BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXXII/aKHiR) - ePiLoGue
>> Monday, March 01, 2010
Untuk mengikuti kisah pengembaraan aku yang seterusnya di rantau Balkan, iaitu di Istanbul, Turki, sila dapatkan buku "TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH" yang akan berada di pasaran pada bulan ini. InsyaAllah buku tersebut yang diterbitkan oleh syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan turut dipromosikan di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (19-28 MAC 2010) di PWTC. Syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan menggunakan booth G03 di DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku tersebut. Ianya memuatkan kisah pengembaraan aku selama 13 hari di bumi Turki. 10 hari sewaktu Musim Panas tahun 2006 & 3 hari lagi sewaktu Musim Panas tahun 2008, iaitu sambungan kepada travelog rantau Balkan ini.
EPILOG
Seperti yang telah aku katakan di bahagian awal travelog 'Balkan: Jambatan Antara Islam & Eropah' ini, pengembaraan aku di rantau Balkan adalah pengembaraan solo yang paling lama dalam sejarah hidup aku. Belum pernah lagi aku mengembara seorang diri selama tempoh masa sepanjang 18 hari seorang diri tanpa teman. Oleh itu, sudah tentulah bermacam-macam pengalaman pahit & manis yang telah aku tempuh dalam pengembaraan aku menjejakkan kaki ke 7 buah negara di rantau tersebut, iaitu Croatia, Bosnia & Herzegovina, Slovenia, Romania, Bulgaria, Macedonia & Turki. Sukar untuk diceritakan kesemuanya. Aku cuma mampu menceritakan yang penting-penting sahaja. Walau apa pun, pengalaman selama 18 hari di rantau Balkan ini sudah pastinya akan terpahat dalam ingatan aku buat selama-lamanya.
Rantau Balkan sememangnya merupakan satu rantau yang penuh dengan kesan sejarah & juga keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Yang menjadikan rantau ini unik & lain daripada yang lain adalah kerana lokasinya yang terletak di antara Asia Barat & Eropah, yang secara tidak langsung melayakkannya digelar sebagai Jambatan Antara Islam & Eropah. Oleh itu, aku menyeru pembaca-pembaca blog ini supaya meluangkan masa & wang untuk berkunjung ke rantau Balkan ini. Terlalu banyak rahsia yang tersimpan di sini yang hanya mampu diterokai oleh mereka yang memijakkan kaki sendiri ke sini.
Dengan ini, tamatlah sudah travelog aku di rantau Balkan. Semoga hasil penulisan aku ini sedikit sebanyak dapat membuka minda para pembaca mengenai rantau yang istimewa ini. Sekian, terima kasih.
TAMAT.
Selepas ini, nantikan pula travelog yang seterusnya, iaitu travelog di ICELAND: BUMI VIKING.

10 buah komen:
Baru belajar
utk membaca di sini..
Jauh perjalanan..
Banyak cerita..
P/s:Sy cerita banyak tapi tak berjalan.. Maybe tak bape best..
hehehe
waahhh... buku travelog start dgn turki ya..
salam saudara..
wah menarik perjalanan hidup saudara..moga mendapat ilmu yang berguna untuk di kongsi sesama kita di kemudian hari..tahniah dari saya..rupanya penulis saudara kita ni yek? he he..
^_^ seronok jalan2
best2..perkongsian yg menarik..kat malaysia dah ade buku nye??
missgee:
thanx sudi lawat my blog.. slalu2 laa datang sini ye.. alaa.. insyaAllah satu hari nanti, awak ada peluang jalan2 jugak
Mulan:
yup.. start dgn turki
zulkbo:
wsalam.. heheh.. thanx for the compliment
ardinihumaira:
thanx
izzat ibrahim:
thanx.. buku insyaAllah dalam masa beberapa hari lagi keluar laa dia..
loh...
kembare sorang2...
nanti leh bawak saye(ape yang aku merepek nih)
kalo cakap pasai turki teringat kisah kamal artartuk(tak pasti betuk ke tak ejaan dier)
salam! bro jhazkitaro!
terima kasih singgah kat blog aye yang baru nak idup tu! hehe..
singgah lah lagi. kongsi2 idea2 bermanfaat. InsyaAllah.
Syok nye jalan2 dan mengembara di sini.
sebaiknya ia akan menjadi panduan tuk adik2 macam aye ni mana tau, satu hari, dapat peluang belajar kat Ireland ke...InsyaAllah. sedang menanti berita baik. Hehe..
cam kenal muka bro la!
owh! aye ingat! aye tgk kat majalah Fokus SPM! bulan brpe xigt lak..tpi, mmg kat majalah tu..kolum dari kampus ke kampus rasenye..cayalah anak Melayu..menjadi contoh kepada anak2 bangsa luar sane..:-)
Post a Comment