Showing posts with label Pafos. Show all posts
Showing posts with label Pafos. Show all posts

CYPRuS: PuLau aPHRoDiTe (BHG IX/aKHiR) - PaFoS II & ePiLoG

>> Sunday, July 25, 2010



Hari 6: 11 MEI 2009

Selepas solat & mandi, aku terus memulakan ekspedisi hari kedua di Pafos. Sebelum memulakan ekspedisi, aku singgah dahulu di kedai Travel & Express untuk menempah ‘service taxi’ untuk ke Lapangan Terbang Pafos pada petang nanti. Namun, dengan tidak semena-mena, aku telah dimarahi oleh wanita yang bertugas di situ. Aku seolah-olah seperti mengganggu kerjanya. Dia lalu menyerahkan sekeping kad bisnes Travel & Express & menyuruh aku menelefon nombor yang tertera pada kad itu untuk membuat tempahan. Aku berasa pelik. Aku kemudiannya kembali ke hostel tadi & meminta jasa baik pemilik hostel itu yang merupakan seorang wanita yang sangat baik hati untuk menelefon ‘service taxi’ bagi pihak aku. Selepas selesai semuanya, aku pun mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada wanita itu. Dia sebenarnya berasal dari England. Maka tidak hairanlah dia mempunyai loghat British yang begitu pekat apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Setelah itu, aku pun terus menaiki bas untuk ke kawasan Kato Pafos. Tempat pertama yang aku jejaki hari ini ialah Pafos Archaeological Site yang turut dikenali dengan nama New Pafos, yang terletak berhampiran dengan Pafos Harbour. Tapak arkeologi New Pafos ini adalah kota purba Pafos yang telah diasaskan pada kurun ke-4 SM. Kota ini dahulunya dikelilingi oleh tembok pertahanan yang luas. Sewaktu era kegemilangan New Pafos, Cyprus merupakan sebahagian daripada kerajaan Greek pimpinan Ptolemy. Ia adalah ibu kota Cyprus pada waktu itu. Ia kemudiannya mengekalkan kegemilangannya sebagai ibu kota Cyprus di bawah pemerintahan Empayar Rom mulai tahun 58 SM. Bilangan bangunan yang dibina semakin bertambah. Kejadian gempa bumi yang menimpa Pafos pada kurun ke-4 akhirnya menyebabkan kejatuhan kota ini. Salamis kemudiannya dijadikan ibu kota baru Cyprus.

Tapak arkeologi New Pafos ini sehingga kini masih lagi dalam proses kajian. Mozek-mozek yang terdapat di dalam kawasan tapak arkeologi ini adalah antara yang paling berharga di dunia. Selain mozek-mozek tersebut, terdapat juga binaan-binaan lain di dalam kawasan tersebut seperti Agora, Asklipieion, Odeion & Saranta Kolones Fortress. Aku menghabiskan masa lebih daripada sejam melihat kesan-kesan tinggalan di dalam kawasan ini.


Pintu masuk Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Peta Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Antara mozek yang terdapat di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Antara mozek yang terdapat di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Kawasan Agora di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Kawasan Agora di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Kawasan Agora di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Kawasan Agora di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Kawasan Agora di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Kawasan Agora di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Asklipieion di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Odeion di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Odeion di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Odeion di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus


Saranta Kolones Fortress di dalam Pafos Archaeological Site, Pafos, Republic of Cyprus

Setelah penat berjalan di dalam kawasan tapak arkeologi itu, aku akhirnya keluar & menuju ke destinasi yang seterusnya, iaitu The Tombs of The Kings. Aku menaiki bas dari kawasan Kato Pafos untuk ke tempat tersebut yang terletak lebih kurang 2 km dari Kato Pafos. The Tombs of The Kings adalah sebuah kawasan perkuburan di persisiran pantai yang telah wujud sejak kurun ke-4 SM lagi. Kawasan perkuburan yang luas ini pada zaman dahulunya dibina dari semasa ke semasa dengan pengukiran batu-batan yang wujud di sini yang dibentuk menjadi seperti rumah-rumah untuk dijadikan tempat persemadian mayat-mayat. Mereka yang dikuburkan di sini adalah daripada golongan aristocrat & bangsawan tempatan dari kurun ke-4 SM sehinggalah kurun ke-3 M ketika pemerintahan kerajaan Greek & Empayar Rom. Tiada kerabat raja sebenarnya dikebumikan di sini walaupun namanya The Tombs of the Kings. Aku menghabiskan masa lebih kurang sejam di kawasan perkuburan yang luas & tandus ini.


Pintu Masuk The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus


The Tombs of The Kings, Pafos, Republic of Cyprus

Kemudiannya, aku singgah di sebuah restoran berdekatan untuk makan tengah hari. Aku memesan Fish & Chips. Selepas selesai sahaja makan, aku pun kembali ke kawasan hostel aku, iaitu Ktima dengan menaiki bas dari hadapan pintu masuk The Tombs of the Kings. Setibanya aku di hostel, aku terus mengemas barang-barang aku & kemudiannya menunggu ketibaan 'service taxi' di hadapan hostel itu. 'Service taxi' yang dinantikan tiba tepat pada waktunya, iaitu 4.30 petang, seperti yang telah dijanjikan. Aku terkejut melihat pemandunya. Pemandu yang sama menghantar aku ke hostel ini semalam. Pemandu yang memarahi aku itu. Hahaha. Dia tersenyum sahaja melihat aku. Aku pun membalas senyumannya dengan sinis. Dia kemudiannya pun membawa aku ke Lapangan Terbang Pafos. Aku adalah satu-satunya penumpang pada waktu itu. Segan pula rasanya. Hahaha. Kami berdua senyap sahaja memandangkan pemandu itu tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Apabila tiba sahaja di Lapangan Terbang Pafos, aku menunggu sehingga kaunter pendaftaran masuk dibuka. Sementara menunggu, aku bergambar dahulu di kawasan luar lapangan terbang tersebut yang agak cantik kawasannya. Apabila kaunter pendaftaran masuk sudah dibuka, aku pun terus mendaftar masuk. Kemudian, aku melalui kaunter imigresen. Mujurlah tiada apa-apa masalah timbul kali ini. Alhamdulillah. Setelah itu, aku melalui pula zon pemeriksaan sekuriti. Selepas itu, barulah aku menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Tidak berapa lama selepas menunggu, para penumpang pun dijemput masuk ke dalam pesawat. Lebih kurang pukul 10.20 malam, pesawat EasyJet yang aku naiki pun berlepas meninggalkan Pafos menuju ke London. Perjalanan mengambil masa selama 4¾ jam.


Lapangan Terbang Pafos, Pafos, Republic of Cyprus


Lapangan Terbang Pafos, Pafos, Republic of Cyprus

Hari 7: 12 MEI 2009

Lebih kurang pukul 1.05 pagi waktu tempatan United Kingdom, aku pun tiba di Lapangan Terbang Gatwick, London. Penerbangan Ryanair ke Dublin yang sudah aku tempah dijadualkan akan berlepas pada pukul 9.55 pagi nanti. Oleh itu, aku terpaksa bermalam dahulu di lapangan terbang ini sementara menunggu penerbangan tersebut.

Tepat pukul 8.00 pagi, aku pun terus mendaftar masuk. Setelah melalui zon pemeriksaan sekuriti, aku akhirnya tiba di balai perlepasan. Tidak lama selepas menunggu, para penumpang pun dijemput masuk ke dalam pesawat. Lebih kurang pukul 9.55 pagi, pesawat Ryanair yang dinaiki pun berlepas meninggalkan London menuju ke Dublin. Aku tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Dublin lebih kurang pukul 11.10 pagi.

Pengalaman selama 4 hari di Cyprus merupakan antara pengalaman yang amat berharga bagi diri aku. Terdapat banyak keistimewaan yang terdapat di negara pulau tersebut. Yang paling ketara adalah pembahagian negara itu kepada 2 bahagian, iaitu Republic of Cyprus & Northern Cyprus yang turut membahagi ibu kotanya sendiri, iaitu Nicosia. Di bahagian Republik of Cyprus yang pro-Greece, bendera Greece boleh dikatakan terdapat di mana-mana sahaja. Begitu juga dengan bendera negara Turki di Northern Cyprus yang pro-Turki. Bendera Cyprus sendiri sebenarnya jarang kelihatan. Mereka seolah-olah telah lupa akan kedaulatan tanah air mereka sendiri & lebih menyanjung negara Greece & Turki.

Konflik yang wujud antara penduduk bangsa Greek & Turki di pulau Cyprus ini masih lagi berlarutan sehingga kini. Walau bagaimanapun, usaha pendamaian tetap juga dijalankan, dengan harapan pada suatu hari nanti, Cyprus akan menjadi sebuah negara yang bersatu & tidak berpecah lagi. Cyprus amat kaya dengan kesan tinggalan sejarah kerana pulau ini pernah diperintah oleh beberapa kerajaan & empayar besar seperti Greek, Parsi, Rom & Turki Uthmaniyah. Percampuran kebudayaan & senibina inilah yang menjadikan Cyprus sebuah negara pulau yang unik.

TAMAT. SELEPAS INI, NANTIKAN PULA TRAVELOG BUMI SYAM (JORDAN, SYRIA & LUBNAN). INSYAALLAH AKAN DIPUBLISH ESOK. :)





SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...

CYPRuS: PuLau aPHRoDiTe (BHG VIII) - PaFoS I

>> Saturday, July 24, 2010



Sesampainya aku di Pafos, aku menyebut nama hostel yang telah aku rujuk dalam buku panduan aku kepada pemandu ‘service taxi’ itu. Akan tetapi, dia berhenti di hostel yang lain, bukan di hostel yang aku maksudkan. Aku terpaksa mengulangi menyebut nama hostel yang aku inginkan kepada pemandu 'service taxi' itu. Namun, dengan tidak semena-mena, aku dimarahinya pula. Dia tidak berapa fasih berbahasa Inggeris. Disebabkan itulah aku sukar untuk berkomunikasi dengannya. Akhirnya, setelah membuat satu pusingan, aku pun diturunkan di lokasi hostel yang betul. Aku mengucapkan terima kasih kepada pemandu ‘service taxi’ tadi walaupun dalam hati aku berasa geram dengannya kerana memarahi aku atas kesalahannya sendiri.

Aku kemudiannya mendaftar masuk di hostel tersebut & selepas itu, aku dibawa ke bilik aku. Bilik tersebut teramatlah selesa sekali. Selepas berehat-rehat buat seketika, aku pun menunaikan solat. Seketika kemudian, aku pun keluar untuk menjelajahi kota Pafos. Pafos adalah sebuah kota di pinggiran Laut Mediterranean yang terletak di bahagian barat daya pulau Cyprus. Menurut lagenda penduduk tempatan, Pafos adalah tempat kelahiran dewi cinta & kecantikan Greek yang bernama Aphrodite. Sewaktu era pemerintahan Greek & Empayar Rom, Pafos merupakan ibu kota Cyprus. Disebabkan itulah terdapat banyak tinggalan kedua-dua tamadun tersebut di kota ini. Kota Pafos turut tersenarai dalam ‘UNESCO World Heritage Sites’. Jumlah penduduknya adalah seramai 47,000 orang.


Kedudukan Pafos dalam Peta Cyprus

Menurut sumber sejarah, Pafos telah menjadi penempatan manusia sejak Zaman Neolitik lagi. Ia kemudiannya diduduki oleh orang-orang Greek yang memuja Aphrodite yang merupakan dewi cinta & kecantikan mereka. Sewaktu berada di bawah pemerintahan kerajaan Greek yang ditadbir oleh Ptolemy yang berpusat di Alexandria, Mesir, Pafos mula dijadikan ibu kota Cyprus. Kegemilangannya kemudian disambung sewaktu berada di bawah pemerintahan Empayar Rom pula. Walau bagaimanapun, selepas kota Salamis, Nicosia & Larnaka mula dibuka, Pafos mulai hilang kepentingannya. Bandar & pelabuhannya kemudiannya semakin hilang pengaruh sewaktu berada di bawah pemerintahan kerajaan Dinasti Lusignon, Empayar Turki Uthmaniyah & Empayar British.

Walau bagaimanapun, Pafos kemudiannya dibangunkan semula pada tahun 1974 melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan Republic of Cyprus. Pembinaan Lapangan Terbang Pafos & juga hotel-hotel ternama di kota ini sedikit sebanyak telah membantu menaikkan semula namanya. Ia kini merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di Cyprus.

Pafos dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu Kato Pafos yang terletak di pinggiran laut & Ktima yang terletak di pedalaman. Di Kato Pafos terdapat pelabuhan, hotel-hotel mewah & pusat-pusat hiburan yang menjadi tumpuan utama pelancong di Pafos. Sementara Ktima pula adalah kawasan perumahan penduduk tempatan.

Hostel yang aku duduki terletak di kawasan Ktima. Untuk ke Kato Pafos yang menjadi tumpuan utama pelancong, aku perlu menaiki bas. Bas tersebut berhenti di Pafos Harbour yang menjadi lokasi pertama yang aku kunjungi di kota ini. Di sekitar Pafos Harbor ini terdapat marina, restoran-restoran mewah & juga salah satu mercu tanda utama kota ini, iaitu Pafos Castle. Pafos Castle terletak di penghujung pelabuhan tersebut. Ia pada mulanya dibina oleh Empayar Byzantine yang berfungsi sebagai kubu pertahanan untuk melindungi pelabuhan tersebut. Kemudian, Pafos Castle dibina semula oleh kerajaan Dinasti Lusignan pada kurun ke-13 selepas kejadian gempa bumi yang telah menghancurkan kubu tersebut pada tahun 1222.

Apabila berada di bawah pemerintahan Republic Venice, Pafos Castle telah dirobohkan. Ianya kemudian dibina semula & diperkuatkan selepas kedatangan tentera Empayar Turki Uthmaniyah ke Cyprus. Sepanjang ia berdiri di Pafos Harbour, Pafos Castle ini telah mempunyai pelbagai fungsi. Selain daripada kubu pertahanan, ia juga digunakan sebagai penjara & juga gudang penyimpanan garam sewaktu di bawah pemerintahan British. Aku berkesempatan untuk masuk ke dalam Pafos Castle & naik ke puncaknya. Dari atas puncak kubu tersebut, aku dapat melihat panorama Pafos Harbour yang amat indah sekali.


Panorama di Pafos Harbour, Pafos, Republic of Cyprus


Pafos Castle, Pafos, Republic of Cyprus


Pafos Castle, Pafos, Republic of Cyprus


Panorama Pafos Harbour dari atas Pafos Castle, Pafos, Republic of Cyprus

Setelah itu, aku berjalan-jalan di persisiran pantai, sekadar untuk mengambil angin sambil menenangkan fikiran. Persisiran pantai Pafos teramatlah menenangkan. Pantainya tidak berpasir, tetapi berbatu. Itu adalah keunikannya. Selepas itu, aku menuju ke kawasan Ktima dengan berjalan kaki. Di kawasan ini terdapat tapak Hrysopolitissa Basilica & St Paul’s Pillar. Hrysopolitissa Basilica adalah sebuah basilica yang dibina pada kurun ke-4 yang dikatakan telah dirobohkan oleh orang-orang Arab sewaktu ketibaan mereka di sini pada tahun 653 M. Di atas tapak tersebut pada masa kini masih lagi terdapat beberapa batang tiang basilica itu yang masih teguh berdiri & mozek-mozek yang terdapat pada lantainya masih lagi kelihatan. Di satu bahagian, terdapat sebatang tiang yang diberi nama St Paul’s Pillar, di mana St Paul dikatakan telah diikat & diseksa. Berhampiran dengan tapak tersebut, terdapat sebuah gereja kecil yang dibina beberapa ketika selepas basilica itu dirobohkan.


Persisiran Pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran Pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran Pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran Pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran Pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Tapak Hrysopolitissa Basilica, Pafos, Republic of Cyprus


Tapak Hrysopolitissa Basilica, Pafos, Republic of Cyprus


St Paul’s Pillar, Pafos, Republic of Cyprus

Waktu senja semakin hampir. Aku lalu berjalan kembali ke persisiran pantai untuk menikmati panorama waktu senja yang sememangnya amat menakjubkan. Subhanallah. Aku kemudiannya berjalan pula ke restoran MacDonald’s untuk makan malam. Selepas selesai makan, aku kembali semula ke hostel aku dengan berjalan kaki kerana perkhidmatan bas sudah tamat. Jauh juga aku terpaksa berjalan. Hampir 40 minit. Setibanya di hostel, aku terus mandi, solat & kemudian, melelapkan mata.


Persisiran pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran pantai, Pafos, Republic of Cyprus


Persisiran pantai, Pafos, Republic of Cyprus

Bersambung...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP