SuMMeR 2004 (GeRMaNY, PoLaND, CZeCH RePuBLiC, SLoVaKia, HuNGaRY, AuSTRia, SWiTZeRLaND, DeNMaRK, SWeDeN, FiNLaND, NoRWaY) (TRaVeLoGue LeNGKaP)

>> Sunday, December 19, 2004



Pengembaraan Europe Tour Summer 2004 yg dilalui oleh aku, Jem & Reza yg mengambil mase 5 minggu lamenye (8 June – 15 July 2004) masih lagi segar dalam ingatan aku. Seperti mimpi. Tercapai jugak akhirnya impian kiteorg utk cover Europe walaupun masih tinggal beberape negare lagi yg dihajati yg masih belum dijejaki iaitu Spain, Portugal, Italy, Greece, Turkey, Romania & Bulgaria. InsyaAllah, jikalau diberikan mase dan jikalau kewangan pun turut stabil, kiteorang akan cuba untuk melengkapkan ekspidisi kiteorg. Sebelum summer 2004, kiteorg telah pun jejakkan kaki di United Kingdom (London, Manchester, Sheffield, Leicester & Belfast), France (Paris & Colmar), Switzerland (Zurich), Belgium (Brussels & Bruges), Netherlands (Amsterdam) & Luxembourg (Luxembourg City).

Pada Summer 2004, kiteorg berjaye jejakkan kaki di 11 lagi negare dlm Europe Tour kiteorg. Negare2 tersebut ialah Germany, Poland, Czech Republic, Slovakia, Hungary, Austria, Switzerland, Denmark, Sweden, Finland & Norway. Lebih kurang 26 buah bandar kiteorg kunjungi. Utk jimatkan kos transport, kiteorang terpakse beli tiket InterRail yang merangkumi 2 zone iaitu Zone C (Austria, Denmark, Germany & Switzerland) & Zone D (Croatia, Czech Republic, Hungary, Poland & Slovakia) yang berharga 289 Euro. Kiteorang tak beli tiket InterRail untuk perjalanan kat Sweden, Finland & Norway skali sebab rase macam tak berbaloi. Kiteorg jugak terpakse mengabaikan Croatia kerane mase tak mencukupi walaupun Croatia termasuk sekali dlm tiket InterRail kiteorg.

Keinginan utk pulang ke Malaysia spt rakan2 yg lain sewaktu summer hari tu terpakse dikorbankan semate-mate utk Europe Tour ni. Sedih jugak la sebenarnye. Huhuhuh. Tapi, kiteorg kuatkan semangat. Bile lagi kiteorg nak mencari pengalaman sebegini. Planning utk tour ni sebenarnye mengambil mase lebih daripade sebulan lamenye. Setiap sorang dari kiteorg mempunyai tugas masing2 dlm Europe Tour ni. Aku adalah sebagai perancang jadual perjalanan & transportation. Jem adalah sebagai pembaca peta & tourist guide. Reza pulak uruskan hal-hal yg berkaitan dengan kamera sbb kiteorg gune camera die je coz die sorang je yang ade digital camera. Hehehe. Tapi aku still bawak camera Olympus aku. In case kalau jadi ape-ape. Jem pulak bawak laptop die untuk isi gambar2 bile memory stick camera Reza dah penuh.

Sepanjang 5 minggu perjalanan, pengalaman yg kiteorg perolehi memang melimpah ruah banyaknye. Dimulakan dgn Lubeck, Germany & diakhiri dgn Oslo, Norway. Terlalu banyak ranjau duri yg kiteorg bertige tempuhi. Banyak yg manis dan yg pahit jugak tak dapat dinafikan banyaknye. Banyak pengajaran yg telah kiteorg perolehi yg sedikit sebanyak telah mendewasakan kiteorg. Heheh. Poyo je ayat aku. Pengalaman tour ni sememangnye tak dpt aku lupekan seumur hidup aku. Terlalu berharge dan tak boleh ditukar ganti.

Kiteorg mulakan pengembaraan kiteorg dgn Ryanair flight dari Dublin Airport ke London Stansted Airport pd waktu pagi, 8 June. Spt biase, kiteorg tido kat airport mlm sebelum flight utk elak drp tertinggal flight. Sesampainye kiteorg kat London Stansted Airport, kiteorg lepak kat situ sambil menunggu Ryanair flight ke Lübeck Airport, Germany pd waktu ptg, hari yg same. Sesampainye kat Lübeck Airport, kiteorg dijemput oleh Sany, kawan aku mase kat MRSM Taiping dulu & member die iaitu Umie. Kiteorg diperkenalkan dgn sorang lagi Malaysian yg study kat Lübeck iaitu Julie. Dieorg tinggal kat university punye hostel. Share dgn international students yg lain. Ade yg dari Poland, China, Morocco & even org Germany sendiri.

Bersama Sany, Julie & Umie di Lübeck, Germany
Bersama Sany, Julie & Umie di Lübeck, Germany

Germany atau nama tempatannya Deutschland adalah negara yg paling maju kat Europe kerana org2 die rajin bekerja, efficient & competitive. Walaupun negare ni menerime kesan buruk drp kekalahannye semase Perang Dunia Kedua, itu bukanlah penghalang. Sbb tu ekonomi dieorg sgt berjaye. Banyak syarikat2 yg terkenal di dunia berasal dari negara ni spt Siemens, Volkswagen, BMW & Mercedes Benz. Penduduknya berjumlah 80 juta org. Negara yg mempunyai penduduk teramai kat Europe. Org2nye menggunekan bahasa German. Susah jugak la nak communicate dgn dieorg ni sbb dieorg tak brape tau sgt gune English.

Keesokannye, kiteorg pun kluar utk menjelajahi bandar Lübeck. Sany tak ikut sbb die kene study utk exam. Lübeck adalah bandar yg kecik yg terletak di tebing Trave River dan juga berhampiran dgn persisiran pantai Laut Baltic. Ianya dulu merupakan bandar terpenting di Baltic. Bandar ni terkenal dgn bangunan2nye yg berwarna merah dan jugak sejenis perisa makanan iaitu marzipan yg bagi aku tak sedap langsung. Rase mcm ubat gegat. Hehehe. Antara tempat2 yg kiteorg lalu ialah Marienkirche (St Mary’s Church), Rathaus (Town Hall) & Holstentor. Kesemue bangunan2 ni diperbuat dari bata2 merah. Bentuk bangunan Holstentor sgt cantik & lain dari yg lain.

Holstentor, Lübeck, Germany
Holstentor, Lübeck, Germany


Holstentor, Lübeck, Germany
Holstentor, Lübeck, Germany


Rathaus, Lübeck, Germany
Rathaus, Lübeck, Germany


Rathaus, Lübeck, Germany
Rathaus, Lübeck, Germany


Lübeck, Germany
Lübeck, Germany

Keesokannye, kiteorg bertolak ke Berlin, Germany dgn train. Kiteorg tak gune tiket InterRail lagi. Kiteorg akan start gune on 12 June nanti. Kiteorg tiba kat train station Zoologischer Garten Berlin pd waktu tgh hari. Berlin adalah ibu negara Germany semenjak penyatuan Germany pd tahun 1990. Bandar ni sangat menarik & kaye dgn tinggalan2 sejarah Perang Dunia spt Tembok Berlin. Selepas kekalahan Nazi pd Perang Dunia Kedua, Berlin dibahagikan kpd due bahagian iaitu Berlin Barat dan Berlin Timur. Berlin Barat dikuasai oleh Blok Barat yg berfahaman Kapitalis. Sementara Berlin Timur pulak dikuasai oleh Blok Timur yg berfahaman Sosialis. Kedua2 bandar ni dipisahkan oleh Tembok Berlin. Setelah kejatuhan empayar sosialis Soviet Union, ribuan penduduk Berlin beramai2 meruntuhkan tembok yg selame ni memisahkan mereka. Tarikh berlakunye peristiwa yg bersejarah tu adalah pd 9 November 1989. Berlin kini adalah antara bandar yg paling maju di Europe. Antara tempat2 yg kiteorg lawati ialah Bradenburger Tor, Unter den Linden, Reichstag, Potsdamer Platz, Kulturforum, Tiergarten, Frensehturm, Berliner Dom, Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche, Kurfürstendamm & East Side Gallery. Kiteorg travel around Berlin dgn menaiki U-Bahn iaitu public transport bawah tanah. Kiteorg naik illegally tanpa beli tiket. Nasib baik tak kene tangkap. Heheh.

Bradenburger Tor atau Bradenburg Gate yg terletak di hujung jalan Unter den Linden adalah simbol utama Berlin. Kat sinilah bendera Soviet dinaikkan pd tahun 1945 & merupakan pembahagi Berlin Timur & Berlin Barat sehinggalah kejatuhan Tembok Berlin pd tahun 1989. Unter den Linden pulak adalah jalan yg paling famous kat Berlin. Terdapat banyak kedai kiri & kanan jalan ni. Reichstag adalah bangunan Parliament Germany. Potsdamer Platz merupakan tempat paling sibuk di Berlin sebelum Perang Dunia Kedua. Pengebomannye pd tahun 1945 telah meruntuhkan segala2nya yg ada kat sini & runtuhannya digunakan utk pembinaan Tembok Berlin. Kini, tempat ni menjadi kompleks bisnes & perniagaan. Terdapat banyak syarikat2 spt Sony Center, concert hall, cinema & shopping mall kat sini. Tiergarten pulak adalah garden yg terbesar kat Berlin. Frensehturm adalah menara televisyen yg berukuran 365 m tinggi yg terletak kat Alexanderplatz. Ianya adalah antara structure yg tertinggi di Europe. Kat atas menara ni ade revolving café. Mcm KL Tower pulak. Hehe.

Brandenburger Tor, Berlin, Germany
Brandenburger Tor, Berlin, Germany


Unter den Linden, Berlin, Germany
Unter den Linden, Berlin, Germany


Reichstag, Berlin, Germany
Reichstag, Berlin, Germany


Kat Potsdamer Platz, Berlin, Germany
Kat Potsdamer Platz, Berlin, Germany


Tiergarten, Berlin, Germany
Tiergarten, Berlin, Germany


Frensehturm, Berlin, Germany
Frensehturm, Berlin, Germany

Berliner Dom adalah Protestant Cathedral. Ianya jugak adalah salah satu mercu tanda Berlin. Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche (Kaiser-Wilhelm-Gedachtni’s Church) adalah simbol kesan perang di Berlin. Ianya dulu adalah sebuah gereja. Bumbungnya hancur selepas gereja ini dibom pd tahun 1943. Kurfürstendamm yg terletak berhampiran dgn Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche adalah sebuah avenue yg terdapat banyak kedai2. Kat sini terdapat satu arca besi yg agak menarik bentuknye. Tempat terakhir yg kiteorg pergi ialah East Side Gallery. Kat sinilah letaknye tinggalan Tembok Berlin yg masih kukuh. Ianya adalah yg terpanjang. Kiteorg berada kat Berlin selame 3 hari 2 mlm. Di Berlin, kiteorg tidur kat train station Zoologischer Garten utk 2 mlm sbb malas nak cari hostel. Kat sebelah train station tu ade hostel, tapi dah fully booked. So, terpaksa la. Hehehe. Seksa jugak la tidur kat train station sbb polis kerap check passport kiteorg. Tak nyenyak tidur kiteorg dibuatnye.

Berliner Dom, Berlin, Germany
Berliner Dom, Berlin, Germany


Berliner Dom, Berlin, Germany
Berliner Dom, Berlin, Germany


Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche, Berlin, Germany
Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche, Berlin, Germany


Arca Besi di Kurfürstendamm, Berlin, Germany
Arca Besi di Kurfürstendamm, Berlin, Germany


Tinggalan Tembok Berlin di East Side Gallery, Berlin, Germany
Tinggalan Tembok Berlin di East Side Gallery, Berlin, Germany


Zoologischer Garten Train Station, Berlin, Germany
Zoologischer Garten Train Station, Berlin, Germany

Bandar Berlin ni terletak berdekatan dgn bandar Potsdam. Kiteorg ke sane pd hari ketiga kiteorg kat Berlin. Potsdam adalah ibu negeri bagi negeri Bradenburg. Park Sansoucci, Potsdam mempunyai banyak architecture2 yg lawa-lawa belake. Ianya adalah antara palace complexes yg tercantik kat Europe. Sans souci adalah perkataan French yg bermaksud ‘tidak dijaga’. Antara bangunan2 yg ada kat dlm park ni ialah Neues Palais, Schloss Sanssouci, Schloss Charlottenhof, Neue Kammern, Orangerie & Bildergalerie. Semuenye lawa2. Tak menyesal kiteorg pergi. Lepas puas berjalan mengelilingi park tu, kiteorg berjalan ke Potsdam city centre pulak. Kiteorg lunch kat satu kedai kebab. Kebabnye adalah kebab yg paling sedap yg pernah aku makan selama ni. Lepas lunch, kiteorg merayau2 kat Potsdam city centre. Antara tempat2 yg kiteorg lalu ialah Alexandrowka & Filmpark Babelsberg. Alexandrowka adalah seumpama dunia fantasi Pushkin. Rumah2 kat sini dibina berasaskan senibina Russia. Filmpark Babelsberg pulak adalah studio di mane filem Germany pertama dibuat pd tahun 1912. Lepas penat berjalan, kiteorg naik train utk kembali ke Berlin.

Neues Palais kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Neues Palais kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Schloss Sanssouci kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Schloss Sanssouci kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Neue Kammern kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Neue Kammern kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Orangerie kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Orangerie kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Potsdam, Germany
Potsdam, Germany


Potsdam, Germany
Potsdam, Germany


Kat Alexandrowka, Potsdam, Germany
Kat Alexandrowka, Potsdam, Germany


Filmpark Babelsberg, Potsdam, Germany
Filmpark Babelsberg, Potsdam, Germany

Setelah 3 hari berkelana di Berlin, kiteorg teruskan perjalanan ke Warsaw, Poland dgn menaiki night train dan sampai di Warsaw pd pukul 5 pagi. Kiteorg mula menggunakan tiket InterRail. Poland atau nama tempatannya Polska adelah negare Eastern Europe pertame yg kiteorg lawati. Harga barang2 kat negare2 Eastern Europe (Poland, Czech Republic, Slovakia & Hungary) sememangnye tersangat murah. Heaven gile. Shopping sakan kiteorg kat sini. Banyak souvenir kiteorg beli. Poland yg terletak antara Germany & Russia seringkali menjadi mangsa pertelingkahan. Selepas dilepaskan dari belenggu Blok Timur pd tahun 1989, ianya mula pesat membangun. Org2nye mempunyai pegangan agama Katolik yg sangat kuat. Pope John Paul II berasal dari negara ini. Bahasa yg digunakan oleh org negara ni adelah bahasa Polish. Warsaw atau nama tempatannya Warszawa adalah ibu negara Poland. Bandar Warsaw ni dulu menyaksikan pembunuhan lebih separuh drp penduduknye iaitu seramai 700,000 org sewaktu Perang Dunia Kedua. 85% drp bangunan2nye musnah, menjadikan bandar ini sbg bandar di Eastern Europe yg menerime kesan paling teruk sewaktu Perang Dunia Kedua. Oleh itu, Warsaw city centre telah dijadikan UNESCO World Heritage Site. Heh. Bangge btul org sane yek. Kini, bandar Warsaw sudah pun berubah dan pesat membangun. Ada metro lagi tu. Kalah Dublin. Hehehe.

Antara tempat2 yg kiteorg jejakkan kaki ialah Tomb of The Unknown Soldier, Old Town Market Square, Barbakan, Zameck Królewski (Royal Castle), Trakt Królewski (Royal Route), Grand Theater & Palace of Culture & Science. Tomb of The Unknown Soldier adalah sebuah makam yg dibina untuk mengingati askar2 yg telah banyak berjasa kpd negara ini. Old Town Market Square pulak adalah antara main spot utk tourists. Banyak kedai2 souvenir kat sini. Barbakan pulak adalah sebuah fortress yg dibina pd kurun ke-16 sbg tugu pertahanan yg mengawal pintu masuk ke Warsaw dari utara. Zameck Królewski (Royal Castle) pulak adalah sebuah istana yg dijadikan kediaman diraja selepas Parliament berpindah dari Kraków ke Warsaw pd tahun 1569. Pd tahun 1939, istana ini telah dibakar oleh tentera Nazi & diletupkan 5 tahun kemudiannye. Ianya diperbaikpulih semula pd tahun 1988 dgn menggunakan wang kutipan derma. Kini ianya dijadikan muzium. Trakt Królewski (Royal Route) adalah salah satu jalan yg cantik & bersejarah di Warsaw. Grand Theathre adalah bangunan terbesar kat Warsaw sebelum Perang Dunia Kedua. Palace of Culture & Science yg merupakan antara bangunan yg tertinggi di Europe pulak adalah bangunan yg dibina sbg hadiah dari Soviet Russia utk org2 Warsaw. Ianya mempunyai persamaan dgn bangunan Triumph Palace kat Moscow, Russia yg merupakan bangunan tertinggi di Europe buat masa skarang.

Tomb of the Unknown Soldier, Warsaw, Poland
Tomb of the Unknown Soldier, Warsaw, Poland


Sebuah Statue di Market Square, Warsaw, Poland
Sebuah Statue di Market Square, Warsaw, Poland


Barbakan, Warsaw, Poland
Barbakan, Warsaw, Poland


Royal Castle, Warsaw, Poland
Royal Castle, Warsaw, Poland


Grand Theatre, Warsaw, Poland
Grand Theatre, Warsaw, Poland


Palace of Culture and Science, Warsaw, Poland
Palace of Culture and Science, Warsaw, Poland


Triumph Palace, Moscow, Russia
Triumph Palace, Moscow, Russia

Pada waktu petangnye, kiteorg ke train station utk bertolak ke Kraków, bandar ketige terbesar di Poland yg terletak di tengah2 negare tersebut yg jugak merupakan bekas ibu negaranye. Ianya pernah menjadi ibu negara Poland selama 600 tahun. Bandar ini adalah satu2nya bandar di Poland yg tidak menerime kesan teruk Perang Dunia Kedua. Namun, di sinilah tempatnye orang2 Yahudi banyak dibunuh dgn kejam dek Nazi mase Holocaust dulu. Antara tempat2 yg kiteorg singgah ialah Wawel Hill, Market Square, Sukiennice (Cloth Hall) & Old Quarter. Kat Wawel Hill ni lah terletaknye Wawel Castle yg menjadi kediaman pemerintah2 Poland zaman dahulu. Kat atas bukit ni jugak terdapat Kraków Cathedral. Market Square kat Kraków ni adelah yg terbesar di Europe. Terdapat banyak penjual bunga, musicians & pelukis berniaga kat sini. Cloth Hall yg terletak kat tengah2 Market Square ni membahagi Market Square kpd 2 bahagian. Kat dlm Cloth Hall ni la terdapat banyak barang2 souvenir yg dijual. Murah2 belake. Banyak aku beli souvenir kat sini. Kat Market Square ni jugak terdapat City Hall Tower. Kiteorg lepak kat Kraków selame 2 hari je.

Kraków, Poland
Kraków, Poland


Kat Wawel Castle, Krakow, Poland
Kat Wawel Castle, Krakow, Poland


Kraków Cathedral, Kraków, Poland
Kraków Cathedral, Kraków, Poland


Market Square, Kraków, Poland
Market Square, Kraków, Poland


Cloth Hall, Kraków, Poland
Cloth Hall, Kraków, Poland


Cloth Hall, Kraków, Poland
Cloth Hall, Kraków, Poland


Dalam Cloth Hall, Kraków, Poland
Dalam Cloth Hall, Kraków, Poland


Bersama Wanita Polish di Kraków, Poland
Bersama Wanita Polish di Kraków, Poland

Lepas 2 hari lepak kat Kraków, kiteorg ambik night train utk ke Prague, Czech Republic. Kiteorg pada mulanya serba salah utk ambik beds cabin ataupun seats cabin sbb beds cabin adalah lagi selamat drp seats cabin sbb pintu die berkunci. Tapi, since seats cabin is free kalau kite ade InterRail tickets, kiteorg pun ambik seats cabin. Hati aku mmg tak sedap sebenarnye. Tapi takpe la. Jimat sikit duit kan. Aku & Reza tidur kat atas seats yg bertentangan & Jem pulak tidur kat bawah. Bila dah nak sampai Prague paginye, aku tibe2 terjage dari tidur sbb sinaran matahari menyilaukan pandangan mata aku. Aku terus bangun dgn niat utk basuh muke kat toilet. Sebaik saje aku jejakkan kaki aku kat bawah, tibe2 aku tersedar yg aku terpijak beg galas Jem. Aku rase hairan jugaklah. Kenape beg galas die ade kat bawah kaki aku? Kat depan pintu pulak tu. Sepatutnye beg galas tu ade kat sebelah kepale die. Aku pun angkatlah beg tu. Skali lagi aku rase hairan. Kenape beg die ringan je. Sepatutnye berat sbb berisikan laptop die. Aku terus panik & cepat2 kejutkan die. Die pun turut same panik. Aarrghhh!!!!! Laptop Jem kene curi!!!! Ini bermakne gambar2 kiteorg kat Lubeck, Berlin, Potsdam, Warsaw & Kraków pun turut hilang la sbb gambar2 tu semue ade dlm laptop die!!!! Yg ade dlm camera Reza cume beberape keping gambar kat Kraków jek. Aaarrghhhh!!!!! Tensen!! Camne ni???!! Kiteorg pun terus gi report kat pekerja train, tapi die mcm tak paham je ape yg kiteorg cakap. Ye la kan. Org2 kat Eastern Europe ni mane reti sgt cakap English. So, kiteorg pun tawakal je. Nak buat ape lagi. Bende dah jadi. Bersabar je la. Tour must go on no matter what happens. So, kiteorg pun bersiap2 la utk turun train. Dah sampai pun kat Prague, Czech Republic, antara tempat yg menjadi idaman aku. Tapi malangnye mood aku tak begitu baik. Gambar2 ku!!!!! Huhuhhuhuh.

Turun2 train je, sorang pakcik ni datang meluru kat kiteorg, offer bilik sewa die. Lebih kurang 8 Euro jek semlm dlm matawang dieorg. Kiteorg pun setuju je. Malas nak cari2 hostel. Tgh bad mood mase tu kan. So, lepas letak barang2 kat bilik sewa tu, kiteorg pun menjelajah bandar Prague atau nama tempatannya Praha dgn penuh bad moodnye. Terubat jugak la sakit hati aku dgn kecantikan bandar Prague ni. Prague adalah ibu negara Czech Republic. Czech Republic atau nama tempatannya Ceská Republica adalah antara negara termuda di Europe. Ianya adalah pecahan kerajaan Czechoslovakia yg dibahagikan kpd Czech Republic & Slovakia selepas kejatuhan Soviet Union. Czech Republic sendiri dibahagikan kpd 2 bahagian iaitu Bohemia & Moravia dari sudut geografi. Negara ini mempunyai banyak castles. Negara ni jugak terkenal sbg pengeluar Bohemian Crystal yg sgt2 lah lawa. Tapi takde duit lah nak beli. Lagipun takut pecah je. Kiteorg nak travel lame lagi ni. Org2 kat negara ni bertutur dlm bahasa dieorg sendiri iaitu Czech. Tapi kebanyakan penduduknye boleh berbahasa English. Maybe sbb ramai tourists yg dtg kot.

Prague yg terletak dlm bahagian Bohemia adalah antara ibu negara yg tercantik di Europe. Ianya diberi gelaran ‘The Prettiest Gem In The Stone Crown Of The World’. Prague bernasib baik sbb ianya tidak menerime sebarang kesan buruk drp Perang Dunia Kedua. Sewaktu kiteorg kat bandar ni, panasnye teramatlah sangat. Kiteorg jalan2 pakai T-shirt jek. Tu pun still berpeluh2. Kiteorg travel around dgn jln kaki. Ade jugak la naik metro. Tapi jarang. Tempat pertame yg kiteorg pergi ialah Staroměstské náměstí (Old Town Square). Ianya terletak kat tgh2 bandar Prague. Sekelilingnye adelah bangunan2 bersejarah termasuk rumah2 & gereja2. Church of Our Lady before Týn adalah yg terfamous kat situ. Ianya adalah gereja utama di Prague. Bangunan lain yg terdapat kat Old Town Square ialah Old Town Hall, House at the Stone Bell, Kinský Palace, Church of St. Nicholas & jugak kedai2 souvenir. Old Town Hall adalah antara bangunan yg paling menarik kat Prague. Selain itu, terdapat jugak jam astronomi yg diperbuat pd tahun 1490. Ianya menunjukkan 3 waktu yg berbeza iaitu waktu Old Bohemian, waktu sekarang & waktu Babylonian. Ia jugak menunjukkan pergerakan matahari dan bulan menerusi 12 petanda zodiac. Setiap sejam, jam tu akan berbunyi.

Old Town Square, Prague, Czech Republic
Old Town Square, Prague, Czech Republic


Church of Our Lady before Týn kat Old Town Square, Prague, Czech Republic
Church of Our Lady before Týn kat Old Town Square, Prague, Czech Republic


Jam Astronomi kat Old Town Square, Prague, Czech Republic
Jam Astronomi kat Old Town Square, Prague, Czech Republic

Seterusnya, kiteorg berjalan menuju ke Karlův Most (Charles Bridge), satu lagi tarikan utama kat Prague. Jambatan ni menghubungkan Old Town dgn Little Quarter. Dari jambatan tu, kelihatan Prague Castle yg tersergam indah kat atas sebuah bukit. Kat atas jambatan tu terdapat banyak Baroque statues. Kat hujung jambatan kat bhg Old Town terdapat satu menara yg diberi name Gothic Tower, sementara kat hujung jambatan kat bhg Little Quarter pulak, terdapat 2 menara. Selepas menyeberangi jambatan utk ke bhg Little Quarter, kiteorg teruskan perjalanan dgn mendaki bukit utk ke Prague Castle. Sejarah Prague sebenarnye bermula dgn castle ni. Ianya dibina pd kurun ke-9 lagi. Prague Castle ni pernah menjadi kediaman rasmi President Czechoslovakia pd tahun 1918. Kini, ianya menjadi pejabat rasmi President Czech Republic. St Vitus Cathedral terletak berdekatan dgn Prague Castle. Seterusnye, kiteorg berjalan pulak ke Valdštejnský Palác (Wallenstein Palace). Ianya adalah bangunan secular terbesar yg pertama dlm era Baroque di Prague. Ianya dulu adalah kediaman Commander Albrecht von Wallenstein yg telah mencabar Maharaja Ferdinand II. Dia akhirnya dibunuh oleh Maharaja tu. Kiteorg kemudiannye kembali ke bilik utk berehat2. Mlmnye, kiteorg keluar utk menikmati suasana Prague di waktu mlm. Malam kat bandar Prague lagilah cantik. Subhanallah. Teramat-amatlah cantiknye. Kiteorg melalui semule Old Town Square & Charles Bridge. Lawa. Kiteorg sempat lepak kat Prague selame 2 hari jek.

Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic
Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic


Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic
Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic


Prague Castle, Prague, Czech Republic
Prague Castle, Prague, Czech Republic


Kat Prague Castle, Prague, Czech Republic
Kat Prague Castle, Prague, Czech Republic


Wallenstein Palace, Prague, Czech Republic
Wallenstein Palace, Prague, Czech Republic


Malam di Old Town Square, Prague, Czech Republic
Malam di Old Town Square, Prague, Czech Republic


Pemandangan Prague Castle pada waktu malam, Prague, Czech Republic
Pemandangan Prague Castle pada waktu malam, Prague, Czech Republic


Malam di Charles Bridge, Prague, Czech Republic
Malam di Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Keesokannye, kiteorg terus menuju ke Bratislava, Slovakia. Nama tempatan bagi Slovakia ialah Slovensko. Bandar Bratislava ni dulu pernah berada di bawah jajahan empayar Hungary dan menjadi ibu kota empayar Hungary pd thn 1526. And then, lepas Perang Dunia Pertama, Slovakia bercantum dgn Ruthenia, Bohemia & Moravia, mewujudkan negara Czechoslovakia yg berfahaman Sosialis. Lepas kejatuhan Soviet Union, negara ni berpecah menjadi Slovakia dan Czech Republic spt yg telah dimention sebelum ni. Org2 Slovakia menggunekan bahasa dieorg sendiri yg mempunyai banyak unsur2 persamaan dgn bahasa Czech. Bandar Bratislava ni sebenarnye takde ape2 sgt. Tapi since kiteorg nak jejakkan kaki kat negare Slovakia, terpakse le jejakkan kaki kat sini jugak kan. Antara yg menarik kat bandar ni ialah President’s Palace, Bratislava Castle & sebuah jambatan yg merentangi River Danube. Kiteorg travel around dgn jalan kaki jek. Waktu kiteorg sampai kat bandar Bratislava ni, banyak kedai dah tutup sbb dah lewat petang. So, sbb tu le kiteorg rase yg bandar ni takde ape2 sgt kot. Malamnye kiteorg tidur kat luar train station sbb train station tu tutup pd waktu mlm. Next train kiteorg adalah ke Budapest, Hungary which was at 5 a.m. Suasane kat luar train station Bratislava pd waktu lewat mlm teramatlah menakutkan. Ramai sungguh org mabuk lalu-lalang. Kiteorg tak berani nak tidur. Takut barang2 kiteorg kene curi. Cukuplah dgn pengalaman hilang laptop dlm train. Dah serik dah!!

President's Palace, Bratislava, Slovakia
President's Palace, Bratislava, Slovakia


Depan President’s Palace, Bratislava, Slovakia
Depan President’s Palace, Bratislava, Slovakia


Bratislava, Slovakia
Bratislava, Slovakia


Bratislava Castle, Bratislava, Slovakia
Bratislava Castle, Bratislava, Slovakia


Sebuah Jambatan di Bratislava, Slovakia
Sebuah Jambatan di Bratislava, Slovakia

Sesampainye kiteorg kat Budapest, Hungary, kiteorg diserbu oleh 2 orang makcik. Due2 offer bilik sewa kat kiteorg. Sorang tu sewa die lagi murah, so kiteorg ambik bilik die. Tension je makcik yg sorang lagi tu. Heheheh. Sebilik dgn kiteorg adelah sorang mamat Jepun & sorang minah Korea. Due2 org tu mmg ramah gile. Best jugak le berborak dgn dieorg. Tapi yg pandai cakap English cume mamat Jepun tuk jek. Minah Korea tu cakap dlm bahasa die. Nasib baik la mamat Jepun tu tau bahase Korea sikit2. Die tolong jadi translator minah Korea tu. Hehehe. Hungary atau nama tempatannya Magyarország adalah negara yg unik. Penduduknya adalah org berketurunan Magyar iaitu kaum yg berasal dari Asia Tengah yg berhijrah ke sini pd akhir kurun ke-9 lagi. Ianya telah banyak terlibat dlm peperangan menentang penjajahan kerajaan Turki, German, Austrian & Russian. Org2 kat sini menggunakan bahasa Hungarian atau Magyar. Budapest adalah ibu negara Hungary. Ia terletak di tebing River Danube. Bandar ni adalah antara bandar yg paling menarik kat Eastern Europe. Ianya digelar sbg ‘Queen Of The Danube’ & ‘Paris Of The East’. Bandar Budapest ni terbahagi kpd dua bahagian iaitu Buda & Pest yg dibahagikan oleh River Danube. Buda di bahagian barat sungai & Pest di bahagian timur sungai. Kedua2nya dihubungkan oleh jambatan yg diberi name Széchenyi Lánchíd (Chain Bridge).

Kiteorg keluar menjelajahi Budapest ni waktu tgh hari selepas menghilangkan penat. Time tu, cuace mmg panas gile. Berpeluh2 kiteorg dibuatnye. Kiteorg travel around dgn jalan kaki. Ade jugak la naik metro. Metro kat Budapest adalah metro yg pertama di Europe. Tempat pertama kiteorg jejakkan kaki ialah St Stephen’s Basilica, gereja yg paling famous kat Budapest. Kemudian, kiteorg ke Magyar Állami Operaház (State Opera House). Lepas bergambar kat situ, kiteorg ke Heroes’ Square yg merupakan salah satu mercu tanda Budapest. Berhadapan dgn Heroes’ Square ialah Museum of Fine Arts. Kiteorg kemudiannye berjalan kaki ke Vajdahunyad Castle yg terletak di tepi tasik yg merupakan antara tarikan utama pelancong jugak. Time kiteorg kat situ, kebetulan ade persembahan tarian tradisional Hungarian. Untung dpt tengok. Hehe.

St Stephen’s Basilica, Budapest, Hungary
St Stephen’s Basilica, Budapest, Hungary


State Opera House, Budapest, Hungary
State Opera House, Budapest, Hungary


Heroes’ Square, Budapest, Hungary
Heroes’ Square, Budapest, Hungary


Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary
Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary


Persembahan Tarian Tradisional Hungarian di Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary
Persembahan Tarian Tradisional Hungarian di Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary

Lepas tu, kiteorg terus ke tebing River Danube utk meniti Széchenyi Lánchíd (Chain Bridge) yg sgt popular tu. Jambatan ini adalah jambatan pertama yg dibina sepanjang River Danube yg merupakan sungai kedua terpanjang di benua Europe selepas River Volga di Russia. River Danube merentasi 8 negara iaitu Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Yugoslavia, Bulgaria & Romania. Antara bandar2 besar di Europe yg terletak di pinggir sungai ni ialah Vienna, Bratislava, Budapest, Belgrade & Bucharest. Dari tebing River Danube, Royal Palace kelihatan tersergam indah di atas bukit kat seberang sungai iaitu di bahagian Buda. Kiteorg meniti Chain Bridge utk menuju ke Royal Palace. Di atas Chain Bridge, pemandangannye sungguh lawa. Bangunan Országház (Parliament) dapat dilihat dari atas jambatan tu. Ianya adalah bangunan terbesar di seluruh Hungary. Ianya dibina berasaskan bentuk Houses of Parliament di London. Kiteorg tak sempat utk ke bangunan Parliament tu kerane mase tak mencukupi.

River Danube, Europe
River Danube, Europe


Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary


Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary


Di Tebing Danube River Berlatar Belakangkan Royal Palace, Budapest, Hungary
Di Tebing Danube River Berlatar Belakangkan Royal Palace, Budapest, Hungary


Parliament, Budapest, Hungary
Parliament, Budapest, Hungary

Selepas meniti Chain Bridge, kiteorg pun sampai le ke kaki bukit di mane terletaknye Royal Palace tu. Utk ke Royal Palace, kiteorg kene naik kereta kabel. Tak sanggup nak panjat tangga. Hehe. Royal Palace ni dulu pernah diduduki oleh kerajaan Turki Uthmaniyah semase penjajahannye. Namun, Royal Palace kini dijadikan muzium utk menyimpan khazanah2 penting kerajaan & juga perpustakaan yg menyimpan 5 juta buah buku. Berdekatan dgn palace ni, terdapat jugak Hungarian National Gallery & Budapest History Museum. Antara pengalaman yg tak boleh kiteorg lupekan sewaktu kat Royal Palace ni ialah sewaktu kiteorg terserempak dgn Jennifer Love Hewitt, pelakon Hollywood!! Tapi kiteorg tak berani nak kacau die sbb die diapit dek 2 org laki & sorang pompuan yg agak tue. Maybe family die kot. Die pun mcm cube nak larikan diri dari kiteorg. Huh. Macamlah die tu top star sgt. Tak heran aah. Heheheh. Dari atas Royal Palace yg terletak kat atas bukit di bhg Buda, kiteorg boleh menikmati view bhg Pest dgn jelas. Indah sungguh. Lepas dah puas menikmati semue tu, kiteorg pun turun ke kaki bukit dgn tangga. Lepas tu, terus balik ke bilik utk berehat. Kiteorg pd mulenye plan nak ambik gambar kat Chain Bridge pd waktu malam sbb dlm poskad, jambatan tu nampak cantik gile pd waktu malam. Tapi niat kiteorg tak kesampaian sbb kiteorg tertidur kepenatan kat bilik sewa tu. Sedar2 jek dah pukul 12 tgh mlm. Kecewa gile aah. Heheh

Di Royal Palace, Budapest, Hungary
Di Royal Palace, Budapest, Hungary


Bersama Wanita Hungarian di Budapest, Hungary
Bersama Wanita Hungarian di Budapest, Hungary


Pemandangan Malam Chain Bridge & Royal Palace, Budapest, Hungary
Pemandangan Malam Chain Bridge & Royal Palace, Budapest, Hungary

Esok paginye, kiteorg bertolak ke Vienna, Austria. Sebelum bertolak, kiteorg bergambar dulu dgn mamat Jepun & minah Korea yg tinggal sebilik dgn kiteorg tu. Baik sungguh dieorg. Kiteorg sampai kat Vienna, Austria waktu tgh hari. Austria atau nama tempatannya Österreich adalah negara yg terkenal dgn seni muzik dan teater. Ramai composer2 tername berasal dari negara ni, spt Mozart, Beethoven, Mahler, Haydn, Schubert, Schonberg & Strauss. Ianya jugak terkenal dgn tarian Waltzes. Penduduk Austria bertutur dlm bahasa German. Tapi, ade perbezaan sedikit dari segi dialek. Austria jugak amat terkenal dgn Austrian Alpsnye. Vienna atau nama tempatannya Wien adelah ibu negare Austria. Ia terletak di tebing River Danube. Ianya terkenal dari segi lukisan, seni binaan & design. Selepas berjaye mencari hostel & meletakkan barang2, kiteorg pun menjelajahi bandar Vienna ni. Kiteorg travel around dgn jalan kaki & U-Bahn.

Bersama Mamat Jepun di Bilik Sewa di Budapest, Hungary
Bersama Mamat Jepun di Bilik Sewa di Budapest, Hungary


Bersama Minah Korean di Bilik Sewa di Budapest, Hungary
Bersama Minah Korean di Bilik Sewa di Budapest, Hungary

Tempat pertame yg kiteorg lalui ialah Stephansplatz di mane terletaknye satu gereja yg besar & tinggi yg terletak di tgh2 bandar ini. Seterusnye, kiteorg ke Hofburg Complex yg merupakan sebuah fortress yg amat terkenal kat sini. Ianya adalah simbol kekuatan empayar Habsburgs selama 600 tahun pd zaman dahulu. Antara binaan2 yg terdapat kat sini ialah Neue Burg yg menyimpan piano2 kepunyaan Beethoven, Schubert & Haydn, Albertina, Schatzkammer yg menyimpan mahkota berharga Holy Roman Empire, Prunksaal, Augustinerkirche (Augustine Church) & Michaelertor (Michael Gate) yg merupakan pintu masuk ke Hofburg. Di luar Hofburg terdapat Burggarten (Burg Garden) & Volksgarten (Volks Garden) yg dipenuhi dgn bunga2. Mmg tak terkate cantiknye taman2 bunga tu. Kat Burggarten, terdapat Mozart Memorial Statue. Sususan bunga berbentuk clef yg terdapat kat depan statue tu betul2 unik. Lepas menikmati keindahan taman2 bunga tu, kiteorg berjalan menuju ke Burgtheater yg merupakan pentas persembahan yg paling berprestij dlm German Speaking World. Kiteorg kemudiannye menuju ke Karlskirche (Karl’s Church) yg merupakan salah satu gereja yg terkenal di sini. Lepas tu, kiteorg ke Prater, yg terletak agak jauh sedikit dari Vienna city centre. Kat sane ade Volksprater funfair. Agak best jugak la kat situ. Happening. Kiteorg stay situ sampai mlm. Then, kiteorg balik ke hostel.

Stephansplatz, Vienna, Austria
Stephansplatz, Vienna, Austria


Hofburg, Vienna, Austria
Hofburg, Vienna, Austria


Di Hofburg, Vienna, Austria
Di Hofburg, Vienna, Austria


Di Hofburg, Vienna, Austria
Di Hofburg, Vienna, Austria


Volksgarten, Vienna, Austria
Volksgarten, Vienna, Austria


Mozart's Memorial Di Burggarten, Vienna, Austria
Mozart's Memorial Di Burggarten, Vienna, Austria


Burgtheater, Vienna, Austria
Burgtheater, Vienna, Austria


Karlskirche, Vienna, Austria
Karlskirche, Vienna, Austria


Volksprater Funfair, Vienna, Austria
Volksprater Funfair, Vienna, Austria

Esoknye kiteorg bertolak ke bandar lain pulak. Tapi still dlm Austria lagi. Kali ni bandar Salzburg pulak. Salzburg ni dulu adelah tempat penggambaran film box office 1960an, ‘The Sound Of Music’ yg banyak menang Oscar termasuk Best Picture. Salzburg jugak adalah bandar kelahiran composer yg tername iaitu Mozart. Antara yg menarik kat bandar kecik ni ialah fortress Festung Hohensalzburg yg terletak kat atas bukit. Kiteorg tak berkesempatan utk ke fortress tu sbb hujan. Kiteorg travel around dgn berjalan je. Actually, selame 2 hari kiteorg kat sini, cuace mmg tak brape baik. First day je dah hujan renyai2. Second day, terus hujan lebat. Tensi betul. Antara tempat2 menarik kat Salzburg yg kiteorg sempat pergi ialah Mozarts Geburtshaus (Mozart’s birthplace), Mozart Wohnhaus iaitu muzium mengenai Mozart, Schloss Mirabell (Mirabell Castle), Baroque Cathedral & Salzburg’s Market Square. Kat Market Square ni terdapat Mozart’s Statue & horse fountain.

Sound of Music
Sound of Music


Festung Hohensalzburg, Salzburg, Austria
Festung Hohensalzburg, Salzburg, Austria


Mozart
Mozart


Mozarts Geburtshaus, Salzburg, Austria
Mozarts Geburtshaus, Salzburg, Austria


Mozart Wohnhaus, Salzburg, Austria
Mozart Wohnhaus, Salzburg, Austria


Kat Schloss Mirabell, Salzburg, Austria
Kat Schloss Mirabell, Salzburg, Austria


Baroque Cathedral, Salzburg, Austria
Baroque Cathedral, Salzburg, Austria


Market Square, Salzburg, Austria
Market Square, Salzburg, Austria


Statue Mozart kat Market Square, Salzburg, Austria
Statue Mozart kat Market Square, Salzburg, Austria

Keesokan paginye, kiteorg bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Munich, Germany. Munich atau nama tempatannya München adalah salah satu bandar terbesar dalam Germany yg merupakan ibu negeri Bavaria (Bayern). Bandar ni amat terkenal dgn festival Oktoberfest yg diadakan setiap tahun. Sesampainye kiteorg kat train station Munich, sorang polis dtg kat kiteorg. Die nak check passport. Huh. Mcm le kiteorg ni org jahat. Lepas tu, time kiteorg kat locker room utk letak barang2, tibe2 ade 2 org manusia dtg. Sorang laki, sorang pompuan. Dieorg kate dieorg polis & dieorg nak check passport. Kiteorg takut jugak la sbb dieorg tu hanya pakai baju biase je. Batch yg dieorg tunjuk pun boleh jadi batch palsu. Kiteorg mule2 taknak kasi, tapi dah dieorg desak sgt, kiteorg pun naik takut & kasi je passport kiteorg kat dieorg. Lepas tu, dieorg suruh kiteorg berdiri jauh sikit dari dieorg. Eh. Ape hal pulak ni. Kiteorg pun marah dieorg balik. Last2, dieorg suruh kiteorg ikut dieorg ke police office. Kiteorg nak taknak, terpakse gak la ikut sbb passport ade kat dieorg. Nasib baik tempat yg dieorg bawak tu btul2 police office. Tapi kiteorg disuruh berdiri kat luar sambil dijage oleh 2 org polis. Lame pulak tu. Ntah ape dieorg nak buat ni. Aku dah naik risau dah. Setelah nak dekat 20 minit tunggu, last2 dieorg pulangkan passport kiteorg balik & ucap terime kasih. Aku seriously tak faham kenape dieorg buat camtu. Ah. Whatever la. Janji passport kiteorg selamat.

Lepas tu, kiteorg pun terus mulekan penjelajahan kota Munich. Alamak. Hujan pulak. Takpe la. Redah jek. Nak buat camne. Kiteorg travel dgn jalan kaki & U-Bahn. Tempat pertame kiteorg lalu ialah Marienplatz. Ianya adalah sebuah market square. Marienplatz ni didominasi oleh bangunan Neues Rathaus (New Town Hall) yg dibina pd tahun 1909. Dekat2 situ terdapat jugak clock tower Talbruktor yg jugak menjadi tarikan umum. Selain itu, Altes Rathaus (Old Town Hall) jugak terletak kat sini. Kemudiannye, kiteorg ke Residenz, yg merupakan bekas kediaman Raja2 Bavaria. Kini, ianya dijadikan muzium. Lepas tu, kiteorg ke Frauenkirche (Lady’s Church) yg merupakan gereja paling utama di Munich. Ianya adalah antara Gothic structure yg terbesar di selatan Germany. Then, kiteorg teruskan langkah ke Olympiapark. Ianya dibina untuk Sukan Olimpik tahun 1972 sewaktu Munich menjadi tuan rumah. Olympiaturm (menara televisyen) yg terdapat kat sini boleh dilihat dari mane2 pun kat sekitar Munich. Berhampiran dgn Olympiapark ialah BMW Museum. Kiteorg lepak kejap je kat situ. Lepas tu, kiteorg teruskan perjalanan dgn U-Bahn ke Schloss Nymphenburg (Nymphenburg Castle). Istana ni dikelilingi oleh taman yg sgt luas & cantik. Lepas meluangkan mase kat situ, kiteorg kembali ke train station Munich. Kiteorg akan ke Zurich pd mlm tu. Naik night train. Skali lagi, polis menghampiri kiteorg utk check passport. Geram gile aku. Rase nak sepak je polis2 tu. Muke kiteorg ni muke penjenayah ke? Hish! Aku dah tak sabar dah nak blah dari Munich ni.

Marienplatz, Munich, Germany
Marienplatz, Munich, Germany


Neues Rathaus, Munich, Germany
Neues Rathaus, Munich, Germany


Altes Rathaus, Munich, Germany
Altes Rathaus, Munich, Germany


Residenz, Munich, Germany
Residenz, Munich, Germany


Residenz, Munich, Germany
Residenz, Munich, Germany


Frauenkirche, Munich, Germany
Frauenkirche, Munich, Germany


Olympiapark, Munich, Germany
Olympiapark, Munich, Germany


Olympiaturm kat Olympiapark, Munich, Germany
Olympiaturm kat Olympiapark, Munich, Germany


Nymphenburg Castle, Munich, Germany
Nymphenburg Castle, Munich, Germany

Kiteorg sampai Zurich, Switzerland pd esok paginye. Actually kiteorg dah pernah sampai Zurich dah waktu winter 2003. Buang mase le pulak kalau jalan2 kat sini lagi. So, sesampainye kiteorg kat Zurich, kiteorg terus naik train ke Lucerne. Lebih kurang 30 minit je perjalanan. Kat Lucerne atau nama tempatannya Luzern, kiteorg naik cable car ke puncak Mount Pilatus. Tapi time tu takde salji. Kabus je. Hampeh btul. Tapi ok la. At least ade experience kat pegunungan Alps. Lepas puas menikmati keindahan kat situ, kiteorg balik semule ke Zurich pd waktu petangnye utk teruskan perjalanan train ke rumah kawan aku, Faizal kat Mannheim, Germany. Faizal adalah kawan aku kat MRSM Taiping dulu. Sesampainya kiteorg kat train station Mannheim, Faizal bawak kiteorg ke bilik die. Kiteorg bertige akan lepak kat bilik die selame 3 hari 2 mlm. Ni adelah bilik org pertame yg kiteorg sampai sejak bertolak ke Berlin dari bilik Sany hari tu. Baru dpt hidup proper sikit. Mlm tu die dah siap masakkan utk kiteorg. Heh. Baik btul.

Lucerne, Switzerland
Lucerne, Switzerland


Dlm Cable Car ke Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland
Dlm Cable Car ke Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland


Kat Atas Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland
Kat Atas Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland


Kat Atas Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland
Kat Atas Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland


Kaki Gunung Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland
Kaki Gunung Mount Pilatus, Lucerne, Switzerland


Bersama Faizal di Mannheim, Germany
Bersama Faizal di Mannheim, Germany

Keesokan harinye, kiteorg decided utk naik train ke Heidelberg, Germany dari Mannheim. Kiteorg akan pulang semule ke Mannheim ptg nanti. Heidelberg adelah salah satu bandar tercantik di Germany. Ianya adalah sebuah bandar university. Kat sinilah terletaknye medical university yg paling top dan jugak university yg pertama dlm Germany yg dibina pd tahun 1386. Kiteorg travel around Heidelberg dgn jalan kaki je. Tempat pertama kiteorg pergi ialah Heidelberger Schloss (Heidelberg Castle), yg merupakan sebuah istana kat atas bukit. Ia adalah tarikan utama pelancong ke sini. Lepas puas pusing mengelilingi istana tu, kiteorg berjalan ke Heidelberger’s Alte Brücke (Heidelberg’s Old Bridge) iaitu jambatan yg merentangi River Neckar. Ianya diperbuat drp bata. Dari situ, kiteorg boleh nampak Heidelberger Schloss yg tersergam indah kat atas bukit. Lepas tu, kiteorg menuju ke Heiliggeistkirche (Heiliggeist Church) yg merupakan gereja utama bandar ni. Ianya adalah landmark kpd Heidelberg. Berhampirannye ialah gerai2 yg menjual banyak souvenir. Kiteorg shopping la sikit2 kat situ, termasuklah cuckoo clock yg sememangnye berasal dari barat daya Germany. Lepas habis shopping, kiteorg ke Heidelberger Universität iaitu university yg pertama di Germany. Kiteorg kemudiannye pulang semule ke bilik Faizal kat Mannheim.

Heidelberger Schloss, Heidelberg, Germany
Heidelberger Schloss, Heidelberg, Germany


Kat Dalam Heidelberger Schloss, Heidelberg, Germany
Kat Dalam Heidelberger Schloss, Heidelberg, Germany


Jambatan Heidelberger’s Alte Brücke, Heidelberg, Germany
Jambatan Heidelberger’s Alte Brücke, Heidelberg, Germany


Kat Atas Jambatan Heidelberger’s Alte Brücke, Heidelberg, Germany
Kat Atas Jambatan Heidelberger’s Alte Brücke, Heidelberg, Germany


Heiliggeist Church, Heidelberg, Germany
Heiliggeist Church, Heidelberg, Germany


Heidelberger Universität, Heidelberg, Germany
Heidelberger Universität, Heidelberg, Germany

Esok paginye, kiteorg ke Stuttgart, Germany pulak. Tapi, kiteorg singgah kat Heidelberg kejap utk menukar cuckoo clock yg tak berfungsi. Nasib baik boleh tukar. Then, kiteorg teruskan perjalanan ke Stuttgart. Sampai2 sane saje, kiteorg terus ke Mercedes Benz Museum yg agak famous kat bandar Stuttgart tu. Banyak jugak kereta2 lama & baru dipamerkan dlm tu. Lebih 70 buah. Porsche Museum jugak terletak kat Stuttgart, tapi kiteorg taktau kat mane. Lepas menghabiskan masa kat Mercedes Benz Museum, kiteorg kembali ke Stuttgart city centre. Kiteorg kat situ kejap je sbb mase tak mengizinkan. Kiteorg kene balik awal sbb kunci flat & bilik Faizal ade kat kiteorg. Stuttgart adalah ibu negeri Baden- Württemberg. Ianya merupakan antara bandar terbesar dlm Germany. Ade beberape tempat yg menarik kat Stuttgart spt Altes Schloss (Old Castle), Neues Schloss (New Castle), Staatsgalerie (Staats Gallery) & Bad Cannstatt. Tapi apekan daya, masa tak mengizinkan. Sesampainye kiteorg kat depan flat Faizal, die tak ade kat situ lagi. Ingatkan die tak habis kelas lagi. Then, aku tibe2 dpt msg dari die. Die ade kat kedai depan flat. Die msg aku sejam yg lepas tapi failed. Heheh. Sian btul. Rase bersalah pulak. Sorry le. Kiteorg lambat sikit. Janji pukul 4.00, tapi pukul 5.00 baru kiteorg sampai. Heheh.

Dalam Mercedes Benz Museum, Stuttgart, Germany
Dalam Mercedes Benz Museum, Stuttgart, Germany


Kat Pintu Masuk Mercedes Benz Museum, Stuttgart, Germany
Kat Pintu Masuk Mercedes Benz Museum, Stuttgart, Germany


Stuttgart, Germany
Stuttgart, Germany

Esoknye, dari Mannheim, kiteorg bertolak ke rumah kawan kiteorg kat Bingen, Germany dgn train. Terime kasih Faizal. Jasamu dikenang. Name member kiteorg kat Bingen ialah Irfan. Sesampainye kiteorg kat train station Bingen, kiteorg dijemput oleh die. Then, die bawak kiteorg ke umah member2 die iaitu Lutfee, Sudin, Anod, Ihsan & Iwe. Die kate kiteorg better stay kat rumah member2 die ni sbb rumah dieorg lagi besar, selesa & dekat dgn train station. Kiteorg segan jugak la mula2. Tapi bile dah kenal btul2, ok gak la. Sporting. Kiteorg siap tgk EuroCup sesame lagi tu. Heheh. Kawasan Bingen ni sebenarnye mmg kampung-sekampung2nye. Hehehe. Taktau le camne bebudak tu boleh hidup kat situ. Tapi nasib baik le Bingen ni dekat dgn Frankfurt. Lepas makan skali dgn dieorg, kiteorg pun terus tido. Tido kat bilik Lutfee.

Bersama Irfan di Bingen, Germany
Bersama Irfan di Bingen, Germany

The next day nye, Irfan bawak kiteorg jalan2 kat Frankfurt, Germany. Haa. Kali ni Jem berase lega sbb die tak perlu lagi nak bace map. Dah ade tourist guide. Heh. Kotaraya Frankfurt ni adalah salah satu pusat ekonomi, kewangan & kebudayaan di Europe. Central Bank of the European Union terletak kat bandar ni. Kebanyakan headquarters bank2 utama & syarikat surat khabar berpusat kat sini. International Book Fair jugak seringkali diadakan kat bandar ni. Bandar Frankfurt ni jugak adalah pusat/hub kpd jalan keretapi, udara & darat di Europe. Bandar ni mmg maju & moden gile. Kat sini le baru kiteorg nampak bangunan2 tinggi mencakar langit mcm kat New York. Aku rase dlm seluruh benue Europe kat sini je la yg ade bangunan2 setinggi tu. Kalau ikutkan polisi negare2 Europe, mane ade bangunan yg boleh dibina lagi tinggi daripade gereja. Tapi maybe sbb Frankfurt dulu di bawah pegangan Amerika Syarikat bile Germany kalah sewaktu Perang Dunia Kedua, so, Amerika Syarikat le yg majukan bandar ni & bina bangunan2 yg tinggi tu. Mmg terpegun gile la kiteorg tengok bangunan2 tu. Teringat kat KL. Heheheh.

Tempat pertama kiteorg singgah ialah Central Bank of the European Union. Ianya adalah tempat utama pengurusan matawang Euro di Europe. Kemudiannye, kiteorg teruskan berjalan ke Römerberg di mane terdapatnye beberape pintu rumah yg senibinanya amat unik. Rumah2 tersebut diberi name Ostzeile. Terdapat jugak Altes Rathaus (Old Town Hall) berdekatan dgn tempat tu. Lepas tu, kiteorg terus ke tebing River Main yg merupakan salah satu cabang River Rhine utk menyaksikan keindahan kotaraya Frankfurt yg turut diberi gelaran Manhattan. Lepas tu, kiteorg berjalan kaki sekitar2 situ utk mengisi mase yg terluang. Lepas dah puas dgn Frankfurt, kiteorg kembali semule ke Bingen.

Frankfurt, Germany
Frankfurt, Germany


Train Station, Frankfurt, Germany
Train Station, Frankfurt, Germany


Central Bank of the European Union, Frankfurt, Germany
Central Bank of the European Union, Frankfurt, Germany


Ostzeile di Römerberg, Frankfurt, Germany
Ostzeile di Römerberg, Frankfurt, Germany


Di Tebing River Main, Frankfurt, Germany
Di Tebing River Main, Frankfurt, Germany

Setelah 3 hari 2 mlm lepak kat Bingen, kiteorg menuju pulak ke Cologne, Germany. Terime kasih banyak2 ye, Irfan & kawan2. Jasa kalian dikenang. Cologne atau nama tempatannya Köln pd suatu masa dahulu pernah menjadi ibu kota kpd empayar Germania. Ianya adelah antara bandar tertua di Germany. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki & U-Bahn. Tempat pertama kiteorg jejakkan kaki ialah Cologne Cathedral, gereja yg terbesar di Germany dan jugak merupakan pusat kpd gereja Roman Catholic di Germany sampai sekarang. Ianya mula dibina pd tahun 1248 & siap sepenuhnya pd tahun 1842. Lame btul. Lepas tu, kiteorg ke Rathaus (Town Hall). Then, kiteorg ke tebing River Rhine utk menyaksikan kejernihan air sungai tu. Ade sebuah jambatan keretapi merentangi sungai tu. Binaannye sungguh cantik. Kemudiannye, kiteorg menyeberang sungai tu utk ke Kölnarena. Ianya adalah sebuah stadium yg mempunyai bentuk yg agak unik.

Cologne Cathedral, Cologne, Germany
Cologne Cathedral, Cologne, Germany


Rathaus, Cologne, Germany
Rathaus, Cologne, Germany


River Rhein, Cologne, Germany
River Rhein, Cologne, Germany


River Rhein, Cologne, Germany
River Rhein, Cologne, Germany


Kölnarena, Cologne, Germany
Kölnarena, Cologne, Germany

Then, kiteorg menyeberang sungai tu kembali utk ke train station. Kiteorg tak tidur kat Cologne. Petangnye kiteorg terus bertolak ke rumah member aku, Mahadi, kat Brunswick, Germany. Die jugak adelah member aku mase kat MRSM Taiping dulu. Presiden BWP aka MPP batch aku. Sesampainye kat train station Brunswick, die jemput kiteorg. Bersame2 dgnnye adelah Abg Radzwan, student Malaysia yg dah berkahwin & ada 3 org anak. Selame 3 hari 2 mlm kiteorg kat Brunswick, kiteorg tak keluar sesen pun. Dieorg yg tanggung kiteorg. Hehehe. Brunswick atau nama tempatannya Braunschweig, adalah sebuah bandar yg agak kecik tapi kaye dgn sejarah. Tokoh yg terkenal kat sini ialah Henry the Lion.

Bersama Mahadi di Brunswick, Germany
Bersama Mahadi di Brunswick, Germany

Keesokan harinye selepas kiteorg tibe di Brunswick ni, Abg Radzwan & Mahadi bawak kiteorg ke Flea Market yg terdapat kat bandar tu. Kiteorg tak beli ape2 pun. Cume Reza je yg beli jam radio 2nd hand. Lepas tu, kiteorg keliling bandar Brunswick kejap. Then, Abg Radzwan & Mahadi belanje kiteorg makan kat restoran. Hehehe. Pd waktu ptgnye, kiteorg bertige naik train ke Hanover, Germany. Kiteorg akan kembali ke Brunswick ptg tu jugak. Hanover atau nama tempatannya Hannover adalah bandar dlm Germany yg mempunyai hubungan yg rapat dgn English-speaking world. Ianya adalah ibu negeri Lower Saxony. Kiteorg cume berkesempatan utk ke Herrenhauser Garten je yg merupakan salah satu garden tercantik kat Germany. Tu pun tak masuk sbb kene bayar. Lepas tu kiteorg singgah kejap untuk bergambar kat depan Hanover University. Then, kiteorg terus kembali ke Brunswick. Actually banyak lagi tempat yg menarik kat sini spt Opernhaus (Opera House) & Neues Rathaus (New Town Hall). Tapi mase mencemburui. Heheh.

Brunswick, Germany
Brunswick, Germany


Brunswick, Germany
Brunswick, Germany


Brunswick, Germany
Brunswick, Germany


Kat Depan Herrenhauser Garten, Hanover, Germany
Kat Depan Herrenhauser Garten, Hanover, Germany


Kat Depan Herrenhauser Garten, Hanover, Germany
Kat Depan Herrenhauser Garten, Hanover, Germany


Depan Hanover University, Hanover, Germany
Depan Hanover University, Hanover, Germany


Depan Train Station, Hanover, Germany
Depan Train Station, Hanover, Germany

Sesampainye kat train station Brunswick, kiteorg cube hantar sms kat Mahadi, nak mintak die bawak kiteorg ke rumah die sbb kiteorg tak brape ingat sgt jalan ke rumah die. Tapi no reply. Try call pun takleh. Isk. Ni yg risau ni. Last2, kiteorg terpakse gak naik tram sendiri. Kiteorg still ingat2 sikit la jalan ke rumah die but not so sure. Kiteorg try ingat btul2. Nasib baik le at last kiteorg sampai jugak kat rumah die. Die ade kasi kunci spare kat kiteorg pagi tadi, so kiteorg gune kunci tu utk masuk. Mahadi takde dlm bilik die. Keluar kot. 20 minit lepas tu, kiteorg nampak die kat luar tingkap. Die kate die penat cari kiteorg kat train station, tapi tak jumpe. Hahaha. Rupe2nye die dpt le msg tu yek. Heheh. Kiteorg ni btul2 aah susahkan die. Mintak maap ye Mahadi.

Esok paginye, Abg Radzwan jemput kiteorg breakfast kat rumah die skali dgn family die. Then, dari Brunswick kiteorg terus menuju ke Hamburg, Germany dgn train. Terime kasih banyak2 ye Mahadi & Abg Radzwan. Jasa kalian berdue akan kiteorg kenang. Kiteorg sampai Hamburg pd waktu ptg. Bandar Hamburg adalah bandar kedua terbesar dan bandar pelabuhan yg utama dlm Germany. Pelabuhannye adalah kedua terbesar di Europe selepas Rotterdam, Netherlands. Sesampainye kat Hamburg, kiteorg terus ke Hamburg punye Rathaus (Town Hall) yg terletak kat Rathausmarkt (Town Hall’s market). Lepas puas keliling tempat tu, kiteorg naik U-Bahn pulak utk ke pelabuhan St Pauli Landungsbrücken. Kat sini banyak kapal2. Kapal tour pun ade. Aku tak tahan duduk sini lame2. Banyak asap. Kiteorg cepat2 blah ke train station utk ambik train pulang semule ke rumah Sany kat Lübeck. Kepenatan mmg dah mencapai tahap maksima la waktu ni. Hehe. Tak sabar2 nak balik rumah Sany. Time kiteorg nak masuk dlm train, tibe2 terserempak dgn Sany. Ya Allah!! Kebetulan. Die pun nak balik ke Lübeck jugak time tu. Die saje lepak2 kat Hamburg time weekend tu. Heheh. Kiteorg dok skali dlm train, borak2 ttg pengalaman kiteorg, termasuklah kes kecurian laptop Jem tu. Heheh.

Rathaus, Hamburg, Germany
Rathaus, Hamburg, Germany


Kat Pelabuhan St Pauli Landungsbrücken, Hamburg, Germany
Kat Pelabuhan St Pauli Landungsbrücken, Hamburg, Germany

Esoknye, walaupun dah penat sgt, kiteorg terpakse ke Berlin & Potsdam semule dari Lübeck utk tangkap semule gambar2 kat sane since gambar2 kiteorg dlm laptop Jem hilang skali dgn laptop die. Ikut plan, kiteorg akan ke Potsdam dulu pagi tu. Mlmnye kiteorg balik semule ke Lübeck. Then, esok paginye pulak kiteorg akan ke Berlin pulak. Tapi malangnye, kiteorg terlampau lame kat Potsdam hari tu sampai tertinggal last train dari Berlin ke Lübeck. So, kiteorg terpakse tido kat train station Zoologischer Garten mlm tu. Dan spt biase la. Kiteorg kene kacau dgn segale polis2 & pegawai2 keselamatan yg ade kat situ mlm tu. Nak check passport la, itu la, ini la. Tensen btul.

Esok paginye, awal2 lagi kiteorg dah naik U-Bahn utk kelilingi bandar Berlin ni. Potsdam kiteorg dah cover dah semlm. Hari ni Berlin pulak. Dgn tak disangka2, kiteorg ditimpa kecelakaan sbb tibe2 je ade 2 org pegawai U-Bahn mintak kiteorg tunjuk tiket. Kiteorg spt biase mane ade beli2 tiket utk public transport sepanjang Europe tour ni. Kiteorg main curi masuk je. Nak jimat duit punye pasal. Gelabah gile kiteorg time tu. Taktau nak cakap ape. Dah le mamat 2 org tu pakai t-shirt biase je. Tak expect langsung dieorg tu pegawai U-Bahn. Mule2 dieorg dah nak mintak dah 30 Euro dari setiap sorang sbg denda. Then, kiteorg teringat tiket InterRail kiteorg. Kiteorg dgn muke bodoh menunjukkan tiket tu. Dieorg tetibe blank. Then, salah sorang dari dieorg cakap yg tiket tu tak laku utk naik U-Bahn. Kiteorg dgn yakinnye cakap yg kiteorg taktau. Then, dgn baik hatinye mamat 2 org tu suruh kiteorg stop kat next stop utk beli tiket baru. Kebetulan next stop adelah stop yg mmg kiteorg nak berhenti. Hahaha. Mmg nasib baik. Lepas tu, kiteorg dah fobia naik U-Bahn. Lepas bergambar kat 2-3 tempat, terus balik ke train station Zoologisher Garten utk kembali ke Lübeck. Heheh. Syukur sgt2 tak kene denda. Kalau tak, melayang 30 Euro aku. Kat Lübeck, kiteorg lepak semule kat rumah Sany utk 1 hari 2 mlm sebelum kiteorg ke Copenhagen, Denmark pd 1 July.

Pada tarikh 1 July, kiteorg naik train dari Lübeck ke Copenhagen, Denmark. Trainnye agak unik jugak la. Dah le 2 gerabak je. Pastuh, train tu boleh muat pulak utk masuk dlm ferry utk menyeberang Laut Baltic dari Germany ke Denmark. Hehehe. Kelakar betul. Kiteorg sampai kat Copenhagen pd waktu tgh hari. Lepas lepak2 kejap kat hostel yg kiteorg jumpe, kiteorg pun memulakan perjalanan menerokai bandar Copenhagen, Denmark ni. Negara Denmark atau nama tempatannya Danmark dibentuk oleh semenanjung Jutland yg terletak di utara negara Germany & lebih 450 buah pulau di sebelah timur semenanjung tersebut. Ianya adalah salah satu drp negara2 Scandinavia iaitu negara2 Eropah Utara yg terdiri drp Denmark, Sweden, Norway, Finland & Iceland. Kerana kedudukannye yg terletak di antara tanah besar Eropah & Scandinavia, ianya mempunyai percampuran characteristic kedua2nya. Zealand adalah pulau terbesar di Denmark yg diduduki oleh 5.3 juta. ¼ drp penduduk di pulau itu menetap di Copenhagen, iaitu ibu negara Denmark. Penduduk Denmark bertutur dlm bahasa Danish yg mempunyai sedikit persamaan dgn bahasa Swedish & Norwegian. Penggunaan English sgt luas. Kebanyakan penduduknya fasih berbahasa English. So, senang la utk kiteorg berkomunikasi. Hehe.

Dalam Ferry Dari Germany ke Denmark
Dalam Ferry Dari Germany ke Denmark

Copenhagen atau nama tempatannya København adelah bandar terbesar dlm seluruh negara2 Scandinavia. Ianya terletak kat pulau Zealand, Denmark. Bandar ni jugak adalah tempat kelahiran cerite2 fairytale spt The Swan Ponds, Gingerbread Houses, The Tin Soldier, Thumbelina & Little Mermaid. Cerite2 tersebut dihasilkan oleh pencerite tempatan yg masyhur iaitu Hans Christian Andersen. Kiteorg travel around dgn jalan kaki. Tempat pertama yg kiteorg singgah ialah Rådhuset (City Hall) yg terletak kat sebuah square. Kat Rådhuset tu terdapat menara jam yg unik & bersejarah. Berdekatan dgn Rådhuset ialah statue Hans Christian Andersen iaitu pencerita yg glamer tu. Lepas bergambar dgn statue tu, kiteorg bergambar pulak kat Ny Carlsberg Glyptotek (New Carlsberg’s Gallery) yg terletak dekat2 situ. Ianya adalah art gallery yg paling elegant di Copenhagen. Ianya dibuka pd tahun 1897 oleh Carl Jacobsen yg merupakan anak kepada pengasas Carlsberg. Lepas tu, kiteorg ke Christianborg Palace yg dulunya merupakan kediaman diraja. Kini ianya dijadikan Parliament sejak tahun 1918. Besar jugak la tempat tu.

Rådhuset, Copenhagen, Denmark
Rådhuset, Copenhagen, Denmark


Statue Hans Christian Andersen, Copenhagen, Denmark
Statue Hans Christian Andersen, Copenhagen, Denmark


New Carlsberg’s Gallery, Copenhagen, Denmark
New Carlsberg’s Gallery, Copenhagen, Denmark


Christianborg Palace, Copenhagen, Denmark
Christianborg Palace, Copenhagen, Denmark

Kiteorg kemudiannye menuju ke Børsen. Ianya dibina oleh Raja Christian IV pd tahun 1619 & merupakan salah sebuah bangunan yg unik di Copenhagen. Bangunan ni adalah Denmark punya Old Stock Exchange. Stock Exchange kini sudah dipindahkan ke tempat lain. Bumbung menare bangunan ni sgt menarik kerana dikatekan berbentuk seperti ekor naga yg dipintal. Seterusnye, kiteorg meneruskan perjalanan utk bergambar kat depan National Museum. Lepas tu, kiteorg ke Nyhavn (New Harbour) iaitu sebuah canal yg dikiri-kanannye terdapat kaki lima yg mempunyai banyak kedai2 makanan. Bangunan2 dikiri-kanan canal ni sgtlah colourful. Terdapat banyak jugak kapal2 layar & bot nelayan kat canal ni. Selepas menikmati keindahan Nyhavn, kiteorg terus bergerak kembali ke hostel kerana hari pun dah nak gelap.

Børsen, Copenhagen, Denmark
Børsen, Copenhagen, Denmark


Nyhavn, Copenhagen, Denmark
Nyhavn, Copenhagen, Denmark

Keesokan harinye, kiteorg ke Amalienborg Slot (Amalia’s Castle). Ianya adalah kediaman diraja Denmark sejak 1784. Kat situ, kiteorg sempat menyaksikan upacara changing Guard yg diadakan setiap hari pd waktu tgh hari dgn kehadiran Queen of Denmark. Kat sini terdapat jugak sebuah gereja yg diperbuat dari marmar putih yg diberi name Frederikskirken (Frederik’s Church). Ianya mempunyai kubah yg dikatekan antara yg terbesar di Europe. Seterusnye, kiteorg berjalan ke Kastellet iaitu sebuah fortress yg dibina pd kurun ke-16. Kini ianya didiami oleh tentera diraja Denmark. Berdekatan dgnnye ialah Frihedsmuseet (Frihed’s Museum) iaitu museum of Danish Resistant Movement. Ianya mengandungi kisah2 bagaimana lebih 7,000 org Yahudi diselamatkan drp kekejaman tentera Nazi pd Perang Dunia Kedua. Org2 Yahudi itu disembunyikan di tempat yg selamat sebelum membantu mereka berhijrah ke negara Sweden yg pada waktu itu bersifat neutral & tidak memihak ke mane2 kuasa.

Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark
Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark


Changing Guard kat Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark
Changing Guard kat Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark


Frederikskirken, Copenhagen, Denmark
Frederikskirken, Copenhagen, Denmark


Kastellet, Copenhagen, Denmark
Kastellet, Copenhagen, Denmark


Frihedsmuseet, Copenhagen, Denmark
Frihedsmuseet, Copenhagen, Denmark

Kiteorg kemudiannye berjalan ke arah pantai. Di tepi pantai tersebut, terdapat statue Den Lille Havfrue (Little Mermaid) yg menjadi salah satu tarikan yg paling utama di Copenhagen ni. Little Mermaid adalah salah satu drp cerite2 fairytale yg diceritakan oleh pencerite Denmark yg terkenal iaitu Hans Christian Andersen. Statue Little Mermaid yg kesedihan itu seolah2 sedang duduk kat atas sebuah batu meratapi nasib hidupnya yg pilu. Statue ini diperbuat drp gangsa. Susah jugak la kiteorg nak bergambar dgn Little Mermaid tu. Batu2 kat situ agak licin. Silap2 boleh jatuh. Dah le ramai org. Heh. Kiteorg kemudiannye menaiki metro utk ke Rosenborg Slot (Rosenborg Castle) iaitu sebuah bangunan yg dibina oleh Raja Christian IV pd tahun 1606 yg dijadikan tempat kediamannya waktu musim panas. Bentuk bangunan ni amat lawa skali.

Statue Little Mermaid, Copenhagen, Denmark
Statue Little Mermaid, Copenhagen, Denmark


Rosenborg Castle, Copenhagen, Denmark
Rosenborg Castle, Copenhagen, Denmark

Destinasi terakhir kiteorg pd hari kedua di Copenhagen ialah Tivoli Gardens yg merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke sini. Ianya mula dibuka sejak tahun 1843 lagi. Tivoli Gardens ni adalah sebuah entertainment park spt Disneyland di Paris, tapi ianya lebih kecik berbanding Disneyland. Kat dlm ni terdapat banyak benda2 yg unik spt Chinese-Style Pagoda, Moorish Pavilions, Hanging Gardens & Bubble Fountain. Roller coaster, ferris wheel & freefall tower pun ade jugak. Terdapat jugak sebuah pentas yg digunakan utk pertunjukan pantomime. Kiteorg sempat menyaksikan sebuah persembahan pantomime yg menarik & kelakar. Ianya dimainkan 3 kali sehari. Kiteorg tgk 2 kali. Nak isi mase yg terluang. Heheh. Kiteorg lepak kat dlm Tivoli Gardens sampai mlm. Malam kat Tivoli Gardens tersangatlah menakjubkan. Dgn lampu2 neonnye. Cantik sungguh. Kesimpulannye, kiteorg mmg tak menyesal masuk ke dlm tempat ni walaupun harga tiket die lebih kurang 9 Euro dlm matawang dieorg. Lepas puas berseronok dlm Tivoli Gardens, kiteorg pun balik semule ke hostel.

Pintu Masuk Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Pintu Masuk Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Chinese-Style Pagoda dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Chinese-Style Pagoda dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Persembahan Pantomime kat Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Persembahan Pantomime kat Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Malam Di Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Malam Di Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark

Esok paginye adelah hari ketiga kiteorg kat sini. Kiteorg punye train ke Lubeck adalah pd waktu ptg. So, kiteorg isi mase sebelum balik dgn shopping souvenir kat Strøget iaitu pedestrian walk yg terpanjang di dunia. Ianya terletak di antara Gammeltorv (Old Marketplace) & Nytorv (New Marketplace). Ramai gile org kat jalan ni. Maklum le, kenderaan2 mane boleh lalu kat sini. Dah name pun pedestrian walk. Terdapat jugak kedai2 mewah spt Hermes, Gucci & Chanel kat jalan ni. Lepas puas shopping, kiteorg terus ke train station. Hari pun dah nak hujan.

Strøget, Copenhagen, Denmark
Strøget, Copenhagen, Denmark

Dari Copenhagen, kiteorg pun kembali semule ke Lübeck. Kiteorg lepak lagi kat hostel Sany. Esok harinye kiteorg tak gi mane2. Lepak kat hostel Sany je. Penat. Jem & Reza pun mcm tgh demam je. Heheh. Kesian btul. Then, esoknye pulak aku & Jem keluar ke bandar Lübeck utk tangkap gambar skali lagi since gambar yg kiteorg ambik dulu hilang bersame2 laptop Jem. Reza tak ikut skali sbb demam. Bile dah puas bergambar, kiteorg kembali semule ke hostel Sany. Kesian Sany. Die tgh exam sebenarnye time tu. Kiteorg ni mcm mengganggu die pulak. Heheh. Sorry eh Sany. Mlm sebelum kiteorg nak meninggalkan Lübeck pd esoknye, kiteorg pun bergambar la dgn Sany, Umie & Julie. Huhuh. Sedih pulak nak meninggalkan dieorg ni.

Setelah berkali2 ulang-alik ke Lübeck, kiteorg akhirnya meninggalkan Sany, Umie & Julie dengan aman. Hehehe. Pd tanggal 6 July, kiteorg meneruskan perjalanan ke Stockholm Skavsta Airport, Sweden dgn Ryanair flight dari Lübeck Airport. Kiteorg sampai Stockholm, Sweden pd waktu ptg. Time tu hujan lebat. Utk ke Stockholm city centre, kiteorg naik shuttle bus. Sweden atau nama tempatannya Sverige merupakan salah satu drp negara2 Scandinavia yg terkenal dgn harga2 barang yg mahal gile & kos sara hidup yg tinggi. Majority penduduknye tinggal kat selatan negara tersebut, same seperti Norway & Finland kerana sebelah utara hampir dgn kutub utara & sangat sejuk. Penduduk Sweden berbahasa Swedish. Tapi dieorg jugak fasih bertutur dlm English. Kesimpulannye, org2 kat negara2 Scandinavia mmg fasih cakap English. Senang hidup kiteorg kat sini. Heheh.

Stockholm adelah ibu negara Sweden. Bandar ni terletak kat persisiran Laut Baltic. Bandar Stockholm ni sebenarnye terdiri drp 14 buah pulau. Sbb tu ianya dikelilingi oleh air laut. Terdapat jugak 24,000 lagi pulau berdekatan dgnnye. Sewaktu winter, laut2 yg mengelilingi bandar ni akan beku. Hmm. Menakjubkan betul. Bandar Stockholm adelah antara bandar yg aku paling suke sepanjang tour kiteorg ni walaupun banyak duit aku habis kat sini kerana ianya adalah salah satu drp bandar2 yg tercantik di dunia. Subhanallah. Bandar die betul2 cantik. Kiteorg travel around the city dgn jalan kaki & jugak naik T-Bana iaitu underground public transport. Utk pertame kalinye, kiteorg terpakse membeli tiket utk naik public transport. Sbbnye, kiteorg tak boleh curi2 masuk lagi sbb ade penghadang. Kalau nak masuk, kene cucuk tiket. So, kiteorg pun terpakse beli tiket utk 3 hari. Mahal gile. Nak dekat 20 Euro dlm matawang dieorg. Sebelum memulakan perjalanan mengelilingi Stockholm ni, kiteorg lepak2 dulu kat hostel utk menghilangkan penat. Hostel yg kiteorg stay ni amatlah tak selesa sbb terpakse share bilik dgn hampir 30 org. Haha. Mmg takde privacy. Nasib baiklah murah. Then, ade la sorang makcik & anak die. Muke cam org Melayu. Org Melayu Singapore kot. English accent dieorg mmg mcm Singaporean English. Kecoh gile dlm bilik tu. Bile time dieorg makan, dieorg ajak semue org. Makanan dieorg mmg banyak gile. Heh. Mmg tak tahan betul kiteorg tgk. Buat malu kaum jek. Hehe.

Summer di Stockholm, Sweden
Summer di Stockholm, Sweden


Winter di Stockholm, Sweden
Winter di Stockholm, Sweden

Bile dah hilang penat, kiteorg pun keluar la kejap. Just jalan keliling tempat tu jek sbb dah nak malam. Kiteorg terserempak dgn Malaysian Restaurant. Ingatkan nak dinner kat situ. Tapi tibe2 kat luar kedai tu ade tulis menu katak goreng. Uwek!! Terus tak selera. Dah le mahal. Kedai org asli Msia kot. Hahah. Tapi, since dah sampai kat depan restaurant tu, kiteorg nak jugak la bergambar. Tapi tak pasal2 digital camera Reza terjatuh & terus tak boleh gune. Tapi, nasib baik le aku bawak camera Olympus aku. So, sejak saat tu, kiteorg gune camera manual aku je la. Hehehe. Lepas penat mencari kedai makan, nasib baik le kiteorg jumpe kedai kebab. Makan je la kat situ. Lepas tu, balik hostel & tido. Mmg tak nyenyak tido la mlm tu. Mcm2 bunyi ade especially org berdengkur. Huhhuh.

Esoknye, barulah kiteorg travel around bandar Stockholm ni. Sebelum itu, kiteorg ke bus station dulu utk beli tiket kapal ke Helsinki, Finland & tiket bus ke Oslo, Norway. Kiteorg akan ke Helsinki pd lusa hari & Oslo pd 11 July. Then, lepas dah beli tiket, baru kiteorg jalan2 sekitar Stockholm. Tempat pertama kiteorg pergi ialah berhampiran dgn Riddarholmskyrkan (Riddarholm’s Church) iaitu sebuah gereja yg menjadi salah satu mercu tanda Stockholm. Kubahnye berbentuk kon & berwarna hitam. Ianya menjadi tempat makam diraja. Kiteorg seterusnye menuju ke tepi pantai di mana Stadhuset (City Hall) kelihatan cantik di tepi laut. Di atas menaranya terdapat symbol Tre Kronor (Three Crowns) yg berwarna emas. Stadhuset adalah adalah projek terbesar di Sweden pd kurun ke-20. Ianya siap dibina pd tahun 1923 & terus menjadi symbol Stockholm sampai ke hari ni. Kat sinilah upacara2 istimewa spt penganugerahan Nobel Science Prize diadakan. Peh. Mcm tak percaye je yg aku dah sampai ke tempat di mane ahli2 sains tername kat seluruh dunia menerime anugerah Nobel Prize ni.

Riddarholm's Church, Stockholm, Sweden
Riddarholm's Church, Stockholm, Sweden


City Hall, Stockholm, Sweden
City Hall, Stockholm, Sweden

Seterusnye, kiteorg mengorak langkah ke Kungliga Slottet (Royal Palace) yg jugak terletak di tepi laut. Ianya dulu adalah kediaman diraja Sweden, tapi masih digunakan untuk upacara2 rasmi. Berdekatan dgn Kungliga Slottet ialah Stokyrkan (Big Church) iaitu cathedral yg berusia 700 tahun yg menjadi gereja utama di Sweden. Kiteorg kemudiannye bergerak ke pedestrian walk Drottninggatan yg berdekatan dgn palace tu. Kat sini banyak kedai souvenir. Kiteorg just survey2 dulu souvenir utk dibeli. Kiteorg ade masuk satu kedai ni. Barang2 souvenir dlm kedai tu mahal2 belake. Belum sempat kiteorg nak mengutuk, tibe2 tuan punye kedai tu bersuare. “Org Malaysia ke??”. Kiteorg terkejut beruk. Hahah. Nasib baik tak sempat mengutuk. Heheh. Kiteorg pun perkenalkan la diri kiteorg. Tuan punye kedai tu org Malaysian Indian. Pompuan. Die tolong abang die jaga kedai tu. Die mmg dah lame tinggal kat situ. Die jugak cakap barang2 souvenir kat Stockholm ni mmg mahal2 belake. Mmg pun. Heheh. Lepas tu, kiteorg pun gi kedai lain utk sambung survey souvenir.

Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden
Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden


Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden
Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden


Stokyrkan, Stockholm, Sweden
Stokyrkan, Stockholm, Sweden


Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden
Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden


Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden
Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden

Lepas tu, kiteorg kembali ke Royal Palace utk tgk Changing Guard kat depan palace ni. Changing Guard dia disertai dgn pancaragam. Lagi menarik drp Changing Guard kat Copenhagen dulu. Seterusnye, kiteorg berjalan kaki mengelilingi bandar Stockholm ni sambil menikmati kebiruan air laut yg mengelilinginye. Kiteorg singgah kejap kat Kungsträdgården (King’s Garden) iaitu park yg tertua di Stockholm. Sewaktu summer, tempat ni slalunye akan diadakan open-air theater, dancing, concerts & food festivals. Kat park ni terdapat bronze fountain. Sebelah park ni terletak Kungliga Operan (King’s Opera House) iaitu bangunan opera diraja. Kiteorg then naik T-Bana menuju ke Drottningholm Palace iaitu istana lama yg turut disenaraikan sbg UNESCO’s World Heritage. Sebahagian drpnya kini didiami oleh keluarga diraja. Berhadapan dgn istana ini ialah sebuah taman yg luas & indah. Saujana mata memandang. Berhampiran dgnnya ialah sebuah bangunan kayu yg merupakan theather tertua di dunia yg masih lagi digunakan utk persembahan2. Selepas mengisi mase kat situ, kiteorg pun kembali semule ke hostel utk berehat.

Changing Guard kat Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden
Changing Guard kat Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden


Kungsträdgården, Stockholm, Sweden
Kungsträdgården, Stockholm, Sweden


Drottningholm Palace, Stockholm, Sweden
Drottningholm Palace, Stockholm, Sweden

Esoknye, sewaktu breakfast kat hostel tu, kiteorg terduduk kat sebelah meja satu family Malaysian Chinese. Hehe. Kebetulan. Tiga beranak. Si anak baru je graduate dari salah sebuah uni kat UK. Dieorg melancong ke Sweden di sbg hadiah utk si anak tu le agaknye. Best btul. Heheh. Kiteorg sebenarnye mcm dah habis travel satu Stockholm. So, hari ni kiteorg just hanging around je. Jalan2 ambik angin. Ptgnye, kiteorg terus ke jetty utk naik kapal cruise ‘Viking Line’ utk ke Helsinki, Finland. Kapal tu akan merentasi Laut Baltic yg akan mengambil mase 16 jam perjalanan. Dari petang tersebut sampai le ke pagi esoknye. Kapal die sangatlah besar. Mcm tak percaye je aku dah pernah naik kapal sebesar tu. Ala2 Titanic. Hahahaah. Kat atas kapal tu, kiteorg tido dlm satu bilik khas yg disediakan kpd mereka2 yg tak menempah personal kabin. Personal kabin agak mahal. Tak mampu kiteorg. Hehe. Kat atas kapal tu ade macam2. Restaurant, kedai groceries & mcm2 lagi. Dlmnye pun lawa. Pd waktu siang, kiteorg banyak habiskan mase kat bhg luar utk menikmati udara Laut Baltic yg sejuk & menyegarkan.

Kapal Cruise Viking Line, Stockholm-Helsinki
Kapal Cruise Viking Line, Stockholm-Helsinki


Dalam Kapal Cruise Viking Line dari Stockholm, Sweden ke Helsinki, Finland
Dalam Kapal Cruise Viking Line dari Stockholm, Sweden ke Helsinki, Finland


Laut Baltic
Laut Baltic

Esok paginye baru la kiteorg tibe di Helsinki, Finland. Finland atau nama tempatannya Suomi adalah negara termundur jika dibandingkan dgn negara2 Scandinavia yg lain. Negara ni terkenal dgn tasik2nye. Keseluruhannye, Finland mempunyai 188,000 buah tasik. Banyak gile kan? Ia jugak terkenal dgn Lapland iaitu kawasan bukit bukau yg sgt cantik yg terletak kat utara negara ni. Kampung asal Santa Clause dikatekan terletak di Lapland iaitu kat tempat yg bername Rovaniemi yg terletak betul2 kat atas Arctic Circle. Finland jugak adalah pengeluar hp yg amat terkenal di seluruh dunia iaitu Nokia. Hmm. Mcm tak percaye je kan? Heheh. Org2 negara Finland menggunakan bahasa Finnish.

Helsinki atau nama tempatannya Helsingfors adalah tempat yg paling jauh kiteorg sampai dlm tour kiteorg ni. Dah dekat2 dgn St Petersburg, Russia dah tu. Nasib baik le nak gi Russia kene ade visa. Kalau tak, mmg dah sampai Russia dah kiteorg. Hehehe. Helsinki adelah ibu negara kpd Finland. Ianya digelar ‘White City of the North’ kerana bangunan2nye yg serba putih yg dibina oleh pemerintah Russia pd kurun ke-19. Bandar ni terletak kat pinggir Teluk Finland yg air lautnya tidaklah sejernih air laut kat Stockholm. Selepas meletakkan barang2 kat hostel, kiteorg pun terus menjelajah bandar Helsinki ni. Kiteorg travel dgn berjalan kaki. Ade jugak la naik tram & metro. Tempat pertama kiteorg jejaki ialah Helsinki Central Station iaitu train station bandar ni. Kat bahagian depan bangunan ni terdapat 4 statues yg memegang lantern. Lepas tu, kiteorg bergambar pulak kat Helsinki Cathedral yg berwarna putih & mempunyai 5 buah kubah berwarna hijau. Ianya adalah gereja utk mazhab Lutheran. Gereja yg terletak kat atas bukit ni merupakan antara landmark & tarikan utama Helsinki. Di hadapan gereja ni ialah Senaatintori (Senate Square) yg dibina oleh penjajah Russia zaman dahulu. Statue Czar Alexander II of Russia berada kat tgh2 square ni. Tapak square ni diperbuat drp lebih 400,000 batu2 granite berwarna merah & kelabu. Bangunan Senate terletak bersebelahan dgn Helsinki Cathedral. University of Helsinki yg membentuk pasangan simetri dgn bangunan Senate terletak kat sebelah kanan gereja, bertentangan dgn bangunan Senate.

Helsinki Central Station, Helsinki, Finland
Helsinki Central Station, Helsinki, Finland


Helsinki Cathedral, Helsinki, Finland
Helsinki Cathedral, Helsinki, Finland


Senaatintori, Helsinki, Finland
Senaatintori, Helsinki, Finland

Kiteorg kemudiannye berjalan ke Kauppatori (Market Square) yg terletak berhampiran dgn pelabuhan. Banyak makanan2 basah, kering, ikan2 & even souvenir pun dijual kat sini. Kat sini, kiteorg singgah kat satu gerai utk makan ikan. Sedap gak le. Pastuh, kiteorg beli beberape souvenir. Souvenir kat Helsinki adelah souvenir yg paling mahal sepanjang pengalaman kiteorg travel Europe. Taktau le kenape. Kat keliling Market Square ni ade beberape tempat menarik spt City Hall yg berwarna biru, Old Market Hall & Esplanadi Park yg terdapat fountains & sebuah statue perempuan bogel yg bername Havis Amanda yg diperbuat drp gangsa. Statue ni jugak merupakan salah satu symbol Helsinki tau. Jgn main2. Heheh. Berdekatan dgn Market Square tu, terletaknye jugak Uspenski Cathedral yg diperbuat drp bata2 merah, berbumbung hijau & berkubah emas. Ianya adalah gereja utk mereka yg bermazhab Russian Orthodox. Ianya adalah gereja Russian Orthodox yg terbesar di Scandinavia.

Market Square, Helsinki, Finland
Market Square, Helsinki, Finland


Esplanadi Park, Helsinki, Finland
Esplanadi Park, Helsinki, Finland


Statue Havis Amanda, Helsinki, Finland
Statue Havis Amanda, Helsinki, Finland


Uspenski Cathedral, Helsinki, Finland
Uspenski Cathedral, Helsinki, Finland

Lepas puas menghabiskan mase kat Market Square tu, kiteorg menuju ke Suomenlinna Island Fortress pulak. Kiteorg ke sane dgn menaiki ferry dari jetty yg terdapat di Market Square. 15 minit perjalanan. Suomenlinna Island Fortress yg merupakan satu lagi tarikan pelancong ke Helsinki adalah sea fortress yg terbesar di Scandinavia & turut disenaraikan dlm UNESCO’s World Heritage Site. Ianya dibina pd tahun 1772 sebagai benteng pertahanan persisiran pantai Finland. Sea Fortress ini merangkumi sejumlah 6 pulau & mempunyai 200 bangunan. Ianya menjadi tempat tinggal ramai org Finland pada suatu mase dahulu. Kini, masih ade 900 org menetap kat pulau2 tu. Setelah puas menikmati kesegaran alam di Suomenlinna Island Fortress, kiteorg kembali ke Market Square dgn ferry. Kemudian, kiteorg berjalan menuju ke Kiasma iaitu Museum of Contemporary Art. Muzium ini unik kerana dibina dgn begitu teliti dgn memaksimakan penggunaan cahaya matahari utk menerangi suasana di dalam muzium ni. Lepas tu, kiteorg terus berjalan ke Parliament House. Parliament House ni pulak terletak berdekatan dgn National Museum yg mempunyai sebuah menara. Then, kiteorg jalan ke depan sikit lagi utk ke Finlandia Hall. Di sinilah concert2 slalu diadakan. Kemudiannye, kiteorg naik tram utk ke Temppeliaukio Church yg jugak digelar ‘Church in the Rock’ kerana ianya dibina dibawah batu2 granit. Domnya diperbuat drp tembaga & kaca. Ianya jugak adalah antara tarikan utama pelancong. Hari pun dah nak gelap. So, kiteorg kembali ke hostel.

Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland
Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland


Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland
Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland


Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland
Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland


Kiasma, Helsinki, Finland
Kiasma, Helsinki, Finland


Parliament, Helsinki, Finland
Parliament, Helsinki, Finland


Natural Museum, Helsinki, Finland
Natural Museum, Helsinki, Finland


Kat Entrance Finlandia Hall, Helsinki, Finland
Kat Entrance Finlandia Hall, Helsinki, Finland


Finlandia Hall, Helsinki, Finland
Finlandia Hall, Helsinki, Finland


Temppeliaukio Church, Helsinki, Finland
Temppeliaukio Church, Helsinki, Finland

Keesokan paginye, hujan turun dgn lebat. Nak taknak, kiteorg kene jugak teruskan journey. Nasib baik ade payung. So, kiteorg pun terus ke Sibelius Park di mana terdapatnye Sibelius Monument sculpture. Sculpture ini diperbuat drp besi yg utuh & diletakkan di atas sebuah batu. Ianya didedikasikan kpd Jean Sibelius, iaitu pemuzik Finland yg sgt terkenal suatu mase dahulu. Bersebelahan dgn sculpture Sibelius ialah sebuah sculpture yg berbentuk seakan2 organ, instrument yg paling tidak disukai oleh Sibelius. Hujan makin lebat. So, kiteorg decided utk terus balik ke hostel. Lagipun, satu tempat tu je yg kiteorg belum pergi. Bile hujan dah redup, kiteorg pun terus ke jetty. Kiteorg akan kembali semule ke Stockholm dgn menaiki kapal cruise yg same iaitu Viking Line. Kiteorg sampai Stockholm pagi esokye.

Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland
Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland



Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland
Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland

Pagi esoknye setelah tiba di Stockholm, kiteorg lepak kat bus station. Bus ke Oslo adalah pd pukul 10.00 mlm. Since kiteorg banyak gile mase, kiteorg bergilir2 ronda bandar Stockholm berdua. Sorang lagi akan jaga barang2 kat bus station. Aku & Jem jalan2 skali. Kiteorg pergi ke Stadhuset (City Hall) utk bergambar dgn lebih dekat. Then, kiteorg singgah kat pedestrian walk yg banyak jual souvenir tu. Kiteorg beli sikit souvenir. Yg ringan2 je dulu. Selebihnye kiteorg akan beli on the last day kat Stockholm nanti. Tunggu punye tunggu, dah pun pukul 10.00 mlm. Then, kiteorg pun naik le bus utk ke Oslo, Norway.

City Hall, Stockholm, Sweden
City Hall, Stockholm, Sweden

Oslo, Norway adalah destinasi terakhir dlm Europe Tour kiteorg. At last!!! Time ni kiteorg mmg dah tak sabar2 dah nak balik Dublin. Penat nak mampus setelah 5 minggu travel. Tak pernah dibuat org. Heheh. Kiteorg sampai kat Oslo, Norway awal pagi. Norway atau nama tempatannya Norge adalah salah sebuah negara Scandinavia. Ianya terkenal dgn fjords iaitu pantai di barat negara ini yg sangat cantik & menakjubkan hasil drp kesan glasiers semasa berakhirnye Ice Age. Norway jugak digelar ‘Land of the Midnight Sun’ kerana jika kite berada di utara negara ini iaitu melepasi Garisan Arctic semasa pertengahan summer, kite dpt menyaksikan fenomena alam yg sgt menakjubkan iaitu matahari di tgh malam. Matahari tidak akan terbenam utk beberape minggu sewaktu summer. Pada waktu winter pulak, matahari tidak akan kelihatan langsung di sini utk beberape minggu. Subhanallah. Menakjubkan sungguh kan? Hmm. Org2 Norway mempunyai bahasa dieorg sendiri iaitu Norwegian.

Midnight Sun di Tromso, Norway
Midnight Sun di Tromso, Norway

Oslo adalah ibu negara Norway. Ianya adalah ibu negara yg tertua di kalangan negara2 Scandinavia & ianya jugak adalah capital city of Vikings. Lepas dah jumpe hostel, kiteorg pun terus memulakan perjalanan mengelilingi bandar Oslo ni. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki, tram & T-Banen. Tempat pertame kiteorg pergi ialah Rådhus (City Hall) yg merupekan landmark yg paling utama di Oslo. Jikalau Nobel Science Prize dianugerahkan di Stadhuset (City Hall) kat Stockholm, Nobel Peace Prize pulak dianugerahkan di Rådhus (City Hall) kat Oslo. Hehe. Terase bangga pulak bile dah sampai tempat yg sebegini glamer. Hehe. Then, kiteorg berjalan ke Akershus Slott (Akersus Castle). Ianya dikelilingi oleh fortress. Sewaktu Perang Dunia Kedua, tentera Nazi telah menyiksa & membunuh ramai penentang mereka di sini. Di sini jugak terdapat sebuah muzium iaitu Hjemmefrontmuseet.

Rådhus, Oslo, Norway
Rådhus, Oslo, Norway


Akershus Slott, Oslo, Norway
Akershus Slott, Oslo, Norway

Selepas tu, kiteorg ke Vigelandsparken (Vigeland Sculpture Park) yg terletak agak jauh dari Oslo city centre. Tempat ni adalah tarikan utama pelancong ke Oslo. Kat sini terdapat banyak sculpture2 manusia yg berwarna putih & bentuk2nya tersangatlah menarik. Kagum gile kiteorg tgk. Lepas puas bergambar kat situ, kiteorg kembali ke city centre & bergambar kat depan Nationaltheatret (National Theater). Kemudiannye kiteorg ke Kongelige Slottet (Royal Palace). Tempat ni akan menjadi tempat utk menyambut kemerdekaan Norway pd 17 May setiap tahun. Kiteorg berkesempatan utk menyaksikan Changing Guard kat depan palace ni. Tapi tak menarik sgt sbb takde pancaragam. Lepas taktau nak buat ape dah, kiteorg pulang ke hostel utk berehat2.

Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway
Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway


Kat Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway
Kat Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway


Nationaltheatret, Oslo, Norway
Nationaltheatret, Oslo, Norway


Royal Palace, Oslo, Norway
Royal Palace, Oslo, Norway


Changing Guard kat Royal Palace, Oslo, Norway
Changing Guard kat Royal Palace, Oslo, Norway

Esok paginye, kiteorg bertolak ke Holmenkollen, iaitu tempat yg pernah berlangsungnye Winter Olympic Games. Tak ingat tahun berape. Acara utama ialah skiing. Tempat ni terletak kat atas bukit. Agak jauh dari Oslo city centre. Bile dah puas bergambar kat situ, kiteorg kembali ke city centre & bergambar kat depan Parliament. Lawa jugak bentuk bangunan Parliament tu. Then, kiteorg naik ferry utk pergi ke semenanjung Bygdøy di mane terletaknye beberape buah muzium. Kiteorg cume pergi ke 3 buah muzium je. Muzium pertame kiteorg pergi ialah Norsk Folkemuseum (Norway’s Folk Museum). Ianya adalah muzium terbuka yg menggambarkan kehidupan penduduk luar bandar di Norway. Terdapat lebih 150 buah model2 bangunan dlm muzium terbuka ni. Lepas beberape jam kat dlm muzium ni, kiteorg ke Vikingskipshuset (Viking Museum) pulak. Kiteorg tak masuk dlm museum ni sbb rase tak berbaloi. Bergambar dari luar je. Kat dlmnye terdapat 3 buah kapal asli Viking yg telah berusia 900 tahun. Lepas tu, kiteorg ke Kon-Tiki Museum. Kiteorg tak masuk dlm. Bergambar dari luar jek. Then, kiteorg kembali ke Oslo city centre dgn ferry. Lepas tu, tamat la tour kiteorg kat Oslo ni. Kiteorg jalan2 kat Oslo city centre kejap sementara menunggu bus ke Stockholm pd waktu mlm. Mlmnye, kiteorg pun bertolak kembali semule ke Stockholm dgn bus.

Kat Holmenkollen, Oslo, Norway
Kat Holmenkollen, Oslo, Norway


Kat Holmenkollen, Oslo, Norway
Kat Holmenkollen, Oslo, Norway


Parliament, Oslo, Norway
Parliament, Oslo, Norway


Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway
Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway


Bersama Wanita Norwegian Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway
Bersama Wanita Norwegian Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway


Kat Depan Viking Museum, Oslo, Norway
Kat Depan Viking Museum, Oslo, Norway


Kapal Viking kat Dalam Viking Museum, Oslo, Norway
Kapal Viking kat Dalam Viking Museum, Oslo, Norway


Kon-Tiki Museum, Oslo, Norway
Kon-Tiki Museum, Oslo, Norway


Oslo, Norway
Oslo, Norway

Kiteorg sampai Stockholm pd waktu pagi. Hari ni ialah 14 July 2004. Kiteorg just lepak2 kat dlm bus station tu sementara menunggu shuttle bus ke Stockholm Vasteras Airport pd waktu ptg. Kiteorg mengisi mase dgn shopping souvenir utk kali terakhir. Bile shuttle bus dah sampai, kiteorg pun bertolak ke Stockholm Vasteras Airport. Then, kiteorg naik Ryanair flight dari situ ke London Stansted Airport. Kiteorg sampai airport tu pd waktu mlm. Since flight ke Dublin adalah esok pagi, kiteorg terpakse lepak kat airport tu sampai le esok pagi. Boring gile. Aku just tido2 ayam jek. Tak nyenyak. Setelah penat menunggu, akhirnya tiba pun 15 July 2004. Tarikh kiteorg kembali semula ke Dublin. Dgn menaiki Ryanair flight, kiteorg pun bertolak kembali ke Dublin Airport & sampai kat sane pd pukul 8.00 pagi. Dengan itu, secare rasminye tamatlah pengembaraan Europe Tour kiteorg. Alhamdulillah syukur nikmat.

So, tu le serba sedikit pengalaman kiteorg selame 5 minggu. Kesimpulannye, pengalaman meng’cover’ 11 negare Europe dlm mase 5 minggu ni amatlah berharga bagi diri kiteorg. Sampai ke hujung nyawa pun kiteorg takleh lupe segale penat lelah, suka duka, pahit jerih, hujan panas dan macam2 lagi dugaan dan rintangan yg kiteorg dah tempuhi. Duit pun dah banyak habis. Nak dekat 1500 Euro. Tapi semuenye terbayar dgn gambar2 yg kiteorg tangkap sepanjang perjalanan kiteorg walaupun kiteorg kekurangan beberape gambar seperti gambar2 di Berlin, Potsdam & Krakow dan ketiadaan ape2 gambar langsung di Warsaw akibat kejadian kecurian laptop Jem. Heheheh. Tapi semue kejadian tu adelah ketentuan Allah SWT yg mungkin ada rahmat yg terselindung disebaliknye. Hanya Allah saje yg Maha Mengetahui. Ape2 pun, syukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya kiteorg selamat sampai semule ke Dublin. InsyaAllah kiteorg akan menyambung lagi ekspidisi kiteorg utk meng’cover’ Spain, Portugal, Italy, Greece, Turkey, Romania & Bulgaria pulak bile kewangan kiteorg dah stabil nanti.

TAMAT.

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP