PeLaNCaRaN BuKu TRaVeLoG TuRKi: BuMi KHaLiFaH

>> Wednesday, March 17, 2010



Alhamdulillah, buku pertama aku yang bertajuk TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH yang diterbitkan oleh syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD sudah siap dicetak & akan dilancarkan pada HARI KETIGA (AHAD) PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR di PWTC yang akan bermula lusa (19 MAC 2010) & akan berakhir pada 28 MAC 2010. Syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan menggunakan booth G03 (SUFI CUBE) di DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC.

Buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH ini memuatkan kisah pengembaraan aku berkelana selama 13 hari di bumi Turki. Dalam tempoh 13 hari tersebut, aku telah menjejakkan kaki di 7 buah bandar, iaitu Istanbul, Ankara, Konya, Ephesus, Troy, Bursa & Edirne. Pengalaman yang aku ceritakan di dalam buku ini turut disulamkan bersama dengan informasi sejarah, geografi & politik bumi Khalifah tersebut & juga setiap satu tempat yang aku kunjungi. Untuk memeriahkan lagi isi kandungan buku ini, berpuluh-puluh gambar tempat-tempat yang aku lawati turut dilampirkan bersama.

Harapan aku, semoga hasil karya sulung aku ini akan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang berhajat untuk berkunjung ke bumi Turki & juga dapat memberi informasi berguna kepada mereka yang sedang membuat kajian berkenaan bumi Khalifah ini. Segala maklumat yang terkandung di dalam buku travelog ini diperoleh daripada pengalaman peribadi & pembacaan yang dilakukan secara intensif.

Oleh itu, bagi yang berminat untuk mendalami tentang bumi Turki dari kaca mata aku, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH ini yang akan mula dilancarkan pada HARI KETIGA (AHAD) PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (19-28 MAC 2010). Syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan menggunakan booth G03 (SUFI CUBE) di DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC. Mereka yang membeli buku ini di Pesta Buku tersebut akan mendapat potongan harga & juga berpeluang untuk bergambar berlatarbelakangkan salah satu pemandangan di negara Turki.

Sekiranya buku ini mendapat sambutan yang menggalakkan, insyaAllah aku akan meneruskan projek pembukuan travelog-travelog aku yang seterusnya seperti TRAVELOG ANDALUSIA: PERMATA ISLAM YANG HILANG, TRAVELOG MESIR: BUMI TAMADUN, TRAVELOG MOROCCO: PERMATA ISLAM DI UFUK BARAT, TRAVELOG SYAM: BUMI ANBIYAK, TRAVELOG BOSNIA & HERZEGOVINA: JAMBATAN ANTARA ISLAM DAN EROPAH & beberapa lagi. InsyaAllah...

p/s: InsyaAllah, buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH ini akan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia selepas tamatnya Pesta Buku.




21 buah komen:

Anonymous Wednesday, March 17, 2010 at 3:18:00 PM GMT+8  

salam jhaz, mak cik dapat nombor satu hari ni. syukur alhamdulillah segalanya telah selesai n mak cik tunggu bukunya..

Anonymous Wednesday, March 17, 2010 at 3:33:00 PM GMT+8  

salam bro..
ade tk bro kt pesta buku nanti?
tahniah ye..

moga segalannya dipermudahkan buat bro kt sn..Ameen

yusuf

Wawan Saini Wednesday, March 17, 2010 at 4:42:00 PM GMT+8  

Salam Bro...
adush..
sungguh terharu..
saya penulis biasa saja...
btw..
congrats yea..:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ Wednesday, March 17, 2010 at 4:47:00 PM GMT+8  

Salam.

Datang singgah setelah dimaklumkan oleh seseorang. Tahniah! Harap punya kesempatan untuk membeli karya saudara nanti. =)

Safwan Husaini memang berbakat besar. Tahniah buat dia juga.

Aksara Keraian - tempat kami bermain kata dan abjab =]

Wawan Kurn Wednesday, March 17, 2010 at 5:39:00 PM GMT+8  

Hebat Kak.!

Oiya., kak, mohon doanya ya, 4 hari lagi aku UAN 2010.!

Faz Nandra Wednesday, March 17, 2010 at 6:02:00 PM GMT+8  

salam saudara :) tahniah ea... hehe... rupanya ada buku tu kat pesta nanti.. insyaAllah... kami akan berkunjung.. dan membeli buku karya saudara... :)

Kay Thursday, March 18, 2010 at 8:23:00 AM GMT+8  

salam dari M'sia,
wahhhh.. kita sekampung ler.. naper x try teka entry semlm tuh... so lain kali jgn lupa yer!
have a lovely day!
(^_^)

masMZ KaKiJaLaN Thursday, March 18, 2010 at 8:36:00 AM GMT+8  

Salam...

Tahniah... Tak sabar nak dapatkan naskah Turki Bumi Khalifah ;)
Teruskan menulis.

Chit Ana Thursday, March 18, 2010 at 9:58:00 AM GMT+8  

salam...

PBAKL mmg best!nak borong buku banyak2 dan juga mendapatkan buku saudara..kalu ada sign lagi best huhu ;)

Ren Thursday, March 18, 2010 at 2:41:00 PM GMT+8  

Tahniah..akhirnya muncul jua buku ini.

samanosuke_04 Thursday, March 18, 2010 at 5:45:00 PM GMT+8  

waaa.. jelesnya, congrats bro!.. aku pun becita2 nak kuarkan buku gak, tapi tatau lagi buku pemende.. haha! aku doakan kejayaan untuk buku sulung ko tue..

AnakPakZohar Thursday, March 18, 2010 at 8:23:00 PM GMT+8  

salam..terima kasih kerana ziarah... kagum dengan kebolehan menulis kalian.. sy turut mengikuti blog wawan..hasil tulisan dia memang best kan? harap penulis akan terus maju.. saya juga baru mula berjinak2 dalam bidang penulisan.. harap sudi beri tunjuk ajar...

Anonymous Friday, March 19, 2010 at 4:39:00 PM GMT+8  

tahniah atas kelahiran buku:)

masMZ KaKiJaLaN Monday, March 22, 2010 at 9:13:00 AM GMT+8  

semalam sudah mencari di Pesta Buku... Alahai kiciwa bukunya belum ada lagi :(

Unknown Monday, March 22, 2010 at 12:44:00 PM GMT+8  

insyaallah jhaz, nti sy dapatkan buku trsbut.

anyss Wednesday, March 24, 2010 at 12:11:00 PM GMT+8  

Salam,
Tahniah dengan kelahiran travelog tu. Bertambah jumlah buku berbahasa melayu yang besar maknanya tu.
Cepat2 terbitkan buku ke dua ya...
Cepat2 juga jadi doktor...nanti bolehlah Cepat2 balik Malaysia

Nur Thursday, March 25, 2010 at 2:52:00 PM GMT+8  

salam jhaz,

lama tak menyinggah memberi komen, selalu bca2 begitu2 sahaja.

Moga jhaz tabah hadapi semua ok, pedulikan komentar2 yang panas , sindiran2 halus, ambil lah manafaat nya sahaja. Sesunguhnya mereka itu ngga pernah berada di tempat jhaz, siapa kata belajar medic itu senang?Ambil dahulu baru tau rendah atau tingginya langit itu.

Jhaz, akak diberi kesempatan oleh Allah swt menjelajah pesta buku, berpusing2 mencari gerai pelima, aduh, patutnya baca info jhaz dgn betoi (di luar dewan tun hussin onn), barulah tidak berpinau mata, tapi masa akak g tuh hari ahad, buku jhaz engga keluar lagi, so tak dapat la membeli nya.

Now sudah di UK kembali, hope2 kawan akak dapat bli, insyaAllah.

Yah, g la plak mekkah and madinah and tulis pula pengalaman di sana, kerana bagi akak, itulah pengalaman travel paling indah!

:)

habuk Friday, March 26, 2010 at 11:54:00 PM GMT+8  

Tahniah buat penulis yang telah berjaya menerbitkan sebuah buku.

Saya ada satu pandangan yang ingin dikemukakan. Harap saudara dapat menerima sebagai sebuah kritikan membina.

Teguran ini khas mengenai nama pena saudara yang digunakan dalam penulisan buku tersebut.

Pertama, saudara pernah menulis mengenai ciplak. Namun saya musykil dengan nama 'kitaro'. Saya fikir penulis juga menciplak nama tersebut. Ia juga seperti tidak tersendiri. Adakah si penulis berketurunan jepun? Dan apakah kaitan penulis dengan kitaro?

Selain itu, secara peribadinya saya merasakan bahawa nama pena tersebut (jhazkitaro) berbunyi seperti kebudak-budakan. Ia hanya sesuai diletakkan pada email sahaja saya fikir.

Nama pena adalah gambaran atau konotasi pertama mengenai kematangan si penulis. Jika penulisannya hebat sekalipun, tetapi terdapat kekurangan pada nama pena, masyarakat akan memandang rendah penulis.

Jika saudara tidak mengalami kesannya sekarang, apabila saudara telah meningkat naik sebagai seorang penulis prolifik, kesannya akan menjadi ketara. Pembaca sudah pasti akan bertanya apakah alasan logik di sebalik penggunaan nama tersebut.

Maaf sekiranya komen ini agak keterlaluan. Namun sebagai seorang penulis saya fikir saudara sudah bersedia secara emosi untuk menerima sebarang kritikan, kerana dengan ini saudara akan belajar sesuatu untuk memperbaik diri.

JHaZKiTaRo Saturday, March 27, 2010 at 12:42:00 AM GMT+8  

Buat habuk, thanx for your comment. Bagi saya, apa saja nama yang saya nak guna, itu adalah hak peribadi saya. Tak ada kena mengena dengan saudara/saudari. And there's no such things as 'menciplak nama orang lain'. Kalau dakwaan anda betul, maka semua orang di dunia ini masing2 akan mencipta nama yang belum pernah digunakan oleh orang lain. Dan buat pengetahuan anda, ya.. saya memang ada darah keturunan Jepun di sebelah ibu saya. Datuknya adalah orang Jepun. OK??

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP