Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG X)

>> Sunday, August 23, 2009



Hari 5: 8 DISEMBER 2007

Hari ini adalah hari kedua aku di bumi Rabat. Destinasi pertama aku pada hari ini adalah Chellah Necropolis. Selepas bersiap-siap, aku pun bergerak menuju ke destinasi tujuan dengan berjalan kaki. Jarak tempat tersebut agak jauh dari hostel penginapan aku. Chellah Necropolis ini adalah runtuhan sebuah kompleks kota Rom & merupakan tempat penempatan terawal di muara Sungai Regreg. Kota ini ditinggalkan tidak berpenghuni mulai tahun 1154 kerana munculnya sebuah kota baru berhampirannya, iaitu Sale. Kerajaan Dinasti Almohad mengabaikan kota ini. Hanya sewaktu pemerintahan sultan-sultan Dinasti Merinid pada kurun ke-14, kota ini digunakan semula dengan pembinaan pelbagai monumen, termasuk masjid, sekolah, makam & sebagainya. Abu al-Hassan adalah sultan yang bertanggung jawab membina benteng pertahanan di sekeliling kota ini & ianya masih kukuh sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, kota ini sekali lagi ditinggalkan selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1755. Makam-makam sultan Dinasti Merinid yang ada di dalam runtuhan kota ini adalah Abu Yakub Yusuf, Abu Thabit, Abu al-Hassan. Berhampiran dengan Chellah Necropolis, terdapat sebuah pintu gerbang besar yang bernama Bab Zaer yang dibina sewaktu era pemerintahan Almohad.


Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Pintu masuk Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Runtuhan masjid di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Runtuhan masjid di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Khazanah peninggalan Rom di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco


Berhampiran Chellah Necropolis, Rabat, Morocco

Chellah Necropolis adalah destinasi terakhir aku di Rabat. Selepas puas bergambar di dalam Chellah Necropolis, aku menuju ke Avenue Muhammad V untuk bersiar-siar. Lebih kurang pukul 4.30 petang, aku pun kembali semula ke hostel untuk berkemas-kemas. Tepat pukul 5.45 petang nanti, aku akan menaiki keretapi ke destinasi aku yang seterusnya di negara Morocco, iaitu Tangier. Lebih kurang pukul 5.15 petang, aku pun bergerak menuju ke stesen keretapi Rabat Ville untuk menunggu ketibaan keretapi.

Sedang aku menunggu berseorangan, tiba-tiba seorang lelaki remaja berusia belasan tahun menegur aku dalam Bahasa Arab. Aku kemudian memberitahunya yang aku tidak boleh berbahasa Arab. Dia kemudian mengulangi soalannya di dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dia ingin bertanyakan waktu. Aku pun memberitahunya yang waktu sekarang adalah pukul 5.30 petang. Dia kemudiannya mengajak aku untuk berbual-bual. Fasih benar Bahasa Inggerisnya. Belum lagi aku menjumpai orang Morocco yang boleh berbahasa Inggeris sefasihnya. Pelbagai soalan ditanya tentang negara Malaysia & tentang Bahasa Melayu. Dia nampak sungguh-sungguh berminat untuk mendalami kedua-dua perkara tersebut. Dia meminta aku menterjemah pelbagai perkataan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Dia agak terkejut kerana kebanyakan perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu sama seperti Bahasa Arab. Hahah. Itu sememangnya benar. Banyak perkataan-perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Arab sejak pengislaman Empayar Melaka pada kurun ke-15 dahulu.

Satu soalan daripadanya yang benar-benar mengejutkan aku adalah apabila dia bertanya adakah aku mempraktiskan ajaran Islam. Aku menjawab ya. Kemudian dia berkata yang dia mengaku bahawa dia beragama Islam, tetapi dia tertarik dengan ajaran Kristian & dia mengatakan mungkin ajaran Kristian itu benar. Selepas itu dia bertanya kepada aku, adakah aku benar-benar memahami ajaran Islam & juga isi kandungan al-Quran kerana aku tidak boleh berbahasa Arab, sedangkan isi kandungan al-Quran itu adalah dalam Bahasa Arab. Lidah aku agak kelu untuk berkata-kata kerana aku belum pernah berhadapan dengan kes sebegini. Aku hanya memberitahunya bahawa aku hanya mengamalkan apa yang aku belajar daripada pembelajaran di sekolah, di majlis-majlis agama & juga melalui pembacaan & aku tidak layak untuk berkata lebih-lebih kerana ilmu yang aku ada tidaklah sehebat ahli-ahli ulamak untuk berhujah dengannya. Itu sahaja yang aku mampu katakan. Kalau hendak diikutkan hati, hendak sahaja aku berdebat dengannya. Akan tetapi, faktor masa menjadi masalahnya. Keretapi yang aku tunggu akan tiba 5 minit sahaja lagi & lelaki itu pula tidak menuju ke destinasi yang sama.

Beberapa minit kemudian, keretapi yang aku nantikan pun tiba. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki remaja tadi & berterima kasih kepadanya kerana telah mengisi masa aku dengan perbualan yang menarik. Aku juga memujinya kerana kefasihan Bahasa Inggerisnya. Dia mengucapkan terima kasih & selamat jalan kepada aku. Entah bilalah lagi aku akan menjumpai seseorang yang seperti itu. Hahaha. Perjalanan untuk ke Tangier dari Rabat mengambil masa lebih kurang 4¾ jam. Di dalam keretapi itu, aku memikirkan apa hujah-hujah yang boleh & perlu aku akan katakan kepada lelaki remaja tadi jikalau aku diberi kesempatan masa yang panjang. Hmmmm. Pengalaman bersama lelaki tadi sedikit sebanyak telah menginsafkan aku. Aku perlu mendalami Islam dengan lebih mendalam lagi bagi menyediakan diri aku untuk menghadapi situasi seperti yang aku lalui tadi. Sesungguhnya, ilmu agama tak akan pernah habis untuk dipelajari.

Aku tiba di stesen keretapi Tangier Ville pada pukul 10.30 malam. Sesampainya aku di situ, aku menaiki teksi untuk ke hostel yang aku sudah rujuk di dalam buku panduan. Malangnya, hostel tersebut sudah penuh. Mujurlah ada hostel berdekatan yang masih kosong. Selepas mendaftar masuk, aku pun terus masuk ke bilik untuk mandi, solat & kemudiannya melelapkan mata.

Bersambung...

p/s: Hari ni adalah hari pertama puasa Ramadhan tahun 1430 Hijrah & juga hari pertama aku berpuasa Ramadhan di Malaysia selepas 7 tahun berpuasa di Ireland. Hampir lupa macam mana perasaannya berpuasa di Malaysia. Hehehe. Happy sgt2 sbb dapat berpuasa penuh kat Malaysia tahun ni. :)

Read more...

SaLaM RaMaDHaN 1430H

>> Friday, August 21, 2009



Assalamualaikum.. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1430H kepada semua pembaca2 blog yang beragama Islam. Selamat menjalani ibadah puasa mulai hari ini (Jumaat) bagi mereka yang di Ireland & mulai esok (Sabtu) bagi mereka yang di Malaysia. Banyak2kan ibadah2 yang lain juga. Semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Dan semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua...

p/s: Aku sekarang ni tgh seronok menonton 2 buah drama bersiri baru yg ditayangkan kat Astro Oasis sempena bulan Ramadhan, iaitu QAMAR BANI HASHIM & CINTA SEMPURNA. QAMAR BANI HASHIM yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 6.00-7.00 ptg & 2.00-3.00 ptg (ulangan) adalah drama bersiri Bahasa Arab & bersarikata Bahasa Melayu yg menceritakan ttg kisah sejarah Rasulullah SAW. CINTA SEMPURNA yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 3.00-3.30 ptg & 10.00-10.30 mlm (ulangan) pulak adalah drama bersiri Melayu yg menceritakan ttg usaha sepasang suami isteri yg cuba utk mengembalikan anak lelaki & anak perempuan mereka yg tinggal bertahun2 di London ke jalan Islam yg benar. Cerita asal drama bersiri CINTA SEMPURNA ini adalah hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. So, selamat menonton.. :)

Read more...

MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG IX)

>> Thursday, August 20, 2009



Selepas melihat-lihat kompleks istana Darul Makhzan dari luar, aku pun meneruskan perjalanan aku ke Sunna Mosque yang terletak tidak jauh dari situ. Masjid ini dibina pada kurun ke-18 oleh sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Sidi Muhammad ibn Abdullah. Ianya adalah salah sebuah masjid yang terpenting di kota Rabat. Selepas bergambar di hadapan Sunna Mosque, aku meneruskan langkah ke Andalusian Wall, tembok pertahanan yang agak panjang jaraknya, iaitu sejauh 1,500 meter, dari Bab Ahad hinggalah ke Small Fort of Sidi Makhlouf. Tembok ini dibina oleh pelarian-pelarian Islam dari Andalusia selepas mereka dihalau oleh Raja & Permaisuri Sepanyol sewaktu era Inquisicion. Bab Ahad yang terletak di penghujung Andalusian Wall adalah salah satu senibina Almohad yang mengagumkan. Ianya adalah antara pintu masuk utama ke medina. Pintu gerbang ini dibina pada tahun 1814 sewaktu era pemerintahan Moulay Sliman.


Sunna Mosque, Rabat, Morocco


Andalusian Wall, Rabat, Morocco


Andalusian Wall, Rabat, Morocco


Berhampiran Bab Ahad, Rabat, Morocco


Bab Ahad, Rabat, Morocco


Bab Ahad, Rabat, Morocco


Berhampiran Bab Ahad, Rabat, Morocco

Aku seterusnya masuk ke dalam kawasan medina yang merupakan sebuah kota lama di mana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Untuk berjalan di dalam medina ini, aku memerlukan kepakaran membaca peta. Jikalau tidak, pasti sesat. Dengan berpandukan peta di dalam buku panduan, aku berjaya merentasi medina ini untuk ke tempat yang seterusnya, iaitu Oudaia Kasbah, sebuah kawasan kecil yang dikelilingi oleh City Walls. City Walls yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini adalah tembok pertahanan yang dibina oleh kerajaan Dinasti Almohad pada kurun ke-12 & telah diperbaiki semula pada kurun ke-17 & ke-18 oleh pelarian-pelarian dari Andalusia & seterusnya oleh kerajaan Dinasti Alaowiyah. Pintu masuk ke Oudaia Kasbah ini adalah sebuah pintu gerbang yang bernama Bab Oudaia yang merupakan satu lagi senibina terulung Dinasti Almohad. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Pada masa kini, pintu gerbang ini berfungsi sebagai muzium pameran. Di dalam Oudaia Kasbah ini terdapat pelbagai tarikan seperti Andalusian Garden & Al-Atika Mosque.


Medina, Rabat, Morocco


Medina, Rabat, Morocco


City Walls, Rabat, Morocco


Bab Oudaia, Rabat, Morocco

Selepas puas bergambar di kawasan Oudaia Kasbah, aku meneruskan pengembaraan aku ke sebuah kompleks di mana terdapatnya Makam Muhammad V & Hassan Tower. Kompleks ini agak jauh dari Oudaia Kasbah. Hampir 30 minit berjalan kaki. Pada waktu ini waktu Zuhur sudah pun masuk & hari ini adalah hari Jumaat. Disebabkan aku adalah musafir, aku mengambil keputusan untuk menjamakkan sahaja solat Zuhur & Asar. Setibanya aku di kompleks tersebut, para jemaah solat Jumaat sudah pun beredar dari masjid yang terdapat di dalam kompleks itu. Aku lalu masuk ke dalam masjid itu untuk menunaikan solat jamak. Kemudian, baru aku keluar untuk menikmati khazanah yang terdapat di kompleks ini.

Hassan Tower adalah sebuah menara azan kepada masjid yang tidak siap dibina. Menara azan itu sendiri tidak siap dibina sebenarnya. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1195 sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Baginda bercadang ingin membina masjid yang terbesar di Hemisfera Barat bagi mengalahkan Masjid di Cordoba yang pada waktu itu adalah masjid yang terbesar di Hemisfera Barat. Baginda juga ingin membina menara azan yang tertinggi di dunia, mengalahkan menara azan Giralda di Seville yang pada waktu itu adalah menara azan yang tertinggi di dunia. Malangnya, baginda mangkat pada tahun 1199. Ini menyebabkan operasi pembinaan masjid & menara azan ini terhenti. Menara azan yang sepatutnya dibina dengan ketinggian 86 meter, hanya berjaya dibina setinggi 44 meter sahaja.

Bahagian lain masjid juga hanya berjaya disiapkan sedikit sahaja, iaitu hanya 200 batang tiang berjaya didirikan. Kejadian gempa bumi yang berlaku di sini pada tahun 1755 mengakibatkan kerosakan yang agak teruk. Hassan Tower adalah antara simbol terpenting bagi bandar Rabat. Di kawasan inilah Solat Jumaat pertama diadakan selepas kemerdekaan Morocco daripada Perancis dengan berimamkan Sultan Morocco sendiri, iaitu Muhammad V. Kawasan ini kini merupakan salah satu daripada ‘UNESCO World Heritage Sites’.


Hassan Tower, Rabat, Morocco


Hassan Tower, Rabat, Morocco


Hassan Tower, Rabat, Morocco


Hassan Tower, Rabat, Morocco

Selain Hassan Tower & runtuhan masjid yang tidak siap sepenuhnya itu, terdapat juga Mausoleum Muhammad V di dalam kompleks ini. Selain makam Muhammad V, Bapa Kemerdekaan Morocco, terdapat juga makam anak-anaknya di dalam mausoleum ini, iaitu Hassan II & Abdullah. Bangunan mausoleum ini adalah antara senibina Alaowiyah yang termasyhur yang siap sepenuhnya pada tahun 1971 sewaktu era pemerintahan Hassan II. Bersebelahan dengan mausoleum ini terletak masjid di mana aku menunaikan solat tadi. Selepas puas bergambar di dalam kompleks ini, aku pun kembali semula ke hostel untuk berehat-rehat. Aku tidak ke mana-mana malam ini kerana kepenatan.


Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco


Mausoleum Muhammad V & masjid, Rabat, Morocco


Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco


Ruang dalaman Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco


Ruang dalaman Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco

Bersambung...

p/s: Aku sekarang ni tgh seronok menonton 2 buah drama bersiri baru yg ditayangkan kat Astro Oasis sempena bulan Ramadhan, iaitu QAMAR BANI HASHIM & CINTA SEMPURNA. QAMAR BANI HASHIM yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 6.00-7.00 ptg & 2.00-3.00 ptg (ulangan) adalah drama bersiri Bahasa Arab & bersarikata Bahasa Melayu yg menceritakan ttg kisah sejarah Rasulullah SAW. CINTA SEMPURNA yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 3.00-3.30 ptg & 10.00-10.30 mlm (ulangan) pulak adalah drama bersiri Melayu yg menceritakan ttg usaha sepasang suami isteri yg cuba utk mengembalikan anak lelaki & anak perempuan mereka yg tinggal bertahun2 di London ke jalan Islam yg benar. Cerita asal drama bersiri CINTA SEMPURNA ini adalah hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. So, selamat menonton.. :)

Read more...

SeLaMaT MeNYaMBuT RaMaDHaN aL-MuBaRaK

>> Friday, September 05, 2008



Assalamualaikum. First of all, aku nak mintak maaf kpd pengunjung2 blog yg meninggalkan message2 di SHOUTBOX & jugak di entri2 kerana lambat membalas. Aku baru je balik dari Iceland. Saje2 je take a few days off utk keluar dari Ireland, nak rehatkan minda. InsyaAllah aku akan ceritakan experiences aku di bumi Iceland yg penuh dengan misteri, keajaiban & keindahan ciptaan Allah yg jarang dijumpai di tempat2 lain di muka bumi. Tapi, bukanlah dalam masa terdekat kerana aku masih ada hal penting yg perlu diselesaikan. Iceland is indeed one of the best countries I've visited so far. Tak menyesal aku menjejakkan aku di sana walaupun harga2 barang di sana super mahal.

Aku harap aku masih tidak terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua pengunjung2 yg beragama Islam. Diharapkan bulan Ramadhan kali ini akan dapat kita penuhi dgn ibadat2 kpd yg Maha Esa & semoga kita semua mendapat keredhaan daripada-Nya. Sambutan bulan Ramadhan di Dublin tahun ini tidak jauh bezanya dengan tahun2 sebelum ini. Bagi mereka yg tinggal berdekatan dgn Dublin Mosque, juadah buka puasa sudah tentunya nasi minyak berlaukkan ayam tandoori yg dihidangkan secara percuma. InsyaAllah, bulan Ramadhan tahun ini akan menjadi bulan Ramadhan terakhir bagi aku di bumi Dublin, Ireland.

p/s: Di bawah ini, aku turut selitkan beberapa keping gambar yg aku ambil sewaktu berada di bumi ICELAND. Sila klik utk besarkan gambar.



Kedudukan Iceland dalam peta Europe


Viking Ship Sculpture, Reykjavik, Iceland


Lake Tjörnin, Reykjavik, Iceland


Feeding the seagulls at Lake Tjörnin, Reykjavik, Iceland


A Waterfall in Iceland


Natural Hot Springs at Geysir, Iceland


The Erupting Hot Spring at Geysir, Iceland


Þingvellir National Park, Iceland


Beautiful landscape, Iceland


In the middle of nowhere in Iceland


The amazing Snæfellsjökull Mountain in Iceland (a dead Volcano which is the setting place of Jules Verne's Journey To The Center Of The Earth Novel)


Near the Snæfellsjökull Mountain in Iceland


Beautiful cliffs along the Atlantic Ocean's coast in Iceland


Beautiful cliffs along the Atlantic Ocean's coast in Iceland


With Icelandic Horses


Amazing view near the Snæfellsjökull Mountain in Iceland, Subhanallah


Atlantic Ocean's coast in Iceland


An amazing landscape near Reykjavik, Iceland


At Blue Lagoon (a geothermal spa) near Reykjavik, Iceland


At Blue Lagoon (a geothermal spa) near Reykjavik, Iceland

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP