BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXXI) - iNTeRMiSSioN

>> Saturday, February 27, 2010



Hari 14: 24 MEI 2008

Aku bangun awal pada pagi ini, iaitu lebih kurang pukul 6.00 pagi. Selesai sahaja bersolat Subuh, membersihkan diri & mengemas barang-barang, aku terus melangkah keluar dari hostel & menaiki teksi untuk ke stesen keretapi Skopje. Aku akan ke destinasi seterusnya dalam ekspedisi aku menjelajah rantau Balkan, iaitu Istanbul, Turki. Disebabkan tiadanya perkhidmatan keretapi dari Skopje terus ke Istanbul, aku terpaksa menukar keretapi di Thessaloniki, Greece. Oleh itu, pada pagi ini, aku akan menaiki keretapi dari Skopje ke Thessaloniki terlebih dahulu. Keretapi tersebut dijadualkan bertolak dari stesen keretapi Skopje pada pukul 7.55 pagi. Akan tetapi, ianya agak lewat tiba di stesen keretapi itu. Lebih kurang pukul 8.25 pagi, barulah ia tiba. Setibanya keretapi itu di terminalnya, aku pun terus masuk ke dalamnya. Seketika kemudian, ia pun bergerak meninggalkan Skopje. Perjalanan ke Thessaloniki memakan masa selama 4¼ jam. Aku menggunakan tiket pas Interrail.


Peta perjalanan Skopje-Thessaloniki-Istanbul dengan keretapi

Apabila tiba di sempadan Macedonia & Greece, aku & penumpang-penumpang lain terkandas buat sementara waktu. Pihak imigresen Greece sedang menghadapi masalah teknikal & kami semua diminta menunggu dengan penuh sabar. Kami terpaksa menghabiskan masa hampir sejam menunggu masalah teknikal mereka untuk pulih seperti sediakala. Mujurlah kami tidak perlu menunggu terlalu lama. Setelah semua urusan imigresen selesai, keretapi yang aku naiki pun mulai bergerak menuju ke Thessaloniki. Lebih kurang pukul 2.40 petang, aku pun tiba di stesen keretapi Thessaloniki.

Setibanya aku di stesen keretapi tersebut, aku terus membeli tiket keretapi Dostluk/Filia Express untuk ke Istanbul. Aku mendapat harga diskaun dengan adanya tiket pas Interrail. Keretapi tersebut dijadualkan bertolak pada pukul 8.00 malam. Oleh itu, aku mempunyai masa yang agak lama di Thessaloniki. Ini sebenarnya adalah kali kedua aku memijakkan kaki di Thessaloniki. Aku telah pun ke sini sewaktu Musim Panas tahun 2006 yang lalu. Oleh itu, pada kali ini, aku hanya menghabiskan masa aku di dalam stesen keretapi itu sahaja sementara menunggu waktu untuk bertolak ke Istanbul.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.30 petang, aku pun terus ke terminal di mana keretapi ke Istanbul itu dijadualkan akan bergerak. Sewaktu aku berada di terminal tersebut, aku berbual-bual dengan seorang lelaki warganegara Australia berusia 50-an yang turut akan ke Istanbul. Menurutnya, ini adalah kali pertama dia ke Istanbul. Aku lalu memberitahunya bahawa ini adalah kali kedua aku ke sana. Terasa bangga pula aku. Hahaha. Selepas beberapa minit berbual, keretapi yang dinantikan pun tiba. Aku & lelaki tadi masing-masing mengucapkan selamat jalan & kami kemudiannya masuk ke kabin masing-masing. Kabin-kabin di dalam keretapi itu amat selesa sekali. Sebab itulah harga tiketnya agak mahal. Mujurlah aku menggunakan tiket pas Interrail.

Tepat pukul 8.00 malam, keretapi Dostluk/Filia Express itu pun mulai bergerak meninggalkan Thessaloniki menuju ke Istanbul. Perjalanan dengan keretapi itu mengambil masa selama 12½ jam.


Keretapi Dostluk/Filia Express yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan Thessaloniki-Istanbul

Bersambung...

8 buah komen:

Leenoh Saturday, February 27, 2010 at 8:37:00 AM GMT+8  

Salam jhazkitaro.

Saya doakan musafir anda diberkati Allah.
Jauh perjalanan banyak pengalaman dan pengetahuan.
Sambil bermusafir ambillah gambar-gambar yang dapat memberi motivasi ke arah perkembangan Islam untuk kami di Tanah Air gunakan sebagai alatbantu dakwah melalui alam maya ini.

silversarina Saturday, February 27, 2010 at 9:29:00 AM GMT+8  

Bila bermusafir, dapat naik keretapi memang dapat hilangkan letih berjalan , makcik pernah naik keretapi dari Istanbul ke Konya 13 jam, rasa macam dah tak tahan lagi nak turun sebab lama sangat , tak tahan tu hanya pemandangan tanah pamah aje sepanjang jalan ...hehehe.

dekat dah nak kuar buku, makcik yang semakin teruja ni :)

maslinamansor Saturday, February 27, 2010 at 11:18:00 AM GMT+8  

salam...
Awak ada tak kat sana nnt..?
Leh jumpa... ofis saya dekat je ngan pwtc...

Wan A. Rafar Saturday, February 27, 2010 at 2:30:00 PM GMT+8  

Seronok membaca cerita kembara anda. Mungkin kerana saya juga pernah sampai di Istanbul dan pernah juga menaiki kereta api dari Komutini ke Athen dan sempat melewati Thessaloniki. Insya Allah saya akan mengunjungi Pesta Buku KL nanti dan membeli buku anda. Jumpa lagi. Salam.

S.M. Zakir Saturday, February 27, 2010 at 9:57:00 PM GMT+8  

salam maulidur rasul. tahniah atas penerbitan travaloque yang menarik. teringin juga rasanya mengembara bersama sdr.

JHaZ KiTaRo Sunday, February 28, 2010 at 8:19:00 AM GMT+8  

wsalam.. thanx for the doa & wishes.. :)

silversarina:
itu laa.. saya mmg prefer naik keretapi drp naik bas.. ruang dalam dia luas sikit.. bas sempit.. nak gerak pun susah.. hihih

maslinamansor:
wsalam.. unfortunately, i couldn't be there sbb saya masih kat ireland waktu tu.. :( apa2 pun, jgn lupa dapatkan buku tu ye.. :)

Wan A. Rafar:
istanbul sangat best.. :) jgn lupe dapatkan buku tu ye.. :)

S.M Zakir:
thanx.. :)

Anonymous Sunday, February 28, 2010 at 8:42:00 PM GMT+8  

salam..
seronoknya baca pengalaman orang di luar negara..bila ntah agaknya saya boleh kesana..

Anonymous Monday, March 4, 2013 at 10:20:00 AM GMT+8  

valium no prescription buy blue valium online - valium 10mg pakistan

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP