BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXII) - BuCHaReST II
>> Wednesday, February 10, 2010
Aku kemudiannya berjalan sejauh 1 kilometer menyusuri Unirii Boulevard untuk menuju ke Palace of the Parliament, bangunan yang menempatkan Parlimen, Presidensi, Kabinet Kerajaan & juga Mahkamah Keadilan negara Romania. Menurut Guinness Book of World Records, bangunan Palace of the Parliament ini adalah bangunan pentadbiran kerajaan yang terbesar, termahal & terberat di dunia. Ianya dibina sewaktu era pemerintahan Presiden Nicolae Ceausescu yang sememangnya tidak disukai oleh rakyat Romania kerana keborosannya menghabiskan wang negara.
Beliau pada mulanya menamakan bangunan tersebut dengan nama House of the Republic. Namun, rakyat Romania kemudiannya menggelarkan bangunan tersebut dengan nama People’s House, kerana wang yang digunakan untuk membina bangunan ini adalah hasil daripada titik peluh & wang rakyat. Bangunan setinggi 12 tingkat di atas tanah berserta 4 tingkat di bawah tanah ini mempunyai 1,100 buah bilik di dalamnya.
Bangunan Palace of the Parliament ini sebenarnya dibina di atas tapak sebuah bukit yang telah diratakan semata-mata untuk projek pembinaan bangunan tersebut. Sebelum bangunan ini dibina, kawasan bukit ini merupakan kawasan yang bersejarah di Bucharest, di mana terdapatnya 19 buah gereja Orthodox, 6 buah Sinagog, 3 buah gereja Protestant & 30,000 buah rumah di sekitarnya. Kesemuanya itu telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan Palace of the Parliament. Inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.
Pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada tahun 1983. Ia hampir siap sepenuhnya sewaktu Presiden Nicolae Ceausescu digulingkan pada tahun 1989. Terdapat beberapa bahagian bangunan ini yang tidak sempat disiapkan, seperti 3 lagi tingkat bawah tanah & juga menara jam.
Aku sememangnya berhajat untuk masuk ke dalam bangunan Palace of the Parliament tersebut yang sememangnya dibuka kepada orang awam. Malangnya, wang yang ada di dalam dompet aku tidak mencukupi untuk membeli tiket untuk masuk ke dalamnya. Di sekitar kawasan bangunan itu pula tiada terdapat mesin ATM. Mesin ATM yang terdekat pun mungkin terletak 1 kilometer jauhnya dari bangunan tersebut. Akhirnya, terpaksalah aku melupakan sahaja hajat aku. Kecewa pula rasanya kerana tidak dapat masuk ke dalam bangunan pentadbiran kerajaan yang terbesar di dunia itu.
Palace of the Parliament, Bucharest, Romania

Aku kemudiannya berjalan kaki semula ke Union Square untuk ke Unirea Shopping Center. Tujuan aku ke kompleks membeli-belah tersebut adalah untuk mencari sandal baru kerana sandal yang aku baru sahaja beli di Brasov semalam sudah pun haus. Nampak sangat ianya berkualiti rendah. Setelah puas mencari, aku akhirnya menjumpai sandal yang aku ingini. Harganya agak mahal. Harap-harapnya ianya akan bertahan lebih lama. Aku kemudian singgah di restoran McDonald’s untuk makan tengah hari.
Selepas makan, aku pun menyambung semula pengembaraan aku di kota Bucharest. Lokasi seterusnya ialah Radu Voda Monastery. Nasib aku kurang baik kerana gereja Orthodox ini sedang dalam proses pembaikan. Bangunan gereja ini dibina antara tahun 1568 hingga 1577 oleh Putera Raja Wallachia yang bernama Alexandru II Mircea. Kawasan di sekitarnya dipercayai merupakan kawasan penempatan terawal di negara Romania.
Radu Voda Monastery, Bucharest, Romania
Aku kemudiannya meneruskan langkah ke Revolution Square, yang sebelum ini dikenali dengan nama Palace Square, sebelum berlakunya Revolusi Romania pada tahun 1989. Di lokasi inilah tercetusnya Revolusi Romania yang akhirnya menamatkan rejim pemerintahan Komunis di negara ini. Di kawasan dataran inilah terletaknya bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party yang merupakan ibu pejabat rejim Komunis di Romania sewaktu era pemerintahan Komunis. Di sinilah Presiden Nicolae Ceausescu & isterinya menaiki helikopter dalam percubaan mereka untuk menyelamatkan diri daripada Revolusi Romania yang berlaku di sekitar kawasan bangunan ini. Mereka berdua akhirnya berjaya ditangkap & dihukum bunuh 3 hari kemudian.
Bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party di Revolution Square, Bucharest, Romania
Tidak jauh dari Revolution Square, terdapat sebuah bangunan yang bernama National Museum of Art of Romania. Bangunan ini merupakan istana diraja Romania pada suatu masa dahulu. Pada masa kini, ianya berfungsi sebagai muzium yang mempamerkan koleksi kesenian Romania yang lama & yang baru, berserta koleksi-koleksi peribadi keluarga diraja Romania. Bangunan ini mengalami kerosakan yang teruk sewaktu Revolusi Romania pada tahun 1989. Ianya kemudian melalui proses pembaikan & hanya dibuka semula pada tahun 2000.
National Museum of Art of Romania, Bucharest, Romania
Aku seterusnya meneruskan ekspedisi aku ke National Museum of Romanian History. Muzium ini mempamerkan khazanah-khazanah berharga di Romania dari zaman prasejarah sehingga ke zaman moden. Selepas itu, aku menuju pula ke Stavropoleos Monastery, sebuah gereja Orthodox kecil yang pernah ditutup selama lebih daripada satu kurun. Gereja ini dibina pada tahun 1724 sewaktu era pemerintahan Putera Wallachia yang bernama Nicolae Mavrocordat. Gereja ini akhirnya terpaksa ditutup pada akhir kurun ke-19 kerana mengalami kerosakan yang teruk. Sewaktu era pemerintahan Komunis, keadaan gereja ini menjadi bertambah teruk. Ianya hanya dibuka semula pada tahun 1991 selepas tamatnya era pemerintahan Komunis di Romania.
National Museum of Romanian History, Bucharest, Romania
Stavropoleos Monastery, Bucharest, Romania
Lokasi terakhir aku di bumi Bucharest & Romania ialah Old Princely Court. Tempat ini merupakan kediaman Vlad Tepes, putera Wallachia yang terkenal dengan kekejamannya. Baginda juga turut digelar dengan nama Dracula. Baginda menetap di sini sekitar kurun ke-15, ketika Bucharest menjadi pusat pentadbiran kerajaan Wallachia. Tempat ini kini dijadikan muzium. Terdapat sebuah ukiran patung Vlad Tepes di kawasan ini.
Old Princely Court, Bucharest, Romania
Ukiran patung Vlad Tepes (Dracula) di Old Princely Court, Bucharest, Romania
Dengan terjejaknya kaki aku di Old Princely Court tadi, maka berakhirlah pengembaraan aku di bumi Bucharest khasnya & bumi Romania amnya. Pada malam ini, aku akan menaiki keretapi untuk ke destinasi aku yang seterusnya, iaitu Sofia, Bulgaria. Selepas makan malam, aku pun terus kembali ke hostel untuk mengemas barang-barang aku. Lebih kurang pukul 7.15 petang, aku menaiki metro untuk ke stesen keretapi Bucharest Nord. Keretapi yang aku ingin naiki sudah pun berada di terminalnya sewaktu aku tiba di stesen keretapi tersebut. Lalu, aku pun terus masuk ke dalamnya. Lebih kurang pukul 7.50 petang, keretapi itu pun mulai bergerak meninggalkan Bucharest. Perjalanan dari Bucharest ke Sofia memakan masa selama 10¼ jam. Aku menggunakan tiket pas Interrail.
Untuk menghilangkan rasa bosan, aku menyambung semula membaca novel 'The Kite Runner'. Selang beberapa jam kemudian, aku akhirnya berjaya menghabiskan pembacaan aku sehingga ke muka surat akhir. Novel tersebut benar-benar memberi kesan mendalam dalam diri aku. Antara novel terbaik yang pernah aku baca. Selepas selesai membacanya, aku cuba untuk melelapkan mata. Walaupun berada dalam keadaan yang kurang selesa, aku akhirnya berjaya juga melelapkan mata untuk beberapa jam.
Bersambung...

5 buah komen:
the kite runner tue cerita mengenai ape...?
Salam anakanda
Dulu kalau sebut Balkan malas nak ambek tau...tapi bila cerita disajikan secara travellong seronok pulak melihat gambar sambil menghayati sejarahnya .Kat sebelah mama ni mama letak atlas ..senang nak menghayati Bucharest dan Sofia.
Terus menulis...oh minat juga novel?
Terimakasih atas email.
salam
bestnya kutip pengalaman
salam jhaz. selama ni mak cik tak berapa tahu sangat dunia disebelah romania dan sekitarnya,tapi dengan membaca tulisan dan pengalaman jhaz barulah tahu tentangnya. t/kasih kerana share .seronok dengar lagu2nya dan tenguk gambar2nya.
maslinamansor:
The Kite Runner tu cerita novel mengenai sejarah Afghanistan.. menarik sgt utk dibaca.. movie yg diadaptasi drp novel tu baru saje keluar 2 thn lepas..
mama ju:
wsalam mama ju.. hehe.. bagusnya mama ju.. siap letak atlas kat sebelah lagi.. :) yup.. saya minat jugak baca novel.. sama2.. teruskan membaca ye..
fiezarmy:
wsalam.. alhamdulillah..
mohdandmeriam:
wsalam makcik.. alhamdulillah.. gembira hati saya kerana dpt memperkenalkan bumi romania kpd makcik n pembaca2 lain.. :) lagu2 latar belakang blog ni adalah lagu2 dari rantau Balkan.. :)
Post a Comment