27 TaHuN TeLaH PuN BeRLaLu
>> Thursday, August 06, 2009
Tepat jam 5.05 pagi waktu Malaysia pada hari ini, iaitu 6 Ogos 2009, genap 27 tahun aku dilahirkan ke muka bumi ni, mengikut kalendar matahari/Gregorian. Hari ini jugak bersamaan dengan 15 Syaaban mengikut kalendar Islam, iaitu Hari Nisfu Syaaban, hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit oleh malaikat & diganti dengan buku catatan yang baru. Banyak ibadat-ibadat yang boleh kita lakukan malam semalam, selepas masuknya waktu Maghrib bagi memulakan buku catatan kita dengan amal-amal ibadat kepada Allah SWT. Pada hari ini pulak, kita disunatkan utk berpuasa. Selamat berpuasa aku ucapkan.
Bercakap tentang hari kelahiran aku, aku sendiri tak sangka yang usia aku sudah pun menjangkau 27 tahun. Satu angka yang agak besar. Hahaha. Terlalu banyak pengalaman yang telah aku tempuh. Yang manis ada & yang pahit pun tak kurang banyaknya. Semuanya sedikit sebanyak telah mematangkan aku utk meneruskan hidup di dunia yang tak kekal ni. Agak banyak sebenarnya pencapaian yang telah aku kecapi sepanjang 27 tahun ni jikalau aku fikir2kan balik. Antara pencapaian2 yang boleh aku banggakan ialah mendapat tempat pertama dalam kelas hampir setiap semester sewaktu di sekolah rendah, mendapat tempat pertama dalam seluruh tingkatan hampir setiap semester sewaktu di Tingkatan 1 hingga 3, dinobatkan sbg Tokoh Pelajar Pekerti Terpilih sewaktu Hari Penyampaian Hadiah ketika di Tahun 6, mendapat keputusan 4A dalam UPSR, mendapat keputusan 8A dalam PMR, mendapat keputusan 10A1 dalam SPM, menduduki tempat ke-10 dalam ranking Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) sewaktu Hari Graduasi di MRSM Taiping dgn TPNG 3.76, terpilih utk membuat persediaan ke luar negara di Kolej MARA Banting, berjaya melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan & pencapaian yg paling besar bagi diri aku setakat ini ialah berjaya memijakkan kaki di 44 buah negara termasuk Malaysia.
Namun, semua pencapaian aku itu tidak bermakna sama sekali selagi aku belum berjaya membawa balik sijil ijazah MB BCh BAO utk bergelar doktor. Oleh itu, aku harapkan semua urusan peperiksaan aku pada bulan November nanti akan dipermudahkan. Aku sebenarnya percaya bahawa mungkin ada rahmat di sebalik kelewatan aku utk mendapat gelaran doktor berbanding rakan2 sebaya aku yg lain. Mungkin Allah SWT ingin memberi kesempatan kpd aku utk mengembara di muka bumi-Nya lagi. Andaikata aku bergelar doktor & pulang ke Malaysia pada bulan Jun 2008 yang lepas, aku sudah tentunya tak akan berkesempatan utk ke Iceland, Malta, Cyprus, Jordan, Syria & Lebanon utk mencari pengalaman2 & rakan2 baru di sana. Apa2 pun, itu hanyalah rasa hati aku saja utk menyedapkan hati. Hanya Allah SWT sajalah yang Maha Mengetahui akan segala2nya.
27 tahun bukanlah umur yg muda lagi. Semakin lanjut usia aku, semakin dekat aku dengan mati. Aku sama seperti orang lain, tak tahu bila ajal aku akan sampai. Jikalau difikir2kan, terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Aku sendiri takut bila memikirkan andaikata aku tidak sempat untuk menebus segala dosa2 yang telah dilakukan. Adakah pahala2 aku cukup utk dibawa ke alam kubur & alam akhirat nanti. Semua ni benar2 menginsafkan aku.
Kadangkala aku terfikir jugak. Sewaktu aku mati nanti, akan adakah mereka2 yang datang utk membacakan Yasin sewaktu aku sedang nazak, akan adakah mereka2 yang datang menyembahyangkan jenazah aku selepas dimandikan, akan adakah mereka2 yang datang utk mengangkat keranda aku ke tanah perkuburan, akan adakah mereka2 yang bertandang ke majlis talkin aku selepas aku dikuburkan & yang paling penting, akan adakah mereka2 yang mendoakan kesejahteraan aku di alam kubur & di alam akhirat kelak. Dan adakah aku akan dikenang selepas pemergian aku. Semua ni bermain2 di fikiran aku.
Sepanjang hidup aku sbg org dewasa, aku sedaya upaya cuba berkelakuan baik dgn semua orang yang aku kenali tanpa mengira umur, bangsa & taraf hidup. Namun, pada masa yg sama mungkin ada beberapa hati yang terluka & tidak senang dgn tingkah laku aku tanpa aku sedari. Oleh itu, aku ingin mengambil kesempatan yg ada ini utk meminta maaf kepada mereka2 yg aku ada membuat kesilapan. Aku sbg manusia biasa tak pernah lepas drp melakukan kesilapan. Harap2nya, aku sudi dimaafkan. Takut jugak kalau2 kesilapan yg aku lakukan itu tak sempat utk dimaafkan & terbawa2 hingga ke kubur.
Aku pun tak tahu kenapa aku berperasaan sedih mcm ni. Aku patutnye rasa happy pada hari jadi aku. Apa2 pun, aku nak wish diri aku Happy 27th Birthday. Moga aku akan lebih tabah menghadapi hari2 yang bakal mendatang & moga aku diberi kekuatan oleh-Nya utk terus menulis dalam blog Aku Sebutir Pasir ni. Siapalah Jhazkitaro tanpa keluarga, saudara-mara, sahabat-handai & semua pembaca blog ni. Doa2 korang semualah yg menghidupkan semangat aku selama ini. Moga korang akan terus sudi berdoa. Sesungguhnya doa seseorang insan terhadap insan lain tanpa pengetahuannya adalah antara doa2 yg mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.

30 buah komen:
eid milad... :)
semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu..
happy birthday jhaz!! =)
Happy Birthday to u Jhaz~!!
Hope u'll get anything that u want in ur life..N semoga dipermudah kan sgl urusan bergelar seorang Doc yg berdedikasi...amin....
Happy Birthday Jhaz..Semoga segala urusan dipermudahkan..Semoga apa yang dimpikan menjadi kenyataan.Semoga diberi kesihatan baik...
Happy Birthday Moga Panjang Umur, Murah Rezeki, Di tetapkan Iman, Di berkati Hidup dan Di beri kejayaan yan gcemerlang didalam bidang yang di ceburi. AMin
epi besday bro
moga2 sentiasa sukses dlm idup dunia dan akhirat...
gudluck utk exam yg bakal menjelang
doakan kami di kmb yg akan exam taun dpn jgk ye..he2
Happy Birthday dr pembaca setia..semuga berjaya dunia dan akhirat.
selamat menymbut ulangthun kelahiran ...moga panjng umur murah rezeki...
http://www.kuina.kujie2.com
Hi
Happy Birthday Jhazkitaro ;)
happy birthday~~
may ur wishes all come true..
wah..besar tul lilin 27 tu..hehee
Selamat hari lahir ...
semoga menjadi insan yg membawa manafaat kepada insan lain .
Salam Jhaz,
Mama ucapkan selamat menyambut hari lahir yg ke-27...sungguh berkat, jatuh pada hari yang mulia nisfu syaaban.
Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT dlm urusan mendapatkan ijazah kedoktoran & seterusnya bergelar doktor & berkhidmat sebagai seorang doktor dgn penuh kejujuran & keikhlasan.Amin.
salam,
happy birthday!
moga rahmah Allah swt sentiasa bersama mu, insyaAllah, semoga anda berbahagia di dunia dan akhirat...
selamat hari lahir bro
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki!
lorhh...dah 27 rupanya ko nih...
aku mati2 ingt bru 25 tahun..kah kah(jgn bajet muda k)kah kah
nway,,selamat hari lahir bro..
ak bangga dpt kenal org mcm ko...smoga ko brjya mnjadi doktor pakar yg hebat nati..InsyaAllah...amin..
Salam Jhaz...
Selamat Hari Lahir
Alhamdulillah,Allah SWT lanjutkan usia kita hingga ke angka 27 tahun ini...Semoga terus kuat semangat,sabar serta tabah dalam menjalani kehidupan yang sementara ini...
Semoga setiap pengalaman hidup yg lalu itu, pahit mahupun manis,akan menjadikan diri kita tambah matang dalam mengharungi liku2 hidup ini serta menjadikan kita antara hati-hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT...Perancangan Allah SWT itu sebenarnya sungguh cantik...setiap yang berlaku itu juga penuh dengan hikmahnya yang tersembunyi...Jadi,terus bersemangat dalam perjuangan ini ye...Semoga Allah REDHA...Ameen
Saya doakan,semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pada November nanti...semoga terus Maju Jaya dalam apa jua yang anda lakukan...Ameen
Salam dr Preston,Lancashire
Selamat hari ulang tahun Jhaz.
Setiap percaturan hidup yang Allah tentukan untuk kita, ada hikmahnya. As u said, kalau jhaz gradudate awal, balik Malaysia, bila pulak peluang jhaz nak ke sana, nak jelajah dunia ciptaan Allah ini. Think about that.
Just to share, akak juga dah banyak lalui saat2 getir. You know what? Now, bila orang cerita kat akak masalah die orang, akak mampu jadi pendengar yg setia, sebab akak dah pernah lalui semua itu.
Bukan semua orang terpilih untuk melalui jalan yang sukar. you has been choosen because Allah know that u can face it.
jhaz,
Pengalaman hidup lebih barharga dari segulung ijazah. bezanya, pengalaman hidup tak dicetak diatas kertas seperti ijazah. once u reached at my level, ijazah itu hanyalah sekeping kertas, kertas yang bercetak yang mengistiharkan Jhaz menamatkan pelajaran. Selepas dah berkerja, hanya pengalaman yang dinilai. percaya lah.
Happy Belated Birthday : )
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya & tinggalkan komen.
I wish I am 27 now ... ha ha ha
salam jhaz...
selamat hari lahir ...
semoga jhaz lebih tabah menghadapi ujian dan cabaran yang mendatang...
I.Allah... jhaz pasti boleh... :-)
epie bufday jhaz!
HAPPY BELATED BIRTHDAY....BANYAK DAPAT HADIAH???
he[pi belated Jhaz,sori sis lmbt wish..
semuga kekal bhgia ke akhir hayat...amin.
selamat hari jadi...
oi jhaz...epi belated besday...i wonder dah wish ko kat facebook ke belom.....btw good luck for ur future undertaking...amin!
Happy Belated Birthday !!
Semoga bertambah bahagia dengan bertambahnya umur InsyaAllah.
hepi belated besday to u..:)
happy belated birthday bro..!!! happy & success forever..
salam alaik..
selamat hari lahir..im one of ur blog readers..
smoge kamoo ddlm rhmat Allah walau dmana brada..
wish u all d best in dis life n hreafter..
27 alridy...tua dah..
hee
Salam ziarah dari mummy.. semuga anakanda jhaz sentiasa mendapat keberkatan dan kemuliaan didalam meniti kehidupan hari ini dan selamanya.. insyaAllah...
I'd like to thank all of the wishers for all the wishes.. really100x appreciate it.. :)
Post a Comment