TeRuS TeRaNG..
>> Thursday, March 25, 2010
OK. Aku baru je menerima satu komen daripada seorang yang menggunakan nama ANONYMOUS (Tolong la letak nama sendiri. Nak takut ape??) dalam entri "Terima Kasih Semua". Komennya berbunyi mcm ni:
Salam kenalan. Bagus jhaz menceritakan pengalaman dlm blog ni dan juga sbg buku. Tahniah! Kesian juga kat jhaz kerana terpaksa extend pengajian 2 tahun.
Saya ingin bertanya sedikit. Adakah dgn jhaz pergi berjalan ini ada hubung kait dgn pelajaran jhaz? Sbb tgk jhaz telah byk menjelajah bumi tuhan ni, mungkin terlupa sbb utama jhaz di beri biasiswa dan ke bumi orang?
Salam
OK. First of all. Terima kasih banyak2 aku ucapkan buat ANONYMOUS atas compliment & simpati yang diberi. Aku benar2 berasa terharu. Dan bagi menjawab persoalannya yang mungkin juga turut menjadi persoalan pembaca2 lain, terus terang aku katakan hobi mengembara aku ni takde kena mengena sedikit pun dgn keterpaksaan aku utk extend pengajian selama 2 tahun. Waktu belajar aku belajar. Waktu cuti aku mengembara. Aku tak pernah mencampur adukkan kedua-duanya. Dan aku jugak tak pernah lupa tujuan sebenar aku diberi biasiswa & dihantar ke bumi Ireland. Untuk mendapatkan segulung ijazah utk dibawa pulang ke tanah air. Itu adalah matlamat utama aku dari dulu sehinggalah kini.
Agak banyak kali jugak sebenarnya aku menerima komen2 sebegini. Sebelum ni aku berdiam diri saje. Tapi kali ni, aku dah tak boleh tahan lagi. Aku harap entri ni dapat menjernihkan pandangan2 mereka yg keruh.
Maaf jikalau aku agak emosional dalam entri ini. Mungkin sbb tekanan exam yang semakin hampir. Apa2 pun, aku harap si ANONYMOUS mendapat jawapan yang diingininya. Terima kasih atas persoalan yg ditimbulkan. Mungkin ianya hanya bersifat teguran & peringatan semata2.. :)
Salam kenalan. Bagus jhaz menceritakan pengalaman dlm blog ni dan juga sbg buku. Tahniah! Kesian juga kat jhaz kerana terpaksa extend pengajian 2 tahun.
Saya ingin bertanya sedikit. Adakah dgn jhaz pergi berjalan ini ada hubung kait dgn pelajaran jhaz? Sbb tgk jhaz telah byk menjelajah bumi tuhan ni, mungkin terlupa sbb utama jhaz di beri biasiswa dan ke bumi orang?
Salam
OK. First of all. Terima kasih banyak2 aku ucapkan buat ANONYMOUS atas compliment & simpati yang diberi. Aku benar2 berasa terharu. Dan bagi menjawab persoalannya yang mungkin juga turut menjadi persoalan pembaca2 lain, terus terang aku katakan hobi mengembara aku ni takde kena mengena sedikit pun dgn keterpaksaan aku utk extend pengajian selama 2 tahun. Waktu belajar aku belajar. Waktu cuti aku mengembara. Aku tak pernah mencampur adukkan kedua-duanya. Dan aku jugak tak pernah lupa tujuan sebenar aku diberi biasiswa & dihantar ke bumi Ireland. Untuk mendapatkan segulung ijazah utk dibawa pulang ke tanah air. Itu adalah matlamat utama aku dari dulu sehinggalah kini.
Agak banyak kali jugak sebenarnya aku menerima komen2 sebegini. Sebelum ni aku berdiam diri saje. Tapi kali ni, aku dah tak boleh tahan lagi. Aku harap entri ni dapat menjernihkan pandangan2 mereka yg keruh.
Maaf jikalau aku agak emosional dalam entri ini. Mungkin sbb tekanan exam yang semakin hampir. Apa2 pun, aku harap si ANONYMOUS mendapat jawapan yang diingininya. Terima kasih atas persoalan yg ditimbulkan. Mungkin ianya hanya bersifat teguran & peringatan semata2.. :)
42 buah komen:
Salam anakanda
Moga bahagia dan aman dari gangguan.
susah nak puaskan ati seme org..yg pntg Allah tau niat kita..
buat aje la pe2 pun aslkan xbcanggah syarak & tak ganggu pelajaran. sukati lah apa org nak pikir
peringatan sekali-sekala tu penting jugak bro... take it easy...
Salam Jhaz..yang penting nawaitu jhaz..persetankan apa orang nak kata...
Yakinlah pada diri sendiri. Janga terlalu memikirkan suara sumbang itu.
salam jhaz..usah diserabutkan fikiran jhaz dengan kata2 negatif tu..sebab bukan senang nak memuaskan semua orang. apa yg penting Tuhan tahu apa yg jhaz buat.semoga jhaz tabah n dapat kembali ketanah air dengan segulung ijazah n berkhidmat kepada bangsa nanti.
hehe.. dia melihat engkau melalui blog sahaja agaknya, dan terus sergah.
mungkin lepas ni engkau kena tulis semua aktiviti, kerja, fikiran kau setiap hari dalam blog ini. hahah..
takpe la, dia nak fikir negatif pasal aktiviti engkau di sana. engkau ambik positif je la. reminder.
k chaiyok!
salam jhaz,
good luck for final exam. harapnya mmg final kali ni ya! insya allah akan berjaya...
mungkin sbb hg cerita hg scholar jpa kot? x kisah la, janji niat kita betul.
hang mebe igt lagi aku kot? aku pun kat trinity dulu, tapi grad lama dah la 2004. aku baik dgn shiraz/kojek suma. hg batch depa kan?
congrats sbb release buku travelogue tu. nanti aku try carik kat mesia.
off topic: abg ben pun ada di sini? hehehe
hye dtg singgah.... ;)
hmm...biasa la nama pun ANOY..abaikan jer la si anoy ni..pengcut sebenarnya..hnya tahu nk menghentam org.. (^_^)
Salam...
Telah lama saya ikuti dan minati blog saudara, walau tidak mengenali secara peribadi, apatah lagi bersua muka...
Saya doakan saudara lulus kali ini..amin..
Marah sangat ni ha..terus bagi gambar nuklear :)
Salam ziarah.
Bila baca entry ni,rasa tak tergelak pun ada.Bukan apa...sebab lebih kurang sama mcm saya juga la masalah kita ni.hehehe
Semoga selamat walaupun dimana-mana saudara berada.Kita mencari redha Allah,bukan redha manusia.Asalkan kita laksanakan amanah kita kpd Tuhan jua sesama manusia~ =)
Khas utk si anonymous kat atas nih - Ko kalo ikhlas nak tegur org pun jgnlah jadi bacul. Dahlah nama pun tak reti nak letak...inikan pulak nak letak url ko.. coward BIN chicken betul!
Skrg apa ko rasa bila ada org kata camni kat ko??
Maaf, saya sebenarnya tak suka nak berkata dgn kasar especially pd org yg saya tak kenal. Tapi utk bg org2 mcm ko faham, rasanya ini jer caranya! Semua org/blogger boleh accept teguran kalo ia dilakukan dgn cara yg betul. Faham!!
p/s: sori jhaz..
Salam Jhaz,
Hye b4 this i'm just a silent reader..but then bila terbaca entry ni rasa macam serupa jer..
Apa2 pun stay cool & calm..moga kite2 semua yang senasib nie dijauhi sifat2 seperti si anonymous tersebut..chill dude!
Go0d Luck for Us!
salam saudara~
bykkan bersabar... macam ni ar dunia.. ada byk ragam manusia,setiap sorang ada perwatakan yg berbeza2..
kita memang tak mampu nak puaskan hati manusia.. biar ar.. biar semua tu.. jgn ambil kisah sangat..
(^_^) smile...
agak-agak kalau mamat ni aku siku best jugak brader jhaz. keh3
err saya org baru..hehe seronok mengembara...peluang tu tak kan datang berkali kali... bukan semua org dapat...
tapi pelajaran jgn lupa..hehe semoga berjaya...
kalau aku la dapat pergi mengembara mcm tu...oh indahnya...
MULUT PUAKA! Kalo x tau apa2 jgn cakap.. Thats my opinion... Keep up the good work bro!!! KUATKAN SEMANGAT!!!!
salam..
yang penting niat saudara adalah baik..Allah permudahkan.pedulikan kata2 org.makin dilayan,makin diorg suka mengata kita..banyakkan bersabar..dan gud luck k ;)
salam...
peduli ape org nak cakap..yg penting anda tau niat anda
Bila kita diamanahkan sesuatu, bukan bererti tiada ruang untuk hidup sendiri. Biasiswa bagi saya merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada si penerima. Jatuh bangun dalam bidang akademik pula satu rezeki dan dugaan. Tak semua pelajar punya rezeki yang sama. kalau gagal, itu satu ujian. Tetapi, terus kekal dan berusaha ialah lambang kejayan. Apa pun amanah yang kita terima, kita tetap berhak punya ruang untuk hidup sendiri. Mengembara itu minat dan hobi peribadi. Bodohlah anak Melayu kalau berfikiran sehala dan tidak pandai menyelam sambil minum air. Mengambil peluang itulah bakal membuahkan kejayaan dalam pelbagai bidang. Mungkin si Anonymous itu tidak peka, lihat sendiri di dalam negara.. pelajar yang menerima biasiswa bermewah-mewahan dengan segala benda yang tidak sepatutnya, tetapi hutang bendahari universiti tertunggak. Ini yang sepatutnya ditegur. (sekadar bercakap apa yang tersurat)
Salam* Jhaz,
Baru beli buku ko "Travelog Turki Bumi Khalifah" kat pwtc td. Dapat diskaun lg hehe.. Bangge sungguh aku dgn ko. Blk Msia nanti aku nak belanja ko ngan Una kat restoran "nasi mandhi" lauk kambing, fuyyo..sedap gilerr
*Aku ikuti prkembangan ko w/pon lama x komen. Berhibernasi. Kot.
salam kenal, salam ziarah....
tak ada apa2 nak komen, sbb baru bersua muka [secara virtual]
all the best, selamat berhari minggu
anda tahu siapa diri anda,jangan jadikan ianya halangan dalam mencari identiti.ke arah malaysia yg lebih baik...
oit gi study! exam nak dekat kan?...awat hang asik nak berblog...dh pass exam ko nak travel ke planet marikh pun org x kisah...at the moment tunaikan amanah rakyat...
Salam Doc..
TAK BERNAMA 2 tak ubah macam mamalia pengecut dan snagt rendah yakin diri.
persetankan saja..kalau nk ikut mulut manusia..smpai bila pun kita entah kemana..
pedulikan..masih ramai yang menyokong dan mendoakan anda,'
Semoga berjaya dalam pelajaran...
dan dalam apa jua yang dilakukan...
salam jhaz,
sabar je la apa org nk ckp. Sy yakin Jhaz seorg yg pndai bhgikan masa antara study n cuti. yer lah kalo cuti x jalan2 jumud la kita..
bila jln2 dapat lihat kebesaran Allah, dapat lihat kemajuan Islam, tamadun Islam suma.. sy pon nak mcm tu tp sy bukan lah biasiswa JPA.
huh, lom balik msia, tp dah suh adik tolong belikan buku Travelog tu, nk diskaun hehehe ^^
ok gudluck 4 the final~~
allah yusahhil..amin
semoga dipermudahkan segalanya
insyaALLAH
assalamualaikum...
blog walking.. biasala.. kadang2 cara seseorang menyampaikan pesan/teguran adalah berbeza2... apepon all da best la exam :)
salam.
orang selalu cakap, pelajar medik takde life.
bialah, dia ingat kita ni kene belajar hadap buku 24 jam?
ramai je yang ambil perubatan gagal,
berhenti sekerat jalan, dan repeat.
walaupun mereka tak travel 44 negarapun.
="( bro jhaz saba ye.
sabar je lah ok. mungkin dia jeles sbb tak dapat nak hasilkan produk tersendiri iaitu karya or anything ike that. bab study tu, setiap org ada dugaannya. harap terus tabah dan terus usaha. good luck with ur upcoming exams.
Kalau fail lg this time,baik you balik je ke malaysia.Bagi peluang pada orang lain pulak utk belajar medic.Orang lain yg betul2 akan study dan pass.JPA dah sponsor extra 2 years utk you.Do you realize how much it cost? Dari asyik sponsor you je,baik JPA sponsor budak2 baru.
kalau nak travel tu tak salah tp kenalah beringat bahawa pelajaran kenalah diutamakan dan pass the exam.
Everything is connected!
fail = not focus
not focus = over travel + over blogging
yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran
Taxpayer and najib...
what the hell...
mcm mana u all tau dia tak belaja? bukan ke dia dah explain yang dia travel waktu cuti je.
judgmental and so narrow.
kalau comment tu tak membina ... baik keep it to urself saje lah ok..
taxpayer:
jahatnya mulut kau, kalau dia fail lagi, kalau kerajaan nk sponsor biarla, kjaan bukan senang2 nk sambung sponsorship anyway, so kalau dia dpt, rezeki dia, kalau kjaan tak nk i'm sure jhaz akan usahakan something (eg guna duit sendiri)utk habiskan juga study, siapa kau nk suruh dia balik msia n sia2kan ilmu dia selama ni? i'm sure jhaz knows how much it costs to study overseas, and gov sponsored medical students ada contract ngan gov to serve for 10 years, ingat senang je keje jadi doctor ni kat msia ni, jgn diingatkan duit tax yg dihabiskan utk dia, tapi ingatla jasa dia nnt bila dia dah jadi doc,kena bersengkang mata melayan org yg sakit perut tgh2 malam buta, padahal gastritis je....anyway, belajar medic bukannya senang, msia ni tak cukup doc, kalau ada med student sangkut, aku akan lebih2 lagi bagi semangat biar dia belajar, kau ni mmg otak sempit, katak bawak tempurung, ingat org gi oversea sana, nk dok dlm rumah sejuk, dok bawah selimut n baca buku je ke?
najib pulak, pun sama je, siapa kau nk buat kesimpulan kenapa dia fail, kau penah ke gi oversea? blaja medic? hidup kat dublin, hadapi ujian2 yg dilalui jhaz, jgn kutuk org mcm tu, kita tak tau bila hari kita pulak akan gagal
To Suraya: kalau semua tak setuju terima kenyataan kita buka tajuk baru:
Apa sebab sebenar Jhaz Kitaro asyik fail exam?
Anyway setiap comment itu membina,it all depends on how you see it..
To Hanisah: Pesakit gastritis pun tak nak pada doctor yg selalu fail exam..
To Tax Payer:
oit tax payer.. lu kalau taktau hujung pangkal cerita jgn senang2 hati nak buat conclusion ok.. mana lu tau yg gua fail sbb terlalu byk travel?? ntah2 gua ni sakit ke, ada masalah family ke, kena aniaya ke, ape ke.. so, jgn senang2 hati nak buat kesimpulan.. org yg teraniaya mcm gua ni doa mudah dimakbulkan Allah ok.. lu jaga2 sikit diri lu & keturunan lu.. jgn sampai gua doa yg bukan2.. dan jgn nak masuk campur tepi kain org lain.. gua tau tanggungjawab gua.. thanx for your comment anyway..
Jhaz - uikss..sabo2. Jangan bertindak mengikut emosi.
If we do something different people will always envy. Tak semua yg cemerlang akademik akan cemerlang dlm pekerjaan.
Abaikan jer comment mcm tuh and stay focus!
erm, orang cakap senang.
pelajar kat Malaysia time cuti boleh gak balik jenguk family.
kami di oversea ni takkan nak terperap dalam bilik je.
nak balik jenguk family setiap kali cuti mana mampu.
travel saje la.
lagipun ryanair dan low cost lain murah2.
london-madrid 10 pound pon boleh dapat.
so jangan salahkan kami merantau..
besh sungguh dpt study smbil jelajah negara org lain...yg penting awak tau ape yg awak buat....senyum2 manje jek kt anonymous ituh heheh
Post a Comment