Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

HeaVieST SNoW FaLL iN DuBLiN aFTeR 12 YeaRS

>> Friday, July 03, 2009



OK. Ini adalah entry selingan sementara menunggu entry travelogue yang seterusnya.. Entry ini mungkin agak usang kerana menceritakan tentang peristiwa yg berlaku di Dublin 5 bulan yg lepas.. Waktu tu aku tgh sibuk dgn exam & blog ni pun pada waktu tu sedang 'on hiatus'.. So, aku nak ambik kesempatan & keluangan masa yg ada ini untuk menceritakan semula apa yg berlaku.. :)

Akhir bulan January & awal bulan February lepas adalah antara waktu2 yang paling sejuk di Dublin.. Pada waktu itu jugaklah snow turun dgn agak lebatnya berselang-selang hari.. Mengikut rekod, ianya adalah snow fall yang paling lebat di Dublin selepas 12 tahun.. Snow sebenarnya agak jarang turun di Dublin kerana faktor geografi Ireland yg merupakan sebuah pulau kecil & mempunyai pengaruh kelautan yg agak kuat.. Selalunya kalau snow turun pun, hanyalah untuk beberapa minit sahaja.. Tidak pernah lebih drp sejam.. Dan selalunya ianya terus cair apabila mencecah bumi.. Tapi tahun ini agak istimewa sikit.. Buat pertama kalinya kiteorg dapat melihat kota Dublin diselaputi snow.. Perghh.. Beruntung betul kiteorg.. Heheh.. I've always loved snow.. Never get tired of it.. Salah satu daripada fenomena alam ciptaan Allah yang penuh keajaiban.. Subhanallah.. Kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar yg aku & member2 aku ambik.. Enjoy viewing.. :)


Grand Canal


Di hadapan Rumah 218, South Circular Road


Di hadapan Dublin Mosque, South Circular Road


Di hadapan Rumah 218, South Circular Road


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


Di hadapan rumah aku di kawasan Fairview


Bersama housemates di hadapan rumah di kawasan Fairview


Berhampiran rumah aku di kawasan Fairview


Fairview Park


Fairview Park


Fairview Park


Snowman in Fairview Park


Main entrance University College Dublin


Air kolam yang beku di dalam University College Dublin


Itik2 berjalan di atas air kolam yang beku di dalam University College Dublin


Air kolam yang beku di dalam University College Dublin


St Stephen's Green Park


Air kolam yang beku di dalam St Stephen's Green Park


Air kolam yang beku di dalam St Stephen's Green Park


Itik2 & burung2 camar berjalan di atas air kolam yang beku di dalam St Stephen's Green Park


Bulan February yg lepas jugak menyaksikan kepulangan seorang teman lama aku ke Malaysia for good.. Dia adalah Tawel aka Tawel Sensei, seorang blogger yg agak aktif & popular.. Blognya bernama 'Hembusan'.. Mungkin ramai yang familiar dgn blog ni kan?? :) Dia adalah antara orang yg paling lama aku kenal di Dublin.. Kami pernah tinggal serumah selama 3 tahun.. Seorang yg terror dalam bab komputer & IT.. Kalau aku ada apa2 massalah dgn laptop aku, dialah org pertama yg aku cari.. Hehe.. Lepas dia balik Msia ni, aku taktau nak rujuk kat sape kalau laptop aku buat hal lagi..

Ape2 pun, aku harap moga dia berjaya dalam apa jua bidang yg dia ceburi.. Aku malas nak upload gambar dia sbb aku tau yg dia ni tak suka high profile.. Dalam blog dia sendiri pun tak pernah ada gambar dia.. Haha.. So, biarlah wajah Tawel menjadi misteri buat semua orang.. Hanya orang2 Dublin & member2 rapatnya saje yg tahu.. Heheh..

Read more...

WiNTeR iN THe BaLTiC STaTeS (BHG VIII)

>> Thursday, June 25, 2009



Suhu di Vilnius pada hari ini agak sejuk. Oleh itu, aku mengenakan pakaian yang agak tebal. Aku mengelilingi kota ini dengan berjalan kaki sahaja kerana jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain tidaklah sejauh mana. Lokasi pertama di Vilnius yang aku kunjungi ialah Gates of Dawn (Ausros Vartai) yang merupakan satu-satunya pintu masuk kubu lama kota Vilnius yang masih kukuh. Monumen ini adalah salah satu daripada simbol utama kota ini & merupakan tempat yang suci bagi penganut agama Kristian Katolik kerana terdapatnya gambar Mary yang dilapisi oleh emas di sini. Gambar tersebut telah berada di sini sejak kurun ke-17 lagi. Berhampiran dengan Gates of Dawn, terdapat 2 buah gereja yang bernama Holy Spirit Church (Šv. Dvasios Bažnyčia) & St Teresa’s Church (Šv. Tereses Bažnyčia). Holy Spirit Church adalah sebuah gereja Russian Orthodox.


Gates of Dawn, Vilnius, Lithuania


Gates of Dawn, Vilnius, Lithuania


Gambar Mary di dalam Gates of Dawn, Vilnius, Lithuania


St Teresa’s Church, Vilnius, Lithuania


Holy Spirit Church, Vilnius, Lithuania

Seterusnya, aku meneruskan perjalanan aku ke National Philharmonic Concert Hall (Lietuvos Nacionaline Filharmonija). Senibina bangunan ini agak cantik & unik. Kemudian, aku berjalan pula ke Vilnius Town Hall (Vilniaus Rotušė), yang siap dibina pada tahun 1799. Bangunan ini sering digunakan dalam upacara rasmi kerajaan. Di hadapannya terdapat sebuah dataran kecil yang sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi. Aku kemudiannya meneruskan langkah kaki ke sebuah lagi gereja yang terpenting di kota Vilnius. Nama gereja ini ialah St Anne’s Church (Šv. Onos Bažnyčia). Ia siap dibina antara tahun 1495-1500. Gereja yang dibina daripada 33 jenis bata yang berwarna merah ini merupakan antara gereja yang tercantik di kota ini. Kecantikannya pernah memukau hati Napoleon Bonaparte sewaktu kali pertama dia melihat gereja ini.


National Philharmonic Concert Hall, Vilnius, Lithuania


Vilnius Town Hall, Vilnius, Lithuania


Dataran di hadapan Vilnius Town Hall, Vilnius, Lithuania


St Anne's Church, Vilnius, Lithuania


St Anne's Church, Vilnius, Lithuania

Destinasi seterusnya ialah Cathedral Square (Katedros aikštė), sebuah dataran kecil di tengah-tengah kota Vilnius. Ianya adalah antara lokasi yang terpenting di sini. Di lokasi inilah pelbagai aktiviti seringkali diadakan seperti perarakan, konsert, sambutan tahun baru dan sebagainya. Dataran ini mulai dibuka kepada umum sejak akhir kurun ke-19. Di dataran ini terdapat beberapa monumen penting iaitu Vilnius Cathedral, Gediminas Tower, Hill Of Three Crosses, Monument to Grand Duke Gediminas & Royal Palace. Aku hanya sempat ke Vilnius Cathedral & Monument to Grand Duke Gediminas sahaja.

Vilnius Cathedral (Šv. Vladislovo Arkikatedra Bazilika) merupakan gereja Roman Katolik yang terpenting di kota Vilnius. Di sinilah upacara rasmi perlantikan Grand Duke of Lithuania diadakan. Di dalamnya juga terdapat makam-makam bangsawan-bangsawan Lithuania yang penting seperti Vytautas, Sigismund & Alexander Jagiellon. Menurut sejarah, sebelum gereja ini dibina, tempat ini merupakan tapak kuil Paganisma. Gereja hanya dibina di sini pada tahun 1251 selepas Raja Lithuania yang bernama Mindaugas memeluk agama Kristian. Namun, selepas kematiannya pada tahun 1263, tempat ini kembali menjadi kuil Paganisma. Tempat ini kemudiannya sekali lagi berfungsi sebagai gereja pada tahun 1387 selepas agama Kristian menjadi agama rasmi Lithuania. Gereja ini telah mengalami beberapa insiden kebakaran & pemulihan semula sehinggalah ke tahun 1801, di mana senibinanya kekal sebegitu rupa sehingga ke hari ini. Berhampiran dengan gereja tersebut, terletak Monument to Grand Duke Gediminas, sebuah monumen yang didedikasikan kepada Gediminas yang merupakan Grand Duchy of Lithuania mulai tahun 1316–1341. Beliau adalah penganut Paganisma yang kuat & sepanjang hidupnya, beliau menentang habis-habisan usaha Kristianisasi di Lithiuania.


Cathedral Square, Vilnius, Lithuania


Vilnius Cathedral, Vilnius, Lithuania


Vilnius Cathedral, Vilnius, Lithuania


Monument to Grand Duke Gediminas, Vilnius, Lithuania

Aku seterusnya menikmati makan tengah hari di McDonald’s sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Fillet O’Fish menjadi hidangan tengah hari. Setelah kenyang, aku pun terus mengatur langkah ke Seimas Palace (Seimo Rūmai). Bangunan ini berfungsi sebagai bangunan parlimen Lithuania. Ianya mulai dibina pada tahun 1976 & hanya siap sepenuhnya pada tahun 1980. Ianya berfungsi sebagai parlimen selepas kemerdekaan Lithuania pada tahun 1990.


Seimas Palace, Vilnius, Lithuania


Perkarangan Seimas Palace, Vilnius, Lithuania


Seimas Palace, Vilnius, Lithuania

Seimas Palace adalah destinasi terakhir aku di kota Vilnius sebelum aku kembali semula ke hostel untuk berehat-rehat. Aku keluar semula pada waktu malam untuk menikmati keindahan kota ini di bawah cahaya bulan. Selepas bergambar dengan beberapa monumen penting di kota ini, aku pun kembali semula ke hostel.


St Teresa's Church di waktu malam, Vilnius, Lithuania


Vilnius Town Hall di waktu malam, Vilnius, Lithuania


Vilnius Town Hall di waktu malam, Vilnius, Lithuania

Bersambung...

p/s: Di sini, aku ingin berkongsi dgn korang semua luahan perasaan ibu Ammar Zulkifli (Student Perubatan Malaysia di Mesir yg terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir 2 minggu lepas) selepas pemergian anaknya itu di dalam blog anaknya itu sendiri:

http://kalam-puncak.blogspot.com/

Walaupun aku tidak pernah bersua muka dengan arwah, namun perjuangan beliau menegakkan agama Allah & penulisannya di dalam blognya itu benar2 menarik perhatian aku. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT & semoga keluarganya tabah menerima kehilangan Ammar. Kehilangan yg mereka rasakan sama seperti kehilangan yg kita rasakan juga. Kehilangan seorang bakal doktor & bakal pendakwah. Selamat membaca blog tersebut & semoga kita semua akan mendapat iktibar daripadanya..


Al-Fatihah buat Allahyarham Ammar bin Zulkifli


Read more...

PeNGaLaMaN 2 MiNGGu Di BuMi SYaM...

>> Saturday, June 06, 2009



Bumi Syam atau nama Englishnya ‘Levant’ merangkumi negara2 Jordan, Syria, Lebanon, Palestin & Israel. Aku hanya menjejakkan kaki di negara Jordan, Syria & Lebanon sahaja. Sudah lama sebenarnya aku teringin untuk menjejakkan kaki di bumi Syam ini. Ini kerana keistimewaan bumi tersebut yg kaya dgn nilai sejarahnya yg tersendiri. Bumi Syam menjadi pusat pertemuan pelbagai tamadun & empayar. Antara yg termasyhur & terpenting adalah Empayar Parsi, Greek, Rome, Umayyah, Abbasiyah & Uthmaniyah. Kesan peninggalan para Nabi & Rasul terdahulu juga banyak boleh dijumpai di sini. Di bumi tersebut jugalah terletaknya tempat ke-3 tersuci bagi penganut Islam, iaitu Baitul Maqdis di Jerusalem.

Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi aku kesempatan utk menjejakkan kaki di bumi Syam pd bulan May yg lepas. Terlalu byk pengalaman yg telah aku kutip sepanjang 2 minggu aku di sana. Pengalaman2 tersebut tersangatlah berharga bagi diri aku. Terus terang aku katakan, trip aku di bumi Syam ini adalah antara trip yg paling bermakna sepanjang 7 tahun aku menjadi pengembara di bumi asing.

Dgn bantuan drp beberapa org sahabat yg aku kenali melalui internet, aku berjaya ‘survive’ di bumi Syam walaupun aku tidak fasih berbahasa Arab. Heheh. Oleh itu, dalam entri ini, aku akan menyebut nama2 mereka yg telah membantu aku sepanjang 2 minggu aku berkelana di sana.

IRBID, JORDAN:

Orang yang menjadi tunjang utama dalam trip aku ini adalah Hariz, pelajar Perubatan Tahun Pertama di Jordan University of Science & Technology (JUST) di Irbid, Jordan. Aku sendiri tak ingat macam mana aku boleh berkenalan dgn dia. Yang pastinya, dia yang add aku di Yahoo Messenger dulu. Haha. Kiteorg jadi rapat disebabkan minat yang sama iaitu melancong. So, apabila aku tiba2 tergerak hati utk ke Jordan, Syria & Lebanon, dia adalah org pertama yg aku contact. Di Irbid, aku menumpang di biliknya & dia telah menemani aku mengelilingi bandar Amman & beberapa lagi tempat di utara Jordan & juga di Laut Mati. Thanx banyak2 Hariz. Kalau tak disebabkan ko, entah bila laa aku nak sampai bumi Syam.


Bersama Hariz di Umm Qays, Jordan

Org seterusnya adalah Hady, housemate si Hariz ni. Sekelas dgn Hariz di JUST. Thanx banyak2 Hady sbb sudi bawak aku jalan2 sekitar Jerash & Ajlun walaupun ko sedang mengalami masalah mata. Heheh. Ko mmg ada bakat nak jadi pemandu pelancong. Tak ketinggalan, Dziya yg juga merupakan rakan sekelas Hariz & Hady di JUST. Thanx banyak2 Dziya sbb sudi menemani aku & Hady ke Jerash & Ajlun & jugak sanggup drive kereta ke Laut Mati, Mount Nebo, Mu’tah, etc walaupun ko tak cukup tidur. Ko mmg driver yg hebat walaupun 2 kali kena tahan dgn polis sbb over speed limit. Nasib baik la korang berjaya pujuk polis2 tu. Hahah. Hebat2.


Bersama Hady di Jerash, Jordan


Bersama Dziya di Ajlun, Jordan

Terima kasih juga diucapkan kpd Rozaili (juga rakan sekelas mereka di atas) yg sudi membawa aku jalan2 di bandar Irbid & JUST & juga selaku pengganti Dziya sbg driver di ketika dia kepenatan. Hehe. Tidak dilupakan, saudara Muneer, pelajar Perubatan Tahun Keempat di JUST. Terima kasih diucapkan kerana sudi membawa hamba ke Umm Qays. Walaupun kita berjumpa hanya seketika, akan tetapi, jasamu tetap dikenang. Hehe.


Bersama Dziya, Rozaili, Muhammad & Hariz di Mount Nebo, Jordan


Bersama Muneer & Hariz di Umm Qays, Jordan

Selain itu, aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar2 Perubatan Tahun Pertama JUST yg lain yg turut menemani penjelajahan aku di bumi Jordan spt Idris, Muhammad, Lokman, Fawwaz, Fazli & Hilmi. Juga kepada mereka2 yg lain di Irbid spt Mursyid, Hidayat, Azam, Ibrahim, Azri & nama2 lain yg aku tak berapa ingat. Maklumlah, aku ni susah sikit nak ingat nama2 org bila dah terlalu ramai. Hehe. Jutaan terima kasih diucapkan. Walaupun korang semue tgh sibuk dgn exam, korang still sudi melayan aku. Layanan yg korang beri sgt2 aku hargai.


Bersama Dziya, Hariz & Muhammad di Laut Mati, Jordan


Bersama Rozaili, Lokman, Hilmi & Fawwaz di Karak Castle, Karak, Jordan


Bersama Fawwaz, Rozaili, Taufiq & Idris di Karak Castle, Karak, Jordan


Bersama Hariz, Hidayat & Mursyid di Irbid, Jordan

MU’TAH, JORDAN:

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd bebudak Bayt Dimasyq (Rumah Dimasyq) yg berjumlah 12 org kesemuanya, iaitu Amer, Muzamir, Fadhli, Adi, Uwais, Arif, Syaheed, Said, Afiq, Hamzah, Hazmi & Taufiq. Mereka ni semuanya bakal2 ustaz ni. Belajar kat University Mu’tah. Org2 yg paling aku terhutang budi adalah Ustaz Taufiq, kerana sudi menumpangkan aku dalam biliknya selama 4 hari, Ustaz Hazmi, kerana sudi membawa aku jalan2 sekitar Mu’tah & Ustaz Said kerana sudi menumpangkan aku ke Amman & memberi tunjuk ajar bagaimana nak masuk ke Syria. Semangat ukhwah yg korang 12 org tunjukkan di rumah benar2 menyentuh hati aku kerana aku pernah tinggal di rumah yg ramai penghuninya (15 org). Kekuatan ukhwah kami tidaklah sehebat kekuatan ukhwah korang. Seriously, aku rasa aman & tenteram sepanjang 4 hari aku menumpang di rumah korang. Rasa sayang nak tinggalkan korang semua walaupun kita baru saja berkenalan. :)


Bayt Dimasyq, Mu'tah, Jordan


Bersama bebudak rumah Bayt Dimasyq & bebudak Mu'tah yg lain


Bersama Ustaz Said & Ustaz Taufiq di Bayt Dimasyq, Mu'tah, Jordan


Bersama Ustaz Hazmi di University Mu'tah, Mu'tah, Jordan

Selain bebudak Bayt Dimasyq, aku juga sempat berkenalan dgn beberapa lagi pelajar2 Malaysia yg lain di Mu’tah. Akan tetapi, aku tak berapa ingat nama2 dieorg. Apa2 pun, aku ingin ucapkan terima kasih banyak2 atas layanan yg diberi. Seriously, aku sangat2 terharu.

Selain Hariz di Irbid, org lain yg turut boleh dikatakan menjadi tunjang utama kpd trip aku di bumi Syam ini adalah Ustaz Zaid, pelajar kelulusan University Mu’tah yg kini sedang menjalankan bisnes tour Timur Tengah & Asia Timur bersama rakannya, Ustaz Hazimin. Nama syarikat tour dieorg adalah HZ Tours. Ustaz Zaid ini adalah anak sulung kepada Makcik Ina, salah seorang pembaca setia blog Aku Sebutir Pasir. Aku juga selalu berkunjung ke blognya. Aku dah kenal Makcik Ina agak lama sebenarnya. Lebih drp 2 tahun. Dia & 2 org anaknya yg lain pernah tinggal di Amman, Jordan dahulu. Tapi kini dieorg dah ada di Malaysia dah. Sewaktu dieorg di Amman, pernah juga Makcik Ina mengajak aku ke Jordan. Akan tetapi, pada waktu itu masa & kewangan aku kurang mengizinkan. Heheh. So, pada kali ini, aku menghubungi anaknya, Ustaz Zaid yg menetap di Mu’tah utk meminta pertolongannya. Kesudiannya membawa aku ke Petra benar2 aku hargai. Terima kasih juga diucapkan kpdnya kerana memperkenalkan aku dgn sahabatnya di Damascus, Syria. Oh ya. Terlupa pulak nak beritahu. Ustaz Zaid ni sebenarnya dah berkahwin & beranak satu. Heheh.


Bersama Ustaz Zaid di Petra, Jordan


Ustaz Zaid & anaknya, Umair

DAMASCUS, SYRIA:

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Ikhwan, kenalan Ustaz Zaid yg sudi menumpangkan aku di rumahnya selama seminggu lamanya. Dia jugak sudi membawa aku mengelilingi kota Damascus & juga memberi panduan yg berguna kpd aku utk memasuki & menjelajah kota Beirut, Lebanon seorang diri. Dia adalah pelajar Syari’ah di salah sebuah university di Damascus. Selain Ikhwan, aku turut ingin mengucapkan terima kasih buat Syazwan, pelajar di University Abu Nur di Damascus, kerana sudi membawa aku jalan2 sekitar Damascus & Bosra. Selain aku, dia jugak turut membawa 3 org pelajar UIA yg menetap di Damascus utk beberapa minggu. Mereka adalah Ridhuan, Asyraf & Shahrul.


Bersama Amni & Ikhwan di Damascus, Syria


Bersama Ridhuan di Makam Nabi Zulkifli a.s di Damascus, Syria


Bersama Asyraf & Shahrul di Masjid al-Mabrak al-Naaqah di Bosra, Syria

Terima kasih juga diucapkan kpd mereka2 yg lain spt Amni, Nasa’i, Fahmi, Syakir, Burhanuddin, Afiq & nama2 lain yg aku tak berapa ingat. Layanan yg diberi sangat2 aku hargai.

Jadi, itulah antara nama2 mereka yg aku jumpa sepanjang 2 minggu aku berada di bumi Syam. Kesemua mereka aku temui buat pertama kali, namun terasa seperti telah lama kenal. Itulah seronoknya mengembara di tempat2 mcm ni. Selain dapat menjelajah melihat negara org, aku jugak berkesempatan utk mencari sahabat2 baru. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipertemukan dgn dieorg ni semua. Tanpa dieorg, tak mungkin aku dpt ‘survive’ di bumi Syam. Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kpd korang semua. Hanya Allah SWT saja yg mampu membalas jasa2 korang.

p/s 1: Utk melihat gambar2 aku di Jordan, Syria & Lebanon, sila bukak profile facebook aku. Aku dah upload kesemuanya dalam album 'Jordan, Syria & Lebanon - Part 1-6' :)

p/s 2: Kelak, aku akan ceritakan pengalaman penuh aku di bumi Syam... Harap bersabar..

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP