BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXIV) - SoFia I

>> Saturday, February 13, 2010



Sofia terletak di kaki Gunung Vitosha & merupakan ibu negara & bandar terbesar di Bulgaria. Penduduknya berjumlah 1,400,00 orang. Sofia pada zaman dahulunya diduduki oleh orang-orang Thracia. Seterusnya, kota ini menerima kedatangan Odrysi yang menubuhkan kerajaan di sini sekitar tahun 500 SM. Kemudian, sewaktu kurun ke-4 SM, Sofia bernaung di bawah pemerintahan Philip II of Macedon & anaknya, Alexander the Great. Selepas itu, Empayar Rom berjaya menawan kota ini pada tahun 29 SM.

Selepas runtuhnya Empayar Rom, pentadbiran Sofia diambil alih oleh Empayar Byzantine. Sofia memainkan peranan sebagai pusat kegiatan politik & ekonomi yang penting sewaktu ia berada di bawah jajahan Empayar Rom & Empayar Byzantine. Pembangunannya amat pesat dengan terbinanya bangunan-bangunan seperti rumah-rumah mandi, bangunan-bangunan pentadbiran, gereja-gereja & banyak lagi infrastruktur awam.

Walau bagaimanapun, pada tahun 447, kota ini musnah akibat diserang oleh orang-orang Hun. Namun, ia berjaya dibangunkan semula oleh Maharaja Byzantine yang bernama Justinian selepas kota ini ditawan semula oleh empayar tersebut. Pada tahun 809, Sofia berjaya dirampas oleh Empayar Bulgaria Pertama. Walau bagaimanapun, Empayar Byzantine berjaya mengambil alih semula kota ini pada tahun 1018, selepas kejatuhan Empayar Bulgaria Pertama. Akan tetapi, setelah Empayar Bulgaria Kedua ditubuhkan, Sofia berjaya dirampas semula dari Empayar Byzantine.

Pada tahun 1382, Sofia akhirnya jatuh ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah & terus berada di bawah pemerintahan empayar tersebut sehingga ke tahun 1878 apabila ianya ditawan oleh Empayar Russia. Seterusnya, apabila Bulgaria berjaya mendapat kemerdekaan penuh daripada Empayar Turki Uthmaniyah, Sofia dijadikan ibu kotanya. Sewaktu Perang Dunia Kedua, Sofia telah dibom oleh tentera Pakatan Berikat & kemudiannya ditawan oleh tentera Soviet Union. Selepas tamatnya perang tersebut, bermulalah era Sofia sebagai ibu kota kepada Republik Bulgaria yang berhaluan Komunis sehinggalah ke zaman kejatuhan Komunis pada tahun 1989.


Peta kedudukan Sofia di dalam Bulgaria

Lokasi pertama di Sofia yang aku jejaki selepas keluar dari hostel ialah stesen bas Sofia. Tujuan aku ke stesen bas tersebut adalah untuk membeli tiket bas untuk ke Skopje, Macedonia pada pagi esok. Stesen bas itu terletak bersebelahan dengan stesen keretapi. Selesai sahaja membeli tiket, aku terus berjalan menuju ke restoran McDonald’s untuk bersarapan pagi. Setelah kenyang, aku mengatur langkah ke Banya Bashi Mosque yang terletak betul-betul di hadapan restoran tersebut. Banya Bashi Mosque merupakan masjid yang terpenting di Sofia & antara masjid yang tertua di benua Eropah. Masjid ini dibina sekitar tahun 1576, sewaktu Sofia berada di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Ia dibina mengikut citarasa senibina Turki Uthmaniyah. Ianya masih lagi berfungsi sehingga ke hari ini. Oleh itu, aku menggunakan kesempatan yang ada untuk mengamati keindahan luaran & dalaman masjid tinggalan Empayar Turki Uthmaniyah di bumi Sofia ini. Senibinanya amat sama seperti senibina masjid-masjid di Istanbul. Begitu cantik sekali.


Restoran McDonald's di Sofia, Bulgaria


Banya Bashi Mosque, Sofia, Bulgaria


Ruang dalaman Banya Bashi Mosque, Sofia, Bulgaria


Ruang dalaman Banya Bashi Mosque, Sofia, Bulgaria

Bersebelahan dengan Banya Bashi Mosque, terletak bangunan Public Mineral Baths yang berfungsi sebagai tempat mandi awam. Ianya adalah antara mercu tanda utama Sofia. Bangunan ini dibina sekitar awal kurun ke-20 & dibuka kepada orang ramai sehingga tahun 1986. Ia mulai ditutup pada tahun 1986 atas faktor kebersihan. Di ruang di antara Banya Bashi Mosque & Public Mineral Baths, terdapat kawasan air mata air yang sehingga kini masih lagi digunakan oleh penduduk tempatan.


Public Mineral Baths, Sofia, Bulgaria


Kawasan air mata air, Sofia, Bulgaria

Seterusnya, aku bergerak menuju ke Sofia Synagogue, sinagog yang terbesar di rantau Balkan & antara yang terbesar di benua Eropah. Ia juga adalah salah satu daripada 2 buah sinagog yang masih lagi berfungsi di bumi Bulgaria. Sinagog ini dibina pada tahun 1909, sewaktu pemerintahan Ferdinand I. Ianya boleh memuatkan seramai 1,300 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, sinagog ini hanya dihadiri oleh 50-60 orang penganut Yahudi sahaja pada sesuatu masa kerana ramai antara mereka telah berhijrah ke tanah haram Israel & tidak kurang juga yang sudah berfahaman sekular. Mulai tahun 1992, sinagog ini turut berfungsi sebagai muzium yang menceritakan kisah-kisah penduduk Yahudi di Bulgaria & juga peristiwa Holocaust yang menimpa mereka.


Sofia Synagogue, Sofia, Bulgaria

Aku kemudiannya menuju ke Party House, bangunan yang bercirikan senibina Soviet yang dibina pada tahun 1950-an, sewaktu era pemerintahan Komunis di Bulgaria. Bangunan ini merupakan ibu pejabat kepada Parti Komunis pada waktu itu. Pada masa kini, bangunan ini berfungsi sebagai pejabat kerajaan.


Party House, Sofia, Bulgaria

Seterusnya, aku ke Sveta Nedelya Cathedral, antara gereja Orthodox yang terpenting di Sofia. Gereja ini pada mulanya diperbuat daripada kayu & dibina pada kurun ke-10. Ia kemudiannya diganti dengan binaan konkrit mulai tahun 1856 & siap sepenuhnya pada tahun 1867. Bangunan gereja ini kemudiannya diubahsuai lagi pada tahun 1898 dengan tambahan kubah-kubah baru. Pada tahun 1925, gereja ini telah diletupkan oleh pengganas Komunis & telah mengorbankan seramai 150 nyawa. Ia kemudiannya dibaik pulih sekali lagi pada tahun 1927 & siap sepenuhnya 4 tahun kemudian. Ianya kekal berbentuk sedemikian rupa sehingga ke hari ini.


Sveta Nedelya Cathedral, Sofia, Bulgaria


Ruang dalaman Sveta Nedelya Cathedral, Sofia, Bulgaria

Bersambung...

10 buah komen:

Anonymous Saturday, February 13, 2010 at 10:23:00 AM GMT+8  

salam jhaz. mak cin juga ikut'mengembara' bersama jhaz kebulgaria.alhamdulillah.cantik gambar2nya.

cm Saturday, February 13, 2010 at 10:28:00 AM GMT+8  

alhamdulillah.. walaupun disini. masih dapat ilmu tentang negara luar.

TeacherAzimah Saturday, February 13, 2010 at 3:21:00 PM GMT+8  

TQ for visiting my blog. semoga berjaya di bumi dublin. bestnya dpt berjalan ke tempat org :)

SoFie NuR Saturday, February 13, 2010 at 8:56:00 PM GMT+8  

cantiknyaaa...
bila la nak sampai ke sane ni..padahal dekat je ngan ukraine ni..huhuu

zara aluwi Saturday, February 13, 2010 at 9:11:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum,

Menarik travelogue ni. Terpingin sungguh untuk melihat Balkan.

Makcik doakan semoga kamu berjaya menempuh dugaan di bumi Dublin dan pulang dengan jayanya.

mizaranun Monday, February 15, 2010 at 7:15:00 AM GMT+8  

Salam...

menarik blog tuan..
luas pemandangan n banyak pengalaman berada ditempat org...semoga berjaya :)

JHaZ KiTaRo Monday, February 15, 2010 at 8:42:00 AM GMT+8  

mohdandmeriam:
wsalam makcik.. harap makcik seronok baca pengembaraan saya & melihat gambar2 yg saya letak.. :)

cikgu math:
:) selalu2 laa singgah sini ye

Miecyber @ sudu:
mmg menarik.. :)

azimah-Butik Nur Kasih:
sama2.. thanx for the wish n compliment

Sofie Nur:
hahaha.. tu laa.. seberang Black Sea je.. berenang laa ke Bulgaria.. hihih

zara aluwi:
wsalam.. insyaAllah kalau ada rezeki, makcik akan dpt jejak kaki ke sana jugak.. terima kasih atas doa makcik.. saya hargai..

Chit Ana:
wsalam.. ok.. no prob.. hihih

mizaranun:
wsalam.. thanx.. :)

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP