Showing posts with label Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Perubatan. Show all posts

FiNiSHeD WiTH eXaMS

>> Wednesday, November 18, 2009



Alhamdulillah. I've just finished my exams today. Surgery was ok I guess, but Medicine was a bit challenging. I'm so worried about my Medicine. I dunno what to expect now. Hopefully they will be kind hearted to let me pass. It wasn't too bad actually. I just couldn't answer only a few questions. That's all. Tak sedap hati sangat sekarang ni. Maybe I'm just being too paranoid. Hmmm. Entah la.

Sekarang ni, aku hanya tawakal je kat Allah SWT. I've tried all my best & I hope He will answer all my prayers. Tu je la yg aku mampu buat sekarang ni.

Tomorrow, I'll be going to Aberdeen, Scotland to meet a friend who I haven't met for almost 7 years. InsyaAllah I'll try to update my blog while I'm at his house in Aberdeen.

Apa-apa pun, I hope all of you are willing to pray for me as well. Doa orang yang jauh selalunya dimakbulkan Allah SWT. :)

Read more...

WaR HaS BeGuN

>> Monday, April 14, 2008

OK.. Peperangan dah bermule. Tanggal 14 April, UCD Final Year Medical Students akan menghadapi peperiksaan terbesar. Dan semuenye akan berakhir pd 1 May nanti. Doa2kan kiteorg semue dipermudahkan dlm exam ini.. Doakan kiteorg semue dpt graduate 5 June nanti. Kiteorg perlukan doa2 korang semue..

Read more...

BeReHaT BuaT SeKeTiKa...

>> Thursday, March 06, 2008

First of all, aku nak mintak maaf banyak2 kpd mereka yg ternanti2 sambungan kisah pengembaraan aku di Estonia, Lithuania & Latvia dan juga kisah pengembaraan aku di Newcastle, Nottingham, Morocco & French Riviera. Aku sebenarnye tgh sibuk study utk final exam yg bakal menjelang tak lama lagi. Sbb tu la sejak kebelakangan ni aku asyik promote video2 saje. Heheheh.

Final exam kiteorg akan bermule pd tarikh 14 April (tinggal lebih kurang sebulan je lagi) & akan berakhir pd tarikh 30 April. So, by 1 May kiteorg dah free dah. Dan Graduation Day kiteorg akan diadakan pd tarikh 5 June (Semue warga Malaysia di Dublin dijemput datang!! Jgn lupe!!!). InsyaAllah parents aku & adik lelaki aku akan datang utk Graduation Day. Dieorg akan tiba di Dublin pd 1 June nanti. Aku akan membawa dieorg jelajah Ireland dgn kereta sewa & juga ke Paris & London. Kemudiannya, aku akan balik ke Malaysia buat selama2nya (insyaAllah) pd hari Sabtu, 14 June.

Memandangkan kiteorg mempunyai masa yg terluang sepanjang bulan May nanti, aku telah pun membuat plan utk menakluki negara-negara di rantau Balkan selama 3 minggu (3-24 May). Negara2 tersebut ialah Croatia, Bosnia & Herzegovina, Slovenia, Hungary, Romania, Bulgaria, Macedonia & juga Turki. Spt biasa, aku travel seorg diri. Harap2 semuenye selamat nanti.

Ok la. Since final exam aku dah tak lama lagi (tgh cuak gile skarang ni), aku terpaksa la berehat buat seketika dari dunia blogging mulai hari ni. Blog Aku Sebutir Pasir ni insyaAllah akan aktif semula selepas final exam aku tamat, iaitu pada tarikh 1 May. Diharapkan korang semua bersabar & terus memberi sokongan kpd blog ni. Dan tolong doakan kejayaan aku & kawan2 aku dlm final exam kiteorg nanti. Diharapkan semue org dpt graduate pd 5 June nanti tanpa sebarang masalah.

Sekian, wassalam. Jumpe lagi 1 May nanti. :)

Read more...

eXaM eXaM eXaM

>> Tuesday, October 30, 2007

OK. Starting Hari Khamis ni (1 November) sampai la 22 November nanti, aku & bebudak batch aku akan menghadapi exam Final Year bahagian pertama kiteorg yg merangkumi 3 subjek besar iaitu Paediatrics, Psychiatry dan Obstetrics & Gynaecology. Jadualnye seperti kat bawah ni:

Written
1 November: Psychiatry
5 November: Obstetrics & Gynaecology
7 November: Paediatrics

Clinical
19,20,21 November: Obstetrics & Gynaecology
20,21,22 November: Paediatrics

So, doa2kan la kejayaan kiteorg k. Bagi aku, kalau pass pun dah cukup la.

p/s: Lepas exam nanti, aku akan bercuti ke Latvia, Estonia, Lithuania, Morocco & Newcastle. Haaai. Tak sabar la pulak nak tunggu exam habis. Huhuhuhu

Read more...

I'M So LoST...

>> Sunday, December 10, 2006

Hmmm. Esok (Isnin), kiteorg ada 2 exam MCQ. Medicine & Surgery. Hari Khamis pulak, aku ada long case which is a bit like practical exam laa. Menurut kata senior2 aku, exam MCQ tu mmg susah gile. Ape yg kite baca drp buku2 pun bukannye cukup. Huhuuhu. Pasrah je aku dgn kata2 dieorg tu. Tapi aku rasa mmg betul pun. Tapi, apa yg paling menakutkan aku adalah long case tu. I'm afraid of being asked questions that I would know the answers but bcoz of being nervous, I might be blank. It happens to me a lot. Sh*t.. I really need to control my nerves. But sometimes, I just don't know how. Huhuhu.

Skarang ni aku rase mcm dah penat dah membaca buku2 Medic. Nak termuntah pun ade. Baca2 pun, bukannye boleh ingat semua. Esoknye, lupe semule ttg apa yg dah dibaca. Is this normal? Huhuhuh. I'm soooo lost right now. I've never felt this lost in my entire life. Could someone pls be my saviour!!! Well, I guess I need to be more motivated & in order to be motivated, I desperately need to have one good idol to influence me to be an excellent medical student. I've been searching all over for this idol, but still no one has shown up. Are we lack of good medical students these days? Or I'm not searching thoroughly? Or should I just hope for some miracles to happen?? Ntah la..

So, skarang ni aku hanya tawakal je. May Allah show me His guide to the right path to success & peace that I've been looking for all this time. Amin.. Dan semoga aku & member2 batch aku semue dpt menempuhi exam yg bakal menjelma ni dgn cemerlang. InsyaAllah. Moga doa2 aku & doa2 mak & abah termakbul la hendaknye. Tak ada doa yg lebih mujarab selain drp doa ibu & ayah. Btul tak? And to all readers, pls pray for us too, ok?? Allah bless you all..

Read more...

LoReNZo'S oiL

>> Tuesday, December 05, 2006



Filem Lorenzo's Oil yg ditayangkan pd thn 1992 ni dibintangi oleh Nick Nolte & Susan Sarandon. This film is based on true story that occured in middle 80's. Filem ni menceritakan ttg sepasang suami isteri, Augusto Odone (Nick Nolte) & Michaela Odone (Susan Sarandon) bersama2 dgn anak lelaki dieorg, Lorenzo Odone berhijrah ke United States selepas beberapa thn tinggal di Comoros, sebuah negara pulau yg terletak di Lautan Hindi, di timur benua Afrika. Anak lelaki dieorg tu berusia 5 thn.

Beberape bln selepas dieorg berhijrah, tibe2 si Lorenzo ni mengalami beberape symptoms yg pelik. Mule2, doctor2 yg dieorg jumpe tak dpt nak mendiagnose penyakit ape yg die hidapi. Tapi, setelah beberape kajian dibuat, akhirnya dieorg dpt mengenal pasti ttg penyakit yg Lorenzo hidapi. Dia menghidapi penyakit adrenoleukodystrophy, a sex-linked disease that just occurs among male which is a bit rare back in 80's. So, doctor2 semue tak dpt berbuat apa2 sbb kajian ttg penyakit ni was still on going & they was no cure found yet at that time. Adrenoleukodystrophy is a fatal disease and can cause death in a few months.

Pasangan Augusto & Michaela ni tak sanggup tgk anak dieorg menderita. So, dieorg berusaha sedaya upaya utk memahami ttg penyakit adrenoleukodystrophy ni & cuba mencari apa2 alternative utk merawatnya tanpa bantuan mana2 doctor. Dieorg membaca semua buku yg berkaitan dgn penyakit tu tanpa henti. Akhirnya, dieorg berjaya menjumpai cara utk merawat dgn menggunakan extract from olive oil. Penemuan dieorg ini sgt besar sumbangannye terhadap dunia perubatan. Sampai skarang, extract from olive oil ni, atau lebih dikenali sbg 'Lorenzo's Oil' masih lagi digunakan utk merawat kanak2 yg menghidapi adrenoleukodystrophy. Utk menghargai sumbangan dieorg, Augusto telah dianugerahkan ijazah perubatan & dia adalah pengasas kpd The Myelin Project yg masih lagi dijalankan sampai sekarang. Michaela Odone meninggal dunia beberape thn lepas kerana lung cancer. Kini, Augusto tinggal bersama2 dgn anaknya Lorenzo yg masih lagi hidup, but he is bedridden.

Augusto & Michaela Odone
Augusto & Michaela Odone


Augusto Odone: The Founder Of Myelin Project
Augusto Odone: The Founder Of Myelin Project


Love Of A Father For His Child: Augusto & Lorenzo Odone
Love Of A Father For His Child: Augusto & Lorenzo Odone

So, from this film, we can see that even common people like Augusto & Michaela can give a big contribution to the world of medicine. So, never underestimate other people's potential. We can do anything if we have the gut to do it. Nothing is impossible. Kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih. And the biggest human value that we can learn from this film is how a mother or a father would do anything in the whole world for her/his children, like Lorenzo's parents. They read every book about the disease, they spent thousands of dollars to find the cure, they went to lots of places to look for clues, they met hundreds of people to seek for advices. All those are just for the sake of their child, Lorenzo. So, there is nothing that can be compared to the love of a mother or a father for her/his children. Sbb tu la filem ni tersangat2 menyentuh hati aku. To Abah & Mak, I love you two sooo much. I can't imagine a life without you two...

p/s: To Fadhlil aka FahdRazy: Thanx for lending me your Lorenzo's Oil DVD. To my blog readers: Don't forget to watch this film. You won't regret!!!

Read more...

aPPeNDeCToMY!!!

>> Wednesday, May 10, 2006

Dua hari lepas, salah sorang classmate aku kat UCD yg same2 buat attachment kat Mater Hospital, Dublin iaitu Fyzal pergi buat blood test, urine test, X ray, etc sbb die dah 2-3 hari sakit perut. Takut jugak la kan kalau jadik ape2. Tup2, bile result keluar, die disahkan ade appendicitis. So, kena la buat operation appendectomy!! Huhuh. Since die tak makan sejak pagi, so die tak payah nak kena tunggu lama2 sebelum operation. Beberape jam lepas tu die terus masuk ke operation theatre.

Since aku tak pergi ke hospital hari tu dgn alasan sakit kaki (mmg btul sakit tau!! Bukan saje buat2. Hehe), maka aku tak dpt la nak tgk mcm mane keadaan Fyzal hari tu. Keesokannye, baru le aku dpt tgk. Die kate die terpakse menjalani open surgery semlm sbb appendix die dah pecah. Menurut kate doktor2, operation die semlm agak complicated jugak la. Huhuhu. Since die buat open surgery, maka die kene stay kat hospital selame 4-5 hari. Lame tuh. Kesian tul. Sabarlah Fyzal. Huhuh.

Yg bestnye, die skarang ni tersangat glamer di kalangan student2 Medic yg buat attachment kat situ (bebudak klas aku la, include mat salleh + minah salleh semue). Tiap2 hari, ade je la student2 yg singgah kat katil die utk tgk keadaan die. Bukan slalu student medic jadi patient kat ward. Heheh. Dah la die sepatutnye tgh buat rotation surgery kat hospital tu skarang. Mmg padan la. Hahah.

Ape2 pun, smoga die cepat sembuh. Tapi, yg tak acinye, die punye rotation's consultant kasi die cuti seminggu utk next week. Tak aci!!!!

Alahai. Kesiannye die..
Alahai. Kesiannye die..

Read more...

RaDioLoGY RoTaTioN

>> Saturday, April 15, 2006



10 APRIL - 13 APRIL 2006

Radiology Rotation ni cuma seminggu saje. Since hari Jumaat (14 April) adalah hari Good Friday which is cuti, maka kiteorg cuma ada 4 hari je utk buat rotation ni. Huhuh. Kejap gile. Sesuai le. Sbb rotation ni takde la perlu lama2 sgt. Bosan sebenarnye sbb ianya tak diorganised betul2. It just depends on us. Kalau kiteorg malas, mmg tak berjalan la rotation ni.

Basically, dlm tempoh 4 hari ni, kiteorg masuk ke bilik2 CT Scan, MRI, Ultrasonography, IVP, Interventional, Barium Enema dan beberape lagi bilik. Kiteorg bergerak berdua. Aku spt biasa, berpartner dgn Am. Hehe. Kiteorg berdua cuma berkesempatan utk masuk ke bilik CT Scan, MRI, Ultrasonography & IVP saje. Dlm setiap bilik tu, kiteorg diajar jugak la oleh radiographer2 kat situ mcm mane nak menganalisa gambar2 yg telah diambil. Peh. Payah gile nak menganalisa gambar2 tu. Mcm mane le dieorg boleh bezakan setiap organ yg ada dlm gambar2 tu. Semue nampak mcm sama jek. Huhuh.

CT Scan (Computerised Tomography Scan) adalah specialised form of X-Ray examination di mana X-Ray source & detector rotate around the object that to be scanned & information yg diperolehi boleh digunakan utk produce cross-sectional images by computer. Radiation dose yg diterima oleh patient yg buat CT Scan adalah lebih tinggi drp X-Ray biasa, tapi diagnostic information yg diperolehi adalah lebih bagus & tepat. CT Scan ni boleh digunakan kat mana2 bhg badan, tapi selalunye kat kepala, dada & abdomen.

CT Scan
CT Scan


Contoh Gambar CT Scan Bhg Abdomen
Contoh Gambar CT Scan Bhg Abdomen

MRI (Magnetic Resonance Imaging) pulak adalah lebih kurang sama dgn CT Scan. Cuma bezanya, MRI menggunakan magnetic resonance sementara CT Scan pulak menggunakan radiation. So, side effect of radiation is not significant kalau patient buat MRI. Tapi masalahnye, patient2 yg mempunyai pacemaker (a device used to produce & maintain a normal heart rate in patients who have heart block) tak boleh buat MRI sbb magnetic field akan menyebabkan pacemaker tu berhenti & patient boleh mati. Patient2 jugak perlu memastikan kat badan dieorg takde benda2 yg diperbuat drp besi sbb ianya akan ditarik oleh magnetic field. MRI selalunye mengambil masa yg agak lama. Boleh cecah 20 minit. Bunyinye jugak sgt bising. Sementara CT Scan pulak mengambil masa beberape saat saje. Dlm gambar MRI, tulang berwarna hitam, sementara dlm CT Scan punya gambar pulak, tulang berwarna putih. So, kite boleh bezakan mana satu gambar MRI & mana satu gambar CT Scan.

MRI sebenarnye adalah diagnostic technique based on analysis of the absorption & transmission of high frequency radio waves by the water molecules in tissues placed in a strong magnetic field. Dgn menggunakan computer, this analysis boleh digunakan utk map out the variation in tissue signals in any plane & thus produce images of the tissues. Teknik MRI ni slalunye digunakan utk central nervous system, musculoskeletal system, chest & abdomen.

Magnetic Resonance Imaging (MRI)
Magnetic Resonance Imaging (MRI)


Contoh Gambar MRI Bhg Abdomen
Contoh Gambar MRI Bhg Abdomen

Ultrasonography pulak adalah penggunaan ultrasound (sound waves of extremely high frequency (above 20,000 Hz), inaudible to the human ear), usually in excess of 1 MHz, to produce images of structures of the human body that may be observed on a tv screen & subsequently transferred to photographic film. It is based on the principle of detecting the reflected waves occuring at interfaces within human organs, following a short pulse of ultrasound. This is repeated many times to build up a complete picture. Sejauh mana yg diketahui, tak ada side effect drp penggunaan ultrasound sbb tiada radiation. Ianya selalu digunakan dlm bidang obstetrics utk diagnosis of pregnancy, assessment of gestational age & detection of any abnormalities of the fetus. Selain itu, ultrasonography jugak digunakan utk examination of biliary & urinary tract. Payah gile sebenarnye nak menganalisa gambar ultrasonography ni. Kena practise slalu, baru dpt menganalisa dgn cekap & tepat. Huhuh.

Ultrasonography
Ultrasonography


Contoh Gambar Ultrasonography
Contoh Gambar Ultrasonography

IVP (IntraVenous Pyelogram) adalah X-Ray films of the urinary tract following injection into a vein of a contrast medium that is concentrated & excreted by the kidneys. IVP will reveal details of the kidneys, the ureters & subsequently the bladder. IVP sebenarnye digunakan utk tests kidney function & reveals the presence of stones, tumours or obstruction in the urinary tract.

Intravenous Pyelogram (IVP)
Intravenous Pyelogram (IVP)


Contoh Gambar IVP
Contoh Gambar IVP

Selain lawatan bilik ke bilik, kiteorg jugak ada tutorial yg diberi oleh registrar. Kiteorg kene present satu case pd hari Khamis. Kiteorg boleh pilih mane2 patient yg kiteorg suke yg ada radiological records yg menarik. Aku & Am pilih patient yg dimasukkan ke hospital sbb jatuh dari bangunan. He broke his elbow & hip. Kiteorg berjaya mendapatkan copies of his X-Ray films. Huhuh. Bangga gile. Drp X-Rays films tu, fractures of his hip & elbow mmg jelas kelihatan. On the day of presentation tu, kiteorg terkejut gile sbb 2 org budak group kiteorg jugak ambik patient yg sama. Huhuh. Since dieorg yg present dulu, maka kiteorg tak payah present dah. Heheh. Kiteorg just tunjukkan X-Ray films yg kiteorg dpt & registrar kiteorg terangkan apa yg dpt dilihat drp X-Ray films tu.

So, tu la serba sedikit apa yg kiteorg buat dlm Radiology Rotation. Lepas ni, kiteorg akan ada 2 minggu lectures kat ET (UCD Medical Faculty punya bangunan). Yahuu!! Tak payah nak jalan kaki pagi2 buta gi Mater Hospital utk 2 minggu. Heh.

Read more...

GYNaeCoLoGY RoTaTioN

>> Saturday, April 08, 2006



27 MARCH - 7 APRIL 2006

2 minggu rotation Gynaecology dah pun berakhir. Cepat btul mase berlalu. Gynaecology adalah cabang perubatan yg berkaitan dgn penyakit2 & penjagaan sistem pembiakan wanita. Hmm. Satu cabang yg agak mencabar jugak la kan. Jgn terkejut kalau ramai antara pakar2 Gynaecology adalah lelaki. Heheh.

Sepanjang 2 minggu kiteorg dlm rotation ni, kiteorg bebudak Group C dibahagikan kpd 2 subgroups (A & B). In the 1st week, Group A buat Gynaecological Surgery & Group B buat Gynaecological Medicine. In 2nd week pulak, kiteorg swap. Group A buat Medicine, Group B buat Surgery. Aku dlm Group B. So, aku buat Gynaecological Medicine dulu sewaktu 1st week.

Sepanjang minggu pertama tu, kiteorg bebudak group B ade 3 clinic session & 3 tutorial bersama dgn bebudak group A skali. 1 tutorial dgn SHO, 1 dgn Registrar & 1 lagi dgn Professor O'Herlihy. Utk tutorial dgn Professor O'Herlihy, kiteorg bebudak Group B kene present case sewaktu tutorial. Since patient tak ramai, aku share patient dgn Am. Kiteorg berborak dgn patient tu ttg die punye history & kiteorg jugak buat sedikit physical examination on that patient. She came in with intermenstrual bleeding (bleeding that occur between menstrual periods) yg sudah pun berlarutan selama 6 bulan. Ianya mungkin disebabkan oleh side effect of tamoxifen yg diberi utk rawatan breast cancer. Yup. Patient ni ade medical history of breast cancer & die dah pun buat mastectomy (surgical removal of all or part of a breast) kat die punye right breast 2 thn yg lepas. Patient ni dtg ke Mater Hospital hari tu utk buat hysteroscopy (endoscopy of uterus) utk memastikan punca sebenar intermenstrual bleeding yg die sedang alami. Resultnye sudah pun diketahui 2 hari kemudian. There is no significant finding. Maknanye, patient ni takde ape2 masalah (cancer or anything else). Intermenstrual bleeding yg dia alami tu mungkin hanya disebabkan oleh side effect of tamoxifen. Antara penyebab utama intermenstrual bleeding di kalangan wanita ialah keguguran, ketidakseimbangan hormon, pengambilan pil pencegah hamil, kekurangan thyroid hormone, stress, penggunaan IUD sbg alat pencegah hamil & cancer pd cervix, uterus atau ovary.

Hysteroscopy
Hysteroscopy

Sewaktu tutorial dgn Profesor O'Herlihy, Am volunteer utk present case tu. Peh. Berani btul minah tu. Selamat aku. Hekhekhek. Org kate Professor ni garang gile. Tapi aku tgk die takde la segarang mane yg org kate. Cume die agak sarcastic la. Ingatan die jugak teramat2 la kuat. Bak kate senior2 aku, Professor ni boleh ingat name2 kiteorg semue sampai kiteorg Final Year. Gile dahsyat. Huhuh. Professor ni jugak sgt cerewet. Sewaktu tutorial dgn die, kiteorg kene butangkan semue butang lab coat, lab coat kena betul2 bersih, kasut kena sesuai & wajib pakai name tag. Kalau ade yg tak lengkap, habis la kiteorg kene marah. Huhuh. Menakutkan jugak la.

Sewaktu tutorial bersama dgn Registrar dlm 1st week, kiteorg diajar bagaimana utk membuat pap smear (cervical smear). Sebuah manikin disediakan. Pap smear dijalankan utk mengenalpasti ape2 perubahan pd cell cervix yg berkemungkinan telah menjadi cancer cell. Cancer cervix adalah cancer yg sgt common di kalangan wanita. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Utk procedure ini, speculum akan dimasukkan ke dlm vagina supaya cervix jelas kelihatan. Sebatang berus kecil digunakan utk mengambil serpihan2 cell yg terdapat pd dinding cervix. Serpihan2 cell tu kemudiannye diletakkan di atas slide kaca & dihantar ke makmal utk ujikaji. Pap smear ni tak menyakitkan. Wanita yg berumur lebih 21 thn dinasihatkan membuatnye setiap thn. Ditambah lagi kalau wanita tu mempunyai immune system yg lemah disebabkan organ transplant, chemotherapy & pengambilan steroid & jugak jikalau wanita tu HIV positif.

Pap Smear
Pap Smear

Clinic session pulak agak membosankan sbb aku takleh tgk physical examination. Dr tak kasi tgk sbb aku lelaki. Tak adil!! Tensen btul. Sewaktu clinic session bersama dgn Registrar, aku ditegur sbb aku pakai kasut yg berbelang putih. Die suruh aku jgn pakai kasut tu lagi sbb tak sesuai utk dipakai kat hospital & kalau aku pakai kasut tu depan Professor O'Herlihy, aku confirm akan kene marah. Peh. Esoknye, terus aku pakai kasut lain. Hehe.

Sewaktu 2nd week, kiteorg bebudak group B buat Gynaecological Surgery pulak. Kiteorg ade 3 surgical session & 3 tutorial bersama bebudak group A. Antara surgery yg kiteorg tgk ialah hysterectomy (surgical removal of part or all of the uterus), hysteroscopy & laparoscopy (visual examination of the inside of the abdomen). Hysterectomy ade 2 cara. Satu ialah abdominal hysterectomy (through an incision in the abdominal wall) & satu lagi ialah vaginal hysterectomy (through the vagina). Hysterectomy yg kiteorg tgk ialah abdominal hysterectomy. Jenis2 Hysterectomy pulak ada 4 jenis which are total hysterectomy (removal of cervix & uterus (commonest)), subtotal hysterectomy (removal of upper part of uterus, leaving the cervix in place), radical hysterectomy / total hysterectomy with bilateral salpingo oophorectomy (removal of uterus, cervix & upper part of vagina. Sometimes, one or both ovaries & fallopian tubes are removed as well (salpingo oophorectomy)) & Wertheim's hysterectomy (removal of uterus, fallopian tubes, ovaries, upper vagina, broad ligaments & regional lymph nodes). Name Wertheim diambil bersempena dgn nama seorg Gynaecologist dari Austria yg mencipta teknik hysterectomy yg melibatkan broad ligaments & lymph nodes. Antara sbb2 utama wanita perlu menjalani hysterectomy ialah uterine fibroids, endometriosis, uterine prolapse, cancer of endometrium, uterine sarcoma, cancer of cervix, cancer of ovary & cancer of fallopian tube. Utk further information ttg perkara ni, sile rujuk kat mane2 website yg berkaitan ok. Tak mampu aku nak ceritekan kesemuenye kat sini. Heh.

Hysterectomy
Hysterectomy

Actually, ni adalah first time aku masuk Operation Theatre. Peh. Rase nak pengsan pun ade jugak mase tgk operation2 tu. Tapi kena la biasekan diri. Nanti aku kene buat jugak bende2 ni bile dah jadi doktor. InsyaAllah. Aku jugak sempat mencuri 2 pasang scrubs utk dibawa balik rumah. Heheh. Jahat btul. Tapi ramai je org yg buat mcm tu. So, tak kisah la. Lagipun kite dah bayar mahal2 utk buat Medicine. Heheh. Tutorial pulak adalah lebih kurang sama mcm last week. Cuma kali ni, Group A pulak yg present case dlm tutorial bersama Professor O'Herlihy.

So, tu le serba sedikit kisah 2 minggu rotation Gynaecology aku. Next week, kiteorg akan buat rotation Radiology pulak.

Read more...

MeDiCiNe (iNFeCTiouS DiSeaSe) RoTaTioN

>> Sunday, March 26, 2006



6 MARCH - 24 MARCH 2006

Clinical Year dah bermula. Aku ditempatkan di Mater Misericordiae University Hospital bersama2 dgn 83 org lagi classmates aku. Bebudak Msia yg ditempatkan kat hospital ni cuma 14 org jek iaitu Sue, Adie, aku, Am, Ipin, Zettie, Rizal, Syidah, Qis, Raja, Fyzal, Faridah, Lan & Badarq. 17 org lagi Msian ditempatkan di St Vincent University Hospital. Actually, kiteorg boleh pilih sendiri hospital mana kiteorg nak. Aku pilih Mater Hospital sbb dekat dgn rumah & cuma perlu naik satu bus je utk ke sana. Kalau nak ke St Vincent Hospital, aku kene naik 2 bus. Leceh la kan.

Kiteorg kat Mater Hospital ni dibahagikan kpd 8 group besar (A-H) & setiap group besar akan membuat rotation2 yg berlainan mengikut tempoh yg diberi. Utk thn ni (March-December), kiteorg akan melalui rotation Medicine (2 kali), Gynaecology, Radiology, Lecture kat ET (2 kali), Surgery (2 kali), GP, Anaesthetics, ENT, Opthalmology & Peripheral mengikut group masing2. Utk peripheral, kiteorg akan dihantar ke hospital2 lain selain drp Mater Hospital mengikut group masing2. 2 hospital terletak kat luar Dublin iaitu Tullamore & Wexford. Sape2 yg kena hantar ke hospital2 ni kena la stay kat B&B kat sana sbb terlalu jauh dari Dublin. Hehehe. Group aku (C) kene buat rotation Medicine dulu utk 3 minggu pertama ni. Heh.

Pejam celik pejam celik, 3 minggu telah pun berlalu. Habis jugak rotation Medicine aku. Setiap rotation Medicine akan dianggotai oleh 2 group besar. Utk 3 minggu pertama ni, group C & G punya turn. Bebudak Msian yg buat rotation Medicine utk 3 minggu pertama ni adalah aku, Am, Fyzal & Faridah. Bebudak Msian yg lain buat rotation lain mengikut group masing2. Rotation Medicine ni dibahagikan lagi kpd beberape rotation kecil iaitu Infectious Disease, Endocrinology, Gastroenterology, Respiratory, Geriatrics, Neurology, Rheumatology & Cardiology. Aku & 2 org lagi groupmates aku diletakkan dlm rotation Infectious Disease. Name groupmates aku ialah Emer Shortall & Caroline Noone. Dua2 adalah Irish, tapi dieorg bukannye org tempatan Dublin.

Most of the time, kiteorg cuma sibuk pd waktu pagi. Kiteorg agak free pd waktu ptg. Sbb tu le slalunye kiteorg balik awal. Lepas lunch, terus balik. Hehehe. Jadual kiteorg dipenuhi dgn ward round, conference, clinic & MPU tutorial. Everyday, kiteorg kene tiba di hospital sebelum pukul 8.00 pagi. Huhuh. Setakat ni aku dah ponteng 3 hari. Malas punye pasal. Teruk kan? Heheh.

Sewaktu ward round, kiteorg akan bersama2 dgn team Infectious Disease melawat patient2 di wad2 & jugak di A&E (Accident & Emergency). Team ini dianggotai oleh sorang consultant, 2 org Registrar, 2-3 org SHO (Senior House Officer) & 2 org intern. Aku tak berape suke ward round sbb ianya agak membosankan. Team kiteorg ni mcm terlampau bz sampai kadang2 tu kiteorg ni mcm tak diendahkan jek. Tapi ade jugak la certain time kiteorg ditanye beberape soalan. Kadang2 tu aku boleh la jawab. Tapi slalunye jawapan aku samaada "hmmm" ataupun "I don't know". Heheh. Tapi, groupmate aku, Emer mmg power gile. Mcm semue bende die tahu. Huhuhuh. Adakalanya, kiteorg jugak diberi peluang utk membuat physical examination kat patient. Kire ok la tu.

Conference pulak cuma skali seminggu iaitu pd hari Selasa. Ianya diadakan dlm lecture hall yg dihadiri oleh para doktor & jugak student2 yg buat rotation medicine. Ianya berlangsung selama sejam. 2 org doktor akan membuat presentation mengenai pelbagai perkara. Ada yg buat presentation ttg patient yg interesting, ada yg buat presentation pasal teknologi terkini dlm medicine, dan mcm2 lagi la. Kadang2 tu menarik, tapi kadang2 tu bosan jugak. Tapi yg bestnye, kiteorg disediakan dgn makanan & minuman free. Hehehe.

Clinic adalah session yg paling best bagi aku. 2 kali seminggu, iaitu hari Selasa & Khamis. Sewaktu session ni, kiteorg akan berada di Outpatient Clinic utk bersama dgn sorang consultant yg akan bawak kiteorg masuk ke dlm bilik2 utk memberi consultation kpd patient2. Kiteorg kadang2 tu disoal beberape soalan oleh consultant tu. Kadang2 tu aku boleh gak la jawab. Kiteorg jugak kadang2 diberi peluang utk mengukur blood pressure, pulse & jugak membuat physical examination on patients. Banyak benda la yg kiteorg blajar drp clinic session ni. Consultant ni mmg best. Name die Dr Sheehan. Antara patient2 yg kerap datang ke clinic ni adalah patient2 HIV positif, TB, pneumonia, malaria & mcm2 lagi. Takut jugak la kalau2 kiteorg ni terjangkit. Hehehe.

Last but not least, MPU tutorial, yg diadakan pd hari Khamis. Sewaktu tutorial ni, bebudak yg buat rotation Medicine akan dibahagikan kpd 4 group kecik. Setiap group ada 5 org. Tutor2 adalah consultant atau registrar. Setiap minggu, 2 org dlm setiap group akan memberi presentation ttg sorang patient (history, findings from physical examination, etc). Setiap student yg buat rotation Medicine ni wajib memberi presentation. Aku punya turn adalah dlm minggu pertame. Cuak gile. Baru first week dah dpt pressure sebegini. Huhuh. Hari Rabu (sehari sebelum presentation) baru aku dpt patient. Lepas ambik patient tu punye history & buat physical examination kat die, aku sempat selak die punye file utk ambik seberape byk maklumat yg ada. Hehe. On the day of presentation, aku rasa cuak sgt. Tapi nasib baik everything went clear. Tutor group aku mmg cool gile. Die tak tanye ape2 soalan pun. Hehe. I was damn lucky sbb aku tak banyak study sgt. Huhuhuh.

So, tu le sedikit sebanyak pengalaman aku selama 3 minggu dlm rotation Medicine Infectious Disease. Lepas ni, aku akan buat rotation Gynaecology pulak selama 2 minggu. Hmm. Mcm mane le agaknye nanti yek.

Read more...

TaMaTNYe SaTu PeNYiKSaaN...

>> Saturday, May 14, 2005

Alhamdulillah.. Habis jugak exam kiteorg. Hari yg aku tunggu2 dah sampai akhirnye. Lega nak mampos. Tapi aku rase geram gile dgn last paper ni (Renal/Urinary Diseases). Soalan die sejibik mcm past years punye paper. Kalau 2 atau 3 soalan same takpe, tapi masalahnye paper yg kluar ni totally sejibik mcm paper last autumn & winter exam. So, maknenye dah 3 kali paper yg same kluar. Adakah lecturer2 ketandusan idea utk buat soalan?? Isk3. Geram betul. Sape yg buat soalan past years mmg le untung. Aku lak takde mase. Setakat tgk2 soalan je la. Mane ade mase weh. Aku exam 8 paper. Org lain 4 paper jek. Hmmmm. Ape2 pun, harap2nye lepas le. Amin...

So, dugaan yg paling hebat dlm hidup aku setakat ni dah pun berakhir. Tapi skarang ni aku taktau nak buat ape. Habis exam je tadi, aku gi city centre jap. Jln2 tak tentu arah. Takde hala tuju. Hehehe. Buntu gile. Nak buat ape eh?? Ni le kebiasaannye bagi aku bile dah habis exam. Hmmm. Pikir2, baik aku gi ET, main internet. Hehe. Pasnih nak balik rumah, tgk ape2 DVD yg best. Mcm dah jemu lak asyik tgk DVD2 yg same. Hmmmm. Nak beli baru takde duit lak. Nak kene jimat gile nih. July nanti nak jln2 kat Australia. Nak shopping kat Msia lagi. Mcm2 bende aku plan nak beli. Hp la.. Digital camera la. Hmm.

25 hb ni lak ayah aku nak dtg. Tak prepare ape pun lagi utk jln2. Maybe next week kot plan. Penat aah minggu ni. Nak rehat2 dulu. Hehe...

Read more...

8 DaYS To Go!!!

>> Friday, May 06, 2005

Alhamdulillah. 3 paper dah lepas. 1 paper yg besar iaitu Basic Mechanisms of Disease (BMD) pun dah lepas. Ringan sikit beban kiteorg especially aku yg kene repeat 3 papers ni. Heheh. Yg tinggal cume 4 paper & 1 Practical. Hmmm.

So far aku rase ok la except for BMD. Banyak soalan yg kiteorg tak target utk keluar. Huhuhu. Dah le soalan2 die agak susah especially bhg case study cervix cancer. Aku tibai je jawapan2 die. Heh. Hopefully aku nye markah ok la. Skarang ni aku fikir nak pass je. Taknak resit2 dah. Oral pun aku taknak kene. Harap2 cam tu le. Amin...

Skarang ni aku dok pikir pasal nak balik Msia jek. Heheheh. Tarikh balik: 4 June. Tak sampai sebulan lagi weh. Gile dah tak sabar. Ntah mcm mane le Msia skarang ni eh. 2 thn dah aku tak merase kepanasan Msia. Heheh. Tapi sebelum tu, aku gi jalan2 dgn ayah aku dulu le. Gi Paris & London. Aku tak plan ape2 lagi. Hopefully sempat le aku nak plan lepas exam nanti.

Perkare2 yg aku nak buat lepas exam:
a) qada' tidor sehabis2nye sampai dah takleh tido dah
b) berangan-angan pasal nak balik Msia (banyak plan nih! Heheh)
c) window shopping kat semue kedai yg ade kat Dublin sampai semue salesman & salesgirl kenal aku
d) dok kat komputer lab sambil surf internet tanpa henti sampai merah mate (bukan tgk porn ok!)
e) gi makan2 kat luar (kalau org ajak le. Tak mau aah makan sorang2)
f) tgk wayang (marathon 4 movie kalau boleh. Zohor lambat habis kan. Heheh)
g) plan pasal nak gi jalan2 dgn ayah aku kat Dublin, Paris & London
h) kacau bebudak junior yg tak habis exam lagi time tu, especially Ezzad
i) shopping souvenir kalau ade yg berkenan. Kalau aku kaye, rase nak beli jek kedai2 tu skali
j) tgk2 balik gambar2 yg aku dah ambik sepanjang 3 thn aku kat oversea ni (dah lebih 1000 keping dah. Kadang2 tak ingat kat mane aku ambik gambar tu. Heheh)
k) baca buku Da Vinci Code & Harry Potter (kalau rajin ah. Hehehe)
l) tgk dvd sampai boring (dah lebih 60 kurang DVD dah aku ade skarang. Kalau jual balik boleh dpt 500 Euro. Rase cam bazir pulak beli. Heheh)
m) tulih testimonial kat member2 kat friendster. Heh. Mcm rajin je

Read more...

FiNaL EXaM!!!

>> Sunday, May 01, 2005



Final Exam utk bebudak batch aku kat UCD ni dah dekat gile dah. Start on 6 May ni. Tapi, bagi sape2 yg kene resit paper mcm aku, start on 3 May. Huhuhuh. Sedih. Takpe la. Dah suratan takdir. Hmmm. Ape2 pun, aku harap sgt le semuenye berjalan lancar. Semoge segale ape yg aku usahakan selame ni tak sia2. Amin. Exam habis on 14 May. Lebih kurang 2 minggu jek. Lame gak la tu kan. Ape2 pun, kpd semue bebudak 2nd Medicine UCD, all the best k. InsyaAllah kite boleh buat yg terbaik. May Allah SWT be with us. Amin...

3 MAY - GASTROINTESTINAL & LIVER BIOLOGY (REPEAT)
4 MAY - ENDOCRINE & REPRODUCTIVE BIOLOGY (REPEAT)
6 MAY - BASIC MECHANISMS OF DISEASE
9 MAY - NEUROSCIENCE & LOCOMOTOR SYSTEM BIOLOGY (REPEAT)
10 MAY - CARDIOVASCULAR DISEASES
11 MAY - CAL PRACTICAL (REPEAT)
12 MAY - RESPIRATORY DISEASES
14 MAY - RENAL / URINARY DISEASES

Read more...

MeNGaPa???

>> Tuesday, February 08, 2005

Fuuuhh.. Lega. Exam MCQ utk subject Basic Mechanisms of Disease baru je abis pagi tadi. Ade org kate susah. Ade org kate biase je. Ade pulak yg taktau nak cakap ape. Heheh. Biase la. Manusia. Mcm2 ragam. Tapi bagi aku, soalan2 dlm exam tadi boleh dikatekan agak simple & straight forward, tapi malangnye aku banyak gile tak ingat. Mane taknye. Nak menghafal name2 drugs tu bukannye senang. 3 hari 3 mlm aku study. Susah benar nak mengingatnye. Hmm. Tu mungkin aku laa. Org lain aku rase sure lagi gempaq. Hai, ape2 pun skarang ni aku boleh le relax sikit. Tapi tak boleh relax sgt sbb next MCQ exam akan menjelma tak lame lagi. In 2 weeks time. Huhuhu.

Tiket flight dah dapat dah last week. Happy gile bile dapat. Rase mcm dah tak sabar gile dah nak balik Malaysia yg tercinta dan jugak utk menjejakkan kaki kat Australia. Nak dekat 2 thn aku tak keluar dari benua Europe ni. Ye la. Summer last year aku tak balik Malaysia. Europe Tour punye pasal. Kali ni aku dah takleh tahan dah. Kene balik gak. Rindu gile kat family, saudara-mara & kawan2 aku kat Malaysia tu. 4 June 2005. Tarikh keramat. Cepat2 le tibe ye. Hehehe.

Hmm. Kat bawah ni adalah lirik sebuah lagu yg pernah menjadi lagu favourite aku sewaktu Form 2 dulu. Lagu berhantu. Hehehe. Sampai skarang lagu tu tetap menjadi favourite aku & sampai skarang aku masih ingat lirik die. Jiwang gile aah. Hehehe.


MENGAPA

Mengapa kau pergi
Mengapa kau kecewakan
Mengapa kau hancuri
Mengapa kau menghinakan

Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakan
Mengapa kau memberi
Mengapa kau melupakan

Mengapa kau akhiri
Mengapa kau memulakan
Dengan getaran jiwa
Ku kemukakan pertanyaan

Tak ingin ku kau pergi
Tak ingin ku dikecewakan
Tak ingin cinta dinodai
Tak ingin dihancurkan

Tak ingin ku disakiti
Tak ingin ku dilukakan
Tak ingin ku kau beri
Bila kau melupakan

Tak ingin ku diakhiri
Bila kau memulakan
Dengan perasaan hampa
Ku meminta jawapan

Di kananku cinta penuh bermadu
Di kiriku racunmu
Kalimah sakti yang mana untukmu
Dapat kau membuat pilihan
Agar kita dapat bersama

Kau.. bisa membahagiakan, menceriakan
Kau.. bisa menggembirakan, mempesonakan
Aku.. ingin dicintaimu dan mencintai
Aku.. ingin bila terjaga kau di sampingku (selamanya)

Semoga cinta bersemi
Semoga cintamu kan dekat padaku
Asmara kan mengundang tanpa mengira waktu
Bertakhta di hatimu dan hatiku

Nyanyian: Nicky Astria
Lagu: LY
Lirik: Baiduri

Read more...

eXaM!! eXaM!! eXaM!!!

>> Tuesday, November 30, 2004



Hari yg ditakuti dah semakin hampir. It will begin on 6th of December and will end on 10th of December. Ini adelah final exam aku utk semester ni, iaitu utk 4 subjects which are Gastrointestinal Biology (GI), Endocrine and Reproductive Biology (Endo), Neoroscience and Locomotor Biology (Neuro) & Personal and Population Health II (PPH II). On 4th of December kiteorg ade exam MCQ utk subject Neuro. And on 9th of December kiteorg ade exam CAL Practical utk each subject except for PPH II. Bayangkanlah betape paniknye aku skarang utk menghadapi saat2 yg penuh genting ini. Mcm nak tercabut je nyawe.

Aku actually takde le ready sangat utk menghadapi exam ni sbb banyak gile yg nak kene study. Tak terkire banyaknye, especially utk subject Neuro. Banyak nak mampus. Dah tak larat dah nak study sebenarnye. Makin aku bace, makin confusing pulak jadinye. Huhuhuh. Aku hanye pasrah dan tawakal je kpd Allah SWT. Mudah-mudahan aku dipermudahkan utk menjawab soalan2 exam nanti dgn senang dan tanpa sebarang masalah. Begitu jugak kawan2 aku yg lain.

OK laa. Aku dah takde idea nak tulis ape dah. Nak kene pulun habis2 ni. Banyak gile tak cover lagi. So, ape2 pun, doakan la semoge aku dpt buat exam ni dgn baik k. Tgh cuak gile ni. Taknak resit!!!

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP