube. Aku juga menyelitkan video klip lagu tema telefilem ini. Selamat menonton. :)



ANTARA GARISAN (PART 1)


AZFAR - AKAN KU JUMPA (LAGU TEMA ANTARA GARISAN)

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayang-Mu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan-Mu

Hari berganti hari
Aku masih teguh menanti
Hadir diri-Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna kutahu akan kujumpa diri-Mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman kuberi hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkahku cuba
Untuk mengejar diri-Mu

Read more...

BaNGuNLaH DaRi TiDuR!!

>> Thursday, July 09, 2009



Hati aku tiba2 tergerak untuk menulis entry ini setelah membaca & menonton berita tentang kekejaman terbaru terhadap umat Islam, iaitu terhadap kaum etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, China. Entah sampai bila la umat Islam akan terus ditindas. Dulu kat Palestine (yg sampai sekarang pun tak habis2 lagi). Lepas tu kat Bosnia & Herzegovina. Lepas tu kat Chechnya. Lepas tu kat India. Lepas tu kat Sulawesi. Lepas tu kat Mindanao. Lepas tu kat Selatan Thai. Dan yang terbaru pulak kat wilayah Xinjiang. Tak henti2 penindasan terhadap umat Islam berlaku. Kadang2 rasa macam dah tak larat nak dengar & tengok. Tapi, nak buat macam mana kan. Dah ada telinga, dah ada mata. Terpaksa jugak laa mendengar & melihat. Lagipun dieorg semue tu seagama dgn aku jugak. Dah dikira sbg saudara-mara aku jugak laa kan. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakit jugak.

Aku pernah menghadiri satu ceramah sewaktu aku kat Rumah Malaysia Abbasiyah di Kaherah, Mesir tahun 2006 dulu. Penceramah tu ada berkata yang umat Islam tak pernah mengalami penghinaan sebagai mana yang kita alami waktu sekarang ni. Semuenye bermula selepas penghapusan sistem Khalifah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924. Sewaktu zaman junjungan besar Rasulullah SAW & Khalifah Ar-Rasyidin, daulah Islamiyah begitu meluas sekali & amat digeruni walaupun usia kerajaan Islam pada waktu itu baru setahun jagung. Kemudiannya, kepimpinan Islam diambil alih pula oleh kerajaan Bani Umayyah yg berpusat di Damascus yang wujud dari tahun 661-750. Kemudian, kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dari tahun 750-1258 pula mengambil alih.

Selepas kehancuran kerajaan Bani Abbasiyah akibat serangan tentera Mongol pada tahun 1258, umat Islam masih lagi mempunyai kerajaan Islam di Andalusia, Sepanyol yang telah wujud sejak tahun 711 lagi yang berpusat di Cordoba. Namun, kerajaan Islam di Andalusia itu semakin hari semakin lemah & berpecah2 sehinggalah kejatuhan kota Granada ke tangan Raja & Permaisuri Sepanyol yg beragama Katholik pada tahun 1492 yang menamatkan riwayat pemerintahan Islam di Sepanyol. Kepimpinan umat Islam seterusnya diambil alih pula oleh Empayar Turki Uthmaniyah, empayar Islam yang terbesar dalam sejarah & yang paling lama bertahan. Yang menariknya tentang empayar ini, pemimpin2nya bukanlah daripada bangsa Arab seperti kerajaan2 yg aku sebut di atas, tetapi daripada bangsa Turk yang berasal dari Asia Tengah. Sudah terbukti, kepimpinan Islam tak semestinya berasal daripada bangsa Arab sahaja. Bangsa lain pun turut boleh memikul tanggung jawab tu. Walau sehebat mana pun empayar Turki Uthmaniyah ini, ia akhirnya berjaya juga dihancurkan oleh orang2 kafir & tali barut mereka, iaitu Mustafa Kamal Attaturk laknatullah.

Jadi, kita dapat lihat, sebelum terhapusnya sistem khalifah Turki Uthmaniyah, umat Islam begitu disegani & digeruni kerana kekayaan ilmu pengetahuan & kekuatan tenteranya. Pihak musuh hanya menanti sahaja saat2 kelemahan umat Islam sebelum mereka boleh menembus masuk & menghancurkan kita. Benarlah firman Allah SWT dalam ayat ke-120, Surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)"

Seperti yg kita ketahui, umat Islam kat seluruh dunia ni dah cecah lebih drp 1 billion. Tapi kenapa kita semua tak boleh nak bersatu membantu saudara-mara kita yg disiksa tu? Kalau orang2 Katholik boleh bersatu di bawah pimpinan Pope, kalau negara2 Europe boleh bersatu di bawah European Union, kenapa negara2 Islam tak boleh bersatu & lantik sorang khalifah sbg pemimpin kita? Kenapa kita takutkan sangat dgn org2 Barat, sedangkan umat Islam zaman dulu mampu menamatkan riwayat Empayar Byzantine & Empayar Parsi, 2 buah empayar yg sangat besar & berpengaruh? Kadang2, aku pun taktau macam mana kita semue boleh tidur malam dgn lena tanpa memikirkan saudara-mara kita yg menderita kat negara2 lain tu. Mujurlah negara kita ni aman damai, takde masalah apa2 berlaku walaupun kita ni hidup dalam kepelbagaian kaum. Mintak jauh laa kan..

So, sama2 laa kita fikirkan ye...

Kat bawah ni aku selitkan sebuah video utk tontonan korang semua. Harap korang semua akan mendapat iktibar lepas menonton video ni:



Read more...

DaTuK SHaH RuKH KHaN???

>> Tuesday, October 14, 2008



Aku rasa isu tentang title 'Datuk' ni dah lama wujud sejak bertahun2 dahulu lagi. Ianya mungkin bermula dengan penganugerahan gelaran Datuk kpd Datuk M. Daud Kilau pada suatu masa dahulu. Aku yakin, pd waktu tu mesti ramai yg terkejut kerana ramai yg beranggapan bahawa gelaran Datuk ni selayaknya dianugerahkan kpd mereka yg benar2 byk berjasa kpd negara. Akan tetapi, anggapan kita tiba2 meleset apabila gelaran tersebut dianugerahkan kpd artis2 yg jasa mereka tidaklah sebanyak mana pun. Ianya seolah2 sudah menjadi trend zaman skarang untuk menganugerahkan gelaran tersebut sesuka hati kpd sape2 pun tanpa mengambil kira besar mana jasa pengorbanan seseorang itu kpd negara & bangsa Malaysia, tidak seperti gelaran 'Sir' di England di mana mereka yg menerima gelaran tersebut benar2 layak & tidak dpt dipertikaikan.

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Datuk Michelle Yeoh, Datuk Lee Chong Wei & Datuk Nicole David adalah antara contoh2 individu yg aku rasa belum cukup layak utk menerima gelaran Datuk. Aku bukannya bertujuan utk mengkritik atau mengata sapa2. Cuma apa yg aku kurang faham, ape sebenarnya jasa & pengorbanan Kak Siti & Kak Pah kpd negara kita Malaysia sehingga melayakkan dieorg berdua ni mendapat gelaran tersebut? Mmg laa dieorg ni byk memenangi anugerah. Tapi ape kaitannya anugerah2 tersebut dgn rakyat Msia yg lain?? Anugerah2 tersebut ada membantu org2 miskin & papa kedana ke?? Anugerah2 tersebut ada mengharumkan nama Msia di mata dunia ke? Michelle Yeoh tu pulak, pernah ke die mempopularkan Msia? Sebut nama Msia pun tak pernah kot. Aku rasa satu dunia fikir yg dia tu org Hong Kong, bukannya org Msia. Lee Chong Wei & Nicole David pulak pada aku terlampau muda utk mendapat gelaran tersebut. Manusia ni bila awal2 dah dihulurkan dgn ganjaran, mmg cepat laa lupa diri. Betul tak?

Isu yg timbul baru2 ni adalah penganugerahan gelaran Datuk kpd Shah Rukh Khan. What the hell????????????? Aku akui yg aku mmg peminat setia Shah Rukh Khan. Hampir semua filem lakonan die aku tonton. Lakonan die mmg mantap. Tapi tak pernah pulak aku terfikir yg die layak menerima pangkat Datuk. Ape jasa dia kpd org Msia?? Kalau bukan berjasa kpd org Msia pun, ade ke jasa dia kpd dunia??? Menurut sebuah artikel akhbar tempatan online yg aku baru baca, Shah Rukh Khan kononnya telah mempromosikan Melaka dlm sebuah filemnya yg bertajuk 'One Two Ka Four'. Hahahahahahaha. Tergelak aku. Kalau korang nak tau, dalam filem tersebut, pemandangan Melaka hanya ditayangkan utk beberapa saat je, iaitu dalam sebuah video klip lagu yg diselitkan dlm filem tu. Kalau korang nak tau jugak, filem One Two Ka Four tu adalah antara filem Shah Rukh Khan yg gagal di pasaran India & global. Kutipannya tak mencapai tahap box office pun. Sbb ape laa Yg Dipertua Negeri Melaka & Ketua Menteri Melaka beria2 benar nak menganugerahkan gelaran Datuk kat pakcik Shah Rukh Khan tu. Hahahah. Lawak betul.

p/s: kalau mcm tu, aku pun layak menerima gelaran Datuk memandangkan aku dah mempromosikan Malaysia di 35 buah negara Europe yg dah aku kunjungi. Hahaha. Boley???

OK laa. Itu je laa yg aku nak komen. Kalau korang ada nak tambah apa2 komen, jgn segan2. :)

Read more...

BaHaSa iNGGeRiS DiKuaSai, BuKaN DiDauLaTKaN...

>> Sunday, November 11, 2007

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 11 NOVEMBER 2007:

Gesaan wakil Perhubungan UMNO Johor agar pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa Melayu ketika membahaskan usul di Perhimpunan Agung UMNO Khamis lalu wajar diambil perhatian serius. Penulis berkongsi pendapat dengan Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi tahun ini.

Sememangnya peranan bahasa sebagai alat komunikasi terpenting tidak perlu dibahaskan lagi. Bahasa turut memainkan peranan penting sebagai alat untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Malah peranan bahasa dalam mempertahankan jati diri dan alat pemerkasaan perpaduan masyarakat tidak boleh dipandang enteng.

Perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai sebahagian bahasa kebangsaan memakan pengorbanan besar. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kedudukan bahasa Melayu mula terjamin dan menjadi wahana memperbaiki dan memantapkan perpaduan di antara kaum.

Majlis Perundingan Negara yang dibentuk ekoran tragedi itu menggagaskan beberapa resolusi penting termasuk penegasan semula pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Penyata Razak dalam Perenggan 12 menyatakan keperluan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Laporan Rahman Talib 1960 memperkukuhkan lagi tujuan dan cara mencapainya. Berlandaskan kepada kedua-dua Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib maka terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Bermula dari situlah sekolah aliran Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran semua mata pelajarannya ditukar menjadi aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu.

Usaha yang dijalankan melalui pendaulatan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah semata-mata untuk menyelesaikan masalah perkauman yang melanda lantaran wujudnya fragmentasi dalam masyarakat akibat kepelbagaian aliran pendidikan. Malah pelbagai aliran pendidikan yang diasaskan penjajah inilah yang menjadi antara penyebab utama kerenggangan hubungan antara kaum.

Memahami sejarah dan kepentingan meletakkan bahasa Melayu di tempatnya adalah penting agar dalam semangat yang bergelodak untuk menguasai bahasa asing, kita tidak sesekali merendahkan martabat bahasa sendiri yang menjadi asas perpaduan dan pembinaan jati diri bangsa Malaysia.

Malah dalam mengorak langkah untuk mengangkasakan tamadun bangsa yang gemilang, keyakinan terhadap bahasa sendiri tidak harus luntur sehingga sanggup melakukan tindakan tidak bijaksana.

Banyak negara yang cuba mendaulatkan bahasa asing tetapi akhirnya tersungkur bahkan tidak mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa yang diciplaknya. Sebagai contoh, negara-negara Afrika yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tidak dianggap negara maju. Sebaliknya negara yang mendaulatkan bahasa sendiri seperti Jepun, Korea, Perancis, China dan Jerman tetap maju dalam pelbagai bidang termasuk sains dan matematik.

Namun, semangat mendaulatkan bahasa kebangsaan tidak pula bermakna kita harus taksub dan beremosi hingga menafikan kepentingan menguasai bahasa asing. Islam turut menekankan keperluan mempelajari bahasa asing dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.

Di zaman Khalifah Al-Makmun, didirikan pusat pengembangan ilmu, Bait al-Hikmah yang giat menterjemahkan karya-karya besar dalam pelbagai cabang ilmu daripada tamadun Yunani ke dalam bahasa Arab. Cendekiawan-cendekiawan besar seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd menguasai bahasa dan falsafah Yunani tetapi tidak pula timbul polemik pendewaan berlebihan kepada bahasa dan tamadun asing sehingga meminggir dan meremehkan bahasa dan budaya sendiri.

Justeru amat wajarlah jika dikaji secara teliti keberkesanan dasar sebelum ini yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran Sains dan Matematik. Apa yang lebih mustahak ialah untuk merumuskan formula lebih berkesan terhadap cara dan teknik pengajaran bahasa Inggeris. Adalah aneh bagi seorang pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga menengah masih gagal menguasai bahasa itu. Ini pastilah berkait rapat dengan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sekarang yang kurang berkesan.

Apa yang lebih membimbangkan, dalam upaya menguasai bahasa Inggeris, kita seolah-olah menganaktirikan bahasa sendiri hingga tercetus reaksi melampau meremehkan bahasa kebangsaan yang menjadi asas pembinaan jatidiri bangsa Malaysia yang berdaulat.

p/s: Aku 100% bersetuju dgn artikel ni. Mane ade dlm sejarah dunia, negara yg mendaulatkan bahasa asing dlm sistem pendidikan menjadi negara maju. Cube kite tgk org2 Jepun, South Korea & Jerman. Penguasaan Bahasa Inggeris dieorg lagi teruk drp bebudak skolah kampung kat Msia. Tapi, dieorg lagi maju drp kite.

Yg menjadi masalah kite adalah kurangnye semangat motivasi utk maju n jugak kurangnye penterjemahan buku2 sains ke dlm Bahasa Melayu. Cube tgk negara2 Jepun, Korea n Jerman. Baru beberape hari je buku dlm Bahasa Inggeris diterbitkan, dah terbit buku2 dlm bahasa dieorg. Kite patut ikut contoh dieorg ni.

Ramai je penganggur2 kat Msia yg ade kelulusan & boleh jadi penterjemah buku2 Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Tapi, malangnye kite takde kesedaran utk berbuat demikian.

So, pikir2kan laa ye.. Dan jgn lupe, bahasa adalah identiti bangsa. Kalau hancur bahasa, hancur la bangsa. Hidup Bahasa Melayu/Malaysia!!!

Read more...

Ulasan: Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?

>> Tuesday, October 23, 2007

Ini adalah petikan daripada blog http://mkmm79.blogspot.com:

Ulasan: Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Syawal kepada semua,

Terima kasih yang kepada memberi feedback kepada artikel "Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?", sekurang-kurangnya ada juga yang membaca bulletin di Friendster dan mengikuti isu-isu semasa.

Saya bukannya membangkang 100 % misi tersebut, sebaliknya ada beberapa perkara yang bagi saya perlu diberikan pandangan:

- Perlukah duit sebanyak sedemikian dilaburkan untuk melakukan eksperimen-eksperimen yang telah dilakukan oleh angkawasan-angkasawan terdahulu? Eksperimen yoyo untuk menunjukkan kesan mikrograviti dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992. Jadi apakah perlunya ujian yoyo tersebut dilakukan lagi?

- Umat Islam pertama ke angkasa lepas ialah salah seorang rakyat Afghanistan Abdul Ahad Mohmand, pada tahun 1988 (sekadar membetulkan fakta bahawa Dr Muszaphar bukannya umat Islam pertama ke angkasa lepas)

- Adakah Rusia / Amerika akan memberikan ilmu dan teknologi angkasanya yang terkini kepada negara-negara lain terutamanya kepada negara-negara Islam? Anda sudah lupa pembunuhan beramai-ramai rakyat Islam di negara Chehnya oleh kerajaan Rusia pada tahun 1994-1996?

- Andainya kerajaan Malaysia tidak membeli pesawat Sukhoi dari kerajaan Rusia, adakah kerajaan Rusia akan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia mengikuti misi tersebut?

Bukankah lebih baik andainya Malaysia dan negara-negara Islam lain berkerjasama untuk menghantar angkasawan Islam sendiri ke angkasa lepas, bukannya mengharapkan golongan kaum kafir (Rusia / Amerika) membantu mereka? Bukankah negara-negara yang terkaya di bumi ini adalah negara-negara Islam contohnya Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Brunei yang dikurniakan nikmat iaitu petroleum yang melimpah ruah. Jadi rasanya perbelanjaan untuk menguruskan badan angkasa lepas ini tidak menjadi satu masalah.

Jadi kenapa Malaysia sebagai salah satu anggota OIC (Organization of the Islamic Conference) tidak berpakat dengan OIC untuk menubuhkan sendiri satu organisasi khas untuk membangunkan teknologi angkasa lepas untuk umat Islam sendiri? Umpamanya negara-negara di Eropah Barat menubuhkan European Space Agency (ESA) untuk membangunkan teknologi angkasa mereka, tidak bergantung kepada Amerika dan Rusia. Negara-negara lain juga seperti Jepun dan India mempunyai agensi angkasanya.

Satelit pertama Malaysia (MEASAT 1) telah dilancarkan pada tahun 1996 dan beberapa buah satelit lain juga telah menyusul. Walaupun begitu, satelit-satelit ini dihasilkan oleh negara-negara lain bukannya dibuat Malaysia. Jadi selepas 11 tahun perlancaran satelit pertama, adakah Malaysia masih tidak mampu untuk menghasilkan dan melancarkan satelitnya sendiri? Masih mengharapkan kepada negara luar?

Untuk jangka pendek, Malaysia dan negara-negara Islam lain perlu meningkatkan dan mengemaskinikan sistem pendidikan di peringkat sekolah dan universiti di negara masing-masing supaya lebih mantap dan mempunyai kemudahan yang tercanggih untuk melahirkan umat Islam yang menjadi saintis-saintis terulung. Bukankah lebih membanggakan jika ilmu dan pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi ini ditemui oleh umat Islam sendiri tanpa bantuan golongan kafirun? Berapa ramaikah umat Islam yang telah berjaya menerima Hadiah Nobel dalam bidang sains?

Kenapa perlu berbangga jika kita hanya dapat menumpang kapal orang lain?

Sekadar meluahkan pendapat peribadi.

Wassalam

Rujukan:

http://www.yo-yos.net/Yo-yo%20history.htm

http://science.nasa.gov/headlines/y2002/18mar_playingcatch.htm

http://www.afghan-network.net/Culture/afghanastronaut.htm

http://www.esa.int/esaCP/index.html

http://www.jaxa.jp/index_e.html

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ingin_tahu/measat.htm

http://www.iol.ie/~afifi/Articles/chechnya.htm

p/s: Aku bukannye tak setuju 100% ttg misi negara menerokai angkasa lepas ni, tapi aku cuma rase yg negara kite masih terlalu awal utk membuat pencapaian sedemikian rupa. Tolong laa. Kite ni baru je 50 tahun merdeka. Masih byk lagi perkara2 asas dlm negara yg belum kukuh & masih perlu diperbaiki. Contohnya, masalah kemiskinan yg masih belum selesai & juga sistem pendidikan negara. Duit yg digunakan utk ke angkasa lepas tu sebenarnye lagi wajar kalau digunakan utk membantu golongan2 yg miskin yg memerlukan & juga memperbaiki sistem pendidikan negara yg masih lagi agak mundur berbanding negara2 maju. Bukannya utk menunjuk2 kat negara lain ttg kebolehan kite. Ape gunenye kite berasa riak dgn kebolehan kite sedangkan masalah dalaman masih kucar-kacir? Come on laa. Be realistic. Kalau kail sejengkal, jangan cuba mengail di lautan yg dalam. Dan jgn yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hmmmm.. Itu ape yg aku rase laa. Any comments??

Read more...

GLoBaL WaRMiNG YaNG MeNaKuTKaN...

>> Monday, January 15, 2007



Mungkin ramai yg tak tahu. Winter is actually my favourite season of the year. Sbbnye? Ntah la. Maybe sbb pd waktu winter, waktu malam lagi panjang drp waktu siang kan? Pukul 4 ptg dah masuk Maghrib dah. So, aku terasa masa berjalan sangatlah lambat & aku boleh buat banyak benda. Hihih. Korang tak rase mcm tu ke? Lagi satu, I love the scenery where all trees are botak with no leaves at all. It gives sentimental value to me. Hikhikhik. Jiwang tak ingat. And most of all, I love it when it snows eventhough salji kat Dublin ni takde la setebal mane pun. 1 cm pun tak sampai. Hahah. But still, I love when it snows. Fenomena alam ciptaan Tuhan yg sgt2 menakjubkan, isn't it?

TAPI... Winter this year is the most weirdest winter I've ever gone through since my first year studying in Dublin. It is now January, but the weather is like it is still autumn. Dah tak sesejuk spt winter tahun2 yg lepas. Average temperature for now is between 8 to 15 degrees celcius. Snow pun tak turun2 lagi. Sepatutnya bulan 12 dulu dah turun dah. But still, it doesn't snow yet. Bebudak junior 1st year dok sibuk tanye aku, "Abg Jhaz, bila snow nak turun ni???! Sia2 je kiteorg apply blajar kat oversea, tapi tak dpt main snow (exaggerate terlebih ni)." Aku hanya mampu menjawab, "Sabarlah dik non semue. Korang banyak sangat dosa ni. Tu yg snow taknak turun. Panas sgt." Ngeh ngeh ngeh.

Skarang ni, aku keluar rumah pun pakai sehelai T-shirt & sehelai jacket jek. Tak pakai glove pun. OMG. What is actually happening? I've read some news mentioning that a lot of ski resorts in Europe & United States cannot be opened for tourists because of not enough snow or because there are no snow at all. Hahahah. Sure ramai org yg kehilangan kerja kan? Heh.

Kat Malaysia pulak, banjir makin menjadi2. Kawasan yg jarang gile banjir spt Johor & Melaka yg bak kata Shazwan, terletak di luar Lingkaran Banjir Pasifik kerap pulak mengalami banjir. Hai. Cuaca dunia ni mmg dah berubah sebenarnya gara2 Global Warming. Apa yg paling menakutkan adalah waktu summer nanti di Europe. Ntah macammana la agaknya nanti yek. Adakah suhu di Europe akan sama spt suhu di Malaysia pada waktu summer nanti? Adakah org2 di Europe mampu bertahan dgn suhu yg sepanas itu? Wallahu 'Alam. Sama2 kita tunggu dan lihat.

p/s: Bila la agaknya Nabi Isa a.s nak diturunkan ke bumi eh?

Read more...

KeLeBiHaN SoLaT BeRJeMaaH MeNGiKuT TeoRi FiZiK

>> Tuesday, May 24, 2005

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Petikan Artikel dari UTUSAN MALAYSIA, 20 MAY 2005

Read more...

FaDHiLaT 10 MuHaRRaM

>> Tuesday, February 22, 2005

10 Muharram atau dikenali juga sbg hari Asy-Syura dah pun meninggalkan kite. Kalau kat Ireland ni, 10 Muharram jatuh pd hari Sabtu lepas. Sape2 yg puase hari tu, banyak le ganjaran pahala dapat. Kat bawah ni adelah serba sedikit peristiwa2 yg berlaku pd tarikh 10 Muharram mengikut sejarah Islam:

  1. Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

  2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

  3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

  4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

  5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

  6. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

  7. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

  8. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

  9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

  10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

  11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

  12. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

  13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

  14. Hari pertama Allah menciptakan alam.

  15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

  16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

  17. Allah menjadikan 'Arasy.

  18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

  19. Allah menjadikan alam.

  20. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

  21. Nabi Isa diangkat ke langit.

Sabtu & Ahad lepas Malaysia Airlines buat Travel Fair sales kat KL & Penang. Aku saje2 cakap kat parents aku pasal bende ni. Kot2 dieorg ade hati nak dtg ke. Tup2 pagi Sabtu tu ayah aku sms aku, cakap die dah pun book ticket gi London on 25 May nanti. Balik Malaysia skali ngan aku on 4 June. Harga tiket RM1478 pergi balik. Die book kat Penang. Hahahaha. Terkejut gile aku. Aku main2 je. Tak sangke pulak ayah aku betul2 nak datang. Heheh. Tapi die dtg sorang je la. Mak aku tak boleh datang. Sape nak jage rumah nanti. Hmmm. Kene le aku bawak ayah aku jalan2 nanti. Kalau ikut plan, maybe aku akan bawak ayah aku ke London & Paris. Ye laa. Takkan nak dok kat Dublin je kan. Dah jauh2 dtg ni. Hmm. Tgk laa camne. Lambat lagi. Hehehhe. Tapi ape2 pun, aku still happy sbb ayah aku nak datang. Sape tak happy weh!!

Read more...

PeLiK Ya...

>> Wednesday, February 02, 2005

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tp masjid dekat rumah rasa berat kaki pulak.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bahan bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita, tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita..? Tepuk dada tanyalah hati dan iman. Renungkanlah...

Read more...

TSuNaMi... UJiaN aTau HuKuMaN???

>> Wednesday, January 12, 2005



Malapetaka tsunami yg menimpa selatan benua Asia dan sebahagian kecil drp benua Afrika telah benar2 menggemparkan satu dunia. Kejadian ini berlaku sehari lepas perayaan Krismas oleh penganut2 Kristian iaitu pd 26 December 2004. Hampir 150,000 nyawa terkorban dan ratusan ribu lagi kehilangan saudara-mara dan tempat berlindung. Bencana yang dikatakan paling teruk selepas 40 tahun ini adalah antara yg terhebat dan akan terus terpahat dalam sejarah kehidupan manusia. Negara2 yg ditimpa dek bencana ini adelah Indonesia, Sri Lanka, India, Myanmar, Bangladesh, Thailand dan jugak Malaysia. Indonesia terutamanya Banda Aceh menerima kesan yg paling teruk. 100,000 nyawa melayang.

Aku rase terkejut jugak le bile terdengar tentang kejadian ni buat pertama kali kat Sky News. Tapi time tu, aku ingat perkara ni takde le seserius mane. Ingatkan just bencana kecik je. Tapi due tige hari lepas tu, barulah aku menyedari ttg kehebatan bencana ni. Yg mengejutkan aku adelah tentang puluhan mangsa yg terkorban kat Pulau Pinang. Dah le rumah aku dekat2 je ngan sempadan Perak-Penang. So, aku terus call family aku utk bertanyakan situasi sebenar kat sana. Aku agak kaget bile mak aku beritau yg die terase gegaran yg agak kuat sewaktu kejadian tu. 3 minit lamenye. Pd mulenye die agak risau le. Ingatkan ade ape2 kerosakan kat rumah tu sbb secare kebetulannye rumah aku tgh di’renovate’ time tu. Terus mak aku lari keluar rumah. Rupe2nye, jiran2 lain pun turut same keluar rumah. Dieorg pun turut rase gegaran tu & takut nak stay dlm rumah. Takut ape2 jadi. Hmm. Tak sangke. Gempa bumi yg berpunca dari dasar laut Barat Laut pulau Sumatera tu boleh jugak dirasai sampai ke Malaysia. Bukan saje pantai barat semenanjung, tapi pantai timur spt Kelantan pun turut merasai gegaran yg same. Kuat betul gempa bumi dasar laut yg menyebabkan tsunami tu. Sampai ke benua Afrika (Somalia) pun turut menerime kesannye.

Teringatkan Banda Aceh, aku berasa amat sedih sbb ramai umat Islam terkorban kat situ. Ratusan ribu. Kanak2 yg jadi anak yatim pun turutlah ramai kan. Hmmm. Kadangkala aku terfikir la jugak. Malapetaka yg menimpa ni, adakah ianya sekadar ujian dari Allah SWT atau adakah ianya hukuman dari-Nya kerana kelalaian umat Islam menjalankan perintah-Nya dan jugak melanggar larangan-Nya. Kalau ikutkan sejarah, Banda Aceh ni dulu terkenal sbg tempat kuatnya Islam bertapak sehingga ianya dikenali sbg Serambi Mekah. Namun, aku ada terbaca satu artikel yg menyatakan bahawa sebahagian penduduknya masih lagi mengamalkan perbuatan syirik dgn mengadakan pesta memuja2 makam seorang wali Allah iaitu Teunku Syah yg dikatakan membawa masuk ajaran Islam ke bumi Aceh, walaupun pesta tu telah pun dilarang oleh sebahagian lagi penduduknya. Kat Penang pun, kejadian maksiat semakin berleluasa skarang ni. Mungkin kerana ni lah Allah SWT turunkan bala. Bala Allah SWT spt yg kita tahu tidak hanya tertumpu kepada mereka yg melanggar larangan-Nya, tetapi yg tidak bersalah pun akan turut merasainya kerana sikap tidak nasihat-menasihati antara satu sama lain. Namun, satu perkara yg membuatkan aku berasa insaf adalah keteguhan beberape masjid yg tidak mengalami kesan buruk akibat kejadian tsunami ni walaupun ribuan rumah di sekeliling masjid2 tersebut ranap sama sekali kerana disapu oleh gelombang air laut yg selaju 700 km sejam dan setinggi 10 meter. Salah satu drp masjid2 tu adalah Masjid Baiturrahman di Banda Aceh yg berusia 710 tahun. Subhanallah. Hanya Allah SWT yg tahu bagaimana masjid2 tu masih tetap utuh. Namun hakikatnya, bukan sahaja masjid2 yg terselamat. Kuil2 Hindu, patung2 Buddha dan salib di salah satu gereja jugak dikatekan terselamat. Ada pihak mengatekan keutuhan bangunan2 tersebut dan jugak salib tu adalah kerana structurenye yg dikatekan sangat kuat dan tidak mampu dirosakkan oleh sebarang bencana. Hmmm. Hanya Allah SWT saje yg tahu jawapannye. Allahu Akbar!!

Tsunami 2
Masjid Baiturrahman yg masih utuh dikelilingi oleh ribuan rumah yg telah ranap

Berikut adalah beberape perkara yg mungkin dapat dijadikan renungan buat diri kita:
a) Malawati, seorang muslimah dari Aceh yang berusia 23 tahun terselamat dari bencana tsunami setelah berpaut pada pokok nipah selama enam hari di lautan Hindi. Beliau ketika tsunami menyerang sedang berlari menuju ke masjid.
b) Rizal Shahputra, muslim dari Aceh yang berusia 20 tahun, terapung selama sembilan hari di tengah lautan Hindi berpaut pada pokok kelapa, tidak meninggalkan solat walau satu waktu pun sepanjang tempoh terapung di lautan. Beliau ketika tsunami menyerang, sedang membina masjid.
c) Dua orang kanak-kanak di Sri Lanka menjadi yatim piatu apabila ibu bapa menjadi mangsa korban tsunami. Kedua kanak-kanak ini berada di masjid ketika tsunami menyerang rumah mereka.
d) Masjid di Kampung Masjid Terapong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak mengalami kerosakan bahkan dikatakan lantai dan permaidaninya kering, walhal rumah di sekeliling dilanda ombak besar.
e) 26 Dec 1932 – Gempa bumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa. 26 Dec 1939 – Gempa bumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa. 26 Dec 2003 – Gempa bumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa. 26 Dec 1996 - Ribut Greg di Keningau, Sabah yg meragut beratus nyawa. 26 Dec 2004 – Gempa bumi dan tsunami yg meragut 150,000 nyawa di selatan benua Asia dan sebahagian kecil benua Afrika. Adakah persamaan tarikh kejadian2 ini hanya sekadar kebetulan sahaja??

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP