Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG XIV) - FeS II

>> Sunday, August 30, 2009



Hari 9: 12 DISEMBER 2007

Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun bersiap-siap untuk memulakan pengembaraan aku pada hari kedua di kota Fes. Selepas selesai bersiap-siap, aku pun terus keluar. Pada hari ini, aku menerokai kawasan Fes al-Jadid pula, iaitu kota Fes yang baru. Ianya tidak terlalu jauh dari hostel yang aku tumpangi. Lokasi pertama di Fes al-Jadid yang aku kunjungi ialah Darul Makhzan, istana diraja Morocco. Istana moden seluas 80 hektar ini mempunyai senibina yang sangat memukau. Pintu masuk utamanya sahaja sudah mengagumkan. Namun, pengunjung hanya boleh melihat keindahan luarannya sahaja. Orang-orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam istana ini. Akan tetapi, mereka dibenarkan untuk bergambar di dataran di hadapan istana ini yang bernama Place des Alaouites.


Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco

Sedang aku asyik bergambar di hadapan istana ini, tiba-tiba datang sekumpulan pelancong yang kelihatan seperti orang-orang Malaysia melalui raut-raut wajah & pakaian-pakaian yang dipakai oleh mereka. Aku lantas mencuri-curi dengar perbualan mereka. Memang sah, mereka adalah orang-orang Malaysia. Aku berasa sangat gembira kerana sudah seminggu aku tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Aku lantas menegur seorang makcik yang berusia 40-an. Dia pada mulanya agak terkejut apabila aku secara tiba-tiba menegurnya. Aku pun kemudiannya memperkenalkan diri aku & kami seterusnya berbual-bual panjang. Aku menceritakan tentang latar belakang aku & juga pengalaman aku selama seminggu di bumi Morocco. Dia pula menceritakan pengalaman mereka yang baru sahaja 3 hari di Morocco selepas beberapa hari menghabiskan masa di bumi Sepanyol.

Makcik itu kemudiannya memperkenalkan anak lelakinya kepada aku. Selepas itu, dia perkenalkan juga aku kepada beberapa orang ahli rombongan yang lain sambil membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di situ. Hampir 30 minit aku menghabiskan masa bersama mereka sebelum mereka semua menaiki semula bas rombongan untuk ke tempat lain. Aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Selepas itu, aku kembali keseorangan. Sedih pula rasanya. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja aku ikut mereka. Tapi, perjalanan kami berbeza. Aku pula lebih suka mengikut perancangan sendiri daripada mengikut perancangan pemandu pelancong. Lebih bebas.


Bersama dengan Makcik, ibunya & anaknya di Fes, Morocco

Selepas berpisah dengan ahli-ahli rombongan tadi, aku kembali semula ke Darul Makhzan kerana aku belum puas bergambar di situ. Banyak kepingan gambar yang aku ambil. Hampir 15 minit lamanya aku menghabiskan masa di situ. Ini kemudiannya menimbulkan syak wasangka pengawal-pengawal di luar istana itu. Mereka lantas menghampiri aku & bertanyakan beberapa soalan & meminta aku menunjukkan passport aku. Aku pada mulanya agak gentar. Namun, aku berjaya menenangkan perasaan aku kerana aku yakin aku tidak melakukan apa-apa kesalahan serius. Aku menceritakan kepada mereka yang aku hanya ingin bergambar sahaja, tiada niat lain. Bahasa Inggeris mereka tidak berapa fasih. Namun, mujurlah mereka boleh memahami apa yang aku cuba sampaikan. Selepas disoalsiasat beberapa minit, akhirnya mereka melepaskan aku. Aku bersyukur sangat-sangat. Lega rasanya.

Selepas itu, aku terus menuju ke tempat lain. Serik pula rasanya aku hendak bergambar di hadapan istana-istana di bumi Morocco ini. Orang-orang di sini betul-betul menjaga keselamatan institusi diraja mereka. Destinasi aku yang seterusnya ialah Mechouars, iaitu sebuah kawasan di mana terdapatnya banyak gerai yang menjual beraneka jenis barang. Kawasan Mechouars ini dikelilingi oleh kubu pertahanan. Pintu masuk ke kawasan ini adalah beberapa pintu gerbang, iaitu Bab Dekaken, Bab al-Seba & Bab Segma. Kemudian, aku bergerak pula ke kawasan Kasbah Cherarda yang dibuka pada kurun ke-17. Ianya juga dikelilingi oleh kubu pertahanan.


Bab Dekaken di Mechouars, Fes, Morocco


Kasbah Cherarda, Fes, Morocco

Aku kemudiannya menghabiskan masa di kawasan Kasbah-kasbah tersebut dengan membeli beberapa barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Selepas itu, aku kembali semula ke hostel untuk berkemas-kemas sebelum bertolak ke stesen keretapi. Aku akan bertolak ke Marrakech semula pada petang ini. Selepas selesai berkemas, aku pun terus berjalan ke stesen keretapi Fes. Lebih kurang pukul 2.40 petang, aku pun terus masuk ke dalam keretapi yang sedia menunggu di situ. 10 minit kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan Fes. Perjalanan ke Marrakech memakan masa 7¼ jam.


Kawasan Kasbah, Fes, Morocco


Kawasan Kasbah, Fes, Morocco

Lebih kurang pukul 10.05 malam, aku pun tiba di stesen keretapi Marrakech setelah beberapa jam menghabiskan masa di dalam keretapi. Selepas turun dari keretapi, aku pun terus berjalan menuju ke hostel yang telah pun aku tempah sewaktu hari pertama aku di Marrakech dahulu. Sedang aku berjalan kaki dari stesen keretapi menuju ke hostel yang jaraknya 2 km itu, tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 50-an mendekati aku. Rupanya amat menakutkan sekali. Gayanya seperti seorang yang sedang mabuk. Dia kemudiannya bersuara. Dia memberitahu aku jikalau aku sedang mencari hostel, dia boleh membawa aku ke hostel yang bagus. Aku kemudian memberitahunya yang aku sudah pun menempah hostel. Akan tetapi, dia tidak mempercayai kata-kata aku. Dia tetap mendesak untuk membawa aku ke hostel yang ditawarkannya. Aku dengan keras memarahinya & menyuruhnya menjauhi aku. Aku kemudian berjalan dengan pantas meninggalkan lelaki itu sehinggalah aku yakin yang dia sudah hilang dari pandangan aku.

Walau bagaimanapun, lebih kurang 10 minit kemudian, entah dari arah mana, lelaki tadi muncul semula. Aku menjadi sangat panik. Keadaannya yang mabuk & seperti orang gila itulah yang memanikkan aku. Aku takut jikalau dia mengapa-apakan aku. Aku cepat-cepat berjalan, namun lelaki itu tetap mengekori aku & tetap mendesak untuk membawa aku ke hostel yang ditawarkannya. Aku tak henti-henti memarahinya & menyuruhnya jangan mengikuti aku. Waktu itu aku hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya aku tidak diapa-apakan oleh lelaki itu.

Nasib aku amat baik. Secara tiba-tiba, seorang anggota polis pelancong yang sedang membuat rondaan dengan menaiki motorsikal datang menghampiri kami. Dia bertanya kepada aku apa yang sedang berlaku. Aku pun memberitahunya yang lelaki gila itu mengekori aku & cuba mengapa-apakan aku. Polis pelancong itu lalu memarahi lelaki itu & menahannya. Aku kemudian mengucapkan terima kasih kepada polis pelancong itu & terus berjalan menuju ke tempat tujuan aku, iaitu hostel yang telah pun aku tempah minggu lalu. Aku bersyukur sangat-sangat kerana tiada kejadian buruk menimpa diri aku. Alhamdulillah. Kerajaan Morocco sememangnya telah menyediakan perkhidmatan pasukan polis pelancong untuk mengawasi keselamatan pelancong-pelancong di negara ini. Mujurlah anggota polis pelancong tadi tiba tepat pada waktunya.

Lebih kurang 20 minit kemudian, aku pun tiba di hostel tersebut. Sekali lagi, aku berjumpa dengan pemilik hostel itu & aku mengatakan kepadanya yang aku telah mengotakan janji aku. Pemilik hostel itu hanya ketawa. Selepas dia menunjukkan bilik aku, dia meninggalkan aku bersendirian. Selepas mandi & solat, aku pun terus melelapkan mata kepenatan. Tiba-tiba, aku terbayang semula wajah lelaki yang menggerunkan tadi. Mujurlah aku tidak diapa-apakannya. Menakutkan sungguh pengalaman tadi.

Bersambung...

p/s: Di sini aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-52. Semoga negara kita Malaysia akan terus aman & membangun. Kat bawah ni aku selitkan video iklan Petronas sempena sambutan Hari Kemerdekaan yg agak menarik. Iklan ni adalah iklan arahan Allahyarham Yasmin Ahmad:



Read more...

MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG X)

>> Sunday, August 23, 2009



Hari 5: 8 DISEMBER 2007

Hari ini adalah hari kedua aku di bumi Rabat. Destinasi pertama aku pada hari ini adalah Chellah Necropolis. Selepas bersiap-siap, aku pun bergerak menuju ke destinasi tujuan dengan berjalan kaki. Jarak tempat tersebut agak jauh dari hostel penginapan aku. Chellah Necropolis ini adalah runtuhan sebuah kompleks kota Rom & merupakan tempat penempatan terawal di muara Sungai Regreg. Kota ini ditinggalkan tidak berpenghuni mulai tahun 1154 kerana munculnya sebuah kota baru berhampirannya, iaitu Sale. Kerajaan Dinasti Almohad mengabaikan kota ini. Hanya sewaktu pemerintahan sultan-sultan Dinasti Merinid pada kurun ke-14, kota ini digunakan semula dengan pembinaan pelbagai monumen, termasuk masjid, sekolah, makam & sebagainya. Abu al-Hassan adalah sultan yang bertanggung jawab membina benteng pertahanan di sekeliling kota ini & ianya masih kukuh sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, kota ini sekali lagi ditinggalkan selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1755. Makam-makam sultan Dinasti Merinid yang ada di dalam runtuhan kota ini adalah Abu Yakub Yusuf, Abu Thabit, Abu al-Hassan. Berhampiran dengan Chellah Necropolis, terdapat sebuah pintu gerbang besar yang bernama Bab Zaer yang dibina sewaktu era pemerintahan Almohad.


Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Pintu masuk Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Runtuhan masjid di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Runtuhan masjid di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Khazanah peninggalan Rom di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Berhampiran Chellah Necropolis, Rabat, Morocco

Chellah Necropolis adalah destinasi terakhir aku di Rabat. Selepas puas bergambar di dalam Chellah Necropolis, aku menuju ke Avenue Muhammad V untuk bersiar-siar. Lebih kurang pukul 4.30 petang, aku pun kembali semula ke hostel untuk berkemas-kemas. Tepat pukul 5.45 petang nanti, aku akan menaiki keretapi ke destinasi aku yang seterusnya di negara Morocco, iaitu Tangier. Lebih kurang pukul 5.15 petang, aku pun bergerak menuju ke stesen keretapi Rabat Ville untuk menunggu ketibaan keretapi.

Sedang aku menunggu berseorangan, tiba-tiba seorang lelaki remaja berusia belasan tahun menegur aku dalam Bahasa Arab. Aku kemudian memberitahunya yang aku tidak boleh berbahasa Arab. Dia kemudian mengulangi soalannya di dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dia ingin bertanyakan waktu. Aku pun memberitahunya yang waktu sekarang adalah pukul 5.30 petang. Dia kemudiannya mengajak aku untuk berbual-bual. Fasih benar Bahasa Inggerisnya. Belum lagi aku menjumpai orang Morocco yang boleh berbahasa Inggeris sefasihnya. Pelbagai soalan ditanya tentang negara Malaysia & tentang Bahasa Melayu. Dia nampak sungguh-sungguh berminat untuk mendalami kedua-dua perkara tersebut. Dia meminta aku menterjemah pelbagai perkataan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Dia agak terkejut kerana kebanyakan perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu sama seperti Bahasa Arab. Hahah. Itu sememangnya benar. Banyak perkataan-perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Arab sejak pengislaman Empayar Melaka pada kurun ke-15 dahulu.

Satu soalan daripadanya yang benar-benar mengejutkan aku adalah apabila dia bertanya adakah aku mempraktiskan ajaran Islam. Aku menjawab ya. Kemudian dia berkata yang dia mengaku bahawa dia beragama Islam, tetapi dia tertarik dengan ajaran Kristian & dia mengatakan mungkin ajaran Kristian itu benar. Selepas itu dia bertanya kepada aku, adakah aku benar-benar memahami ajaran Islam & juga isi kandungan al-Quran kerana aku tidak boleh berbahasa Arab, sedangkan isi kandungan al-Quran itu adalah dalam Bahasa Arab. Lidah aku agak kelu untuk berkata-kata kerana aku belum pernah berhadapan dengan kes sebegini. Aku hanya memberitahunya bahawa aku hanya mengamalkan apa yang aku belajar daripada pembelajaran di sekolah, di majlis-majlis agama & juga melalui pembacaan & aku tidak layak untuk berkata lebih-lebih kerana ilmu yang aku ada tidaklah sehebat ahli-ahli ulamak untuk berhujah dengannya. Itu sahaja yang aku mampu katakan. Kalau hendak diikutkan hati, hendak sahaja aku berdebat dengannya. Akan tetapi, faktor masa menjadi masalahnya. Keretapi yang aku tunggu akan tiba 5 minit sahaja lagi & lelaki itu pula tidak menuju ke destinasi yang sama.

Beberapa minit kemudian, keretapi yang aku nantikan pun tiba. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki remaja tadi & berterima kasih kepadanya kerana telah mengisi masa aku dengan perbualan yang menarik. Aku juga memujinya kerana kefasihan Bahasa Inggerisnya. Dia mengucapkan terima kasih & selamat jalan kepada aku. Entah bilalah lagi aku akan menjumpai seseorang yang seperti itu. Hahaha. Perjalanan untuk ke Tangier dari Rabat mengambil masa lebih kurang 4¾ jam. Di dalam keretapi itu, aku memikirkan apa hujah-hujah yang boleh & perlu aku akan katakan kepada lelaki remaja tadi jikalau aku diberi kesempatan masa yang panjang. Hmmmm. Pengalaman bersama lelaki tadi sedikit sebanyak telah menginsafkan aku. Aku perlu mendalami Islam dengan lebih mendalam lagi bagi menyediakan diri aku untuk menghadapi situasi seperti yang aku lalui tadi. Sesungguhnya, ilmu agama tak akan pernah habis untuk dipelajari.

Aku tiba di stesen keretapi Tangier Ville pada pukul 10.30 malam. Sesampainya aku di situ, aku menaiki teksi untuk ke hostel yang aku sudah rujuk di dalam buku panduan. Malangnya, hostel tersebut sudah penuh. Mujurlah ada hostel berdekatan yang masih kosong. Selepas mendaftar masuk, aku pun terus masuk ke bilik untuk mandi, solat & kemudiannya melelapkan mata.

Bersambung...

p/s: Hari ni adalah hari pertama puasa Ramadhan tahun 1430 Hijrah & juga hari pertama aku berpuasa Ramadhan di Malaysia selepas 7 tahun berpuasa di Ireland. Hampir lupa macam mana perasaannya berpuasa di Malaysia. Hehehe. Happy sgt2 sbb dapat berpuasa penuh kat Malaysia tahun ni. :)

Read more...

DaTuK SHaH RuKH KHaN???

>> Tuesday, October 14, 2008



Aku rasa isu tentang title 'Datuk' ni dah lama wujud sejak bertahun2 dahulu lagi. Ianya mungkin bermula dengan penganugerahan gelaran Datuk kpd Datuk M. Daud Kilau pada suatu masa dahulu. Aku yakin, pd waktu tu mesti ramai yg terkejut kerana ramai yg beranggapan bahawa gelaran Datuk ni selayaknya dianugerahkan kpd mereka yg benar2 byk berjasa kpd negara. Akan tetapi, anggapan kita tiba2 meleset apabila gelaran tersebut dianugerahkan kpd artis2 yg jasa mereka tidaklah sebanyak mana pun. Ianya seolah2 sudah menjadi trend zaman skarang untuk menganugerahkan gelaran tersebut sesuka hati kpd sape2 pun tanpa mengambil kira besar mana jasa pengorbanan seseorang itu kpd negara & bangsa Malaysia, tidak seperti gelaran 'Sir' di England di mana mereka yg menerima gelaran tersebut benar2 layak & tidak dpt dipertikaikan.

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Datuk Michelle Yeoh, Datuk Lee Chong Wei & Datuk Nicole David adalah antara contoh2 individu yg aku rasa belum cukup layak utk menerima gelaran Datuk. Aku bukannya bertujuan utk mengkritik atau mengata sapa2. Cuma apa yg aku kurang faham, ape sebenarnya jasa & pengorbanan Kak Siti & Kak Pah kpd negara kita Malaysia sehingga melayakkan dieorg berdua ni mendapat gelaran tersebut? Mmg laa dieorg ni byk memenangi anugerah. Tapi ape kaitannya anugerah2 tersebut dgn rakyat Msia yg lain?? Anugerah2 tersebut ada membantu org2 miskin & papa kedana ke?? Anugerah2 tersebut ada mengharumkan nama Msia di mata dunia ke? Michelle Yeoh tu pulak, pernah ke die mempopularkan Msia? Sebut nama Msia pun tak pernah kot. Aku rasa satu dunia fikir yg dia tu org Hong Kong, bukannya org Msia. Lee Chong Wei & Nicole David pulak pada aku terlampau muda utk mendapat gelaran tersebut. Manusia ni bila awal2 dah dihulurkan dgn ganjaran, mmg cepat laa lupa diri. Betul tak?

Isu yg timbul baru2 ni adalah penganugerahan gelaran Datuk kpd Shah Rukh Khan. What the hell????????????? Aku akui yg aku mmg peminat setia Shah Rukh Khan. Hampir semua filem lakonan die aku tonton. Lakonan die mmg mantap. Tapi tak pernah pulak aku terfikir yg die layak menerima pangkat Datuk. Ape jasa dia kpd org Msia?? Kalau bukan berjasa kpd org Msia pun, ade ke jasa dia kpd dunia??? Menurut sebuah artikel akhbar tempatan online yg aku baru baca, Shah Rukh Khan kononnya telah mempromosikan Melaka dlm sebuah filemnya yg bertajuk 'One Two Ka Four'. Hahahahahahaha. Tergelak aku. Kalau korang nak tau, dalam filem tersebut, pemandangan Melaka hanya ditayangkan utk beberapa saat je, iaitu dalam sebuah video klip lagu yg diselitkan dlm filem tu. Kalau korang nak tau jugak, filem One Two Ka Four tu adalah antara filem Shah Rukh Khan yg gagal di pasaran India & global. Kutipannya tak mencapai tahap box office pun. Sbb ape laa Yg Dipertua Negeri Melaka & Ketua Menteri Melaka beria2 benar nak menganugerahkan gelaran Datuk kat pakcik Shah Rukh Khan tu. Hahahah. Lawak betul.

p/s: kalau mcm tu, aku pun layak menerima gelaran Datuk memandangkan aku dah mempromosikan Malaysia di 35 buah negara Europe yg dah aku kunjungi. Hahaha. Boley???

OK laa. Itu je laa yg aku nak komen. Kalau korang ada nak tambah apa2 komen, jgn segan2. :)

Read more...

Hmmmmm

>> Friday, August 01, 2008

MAJALAH 'REMAJA' KELUARAN 15 JULY 2008 (sila klik utk besarkan gambar)


Page 1


Page 2


Page 3

Hmmm.. Mcm banyak je bende yg writer ni reka sendiri.. Captions gambar2 pun die main hentam je.. Huhuhuhu.. Caption gambar2 kat Page 1 teramatlah salah. Tempat2 tu bukannye kat Ireland. Caption gambar kiri sekali/atas sekali kat Page 3 pun salah jugak. Tu bukannya gambar 'Kenangan di bulan Ramadhan', tapi sebenarnye 'Kenangan di Hari Raya'. Haii....

Read more...

MY BioGRaPHY DaLaM MaJaLaH FoKuS SPM BuLaN NoVeMBeR???

>> Wednesday, November 14, 2007

Lebih kurang 3-4 hari lepas, ada seseorang dlm Friendster's list aku tulis testimonial utk aku yg menyatakan bahawa sebuah biografi ttg diri aku keluar dlm majalah Fokus SPM keluaran bulan November. Whaaaat???? Aku agak tergezut jugak laa. Hmmmm. Tapi sebelum ni mmg ada seorang yg bernama 'X' dari syarikat penerbitan Karangkraf mintak aku email kat die butiran2 ttg diri aku. Aku kasi je laa. No harm kan. Tapi tak sangke pulak die nak masukkan biografi aku dlm majalah Fokus SPM. Actually, aku tak pernah tau pulak ttg kewujudan buku tu. Hehehe. Anyway, adakah biografi aku tu akan memberi motivasi kpd pelajar2 sekolah menengah yg sedang menghadapi SPM mereka skarang ni? Wallahu 'alam.

Aku dah pun inform parents aku & dieorg dah pun dapatkan majalah tu. Hehehe. So, kpd mereka yg kat Msia tu, sile la jenguk2 majalah Fokus SPM keluaran November 2007 utk membaca biografi aku k. Tibe2 pulak aku rase mcm film star. Hekhekhek.

p/s: Dalam biografi tu ada tertulis yg aku ni buat bisnes jadi tourist guide. Well, it's totally NOT true!!! Takde mase aku nak buat kerja tu. Aku just tolong2 kasi nasihat je kat sape2 budak Dublin yg nak travel. Tu je. Takde la sampai jadi part time job. Hmmm. Biase laa. Wartawan kan suke tambah2 cerite. Hehehe.


Page 1



Page 2

Read more...

BaHaSa iNGGeRiS DiKuaSai, BuKaN DiDauLaTKaN...

>> Sunday, November 11, 2007

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 11 NOVEMBER 2007:

Gesaan wakil Perhubungan UMNO Johor agar pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa Melayu ketika membahaskan usul di Perhimpunan Agung UMNO Khamis lalu wajar diambil perhatian serius. Penulis berkongsi pendapat dengan Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi tahun ini.

Sememangnya peranan bahasa sebagai alat komunikasi terpenting tidak perlu dibahaskan lagi. Bahasa turut memainkan peranan penting sebagai alat untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Malah peranan bahasa dalam mempertahankan jati diri dan alat pemerkasaan perpaduan masyarakat tidak boleh dipandang enteng.

Perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai sebahagian bahasa kebangsaan memakan pengorbanan besar. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kedudukan bahasa Melayu mula terjamin dan menjadi wahana memperbaiki dan memantapkan perpaduan di antara kaum.

Majlis Perundingan Negara yang dibentuk ekoran tragedi itu menggagaskan beberapa resolusi penting termasuk penegasan semula pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Penyata Razak dalam Perenggan 12 menyatakan keperluan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Laporan Rahman Talib 1960 memperkukuhkan lagi tujuan dan cara mencapainya. Berlandaskan kepada kedua-dua Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib maka terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Bermula dari situlah sekolah aliran Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran semua mata pelajarannya ditukar menjadi aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu.

Usaha yang dijalankan melalui pendaulatan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah semata-mata untuk menyelesaikan masalah perkauman yang melanda lantaran wujudnya fragmentasi dalam masyarakat akibat kepelbagaian aliran pendidikan. Malah pelbagai aliran pendidikan yang diasaskan penjajah inilah yang menjadi antara penyebab utama kerenggangan hubungan antara kaum.

Memahami sejarah dan kepentingan meletakkan bahasa Melayu di tempatnya adalah penting agar dalam semangat yang bergelodak untuk menguasai bahasa asing, kita tidak sesekali merendahkan martabat bahasa sendiri yang menjadi asas perpaduan dan pembinaan jati diri bangsa Malaysia.

Malah dalam mengorak langkah untuk mengangkasakan tamadun bangsa yang gemilang, keyakinan terhadap bahasa sendiri tidak harus luntur sehingga sanggup melakukan tindakan tidak bijaksana.

Banyak negara yang cuba mendaulatkan bahasa asing tetapi akhirnya tersungkur bahkan tidak mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa yang diciplaknya. Sebagai contoh, negara-negara Afrika yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tidak dianggap negara maju. Sebaliknya negara yang mendaulatkan bahasa sendiri seperti Jepun, Korea, Perancis, China dan Jerman tetap maju dalam pelbagai bidang termasuk sains dan matematik.

Namun, semangat mendaulatkan bahasa kebangsaan tidak pula bermakna kita harus taksub dan beremosi hingga menafikan kepentingan menguasai bahasa asing. Islam turut menekankan keperluan mempelajari bahasa asing dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.

Di zaman Khalifah Al-Makmun, didirikan pusat pengembangan ilmu, Bait al-Hikmah yang giat menterjemahkan karya-karya besar dalam pelbagai cabang ilmu daripada tamadun Yunani ke dalam bahasa Arab. Cendekiawan-cendekiawan besar seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd menguasai bahasa dan falsafah Yunani tetapi tidak pula timbul polemik pendewaan berlebihan kepada bahasa dan tamadun asing sehingga meminggir dan meremehkan bahasa dan budaya sendiri.

Justeru amat wajarlah jika dikaji secara teliti keberkesanan dasar sebelum ini yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran Sains dan Matematik. Apa yang lebih mustahak ialah untuk merumuskan formula lebih berkesan terhadap cara dan teknik pengajaran bahasa Inggeris. Adalah aneh bagi seorang pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga menengah masih gagal menguasai bahasa itu. Ini pastilah berkait rapat dengan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sekarang yang kurang berkesan.

Apa yang lebih membimbangkan, dalam upaya menguasai bahasa Inggeris, kita seolah-olah menganaktirikan bahasa sendiri hingga tercetus reaksi melampau meremehkan bahasa kebangsaan yang menjadi asas pembinaan jatidiri bangsa Malaysia yang berdaulat.

p/s: Aku 100% bersetuju dgn artikel ni. Mane ade dlm sejarah dunia, negara yg mendaulatkan bahasa asing dlm sistem pendidikan menjadi negara maju. Cube kite tgk org2 Jepun, South Korea & Jerman. Penguasaan Bahasa Inggeris dieorg lagi teruk drp bebudak skolah kampung kat Msia. Tapi, dieorg lagi maju drp kite.

Yg menjadi masalah kite adalah kurangnye semangat motivasi utk maju n jugak kurangnye penterjemahan buku2 sains ke dlm Bahasa Melayu. Cube tgk negara2 Jepun, Korea n Jerman. Baru beberape hari je buku dlm Bahasa Inggeris diterbitkan, dah terbit buku2 dlm bahasa dieorg. Kite patut ikut contoh dieorg ni.

Ramai je penganggur2 kat Msia yg ade kelulusan & boleh jadi penterjemah buku2 Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Tapi, malangnye kite takde kesedaran utk berbuat demikian.

So, pikir2kan laa ye.. Dan jgn lupe, bahasa adalah identiti bangsa. Kalau hancur bahasa, hancur la bangsa. Hidup Bahasa Melayu/Malaysia!!!

Read more...

Ulasan: Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?

>> Tuesday, October 23, 2007

Ini adalah petikan daripada blog http://mkmm79.blogspot.com:

Ulasan: Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Syawal kepada semua,

Terima kasih yang kepada memberi feedback kepada artikel "Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?", sekurang-kurangnya ada juga yang membaca bulletin di Friendster dan mengikuti isu-isu semasa.

Saya bukannya membangkang 100 % misi tersebut, sebaliknya ada beberapa perkara yang bagi saya perlu diberikan pandangan:

- Perlukah duit sebanyak sedemikian dilaburkan untuk melakukan eksperimen-eksperimen yang telah dilakukan oleh angkawasan-angkasawan terdahulu? Eksperimen yoyo untuk menunjukkan kesan mikrograviti dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992. Jadi apakah perlunya ujian yoyo tersebut dilakukan lagi?

- Umat Islam pertama ke angkasa lepas ialah salah seorang rakyat Afghanistan Abdul Ahad Mohmand, pada tahun 1988 (sekadar membetulkan fakta bahawa Dr Muszaphar bukannya umat Islam pertama ke angkasa lepas)

- Adakah Rusia / Amerika akan memberikan ilmu dan teknologi angkasanya yang terkini kepada negara-negara lain terutamanya kepada negara-negara Islam? Anda sudah lupa pembunuhan beramai-ramai rakyat Islam di negara Chehnya oleh kerajaan Rusia pada tahun 1994-1996?

- Andainya kerajaan Malaysia tidak membeli pesawat Sukhoi dari kerajaan Rusia, adakah kerajaan Rusia akan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia mengikuti misi tersebut?

Bukankah lebih baik andainya Malaysia dan negara-negara Islam lain berkerjasama untuk menghantar angkasawan Islam sendiri ke angkasa lepas, bukannya mengharapkan golongan kaum kafir (Rusia / Amerika) membantu mereka? Bukankah negara-negara yang terkaya di bumi ini adalah negara-negara Islam contohnya Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Brunei yang dikurniakan nikmat iaitu petroleum yang melimpah ruah. Jadi rasanya perbelanjaan untuk menguruskan badan angkasa lepas ini tidak menjadi satu masalah.

Jadi kenapa Malaysia sebagai salah satu anggota OIC (Organization of the Islamic Conference) tidak berpakat dengan OIC untuk menubuhkan sendiri satu organisasi khas untuk membangunkan teknologi angkasa lepas untuk umat Islam sendiri? Umpamanya negara-negara di Eropah Barat menubuhkan European Space Agency (ESA) untuk membangunkan teknologi angkasa mereka, tidak bergantung kepada Amerika dan Rusia. Negara-negara lain juga seperti Jepun dan India mempunyai agensi angkasanya.

Satelit pertama Malaysia (MEASAT 1) telah dilancarkan pada tahun 1996 dan beberapa buah satelit lain juga telah menyusul. Walaupun begitu, satelit-satelit ini dihasilkan oleh negara-negara lain bukannya dibuat Malaysia. Jadi selepas 11 tahun perlancaran satelit pertama, adakah Malaysia masih tidak mampu untuk menghasilkan dan melancarkan satelitnya sendiri? Masih mengharapkan kepada negara luar?

Untuk jangka pendek, Malaysia dan negara-negara Islam lain perlu meningkatkan dan mengemaskinikan sistem pendidikan di peringkat sekolah dan universiti di negara masing-masing supaya lebih mantap dan mempunyai kemudahan yang tercanggih untuk melahirkan umat Islam yang menjadi saintis-saintis terulung. Bukankah lebih membanggakan jika ilmu dan pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi ini ditemui oleh umat Islam sendiri tanpa bantuan golongan kafirun? Berapa ramaikah umat Islam yang telah berjaya menerima Hadiah Nobel dalam bidang sains?

Kenapa perlu berbangga jika kita hanya dapat menumpang kapal orang lain?

Sekadar meluahkan pendapat peribadi.

Wassalam

Rujukan:

http://www.yo-yos.net/Yo-yo%20history.htm

http://science.nasa.gov/headlines/y2002/18mar_playingcatch.htm

http://www.afghan-network.net/Culture/afghanastronaut.htm

http://www.esa.int/esaCP/index.html

http://www.jaxa.jp/index_e.html

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ingin_tahu/measat.htm

http://www.iol.ie/~afifi/Articles/chechnya.htm

p/s: Aku bukannye tak setuju 100% ttg misi negara menerokai angkasa lepas ni, tapi aku cuma rase yg negara kite masih terlalu awal utk membuat pencapaian sedemikian rupa. Tolong laa. Kite ni baru je 50 tahun merdeka. Masih byk lagi perkara2 asas dlm negara yg belum kukuh & masih perlu diperbaiki. Contohnya, masalah kemiskinan yg masih belum selesai & juga sistem pendidikan negara. Duit yg digunakan utk ke angkasa lepas tu sebenarnye lagi wajar kalau digunakan utk membantu golongan2 yg miskin yg memerlukan & juga memperbaiki sistem pendidikan negara yg masih lagi agak mundur berbanding negara2 maju. Bukannya utk menunjuk2 kat negara lain ttg kebolehan kite. Ape gunenye kite berasa riak dgn kebolehan kite sedangkan masalah dalaman masih kucar-kacir? Come on laa. Be realistic. Kalau kail sejengkal, jangan cuba mengail di lautan yg dalam. Dan jgn yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hmmmm.. Itu ape yg aku rase laa. Any comments??

Read more...

39 DaYS in MaLaYSia (PaRT II)

>> Monday, August 13, 2007

Setelah 2 hari 2 malam lepak2 di rumah Jem, aku pun terus balik semula ke rumah aku di Parit Buntar. Mujurlah ade bus direct from Batu Pahat ke Pt Buntar. Tak perlu la aku nak transit kat Puduraya yg penuh dgn manusia2 yg menakutkan. Hihihi. Lepas beberapa lama lepak kat rumah, aku turun KL skali lagi pada tarikh 21 June. Tujuan utama aku turun KL pada kali ni adalah utk ke kenduri kahwen kawan aku iaitu GG & Hazleen yg berlangsung kat rumah pengantin perempuan kat Muar pd tarikh 22 June. Pada mulanya, aku bercadang utk bermlm kat rumah Jem di Batu Pahat yg terletak tak berapa jauh dari Muar. Tapi si Jem ni pulak kena teman mak die ke Indonesia. Jumpe sedare mare kot. Hihihi.

Aku pada mulanya nak cancel la plan aku utk ke kenduri si GG & Hazleen ni memandangkan aku takde tempat utk bermalam. Tapi dieorg berdua mcm desak suruh aku dtg jugak. Kebetulan, beberapa hari sebelumnya, salah seorg pengunjung blog aku yg setia yg bernama Yohanis jemput aku makan tgh hari kat rumah die pd tarikh 21 June. Die ajak seorg lagi pengunjung blog aku yg bernama Anuar aka Kahuna. Since si Yohanis ni dah jemput aku ke rumah die pd tarikh 21 June, aku pun tanpa segan silu tanye la kat die sama ada aku boleh bermlm kat rumah die ke tak utk satu mlm. Pg esoknya baru la aku bertolak ke Muar dgn menaiki bus. Die tanpa rasa reluctant, menjemput aku bermlm kat rumah die. Haaa.. Selesai satu masalah.

So, sesampainye aku kat Puduraya KL on 21 June, aku pun terus menaiki LRT ke stesen Bandar Tasik Selatan spt yg diminta oleh Yohanis. Sesampainya aku kat stesen LRT tu, si Anuar pulak yg jemput aku. Die kate si Yohanis ni tgh sibuk bekerja. Mlm karang baru boleh jumpe. Dan Anuar mintak aku bermlm kat rumah die. Rupe2nye, Yohanis tu adalah seorg pompuan. Wahahahahah. Mati2 aku ingat die seorg lelaki. Patut la die suruh aku bermlm kat rumah Anuar. Hihihi. Kat rumah Anuar, aku pun berkenalan la dgn family die termasuklah MAK die yg tersgt2 baik. Hihihi. Pada waktu mlmnye, aku pun keluar makan malam bersama2 dgn family Anuar, termasuklah Yohanis. Yohanis ni mmg cun org die. Hihihihi..


Bersama Anuar & his family



Bersama Anuar aka Kahuna

Keesokan pgnye, Anuar & family die hantar aku ke puduraya. Lebih kurang pukul 10.00 pg, aku pun terus menaiki bus ke Muar. Sesampainye aku kat stesen bas Muar lebih kurang pukul 1.00 tgh, aku pun terus call Arnee, kawan aku yg baru saja graduate dari UCD bln June lepas. Tgh menganggur lagi tu. Hihihi. Die & ayah die dtg jemput aku kat stesen bas. Kemudian, baru la ayah die drive kiteorg ke rumah pengantin perempuan. Kat rumah pengantin tu, aku sempat berjumpe dgn beberapa org kawan aku yg sama2 belajar kat Kolej MARA Banting & juga Ireland. Ramai jugak yg datang. Meriah.

Selepas berjumpe & mengucapkan tahniah kpd pengantin lelaki, iaitu GG yg merupakan kawan aku yg sama2 belajar di MRSM Taiping dulu & pengantin perempuan, iaitu Hazleen yg merupakan salah seorg kawan perempuan aku di Dublin yg kini sedang belajar di Trinity College Dublin, aku & Arnee pun dibawa oleh ayah dia ke rumahnye. Perghhh. Naik segan pulak aku sorang2 kat rumah die. Hihihi. Lepas solat & menjamah sikit makanan, Arnee & ayah die pun hantar aku ke stesen bas. Aku akan ke KL dgn menaiki bas. Setibanya di Puduraya KL, aku naik bas ke Pt Buntar pulak. Pagi esoknya baru la aku sampai kat rumah. Penat gile.

Bersambung... (Nantikan kisah pengembaraan aku & abah aku di Bangkok, Thailand dalam entri yg berikutnya)

p/s: Aku baru je upload gambar2 di Turkey & Egypt. Kalau korang nak view gambar2 tu, sila ke ruangan 'Gambar-Gambarku'

Read more...

39 DaYS in MaLaYSia (PaRT I)

>> Thursday, August 02, 2007

Well. I'm now back to miserable, long & boring student life in Dublin after short & wonderful break in Malaysia. Actually, I'm supposed to be staying in Malaysia until end of August, but bcoz of a stupid mistake which I think u guys already knew, I'm already in Dublin a month earlier. It really sucks!!! Org lain semua tgh enjoy their days in Malaysia while I'm now pursuing a boring life in Dublin. Wahahahaha!! I wanna go back to Malaysia. I miss my family n frenzz already!!

I'm now staying at Fyzal's house. He didn't go back to Msia coz he's now doing a research. My housemates pulak cuma ada 4 org je yg tak balik Msia. 2 org lagi tgh travel around Europe. So, skarang ni cuma ada 2 org je la kat my house. I decided to tumpang Fyzal's house coz kat rumah dia ada internet. Internet kat my house had been terminated a few months ago. Bln August nanti baru sambung balik kot. So, in the meantime, I have to stay at Fyzal's house coz I sooo can't live without internet!! Heheheh

OK laa. Aku nak ambik peluang ni utk ceritakan my experiences in Msia. As the title suggests, I spent only 39 days in Malaysia, starting on the day I arrived at Penang Airport (22 June) until the day I flew back to Dublin (30 July). That was indeed the shortest break in Malaysia that I have so far. Sedih2. Byk plan yg terpaksa dicancel spt holidays in Sabah, visiting MRSM Taiping, visiting Kolej Mara Banting & juga attending my friends' weddings. Nak buat mcm mana. Dah suratan takdir kan.

A day after my arrival in Msia, I attended Adlee's wedding. He is my ex-schoolmate back in MRSM Taiping. Perghh.. Sampai2 Msia je, terus kene gi kenduri kahwin. Lepas tu, on 29 Jun (Friday evening), I drove to Penang to visit my friends who are now pursuing their medical studies in Penang Medical College. Before this they were doing their 2 years in Ireland. Aku lepak kat rumah my junior, Azza who happens to stay with Nuzul & Hany. Pd waktu mlmnya, aku dipaksa utk belanja dieorg makan KFC. Huhuhu. Then, aku, Azza, Tok Wan & Bibik went to watch Transformers at Queensbay Mall. The movie was indeed superb!!

The next day, Azza & his classmates except Hany had to go to KL to attend a wedding. So, tinggallah aku & Hany. On the same day, Zaid, my ex-classmate kat UCD came to pay me a visit at Azza's house. Thank God. Kalau tak, mmg mati kutu aku taktau nak buat ape2. Die dgn baik hatinya membawa aku jumpe Mie, Anas, Farid, Manap & Ilyasak. Lepas jugak rindu aku kat dieorg. Zaid tinggalkan aku kat rumah Farid, Manap & Ilyasak coz he had a tennis appointment dgn girlfriend dia. Pd waktu ptgnya, Farid & Manap bawak aku makan kat Batu Uban. Boleh tahan la sedapnya makan kat situ. Lepas makan, kiteorg shopping kejap kat Tesco sebelum dieorg hantar aku semula ke rumah Azza. The next day, aku pun meninggalkan Penang lepas makan lunch dgn Hany. Aku kemudiannya drive ke Kulim utk jumpa Ipin, my ex-roommate kat MRSM Taiping dulu. Die dah pun berkeluarga. Dah ada sorang anak dah. Hihihi. Lepas ziarah dia, aku pun drive balik ke rumah.

On 5 July, aku ikut ayah aku gi Shah Alam utk hantar my sister ke ITM Shah Alam. Kiteorg spent one night kat my uncle's house kat Klang. The next day baru la kiteorg same2 gi ITM Shah Alam utk hantar adik aku tu for her registration day for 2nd semester in that uni. Lepas tu, aku naik bas ke KL utk ke rumah Hanif, my junior in UCD. Sementara ayah aku pulak terus drive balik ke Pt Buntar. Aku bermalam 2 mlm di rumah Hanif. Tujuan aku stay kat rumah dia adalah sbb I need to attend a wedding in Shah Alam. It was Kak La's wedding. Kak La or her real name Rozaila is Raja Rafy's sister which happens to be a good friend of mine too. Raja Rafy is used to be my schoolmate in MRSM Taiping. Aku pada mulanya plan utk naik komuter from KL to Shah Alam & then take cab from Shah Alam's commuter station to the wedding house. Tapi, Hanif dgn baik hatinya offer utk drive aku ke sana. Alhamdulillah. Jimat tenaga & duit aku. Hihihih. At the wedding, I met Nurul, PMC student yg baru saja grad. She also happens to be kawan Kak La jugak.


Kak La's Wedding kat Shah Alam

After spending 2 nights at Hanif's house, on Sunday, we both went to KLCC utk jumpe Jem & his friends, Etonk & Aris. Selepas lepak2 kejap, kiteorg pun berpecah. Hanif pergi jumpe his girlfriend & Aris pulak went back to his house. Tinggallah Aku, Jem & Etonk bertiga. Kiteorg kemudiannya naik bas ke rumah kakak Jem di Selayang utk bermalam di situ. Kiteorg bertiga akan ke Cyberjaya University College of Medical Sciences esok utk mendengar talk yg akan diberi oleh Dr Latif, seorg pensyarah perubatan di situ.

Keesokannya, kiteorg bertiga ke Subang Jaya dahulu dengan menaiki bas & komuter utk berjumpa dgn Baby. Dialah yg akan drive kiteorg bertiga ke Cyberjaya. Setibanya kiteorg di Cyberjaya University College of Medical Sciences, kiteorg berjumpe pula dgn Azreen, Niesa, Ikha, Jazree & Hanif Trinity College. Tak ramai pun yg datang. Talk drp Dr Latif bermula tidak lama kemudian. Ianya berkenaan dgn future career as a doctor yg bagi kiteorg tersangat2lah berguna utk dijadikan panduan. Kiteorg betul2 berterima kasih dgn Dr Latif yg sedikit sebanyak telah membuka mata & minda kiteorg ttg kerjaya sbg doktor di Msia ni.


Kat Cyberjaya



Kat Cyberjaya

Lepas makan tgh hari di situ yg dibelanja oleh Dr Latif, aku, Jem & Baby dijemput oleh Etonk utk ke rumah die di Putrajaya. Waktu tu Etonk sebenarnya tgh risau ttg housementship placement dia. Dia harap2 sangat dpt HUKM which was his first choice. Dia baru je graduated from USM Kubang Kerian. Sampai2 je kiteorg kat rumah die, tibe2 sorang posmen dtg bawak surat from Kementerian Kesihatan. Die berjaya dpt placement di HUKM!! Waaaah. Happy gile die. Kiteorg pun tumpang happy. Lepas spent almost 2 hours kat his house, kiteorg gi jalan2 sekitar Putrajaya kejap sambil bergambar. Lepas tu, aku & Jem naik bas ke KL sementara Baby pulak terus drive balik ke Subang.


Kat Putrajaya



Kat Putrajaya



Kat Putrajaya



Kat Putrajaya



Kat Putrajaya



Kat Putrajaya



Kat Putrajaya



Kat Putrajaya

Sesampainya aku & Jem kat Puduraya, kiteorg berdua naik bas ke Batu Pahat. Aku akan lepak kat rumah Jem selama 2 malam. Lama pulak aku tak berkunjung ke rumah dia. Ni adalah kali ke-3 aku ke rumah Jem. After almost 3 hour journey, kiteorg berdua pun sampai di Batu Pahat. Jem belanja aku naik teksi utk ke rumah dia. Sesampainya kiteorg kat rumah dia, mak dia pun sambut kiteorg. Kebetulan, kotak2 shipping Jem baru je sampai. Apalagi, dia pun terus la bukak kotak2 tu. Byk gile souvenir2 yg die ship balik ke Msia. Lepas mandi, menjamah sikit makanan & solat, aku pun terus masuk tidur kepenatan.

Bersambung...

Read more...

MaNuSia HaNYa MeRaNCaNG...

>> Monday, June 25, 2007

Mmg betul kata org, manusia hanya merancang, tapi Allah swt yg Maha Menentukan Segala-galanya...

Pagi tadi aku & parents aku gi MAS punye office kat Penang. Kononnye nak tukar tarikh tiket balik ke Dublin, sbb masa aku beli dulu, aku letak tarikh balik Dublin on 11 September. Sbb aku letak tarikh 11 September adalah kerana harga tiket balik on that day adalah yg paling murah (765 Euro). Tarikh lain agak mahal. Akan tetapi, kelas aku akan start on 3 September. So, aku kena balik Dublin semula by end of August.

Kat MAS punye office tadi, aku pun cakap la kat akak yg jaga kaunter tu yg aku nak tukar tarikh balik ke 28 August. Die check2 rupe2nye seat bulan 8 ke London semua dah penuh utk tiket special price mcm tiket aku. The latest one is 30 July. Tu pun 5 seats je yg tinggal. Aku panik giler. Then, aku pun bincang2 dgn parents aku. Dieorg ingat nak upgrade ticket aku ke Business Class, tapi kena bayar mahal gile. Last2, terpaksa jugak la aku tukar tarikh balik ke 30 July. I had no choice. Aku mmg kena balik b4 start kelas sbb aku akan buat rotation Obstretrics & Gynaecology yg tidak membenarkan aku ponteng walaupun sehari. Huhuhuhu. Seriously, aku rase macam nak nangis pun ade tadi. Nasib baik la parents aku tenangkan aku. Setiap apa yg berlaku tu ada rahmatnya. Allah swt je yg Maha Mengetahui..

So, terpaksa la aku balik ke Dublin on 30 July nanti. Dan aku terpaksa juga cancel trip aku ke Sabah. Burn RM200 tiket Air Asia yg aku dah book. Hmmm. Nak buat mcm mana. Benda dah jadi. Sebelum ni takde ape2 masalah pun sewaktu aku nak tukar tarikh balik ke Dublin. 2 kali aku buat mcm tu (tahun 2003 & 2005). Tibe2 tahun ni pulak timbul masalah. Geram betul. Dah la kena bayar 50 Euro utk tukar tarikh. Sebelum ni aku tukar tak kena bayar ape2 pun. Well, inilah namanya nasib. Ape2 pun, aku redha je dgn kehendak Allah swt. Aku yakin, mesti ada rahmat yg terselindung. Wallahu 'alam...

Read more...

i'M BaCK iN MaLaYSia!!!!

>> Sunday, June 24, 2007

Alhamdulillah.. Aku selamat mendarat kat Penang Airport tepat pukul 8.00 mlm semalam. My parents picked me up & we went straight home to Parit Buntar after that. Weather shock yg aku alami semlm amatlah ketara. Berpeluh2 tak hingat!! Maklum laa.. Dah dekat 2 tahun tak balik Msia. Hihihihi..

Sampai2 je rumah, mak aku kasi kad jemputan kahwin Adlee, member aku kat MRSM Taiping dulu. Kenduri die esok kat Taiping. Perghh. Sampai2 Msia je terus dpt jemputan kahwin. So, pd waktu tgh hari tadi, my dad & I pergi la ke Taiping utk menghadiri kenduri kahwin si Adlee ni. Wife die name Fieda. Lepas je gi kenduri kahwin tu, kiteorg terus pulang ke Pt Buntar. Bile dah sampai, aku gi beli sim card Maxis & jugak gi potong rambut. Fanasss... Hihihih..

So, tu la serba sedikit cerita aku kat Msia dlm masa lebih kurang 24 jam ni. Kpd mereka yg menantikan travelogue Mesir aku, harap bersabar ye. InsyaAllah aku akan update tak lama lagi.. :)

By the way, ni contact numbers aku kat Msia. In case kalau nak belanja makan ke ape ke. Hihihihi.

Mobile: 012 5071982
Home: 05 7169199

Read more...

BaLiK MaLaYSia

>> Wednesday, March 21, 2007

Yeah. Aku akan balik Msia summer ni!!! Bestnye100x. Last year tak balik. So, this year terus jatuh hukum wajib utk aku balik. Aku dah beli tiket balik Msia semalam kat sebuah travel agency yang bernama Trailfinders. Aku beli tiket flight Gulf Air. Harga tiket pegi balik 817 Euro. Tu jek yg paling murah. MAS mahal tak ingat. Lebih 900 Euro. Nama je Tahun Melawat Malaysia. Cekik darah lagi ade la. Bodoh tul.

So, flight aku akan bertolak ke KL dari Dublin on 24 June & akan balik semule ke Dublin dari KL on 28 Aug. 2 bulan lebih je aku akan berada kat Msia. Takde la lama sgt. Huhuhu. Flight Gulf Air tu akan transit kat Bahrain. Sib baik transit waktu mlm n kejap jek. Kalau transit waktu siang n lama, mmg sah2 la aku akan buat tour de Bahrain. Lepas tu, tulis travelogue & post kat blog ni. Hahaha

So, to ppl in Msia especially PMC ppl, see u guys in Msia nanti k. InsyaAllah...

Read more...

MeRDeKa!! MeRDeKa!! MeRDeKa!!!

>> Wednesday, August 31, 2005



Kepade semua pengunjung warganegara Malaysia, aku ingin ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-48. Dah 48 tahun dah negara kita merdeka. Mungkin bagi mereka yg dilahirkan selepas merdeka spt aku ni, kurang menghayati erti kemerdekaan yg sebenar. Ye la. Bukak2 mata jek, negara kite dah pun aman damai, kan. Takde kacau bilau. Cuba kalau kite dilahirkan sebelum tahun 1957. Baru le kite tahu betape besarnye erti kemerdekaan tu. So, sbg anak merdeka, sama2lah kite berusaha utk membangunkan diri menjadi insan yg patuh kpd ajaran agama, menyayangi negara kita & berjuang utk memberikan yg terbaik kpd negara dan masyarakat kita. Hehe. Mcm poyo pulak. Tapi tu la kenyataannye. So, kpd semua warganegara Malaysia, skali lagi aku ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan. KERANAMU MALAYSIA...

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP