TRaVeLoG-TRaVeLoG SeTeRuSNYa

>> Tuesday, March 30, 2010



Salam. Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini dgn travelog-travelog yg terbaru. Buat masa skarang, aku tgh sibuk dgn komitmen lain. InsyaAllah, travelog yg seterusnya akan menyusul tidak lama lagi selepas kesemua komitmen yg penting berjaya dibereskan. Antara travelog-travelog yg bakal menyusul ialah Travelog Manchester & Liverpool, Travelog Malta, Travelog Cyprus & Travelog Bumi Syam (Jordan, Syria & Lubnan).


Manchester & Liverpool


Malta


Cyprus


Bumi Syam (Jordan, Syria, Lubnan)

Kepada mereka yg telah mendapatkan buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari, jutaan terima kasih aku ucapkan. Diharapkan anda semua berpuas hati dengan hasil karya sulung aku dalam bentuk buku tersebut. Sepuluh jari aku susun meminta maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan. Maklumlah. Hamba baru berjinak-jinak dengan dunia penerbitan buku. Masih banyak yg perlu dipelajari. Buat mereka yg tidak berkesempatan utk mengunjungi Pesta Buku tersebut, buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH boleh dibeli secara online di http://www.pelima.com.my/media/catalog/2. Buat masa sekarang, aku belum mendapat kepastian daripada pihak syarikat berkenaan dengan kedai-kedai buku yang bakal mengedarkan buku tersebut. InsyaAllah, apabila aku sudah mendapat kepastian mengenainya, aku akan uar-uarkan di dalam blog ini. :) Sekali lagi, jutaan terima kasih aku ucapkan atas sokongan yg diberi..

Oh. Dan tidak ku sangka, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang amat terkenal dengan blog http://saifulislam.comnya pun turut membeli buku sulung aku itu. Huhuhu. Sungguh terharu. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Hasrizal pernah menetap di Ireland utk beberapa tahun & aku berkesempatan utk bersua muka & menziarahi rumahnya. Sangat peramah orangnya. Beliau juga baru sahaja melahirkan buku terbarunya yg juga turut bertemakan Travelog Turki, bertajuk SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. InsyaAllah, aku akan mendapatkan buku tersebut sebaik sahaja aku tiba di Malaysia nanti. Tema buku-buku kami mungkin sama, tetapi diolah dari sudut pandangan yang berbeza. Untuk mengetahui perbezaannya, jgn lupa utk mendapatkan kedua-dua buku ini. :)




7 buah komen:

mama ju Tuesday, March 30, 2010 at 7:14:00 AM GMT+8  

salam anakanda

Belum sempat nak komen dah ada tambahan....
apa2pun moga bahgia...

tksih

Chit Ana Tuesday, March 30, 2010 at 12:08:00 PM GMT+8  

salam..ana natikan travelog seterusnya ya.oh,ana dah beli buku saudara.siap bergambar lagi berlatar belakang kan masjid di turki.cume belum sempat nak baca lagi.tunggu masa lapang nak baca.ya..yang ustaz hasrizal pun ada ana beli gak ;)

Wawan Saini Tuesday, March 30, 2010 at 3:45:00 PM GMT+8  

salam doc..
bngga dengan kalian..
teruskan..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ Tuesday, March 30, 2010 at 8:12:00 PM GMT+8  

Salam Doc Jhaz.

Cikgu muda ini masih mahukan tulip biru (walaupun ditawarkan tulip ungu).

=)

Travelog Manchester?
Oh, saya mesti baca!
=)

Tapi ada Liverpool pula (marah2)
hehehe~

samanosuke_04 Tuesday, March 30, 2010 at 10:22:00 PM GMT+8  

hehe, aku berminat ngan buku ustaz hasrizal yang btajuk Murabbi Cinta tue.. haha, tapi kena tunggu balik M'sia dulu rr baru bleh beli..

yusuf mujahidin ™ Wednesday, March 31, 2010 at 12:03:00 PM GMT+8  

salam bro

tk sbr tggu update travelog...
all the best

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP