aNTaRa GaRiSaN

>> Sunday, September 27, 2009

Assalamualaikum. Sebenarnya, aku dah lama nak memberi komen tentang telefilem Antara Garisan, yg telah aku tonton di saluran Astro Ria waktu bulan Ramadhan dulu. Telefilem ni mmg antara telefilem2 Melayu yg berkualiti & tidak bersifat stereotype. Aku memuji pengarah & penulis skripnya kerana mampu menghasilkan sebuah telefilem yg amat2 aku kagumi. Ceritanya ringkas, tetapi padat dengan mesej2 yg berguna. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan telefilem ini agak skeptikal, tapi bagi aku apa yg penting, penonton sendiri yg perlu bijak menilainya.

Mesej utama yang cuba disampaikan oleh telefilem Antara Garisan ini adalah, kita sebagai manusia, terutamanya umat Islam, jangan mudah hendak menentukan dosa pahala seseorang. Kita sebenarnya tak ada hak langsung untuk berbuat demikian. Semua tu adalah hak Allah. Jangan kita sangkakan seseorang yang berperwatakan buruk & hanyut dalam maksiat akan sampai bila2 hidup bergelumang dengan dosa & ditetapkan tempatnya dalam neraka. Sesungguhnya hidayah Allah itu boleh sampai ke dalam hati seseorang bila2 masa sahaja mengikut kehendak-Nya. Sedangkan musuh2 Islam pada zaman Rasulullah SAW dahulu, seperti Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Amr ibn al-'As & Abu Sufyan akhirnya memeluk Islam selepas menerima hidayah Allah, inikan pula mereka2 yang sememangnya dilahirkan dalam Islam tetapi terjerumus dalam maksiat apabila meningkat dewasa. Apabila hidayah Allah telah sampai, dengan sekelip mata sahaja manusia yang selama ini dipandang jahat, boleh berubah menjadi sebaliknya.

Dan bagi yang berperwatakan baik serta kuat imannya pula jangan disangka akan sampai bila2 hidup dalam keadaan yang jauh daripada dosa & ditetapkan tempatnya di dalam syurga. Semuanya boleh berubah dengan sekelip mata. Seperti yang kita ketahui, syaitan sebagai musuh utama orang Islam akan sentiasa berusaha untuk menggoda kita supaya mengikut jejak langkahnya. Orang2 yang kuat imannya pun adakalanya tidak mampu menahan godaan syaitan & akhirnya terjerumus ke kancah kehinaan. Apabila pujukan syaitan telah termakan, dengan sekelip mata sahaja manusia yang selama ini dipandang mulia, boleh berubah menjadi sebaliknya.

Itulah secara ringkasnya mesej yang cuba hendak disampaikan oleh telefilem Antara Garisan ni. Disebabkan itulah, kita jangan memandang terlampau hina mereka yang berperwatakan buruk serta bergelumang dengan dosa & jangan memandang terlampau mulia mereka yang berperwatakan baik serta alim, kerana yang memisahkan mereka hanyalah sebuah garisan halus. Bila2 masa sahaja mereka ini boleh bertukar tempat.

Telefilem ini dilakonkan dengan jayanya oleh Sharifah Amani, Noorkhiriah, Ismail Abd Aziz, Isma Yusoof, Zaibo & ramai lagi. Lagu temanya yang bertajuk 'Akan Ku Jumpa' nyanyian Azfar telah dicipta khas untuk telefilem ini. Lagu serta liriknya sangat2 menyentuh hati aku.

Di bawah ini, aku selitkan 'Part 1' telefilem ini. Utk part2 yang seterusnya, sila cari di YouTube. Aku juga menyelitkan video klip lagu tema telefilem ini. Selamat menonton. :)



ANTARA GARISAN (PART 1)


AZFAR - AKAN KU JUMPA (LAGU TEMA ANTARA GARISAN)

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayang-Mu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan-Mu

Hari berganti hari
Aku masih teguh menanti
Hadir diri-Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna kutahu akan kujumpa diri-Mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman kuberi hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkahku cuba
Untuk mengejar diri-Mu

2 buah komen:

Nur Monday, September 28, 2009 at 11:38:00 PM GMT+8  

selamat hari raya, maaf zahir batin, walopon dah terlewat!

:D

Ermayum Monday, October 5, 2009 at 4:22:00 PM GMT+8  

salam ziarah - yes antara garisan is so true of a drama huh- berpada2 la kita

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP