PeNGaLaMaN 2 MiNGGu Di BuMi SYaM...

>> Saturday, June 06, 2009



Bumi Syam atau nama Englishnya ‘Levant’ merangkumi negara2 Jordan, Syria, Lebanon, Palestin & Israel. Aku hanya menjejakkan kaki di negara Jordan, Syria & Lebanon sahaja. Sudah lama sebenarnya aku teringin untuk menjejakkan kaki di bumi Syam ini. Ini kerana keistimewaan bumi tersebut yg kaya dgn nilai sejarahnya yg tersendiri. Bumi Syam menjadi pusat pertemuan pelbagai tamadun & empayar. Antara yg termasyhur & terpenting adalah Empayar Parsi, Greek, Rome, Umayyah, Abbasiyah & Uthmaniyah. Kesan peninggalan para Nabi & Rasul terdahulu juga banyak boleh dijumpai di sini. Di bumi tersebut jugalah terletaknya tempat ke-3 tersuci bagi penganut Islam, iaitu Baitul Maqdis di Jerusalem.

Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi aku kesempatan utk menjejakkan kaki di bumi Syam pd bulan May yg lepas. Terlalu byk pengalaman yg telah aku kutip sepanjang 2 minggu aku di sana. Pengalaman2 tersebut tersangatlah berharga bagi diri aku. Terus terang aku katakan, trip aku di bumi Syam ini adalah antara trip yg paling bermakna sepanjang 7 tahun aku menjadi pengembara di bumi asing.

Dgn bantuan drp beberapa org sahabat yg aku kenali melalui internet, aku berjaya ‘survive’ di bumi Syam walaupun aku tidak fasih berbahasa Arab. Heheh. Oleh itu, dalam entri ini, aku akan menyebut nama2 mereka yg telah membantu aku sepanjang 2 minggu aku berkelana di sana.

IRBID, JORDAN:

Orang yang menjadi tunjang utama dalam trip aku ini adalah Hariz, pelajar Perubatan Tahun Pertama di Jordan University of Science & Technology (JUST) di Irbid, Jordan. Aku sendiri tak ingat macam mana aku boleh berkenalan dgn dia. Yang pastinya, dia yang add aku di Yahoo Messenger dulu. Haha. Kiteorg jadi rapat disebabkan minat yang sama iaitu melancong. So, apabila aku tiba2 tergerak hati utk ke Jordan, Syria & Lebanon, dia adalah org pertama yg aku contact. Di Irbid, aku menumpang di biliknya & dia telah menemani aku mengelilingi bandar Amman & beberapa lagi tempat di utara Jordan & juga di Laut Mati. Thanx banyak2 Hariz. Kalau tak disebabkan ko, entah bila laa aku nak sampai bumi Syam.


Bersama Hariz di Umm Qays, Jordan

Org seterusnya adalah Hady, housemate si Hariz ni. Sekelas dgn Hariz di JUST. Thanx banyak2 Hady sbb sudi bawak aku jalan2 sekitar Jerash & Ajlun walaupun ko sedang mengalami masalah mata. Heheh. Ko mmg ada bakat nak jadi pemandu pelancong. Tak ketinggalan, Dziya yg juga merupakan rakan sekelas Hariz & Hady di JUST. Thanx banyak2 Dziya sbb sudi menemani aku & Hady ke Jerash & Ajlun & jugak sanggup drive kereta ke Laut Mati, Mount Nebo, Mu’tah, etc walaupun ko tak cukup tidur. Ko mmg driver yg hebat walaupun 2 kali kena tahan dgn polis sbb over speed limit. Nasib baik la korang berjaya pujuk polis2 tu. Hahah. Hebat2.


Bersama Hady di Jerash, Jordan


Bersama Dziya di Ajlun, Jordan

Terima kasih juga diucapkan kpd Rozaili (juga rakan sekelas mereka di atas) yg sudi membawa aku jalan2 di bandar Irbid & JUST & juga selaku pengganti Dziya sbg driver di ketika dia kepenatan. Hehe. Tidak dilupakan, saudara Muneer, pelajar Perubatan Tahun Keempat di JUST. Terima kasih diucapkan kerana sudi membawa hamba ke Umm Qays. Walaupun kita berjumpa hanya seketika, akan tetapi, jasamu tetap dikenang. Hehe.


Bersama Dziya, Rozaili, Muhammad & Hariz di Mount Nebo, Jordan


Bersama Muneer & Hariz di Umm Qays, Jordan

Selain itu, aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar2 Perubatan Tahun Pertama JUST yg lain yg turut menemani penjelajahan aku di bumi Jordan spt Idris, Muhammad, Lokman, Fawwaz, Fazli & Hilmi. Juga kepada mereka2 yg lain di Irbid spt Mursyid, Hidayat, Azam, Ibrahim, Azri & nama2 lain yg aku tak berapa ingat. Maklumlah, aku ni susah sikit nak ingat nama2 org bila dah terlalu ramai. Hehe. Jutaan terima kasih diucapkan. Walaupun korang semue tgh sibuk dgn exam, korang still sudi melayan aku. Layanan yg korang beri sgt2 aku hargai.


Bersama Dziya, Hariz & Muhammad di Laut Mati, Jordan


Bersama Rozaili, Lokman, Hilmi & Fawwaz di Karak Castle, Karak, Jordan


Bersama Fawwaz, Rozaili, Taufiq & Idris di Karak Castle, Karak, Jordan


Bersama Hariz, Hidayat & Mursyid di Irbid, Jordan

MU’TAH, JORDAN:

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd bebudak Bayt Dimasyq (Rumah Dimasyq) yg berjumlah 12 org kesemuanya, iaitu Amer, Muzamir, Fadhli, Adi, Uwais, Arif, Syaheed, Said, Afiq, Hamzah, Hazmi & Taufiq. Mereka ni semuanya bakal2 ustaz ni. Belajar kat University Mu’tah. Org2 yg paling aku terhutang budi adalah Ustaz Taufiq, kerana sudi menumpangkan aku dalam biliknya selama 4 hari, Ustaz Hazmi, kerana sudi membawa aku jalan2 sekitar Mu’tah & Ustaz Said kerana sudi menumpangkan aku ke Amman & memberi tunjuk ajar bagaimana nak masuk ke Syria. Semangat ukhwah yg korang 12 org tunjukkan di rumah benar2 menyentuh hati aku kerana aku pernah tinggal di rumah yg ramai penghuninya (15 org). Kekuatan ukhwah kami tidaklah sehebat kekuatan ukhwah korang. Seriously, aku rasa aman & tenteram sepanjang 4 hari aku menumpang di rumah korang. Rasa sayang nak tinggalkan korang semua walaupun kita baru saja berkenalan. :)


Bayt Dimasyq, Mu'tah, Jordan


Bersama bebudak rumah Bayt Dimasyq & bebudak Mu'tah yg lain


Bersama Ustaz Said & Ustaz Taufiq di Bayt Dimasyq, Mu'tah, Jordan


Bersama Ustaz Hazmi di University Mu'tah, Mu'tah, Jordan

Selain bebudak Bayt Dimasyq, aku juga sempat berkenalan dgn beberapa lagi pelajar2 Malaysia yg lain di Mu’tah. Akan tetapi, aku tak berapa ingat nama2 dieorg. Apa2 pun, aku ingin ucapkan terima kasih banyak2 atas layanan yg diberi. Seriously, aku sangat2 terharu.

Selain Hariz di Irbid, org lain yg turut boleh dikatakan menjadi tunjang utama kpd trip aku di bumi Syam ini adalah Ustaz Zaid, pelajar kelulusan University Mu’tah yg kini sedang menjalankan bisnes tour Timur Tengah & Asia Timur bersama rakannya, Ustaz Hazimin. Nama syarikat tour dieorg adalah HZ Tours. Ustaz Zaid ini adalah anak sulung kepada Makcik Ina, salah seorang pembaca setia blog Aku Sebutir Pasir. Aku juga selalu berkunjung ke blognya. Aku dah kenal Makcik Ina agak lama sebenarnya. Lebih drp 2 tahun. Dia & 2 org anaknya yg lain pernah tinggal di Amman, Jordan dahulu. Tapi kini dieorg dah ada di Malaysia dah. Sewaktu dieorg di Amman, pernah juga Makcik Ina mengajak aku ke Jordan. Akan tetapi, pada waktu itu masa & kewangan aku kurang mengizinkan. Heheh. So, pada kali ini, aku menghubungi anaknya, Ustaz Zaid yg menetap di Mu’tah utk meminta pertolongannya. Kesudiannya membawa aku ke Petra benar2 aku hargai. Terima kasih juga diucapkan kpdnya kerana memperkenalkan aku dgn sahabatnya di Damascus, Syria. Oh ya. Terlupa pulak nak beritahu. Ustaz Zaid ni sebenarnya dah berkahwin & beranak satu. Heheh.


Bersama Ustaz Zaid di Petra, Jordan


Ustaz Zaid & anaknya, Umair

DAMASCUS, SYRIA:

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Ikhwan, kenalan Ustaz Zaid yg sudi menumpangkan aku di rumahnya selama seminggu lamanya. Dia jugak sudi membawa aku mengelilingi kota Damascus & juga memberi panduan yg berguna kpd aku utk memasuki & menjelajah kota Beirut, Lebanon seorang diri. Dia adalah pelajar Syari’ah di salah sebuah university di Damascus. Selain Ikhwan, aku turut ingin mengucapkan terima kasih buat Syazwan, pelajar di University Abu Nur di Damascus, kerana sudi membawa aku jalan2 sekitar Damascus & Bosra. Selain aku, dia jugak turut membawa 3 org pelajar UIA yg menetap di Damascus utk beberapa minggu. Mereka adalah Ridhuan, Asyraf & Shahrul.


Bersama Amni & Ikhwan di Damascus, Syria


Bersama Ridhuan di Makam Nabi Zulkifli a.s di Damascus, Syria


Bersama Asyraf & Shahrul di Masjid al-Mabrak al-Naaqah di Bosra, Syria

Terima kasih juga diucapkan kpd mereka2 yg lain spt Amni, Nasa’i, Fahmi, Syakir, Burhanuddin, Afiq & nama2 lain yg aku tak berapa ingat. Layanan yg diberi sangat2 aku hargai.

Jadi, itulah antara nama2 mereka yg aku jumpa sepanjang 2 minggu aku berada di bumi Syam. Kesemua mereka aku temui buat pertama kali, namun terasa seperti telah lama kenal. Itulah seronoknya mengembara di tempat2 mcm ni. Selain dapat menjelajah melihat negara org, aku jugak berkesempatan utk mencari sahabat2 baru. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipertemukan dgn dieorg ni semua. Tanpa dieorg, tak mungkin aku dpt ‘survive’ di bumi Syam. Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kpd korang semua. Hanya Allah SWT saja yg mampu membalas jasa2 korang.

p/s 1: Utk melihat gambar2 aku di Jordan, Syria & Lebanon, sila bukak profile facebook aku. Aku dah upload kesemuanya dalam album 'Jordan, Syria & Lebanon - Part 1-6' :)

p/s 2: Kelak, aku akan ceritakan pengalaman penuh aku di bumi Syam... Harap bersabar..

21 buah komen:

h a r i z, H Saturday, June 6, 2009 at 11:55:00 PM GMT+8  

sama2 bro. tak dak hal. itupun tambah pengalaman aku juga.

and, itupun, kecik sgt berbanding orang2 tempatan layan aku sbg tetamu depa. dan, aku harap, ko enjoy selama berada di jordan dan di area ni. ;)

p/s: tu bukan tarmizi, tp hilmi dan muneer tahun 4. hehe

Aragorn Sunday, June 7, 2009 at 12:44:00 AM GMT+8  

salam bro...

alah,,stkt sakit mata tuh..small matter jeh bro..[walaupon balik rumah aku terus demam lepas bwk ko g jalan2,,panas sgt kot..haaahahah]

nway,,bnda tuh x jadi mslh..yg pntg ukhwah kita bina dan kita semai..

btol la ckp ko, bru 1st time jmpa,,tp rsa mcm dh lama knal..

aku pom bgga dpt knal ko,,student last year kt ireland dan pengalaman ko yg telah melancong lbh dari 40 buah negara mmg mengujakan aku...

duduk kt malaysia tuh,,krm salam kt bumi sana yerk..aku rindu gak nk blk mlysia nih..wuu

nway,,gud luck utk exam bulan 11 ni..smoga nti ko dpt jadi doktor yg brjya..mana taw time aku dh grade...aku jdi houseman under ko plak kan???InsyaAllah


ok,,see u later...

Anonymous Sunday, June 7, 2009 at 3:30:00 PM GMT+8  

Salam bro..
Hmm kalau tak silap memang kita penah jumpa di mu'tah. Maaflah kiranya tak perasan. Apa2 pun enjoy dalam trip ke bumi syam. Nanti ada masa datanglah lagi.

Mursyid Sunday, June 7, 2009 at 6:31:00 PM GMT+8  

salam, dziya tuh selebriti,
sbb tuh dapat pujuk polis,
LOL

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak Wednesday, June 10, 2009 at 9:04:00 AM GMT+8  

seronoknye tengok malaysian student kat oversea dapat jalan sane sini..
nanti jgn lupe cerite pasal makann kat sane okeh? :)

hidayat Wednesday, June 10, 2009 at 3:42:00 PM GMT+8  

sama2 la bro..

kami mmg respek kat ko bro.. mmg kami rase best ko dtg.. dari ireland tuhh

cuma ak rase mcm x sempat nk layan ko btol2..rase mcm ade bnyk kekurangan je dlm menyambut ko bro..ni ak btol2 nk mintak maap la bro.. wktu ko balik pon x sempat nk hantar ko ke stesen bas..sori la bro..

mintak maap skali lagi bro kalo ade kekurangan...

syamimi Friday, June 12, 2009 at 12:16:00 PM GMT+8  

Salam dan selamat kembali ke tanahair.

Tengok pengalaman jhaz di bumi syam memang rasa terharu dan rindu untuk ke sana lagi.

Take care ..ada masa jemputlah ke Kemaman.

rozailiaswan Saturday, June 13, 2009 at 12:49:00 PM GMT+8  

salam bro,
mcm mna shat?

no hal la.. kalau ikut org2 tempatan (syam) , lg mantap layanan terhadap tetamu tu..

haha..
ok, puas ati ke berjalan bru ni kt bumi syam ni..
lau ada apa2 kekurangan tu , aku mintak maaf byk2 la..

satu benda x bleh blah la..
ingat x, waktu kita makan kebab kat irbid? tah la macam mana la , aku bleh lupa nk bayar, aku sempat bayar air pastu kita basuh tgn n terus blah...
haha, memang truk la.. naseb bek la,
mualim (pak cik) kedai tu kenal ak..
hahaha, sengal giler..
ni klau masuk travelog bleh jadi cite mantap ni.
hahahah..
btul ke?

ape2 pon..
dapat gk , aku jumpe dgn org yg byk tlong ak untuk aku travel sampai macadonia and bulgaria, btul x hariz?
hehe..
thanks a lot bro...

wénkt Sunday, June 14, 2009 at 7:29:00 PM GMT+8  

meletz betul sorang tu.

nanti nak pergi lagi lah jordan.

tetiba

Fawwaz Saleh Sunday, June 14, 2009 at 8:04:00 PM GMT+8  

salam bro..

menarik catatan kt bumi syam ni..
walaupun xsempat kita taaruf lebih.
nnt kalo diizinkan boleh jumpa lg..

From Me to WE Monday, June 15, 2009 at 6:00:00 PM GMT+8  

salam ziarah. mg m'jd duta Rasulullah saw d'mn sj saudara b'ada.

MUHAMAD Monday, June 15, 2009 at 10:35:00 PM GMT+8  

salam bro, time kaseh la mention name aku,hahahah...
takde la.

mintak maap la kalau ade pape kekurangan spnjang hang dok kat joden aritu.

ksian hang tak pat tido after flight aritu, trus kena round amman. haha..

nice journey I had with u.
may Allah bless our ukhwah..

Biasa Tuesday, June 16, 2009 at 11:05:00 AM GMT+8  

huh... best siot travel..laen kali ajak org hehe

FabulouswithAs Wednesday, June 17, 2009 at 1:29:00 AM GMT+8  

salam jhaz..akhirnye dpt jejak bumi syam...tp xsempat nk jumpe rituh..tgh bz exam..hope u enjoy well n hve a memorable experience here..cepat smbong tulis psl trip kt joden nih..waiting for ur next update..

JHaZ KiTaRo Wednesday, June 24, 2009 at 12:23:00 AM GMT+8  

To Hariz H:
hahah.. btul2.. org2 arab mmg hebat bab layan2 tetamu ni.. ape2 pun, i'm glad to meet all of u guys kat jordan sana.. kalau ada jodoh, kite jumpe lagi..
p/s: aku dah betulkan dah nama2 tu.. hihi

To Aragorn:
wsalam.. hahah.. kesian ko, sakit mata.. sorry beb, there's nothing i cud do to help.. belum ada lesen nak prescribe ape2 ubat lagi.. hihi.. aku pun bangga dpt kenal korang.. dpt kuatkan network n ukhwah dgn bebudak jordan.. doa2kan aku utk exam bln 11 nanti k.. insyaAllah nanti bile ko jadi houseman under aku, ko akan jadi houseman yg aku akan buli paling kurang skali.. hihi

shinja:
wsalam.. itu laa.. rasa mcm ada jumpak kat mu'tah.. anyway, bumi syam mmg best.. insyaAllah kalau ada rezeki, akan pegi sana lagi satu hari nanti..

Mursyid:
hahaha.. tu laa pasal.. flip je rambut kat depan polis2 tu.. terus cair.. hahah

penjenayah merah jambu:
alhamdulillah.. rezeki Allah semue tu.. pasal makanan?? hehe.. no hal..

hidayat:
hahah.. thanx for the compliment hidayat.. betul2 terharu ni.. alaa.. aku pun tak sempat nak meluangkan masa dgn ko sgt.. sibuk berjalan je dgn bebudak ni.. takpe2.. nanti kalau ada jodoh, kite jumpe n berborak panjang lebar k..

syamimi:
wsalam.. itu laa.. saya sendiri pun dah mulai merindui bumi syam skarang ni.. rasa nak pegi sana lagi.. huhuhu.. insyaAllah, nanti kalau rajin, saya turun kemaman..

rozaili aswan:
wsalam.. alhamdulillah sihat.. puas hati?? puas gile kot.. thanx to korang semue laa.. kalau takde korang, seriusly aku taktau camne nak survive kat sane.. hihih.. laa.. ko tak bayar ke?? hahah.. aku pun tak perasan.. ok2.. nanti aku cerita dalam blog aku.. hihi..

wenkt:
pegi je.. hahaha..

fawwaz:
wsalam.. thanx fawwaz.. itu laa.. separuh hari je kite jumpe.. takpe.. nanti bile kat msia boleh je jumpe kat tepeng, borak lama2.. hahaha..

alfaqir_ilAllah:
insyaAllah.. thanx..

MUHAMAD:
wsalam.. sama2.. haha.. no hal laa.. takde kekurangan pun.. aku yg patut mintak maap sbb kaco korang tgh nak exam.. hopefully korang semua pass.. aku sentiasa doakan.. alaa.. hari tu aku dah puas tido dalam flight.. korang yg tak cukup tido.. hihih.. nice journey i had with u too.. insyaAllah jumpa lagi..

Richeal Phil @ Ritz:
hahaha.. boleh2.. jom2..

Busyri:
alhamdulillah..

yellowrose:
wsalam.. itulah.. dah lama dah kepingin nak jejak bumi Syam.. tapi tak sempat jumpe yellowrose.. heheh.. i did enjoy myself there n i did have memorable experiences there.. thanx to all of u ppl in jordan.. nanti i update the stories in jordan k.. salamz..

HAFIZ Thursday, June 25, 2009 at 6:11:00 PM GMT+8  

salam...rase kita penah brjmpa..apa kbo??knl x?ana kawan ikhwan..emmm kebetulan bukak blog silversarina tengok gambar macam kenal je..oh ye ana nak mintak maaf klau tak sempat layan anta dengan baik,sbb masa tu baru abis exam,pastu pulak tengah serabut dengan dengan sekolah nak kena tutup.

free2 add la ana kat ym:hafiz_132889@yahoo.com

wasalam

Unknown Monday, April 12, 2010 at 5:00:00 PM GMT+8  

salam..ana tak sangka, nta dah berjaya menulis sebuah buku. tak sempat plak ana membelinya..insyaAllah, ana akan cuba dapatkan..klu free, sudikanlah ke blog ana yg tak seberapa..insyaallah kita bertemu lagi nanti..

Anonymous Sunday, April 7, 2013 at 6:35:00 PM GMT+8  

magnifiсent submіt, very informativе.

Ӏ wonԁеr why the οther speсialists of this sectοr don't understand this. You should proceed your writing. I'm surе,
you've a great readers' baѕe already!

Stop by my web page; payday loans

Blogger Thursday, August 3, 2017 at 10:42:00 AM GMT+8  

Are you looking for free Instagram Likes?
Did you know you can get them ON AUTO-PILOT & ABSOLUTELY FREE by using Like 4 Like?

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP