Hari 13: 23 MEI 2008Selepas selesai solat Subuh & membersihkan diri, aku terus keluar dari hostel & menaiki teksi untuk ke stesen bas Skopje. Pada hari ini, aku akan ke Ohrid, sebuah bandar kecil yang terletak di barat daya Macedonia. Selepas membeli tiket, aku pun menunggu ketibaan bas yang sepatutnya bertolak pada pukul 10.00 pagi. Akan tetapi, disebabkan masalah kelewatan, ia mulai bertolak pada pukul 11.00 pagi, lewat sejam berbanding waktu sepatutnya. Perjalanan dari Skopje ke Ohrid memakan masa selama lebih kurang 3 jam.
Sesampainya aku di stesen bas Ohrid lebih kurang pada pukul 2.00 petang, aku berjalan kaki ke pusat bandarnya yang terletak agak jauh dari stesen bas tersebut. Setibanya di pusat bandar, aku pun memulakan pengembaraan aku di kota ini.
Ohrid adalah antara bandar pelancongan yang utama di Macedonia. Ianya turut digelar sebagai Jerusalem of Macedonia kerana terdapat beratus-ratus buah gereja di sini, iaitu hampir 365 buah kesemuanya. Penduduknya berjumlah 42,000 orang. Ohrid sangat terkenal dengan tasiknya yang turut dinamakan bersempena dengan nama bandar ini. Ohrid & Lake Ohrid telah dinobatkan sebagai salah satu daripada ‘UNESCO World Heritage Sites’ pada tahun 1980.

Peta kedudukan Ohrid di dalam MacedoniaDalam sejarahnya, Ohrid pernah berada di dalam kerajaan Macedonia pimpinan Philip II of Macedon & anaknya, Alexander the Great. Seterusnya, ia menjadi sebahagian daripada Empayar Rom. Kemudian, kota ini ditawan pula oleh kerajaan Bulgaria & dijadikan ibu kota kerajaan tersebut. Selepas itu, ia jatuh ke tangan Empayar Byzantine pada tahun 1018. Akhirnya, pada akhir kurun ke-14, Ohrid berjaya ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyah & kekal berada di bawah pemerintahan empayar tersebut sehingga tahun 1912. Penduduk yang beragama Kristian Orthodox yang merupakan penduduk majoriti kota ini mulai berkurangan sewaktu kurun pertama pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Dan pada akhir kurun ke-19, 45% daripada penduduk Ohrid merupakan penganut agama Islam.
Lokasi pertama di Ohrid yang menjadi tumpuan aku ialah kawasan Old Bazaar. Saiz kawasannya agak kecil & cuma terdiri daripada beberapa buah lorong kecil sahaja. Terdapat beberapa buah kedai di sekitarnya, terutamanya restoran-restoran. Selain itu, terdapat juga beberapa buah masjid. Antara yang paling besar & cantik ialah Zejnal Abedin Mosque & Ali Pasha Mosque. Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah penganut agama Islam. Di tengah-tengah kawasan Old Bazaar ini terdapat sebuah air pancut & sebatang pokok yang dikatakan berusia 1,000 tahun.

Zejnal Abedin Mosque & air pancut di kawasan Old Bazaar, Ohrid, Macedonia

Pokok berusia 1,000 tahun & air pancut di kawasan Old Bazaar, Ohrid, Macedonia

Ali Pasha Mosque di kawasan Old Bazaar, Ohrid, MacedoniaAku seterusnya berjalan menuju ke kawasan Old Town yang dikelilingi oleh kubu pertahanan yang dinamakan Ohrid Fortifications. Kubu pertahanan yang dilihat pada masa kini adalah kubu pertahanan baru yang dibina sekitar kurun ke-10. Kubu pertahanan yang asal telah dibina sejak kurun ke-5 SM lagi. Terdapat 4 buah pintu masuk ke dalam kawasan Old Town ini, iaitu Lower Gate, Upper Gate, Front Gate & Water Gate. Aku masuk ke dalamnya melalui Upper Gate.

Ohrid Fortifications, Ohrid, Macedonia

Pintu masuk Upper Gate di Ohrid Fortifications, Ohrid, MacedoniaApabila aku masuk sahaja ke dalam kawasan Old Town, aku sudah dapat melihat keindahan Lake Ohrid yang sememangnya antara tasik-tasik yang paling cantik yang pernah aku lihat. Subhanallah. Tasik ini adalah tasik yang memisahkan Macedonia & Albania. Bumi Albania yang terletak di bahagian barat tasik ini dapat dilihat dengan jelas dari tempat aku berdiri. Lake Ohrid adalah tasik yang terdalam di rantau Balkan, dengan kedalaman 288 meter. Keluasannya pula adalah 358 kilometer persegi. Tasik ini merupakan tasik yang tertua di benua Eropah. Terdapat lebih 200 juta spesis haiwan laut yang unik hidup di dalamnya. Kawasan tasik ini juga turut menjadi tumpuan para nelayan. Terdapat beberapa perkampungan nelayan di sekelilingnya.

Peta Lake Ohrid, Ohrid, Macedonia

Pemandangan Lake Ohrid dari kawasan Old Town, Ohrid, Macedonia

Bumi Albania di seberang Lake Ohrid, Ohrid, MacedoniaAku kemudiannya singgah di sebuah gereja yang bernama St Panteleimon Monastery. Ianya adalah gereja yang paling suci bagi penganut ajaran Kristian Orthodox di Macedonia & menjadi tempat tumpuan utama mereka sewaktu perayaan Krismas & Easter. Gereja ini dipercayai dibina oleh St Panteleimon sewaktu pemerintahan Raja Bulgaria yang bernama Boris I. Pembinaan gereja ini didedikasikan kepada St Clement yang kemudiannya menggunakan gereja ini sebagai pusat untuk mengajar sistem tulisan Cyrillic. Selepas kematiannya pada tahun 916, jasad St Clement disemadikan di dalam gereja ini. St Panteleimon Monastery ini kemudiannya ditukar fungsinya menjadi masjid pada kurun ke-15, sewaktu Ohrid berada di bawah pegangan Empayar Turki Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, ianya berfungsi semula sebagai sebuah gereja. Pada masa kini, gereja ini sedang menjalani proses pemulihan yang telah bermula sejak tahun 2000.

St Panteleimon Monastery, Ohrid, MacedoniaSelepas bergambar di hadapan St Panteleimon Monastery, aku meneruskan perjalanan ke Church of St John at Kaneo, sebuah gereja Orthodox kecil yang terletak di atas sebuah tebing tinggi di pinggiran Lake Ohrid. Pembinaan gereja ini didedikasikan kepada penulis Gospel of John, salah satu daripada 4 buah Gospel yang terdapat di dalam kitab Injil Perjanjian Baru. Gereja ini dipercayai dibina sebelum kedatangan Empayar Turki Uthmaniyah di Ohrid. Tahun sebenar ianya dibina masih belum diketahui. Church of St John at Kaneo ini adalah antara mercu tanda utama Ohrid kerana keunikan lokasinya yang terletak di tebing tinggi di pinggiran Lake Ohrid. Pemandangan di sekitarnya amatlah menakjubkan. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pemandangan inilah yang menjadi penyebab utama aku ingin berkunjung ke Ohrid. Tercapai juga hajat aku.

Church of St John at Kaneo, Ohrid, Macedonia

Church of St John at Kaneo, Ohrid, Macedonia

Church of St John at Kaneo, Ohrid, Macedonia

Church of St John at Kaneo, Ohrid, MacedoniaSelepas menghabiskan masa yang agak lama di sekitar Church of St John at Kaneo, aku menyambung perjalanan aku ke sebuah hotel yang terletak betul-betul di pinggiran Lake Ohrid. Tujuan aku ke situ adalah untuk merasai air tasik tersebut yang sememangnya amat menyegarkan. Setelah itu, aku ke destinasi yang seterusnya, iaitu Church of St Sophia. Gereja ini adalah salah satu daripada monumen terpenting di Ohrid. Ianya dibina sewaktu Ohrid berada di bawah pemerintahan Kerajaan Bulgaria Pertama, iaitu sewaktu penduduk di sini baru menganuti ajaran Kristian. Sewaktu di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah, gereja ini ditukar fungsinya menjadi masjid. Ia kemudiannya diubah menjadi gereja semula. Church of St Sophia ini menyimpan khazanah fresco kurun ke-11 yang terbesar di dunia. Gereja ini juga turut menjalani proses pemulihan sewaktu aku berada di sini.

Lake Ohrid, Ohrid, Macedonia

Lake Ohrid, Ohrid, Macedonia

Church of St Sophia, Ohrid, Macedonia

Church of St Sophia, Ohrid, MacedoniaSeterusnya, aku menuju ke sebuah dataran kecil yang terletak di pinggiran Lake Ohrid. Pemandangan tasik yang dilihat dari sini teramat menakjubkan. Aku sempat mengabadikan beberapa keping gambar di sini. Di sekeliling dataran ini terdapat banyak kedai yang menjual beraneka jenis barangan termasuklah cenderahati. Selepas membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang, aku pun berjalan kaki kembali ke stesen bas Ohrid. Setelah penat berjalan, aku pun akhirnya tiba di stesen bas itu. Aku sudah pun membeli tiket pulang ke Skopje sewaktu aku tiba di stesen bas itu pagi tadi. Oleh itu, apabila bas tiba sahaja, aku pun terus masuk ke dalamnya. Lebih kurang pukul 5.30 petang, bas tersebut pun mula bergerak meninggalkan Ohrid menuju ke Skopje. Perjalanan memakan masa selama 3 jam.

Lake Ohrid, Ohrid, Macedonia

Dataran kecil, Ohrid, Macedonia

Kedai-kedai, Ohrid, MacedoniaSesampainya aku di stesen bas Skopje pada pukul 8.30 malam, aku terus menaiki teksi untuk ke hostel tumpangan aku. Setelah tiba di hostel, aku berehat-rehat dahulu untuk menghilangkan penat. Seterusnya, aku pun membersihkan diri & menunaikan solat. Selepas itu, barulah aku melelapkan mata.
Bersambung...
