iCeLaND: BuMi ViKiNG (BHG III) - ReYKJaViK II
>> Friday, March 05, 2010
Walaupun dalam keadaan hujan yang agak kurang menyenangkan, aku & Muaz tetap gagah keluar menjelajahi kota Reykjavik. Lokasi pertama di Reykjavik yang kami jejaki ialah Hallgrimskirkja, sebuah gereja mazhab Lutheran yang mempunyai ketinggian 74.5 meter & merupakan gereja yang terbesar di Iceland. Gereja ini dinamakan bersempena dengan nama seorang sasterawan Iceland yang bernama Hallgrimur yang hidup pada kurun ke-17.
Gereja yang mempunyai senibina unik ini direkabentuk oleh arkitek tempatan bernama Guðjón Samúelsson. Ia dibina menyerupai bentuk sebuah gunung berapi yang mempunyai beberapa lapisan lava yang telah mengeras yang merupakan antara lanskap utama yang terdapat di bumi Iceland. Kerja-kerja pembinaan gereja ini dimulakan pada tahun 1945 & hanya berjaya disiapkan sepenuhnya 45 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1986. Gereja ini merupakan antara mercu tanda utama kota Reykjavik yang boleh diperhatikan dari seluruh pelusuk kota ini. Sayang sekali, sewaktu aku & Muaz berada di sini, gereja tersebut sedang mengalami proses pemulihan. Oleh itu, kami tidak dapat mengambil gambar penuh gereja ini kerana bahagian hadapannya ditutup dengan kayu-kayu.
Hallgrimskirkja, Reykjavik, Iceland
Hallgrimskirkja, Reykjavik, Iceland
Rupa sebenar Hallgrimskirkja, Reykjavik, Iceland
Ruang dalaman Hallgrimskirkja, Reykjavik, Iceland
Di hadapan Hallgrimskirkja terdapat sebuah monumen yang didedikasikan kepada seorang warga Iceland dari bangsa Viking yang bernama Leif Ericson. Dia hidup pada kurun ke-11 & dipercayai merupakan orang Eropah pertama yang menemui benua Amerika, 500 tahun sebelum Christopher Columbus menemui benua tersebut. Ukiran patung itu dihadiahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada kerajaan Iceland pada tahun 1930.
Monumen Leif Ericson, Reykjavik, Iceland
Kami berdua terpaksa berteduh sebentar di dalam gereja tersebut kerana hujan secara tiba-tiba menjadi semakin lebat. Beberapa minit kemudian, apabila hujan mulai reda, kami pun meneruskan perjalanan kami. Lokasi seterusnya yang kami singgahi ialah Stjornarradid, sebuah bangunan lama yang dipercayai merupakan bangunan yang tertua sekali di Reykjavik. Bangunan ini dibina pada kurun ke-18 & berfungsi sebagai penjara pada waktu itu. Pada masa kini, ianya dijadikan pejabat Presiden & Perdana Menteri Iceland. Di hadapannya terdapat 2 buah ukiran patung, iaitu ukiran patung Hannes Hafstein yang merupakan Perdana Menteri pertama Iceland & ukiran patung Raja Denmark yang bernama Christian IX yang menganugerahkan kemerdekaan separuh kepada Iceland pada tahun 1874.
Stjornarradid, Reykjavik, Iceland
Selepas bergambar di hadapan bangunan Stjornarradid & ukiran-ukiran patung di hadapannya, aku & Muaz singgah di beberapa buah kedai cenderahati untuk membeli sesuatu untuk dibawa pulang. Hujan masih lagi belum berhenti pada waktu itu. Namun, kami redah sahaja demi untuk tidak membuang masa. Kami kemudiannya menjumpai sebuah kedai yang mempunyai hiasan luaran yang agak menarik. Kami menggunakan kesempatan yang ada untuk bergambar di hadapannya.
Sebuah kedai cenderahati, Reykjavik, Iceland

Beberapa minit kemudian, hujan pun mulai berhenti. Kami berdua seterusnya berjalan menuju ke Reykjavik City Hall yang terletak bersebelahan sebuah tasik yang bernama Tjornin. Bangunan yang dibina pada tahun 1987 ini menempatkan pejabat Datuk Bandar Reykjavik, sebuah café & juga sebuah peta Iceland dalam bentuk 3 dimensi. Menarik sekali peta tersebut. Reykjavik City Hall ini seringkali dijadikan pusat pameran yang utama di kota ini.
Reykjavik City Hall, Reykjavik, Iceland
Peta Iceland di dalam Reykjavik City Hall, Reykjavik, Iceland
Selepas bergambar di bahagian luar & bahagian dalam Reykjavik City Hall, kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kami menikmati ikan & kentang yang merupakan antara makanan ruji masyarakat tempatan. Selesai sahaja makan, kami menyambung semula pengembaraan kami. Destinasi seterusnya ialah ukiran patung Ingólfur Arnarson, manusia pertama yang tiba & menetap di bumi Iceland. Ukiran patung ini terletak di atas sebuah bukit kecil di pinggiran Lautan Atlantik. Tidak jauh dari bukit tersebut terletak pelabuhan Reykjavik yang agak besar saiz kawasannya.
Aku & Muaz menikmati makan tengah hari di Reykjavik, Iceland
Ukiran patung Ingólfur Arnarson, Reykjavik, Iceland
Pelabuhan di Reykjavik, Iceland
Pelabuhan di Reykjavik, Iceland
Selepas itu, kami bersiar-siar mengambil angin di pinggiran Lautan Atlantik sambil berjalan menuju ke sebuah monumen yang turut menjadi mercu tanda utama kota Reykjavik, iaitu Sun Craft Sculpture. Monumen yang diperbuat daripada tembaga ini berbentuk seperti sebuah bot Viking. Amat unik sekali rupa bentuknya. Angin bertiup teramat kuat sekali sewaktu kami tiba di monumen tersebut. Oleh itu, kami tidak dapat bergambar dengan lebih lama. Sejurus selepas mengambil beberapa keping gambar, kami berjalan menjauhkan diri dari pinggiran pantai.
Sun Craft Sculpture, Reykjavik, Iceland
Sun Craft Sculpture, Reykjavik, Iceland
Kami kemudiannya berjalan menuju ke sebatang jalan yang merupakan jalan membeli-belah yang utama & antara yang tertua di Reykjavik. Nama jalan tersebut ialah Laugavegur. Terdapat banyak kedai yang eksklusif di sini. Kami berhajat juga untuk membeli sesuatu. Akan tetapi, kami terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana harga-harga yang ditawarkan amatlah mahal. Reykjavik, sama seperti bandar-bandar lain di negara-negara rantau Scandinavia, amat terkenal dengan harga-harga barang yang mahal. Walau bagaimanapun, kuasa membeli penduduk tempatan agak tinggi kerana hasil pendapatan mereka bersesuaian dengan kos hidup di sini. Selain kedai-kedai eksklusif, terdapat juga beberapa buah restoran di kiri kanan jalan ini.
Laugavegur, Reykjavik, Iceland
Selepas melalui jalan tersebut, kami kembali semula ke Tjornin, tasik yang terletak bersebelahan dengan Reykjavik City Hall yang kami singgah tadi. Ia adalah tasik yang paling terkenal di kota ini. Suasana di sekelilingnya amat mententeramkam sekali. Subhanallah. Indah sekali ciptaan-Nya. Tasik ini sememangnya menjadi lokasi kegemaran para ibu-bapa untuk membawa anak-anak mereka bersiar-siar menikmati kesegaran udara petang. Kehadiran itik-itik & burung-burung camar menambah lagi kedamaian & keindahan tasik ini. Aku berkesempatan untuk memberi makan haiwan-haiwan itu dengan bekalan roti yang aku bawa di dalam beg galas kepunyaan aku. Lapar benar mereka semua. Setiap kali tibanya Musim Sejuk, seluruh permukaan tasik ini membeku. Entah bagaimanalah itik-itik & burung-burung camar tersebut hendak mendapatkan sumber air. Mungkin mereka semua akan berhijrah ke tempat lain apabila Musim Sejuk mulai tiba. Wallahu 'alam. Berhampiran dengan tasik tersebut, terdapat juga sebuah gereja kecil berbumbung hijau yang kelihatan agak comel bentuknya.
Tasik Tjornin, Reykjavik, Iceland
Tasik Tjornin, Reykjavik, Iceland
Tasik Tjornin, Reykjavik, Iceland
Kami berdua kemudiannya meneruskan ekspedisi kami melalui kawasan tepi tasik itu untuk menuju ke kawasan University of Iceland. Universiti ini diasaskan pada tahun 1913. Ia kini mempunyai 11 buah fakulti dengan jumlah pelajar seramai 13,650 orang. University of Iceland pada mulanya bertempat di bangunan Parlimen selama 29 tahun. Ia kemudiannya dipindahkan ke lokasinya sekarang pada tahun 1940. Senibina bangunan utama universiti itu direkabentuk oleh arkitek sama yang merekabentuk Hallgrimskirkja.
University of Iceland, Reykjavik, Iceland
Tidak jauh dari University of Iceland, terletak sebuah bangunan yang diberi nama Nordic House. Bangunan ini digunakan oleh ‘Nordic Council’ untuk mempromosikan kebudayaan Nordic atau Scandinavia. Di hadapan bangunan ini terdapat tiang-tiang bendera yang mengibarkan bendera-bendera negara-negara Scandinavia. Bangunan Nordic House ini direkabentuk oleh seorang arkitek dari Finland & ia siap dibina pada tahun 1968. Bangunan ini seringkali menjadi hos dalam pelbagai aktiviti seperti ceramah, konferens, menyuarat, konsert & pameran. Sewaktu aku & Muaz berada di sini, Nordic House sedang menganjurkan sebuah pameran berkaitan dengan sains & teknologi. Agak menarik juga pameran tersebut.
Nordic House, Reykjavik, Iceland
Pameran di bahagian dalam Nordic House, Reykjavik, Iceland
Selesai sahaja menyaksikan pameran di Nordic House, kami berdua pun pulang semula ke hostel. Kami sudah boleh masuk ke dalam bilik kami. Selepas solat & mandi, aku & Muaz berehat-rehat di dalam bilik. Apabila tiba waktu malam, aku keluar seorang diri untuk mengambil gambar-gambar suasana malam di kota ini. Muaz tidak mahu keluar kerana kepenatan. Selepas puas menikmati suasana malam di luar, aku pun kembali semula ke hostel. Selepas solat, kami berdua pun melelapkan mata.
Bersambung...

13 buah komen:
salam anakanda
cerita menarik....bot tu uniknya...
salam jhaz. mak cik sunggu teruja membaca n melihat keindahan tasik n bangunan2 disana. wow dah sampai keiceland ya.. agaknya jhaz n muaz kot the first two malaysians sampai kesana. anyway tahniah n take good care of you. masih menanti episod seterusnya..
Salam anakanda....seronok untie membaca dan melihat gambar. Untie harap anak-anak untie nanti pun dapat memanfaatkan cuti-cuti mereka apabila berpeluang belajar di luar negara nanti.
erk, nak tanya skit, makanan kt situ halal ke eh? Susah rasanya nk cari makanan halal kat situ. APapun semoga beroleh pengalaman berharga. ;
Dah baca. Memang ikan tak payah sembelih. Tapi ikan tu dimasak guna apa? Jgn taktau plak, minyak yg diperbuat dari ekstrak babi digunakan secara meluas di negara luar expecially europe. Sebab tu Roti HI-5 di Malaysia pernah diharamkan kerana menggunakan minyak yg diimport dari luar dan dikhuatari sumbernya. Even air coke pun haram kan dekat luar kerana ada kandungan alcohol.
Sekadar bertanya and bertukar pandangan.. ;)
salam, semoga anak-anak selamat dan sihat ke mana saja menjelajah.
salam saudara
bahasa ibunda iceland ape eh..tergeliat lidah nak sebut nama2 tempat kat situ reykjavik dan lain2 hehe
tasik tjorni reykjavik tu xleh pusing2 sekitarnya dengan perahu ke?indahnya ciptaNYA subahanallah =)
hehe. Sekadar bertanya. erm, klau ikut ckp member, mcm kat dublin ramai student melayu islam kan?, even KFC yg halal pun ada kat sana. apapun, tu la, byk tempat lain kat europe yg takdak org Islam klau ada pun kebanyakan org Arab. Dublin memang terkenal dengan medic, semoga berjaya menjadi Doktor yg berjaya ya, InsyaAllah.
P/s tak pernah g oversea, setakat langkawi selalu la pergi. hehe. Apapun InsyaAllah klau ada peluang nk gk berjalan kat europe. ;)
sumpah lawa tempat korang pegi.. hehe, aku memang jeles kalo tengok orang pegi jenjalan nie.. zzzz bagus2. teruskan review2 camnie.. bleh aku planning nak jenjalan taun depan, hohoho
alang, ko yakin coke kat luar negara ade alkohol?
ko ingat, disebabkan diorang tu bukan islam, maka SEMUA makanan diorang kene letak babi, tak kesah la minyak masak ke, kiub pati ayam ke, pop corn ke, kacang kuda ke.
dan SEMUA minuman diorang mesti letak alkohol?
dalam banyak-banyak barang makanan kat dunia ni, hanye ade 1% je kot bende yang kite tak boleh makan. dan disebabkan bende yang 1% ni la, terus orang Islam sanggup berlapar, bergolok bergadai carik bende yang kompem 100% halal walaupon berada kat negara yang majoriti bukan Islam.
aku tanye kawan2 aku yang bukan islam, takde pulak diorang goreng bende gune minyak babi. diorang gelak kat aku ade la. paranoid sangat.
kenape la orang melayu ni suke sangat menyusahkan diri sendiri. adekah kalo kite makan pisang hari-hari sebab tanak sentuh daging kat oversea (walaupon ikan!), mungkin kite rase lebih islam daripada orang lain kot.
terima kasih banyak2 kpd yg memberi komen.. saya tak dpt nak membalas satu2 sbb tak berapa sihat. To Kahuna, thanx for backing me up. :)
salam....semenjak jumpa blog ni, rasanya nak ikut cerita setiap hari. seronoknya dapat gi negeri orang. Macammana nak pronoun setengah2 nama tu ye? anyway jaga diri baik-baik ye..
Post a Comment