MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG XIV) - FeS II

>> Sunday, August 30, 2009



Hari 9: 12 DISEMBER 2007

Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun bersiap-siap untuk memulakan pengembaraan aku pada hari kedua di kota Fes. Selepas selesai bersiap-siap, aku pun terus keluar. Pada hari ini, aku menerokai kawasan Fes al-Jadid pula, iaitu kota Fes yang baru. Ianya tidak terlalu jauh dari hostel yang aku tumpangi. Lokasi pertama di Fes al-Jadid yang aku kunjungi ialah Darul Makhzan, istana diraja Morocco. Istana moden seluas 80 hektar ini mempunyai senibina yang sangat memukau. Pintu masuk utamanya sahaja sudah mengagumkan. Namun, pengunjung hanya boleh melihat keindahan luarannya sahaja. Orang-orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam istana ini. Akan tetapi, mereka dibenarkan untuk bergambar di dataran di hadapan istana ini yang bernama Place des Alaouites.


Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco


Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco

Sedang aku asyik bergambar di hadapan istana ini, tiba-tiba datang sekumpulan pelancong yang kelihatan seperti orang-orang Malaysia melalui raut-raut wajah & pakaian-pakaian yang dipakai oleh mereka. Aku lantas mencuri-curi dengar perbualan mereka. Memang sah, mereka adalah orang-orang Malaysia. Aku berasa sangat gembira kerana sudah seminggu aku tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Aku lantas menegur seorang makcik yang berusia 40-an. Dia pada mulanya agak terkejut apabila aku secara tiba-tiba menegurnya. Aku pun kemudiannya memperkenalkan diri aku & kami seterusnya berbual-bual panjang. Aku menceritakan tentang latar belakang aku & juga pengalaman aku selama seminggu di bumi Morocco. Dia pula menceritakan pengalaman mereka yang baru sahaja 3 hari di Morocco selepas beberapa hari menghabiskan masa di bumi Sepanyol.

Makcik itu kemudiannya memperkenalkan anak lelakinya kepada aku. Selepas itu, dia perkenalkan juga aku kepada beberapa orang ahli rombongan yang lain sambil membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di situ. Hampir 30 minit aku menghabiskan masa bersama mereka sebelum mereka semua menaiki semula bas rombongan untuk ke tempat lain. Aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Selepas itu, aku kembali keseorangan. Sedih pula rasanya. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja aku ikut mereka. Tapi, perjalanan kami berbeza. Aku pula lebih suka mengikut perancangan sendiri daripada mengikut perancangan pemandu pelancong. Lebih bebas.


Bersama dengan Makcik, ibunya & anaknya di Fes, Morocco

Selepas berpisah dengan ahli-ahli rombongan tadi, aku kembali semula ke Darul Makhzan kerana aku belum puas bergambar di situ. Banyak kepingan gambar yang aku ambil. Hampir 15 minit lamanya aku menghabiskan masa di situ. Ini kemudiannya menimbulkan syak wasangka pengawal-pengawal di luar istana itu. Mereka lantas menghampiri aku & bertanyakan beberapa soalan & meminta aku menunjukkan passport aku. Aku pada mulanya agak gentar. Namun, aku berjaya menenangkan perasaan aku kerana aku yakin aku tidak melakukan apa-apa kesalahan serius. Aku menceritakan kepada mereka yang aku hanya ingin bergambar sahaja, tiada niat lain. Bahasa Inggeris mereka tidak berapa fasih. Namun, mujurlah mereka boleh memahami apa yang aku cuba sampaikan. Selepas disoalsiasat beberapa minit, akhirnya mereka melepaskan aku. Aku bersyukur sangat-sangat. Lega rasanya.

Selepas itu, aku terus menuju ke tempat lain. Serik pula rasanya aku hendak bergambar di hadapan istana-istana di bumi Morocco ini. Orang-orang di sini betul-betul menjaga keselamatan institusi diraja mereka. Destinasi aku yang seterusnya ialah Mechouars, iaitu sebuah kawasan di mana terdapatnya banyak gerai yang menjual beraneka jenis barang. Kawasan Mechouars ini dikelilingi oleh kubu pertahanan. Pintu masuk ke kawasan ini adalah beberapa pintu gerbang, iaitu Bab Dekaken, Bab al-Seba & Bab Segma. Kemudian, aku bergerak pula ke kawasan Kasbah Cherarda yang dibuka pada kurun ke-17. Ianya juga dikelilingi oleh kubu pertahanan.


Bab Dekaken di Mechouars, Fes, Morocco


Kasbah Cherarda, Fes, Morocco

Aku kemudiannya menghabiskan masa di kawasan Kasbah-kasbah tersebut dengan membeli beberapa barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Selepas itu, aku kembali semula ke hostel untuk berkemas-kemas sebelum bertolak ke stesen keretapi. Aku akan bertolak ke Marrakech semula pada petang ini. Selepas selesai berkemas, aku pun terus berjalan ke stesen keretapi Fes. Lebih kurang pukul 2.40 petang, aku pun terus masuk ke dalam keretapi yang sedia menunggu di situ. 10 minit kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan Fes. Perjalanan ke Marrakech memakan masa 7¼ jam.


Kawasan Kasbah, Fes, Morocco


Kawasan Kasbah, Fes, Morocco

Lebih kurang pukul 10.05 malam, aku pun tiba di stesen keretapi Marrakech setelah beberapa jam menghabiskan masa di dalam keretapi. Selepas turun dari keretapi, aku pun terus berjalan menuju ke hostel yang telah pun aku tempah sewaktu hari pertama aku di Marrakech dahulu. Sedang aku berjalan kaki dari stesen keretapi menuju ke hostel yang jaraknya 2 km itu, tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 50-an mendekati aku. Rupanya amat menakutkan sekali. Gayanya seperti seorang yang sedang mabuk. Dia kemudiannya bersuara. Dia memberitahu aku jikalau aku sedang mencari hostel, dia boleh membawa aku ke hostel yang bagus. Aku kemudian memberitahunya yang aku sudah pun menempah hostel. Akan tetapi, dia tidak mempercayai kata-kata aku. Dia tetap mendesak untuk membawa aku ke hostel yang ditawarkannya. Aku dengan keras memarahinya & menyuruhnya menjauhi aku. Aku kemudian berjalan dengan pantas meninggalkan lelaki itu sehinggalah aku yakin yang dia sudah hilang dari pandangan aku.

Walau bagaimanapun, lebih kurang 10 minit kemudian, entah dari arah mana, lelaki tadi muncul semula. Aku menjadi sangat panik. Keadaannya yang mabuk & seperti orang gila itulah yang memanikkan aku. Aku takut jikalau dia mengapa-apakan aku. Aku cepat-cepat berjalan, namun lelaki itu tetap mengekori aku & tetap mendesak untuk membawa aku ke hostel yang ditawarkannya. Aku tak henti-henti memarahinya & menyuruhnya jangan mengikuti aku. Waktu itu aku hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya aku tidak diapa-apakan oleh lelaki itu.

Nasib aku amat baik. Secara tiba-tiba, seorang anggota polis pelancong yang sedang membuat rondaan dengan menaiki motorsikal datang menghampiri kami. Dia bertanya kepada aku apa yang sedang berlaku. Aku pun memberitahunya yang lelaki gila itu mengekori aku & cuba mengapa-apakan aku. Polis pelancong itu lalu memarahi lelaki itu & menahannya. Aku kemudian mengucapkan terima kasih kepada polis pelancong itu & terus berjalan menuju ke tempat tujuan aku, iaitu hostel yang telah pun aku tempah minggu lalu. Aku bersyukur sangat-sangat kerana tiada kejadian buruk menimpa diri aku. Alhamdulillah. Kerajaan Morocco sememangnya telah menyediakan perkhidmatan pasukan polis pelancong untuk mengawasi keselamatan pelancong-pelancong di negara ini. Mujurlah anggota polis pelancong tadi tiba tepat pada waktunya.

Lebih kurang 20 minit kemudian, aku pun tiba di hostel tersebut. Sekali lagi, aku berjumpa dengan pemilik hostel itu & aku mengatakan kepadanya yang aku telah mengotakan janji aku. Pemilik hostel itu hanya ketawa. Selepas dia menunjukkan bilik aku, dia meninggalkan aku bersendirian. Selepas mandi & solat, aku pun terus melelapkan mata kepenatan. Tiba-tiba, aku terbayang semula wajah lelaki yang menggerunkan tadi. Mujurlah aku tidak diapa-apakannya. Menakutkan sungguh pengalaman tadi.

Bersambung...

p/s: Di sini aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-52. Semoga negara kita Malaysia akan terus aman & membangun. Kat bawah ni aku selitkan video iklan Petronas sempena sambutan Hari Kemerdekaan yg agak menarik. Iklan ni adalah iklan arahan Allahyarham Yasmin Ahmad:



12 buah komen:

Ghazali Lateh Sunday, August 30, 2009 at 9:59:00 PM GMT+8  

Salam,
Wah, bestnya dapat mengembara banyak tempat di Eropah dan Afrika. Terima kasih kerana melompat ke blog saya. Salam aidilfitri.

mamasita Monday, August 31, 2009 at 12:34:00 AM GMT+8  

Banyak betul tempat yang awak dah melancung..thats so admirable..you're very lucky.

zubin Monday, August 31, 2009 at 12:54:00 AM GMT+8  

thz, i love the title aku sebutir pasir, please enlighten me on that

Haiza Najwa Monday, August 31, 2009 at 7:59:00 AM GMT+8  

ermm..I don't ve 2 do d blog hopping..U already provided me d path. he heh. Sbnrnya ms mla2 Jhaz bg slm kt blog kak Haiza, akk daa bkak blog Jhaz ms 2 x silap U sbut salam ziarah dr Dublin. Jhaz mmg kaki kembara, bkn cam akak. Srnok jge tgk travelodge U. Tp pas 2 sbuk sgt mnlis. 1 gmbr brserban 2 sbjik mcm d morrocon he heh. Kte akak[bkn kte orang] biarlh jd sebutir pasir..walaupun cinonit tp keras mengerikil. T. Kasih kern sudi berziarah. Ini mblas lwtn kehormat U..datg lg nnti dgn citer baru. Selamat beribadah di bulan Ramadan. Jage diri di rantau orang..

Luqman Hakim QA Monday, August 31, 2009 at 9:28:00 AM GMT+8  

emmm..catatan yg baik. banyak berjalan luas pengalaman. salam ramadhan, doc.

Anonymous Monday, August 31, 2009 at 5:49:00 PM GMT+8  

Jhaz, salam perkenalan dan Ramadan Karim. Nama Fez sering saya sebut dlm tulisan saya sblm malangnya belum pernah sampai. Tahniah dan tk di atas tip2 melancong yg berguna. Selamat kembali berkhidmat buat umat.

zanuara Tuesday, September 1, 2009 at 2:09:00 PM GMT+8  

Salam Jhaz..bestnya Morocco. Banyak betul kesan tinggalan sejarah islam di sana. InsyaAllah morocco sasaran destinasi selepas ini..ameen.

salam ramadhan dari kami sekeluarga, umair pun kirim salam sama.:-)

JHaZ KiTaRo Tuesday, September 1, 2009 at 8:18:00 PM GMT+8  

Ghazali Lateh:
Alhamdulillah.. Sama2.. Salam Aidilfitri too..

mamasita:
Alhamdulillah.. :)

zubin:
Aku sebutir pasir tu boleh diibaratkan spt diri saya di dalam dunia ciptaan Allah ni.. kecil, spt sebutir pasir.. :)

Haiza Najwa:
Hahah.. Dah pernah melawat sini ye sebelum ni?? Hehehe.. THanx kak.. Sila2 laa benkunjung lagi ke sini ok.. Byk lagi travelogue yg belum ditulis.. Jgn jemu baca.. :)

Luqman Hakim QA:
Thanx!! salam ramadhan

ideamenulis:
wsalam.. salam perkenalan too.. Oww.. Selalu sebut tentang Fes ye?? Kalau nak lebih info ttg Fes, jgn segan2 tanye saye k.. insyaAllah saya tolong setakat yg mampu..

fadli akiti:
thanx singgah.. alhamdulillah..

zanuara:
wsalam zaid... aa.. mmg banyak.. haha.. jgn lupa kembangkan sayap HZ Travel ke Morocco.. hihi.. salam ramadhan too.. kirim salam balik kat si kecik Umair tu.. heheh

Bin Basra Wednesday, September 2, 2009 at 12:49:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum,
Teruja dengan blog saudara lalu saya memohon untuk memautkan blog saudara ni dalam blog saya. Banyak tempat yang saudara dah jelajahi... sungguh menarik. saya harap dapat juga menjelajahi negara yang telah saudara terjahi dan harapnya pengalaman saudara ni dapat saya jadikan tips untuk ke negara yang saya belum pernah pergi itu.... Insyaallah. Membaca pengalaman saudara di Morokko ni membuatkan saya terimbau kenangan semasa menziarah ke bumi yang pernah dihuni oleh para ambia ini...syahduuuu...

JHaZKiTaRo Wednesday, September 2, 2009 at 1:42:00 PM GMT+8  

Bin Basra:
wsalam.. hahah.. tak perlu laa teruja sangat.. blog ni takde laa sehebat mane pun.. Alhamdulillah.. Allah telah memberi saya rezeki n kesempatan utk melawat ke byk negara.. Tapi takde maknanya semua tu kalau saya tak berkongsi pengalaman2 tu dgn org lain.. betul tak?? harap saudara akan terus setia membaca blog ni.. byk lagi nak diceritakan ni.. :)

Anonymous Tuesday, March 5, 2013 at 2:56:00 PM GMT+8  

diazepam online buy valium online no prescription uk - buy valium uk online

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP