DaTuK SHaH RuKH KHaN???

>> Tuesday, October 14, 2008



Aku rasa isu tentang title 'Datuk' ni dah lama wujud sejak bertahun2 dahulu lagi. Ianya mungkin bermula dengan penganugerahan gelaran Datuk kpd Datuk M. Daud Kilau pada suatu masa dahulu. Aku yakin, pd waktu tu mesti ramai yg terkejut kerana ramai yg beranggapan bahawa gelaran Datuk ni selayaknya dianugerahkan kpd mereka yg benar2 byk berjasa kpd negara. Akan tetapi, anggapan kita tiba2 meleset apabila gelaran tersebut dianugerahkan kpd artis2 yg jasa mereka tidaklah sebanyak mana pun. Ianya seolah2 sudah menjadi trend zaman skarang untuk menganugerahkan gelaran tersebut sesuka hati kpd sape2 pun tanpa mengambil kira besar mana jasa pengorbanan seseorang itu kpd negara & bangsa Malaysia, tidak seperti gelaran 'Sir' di England di mana mereka yg menerima gelaran tersebut benar2 layak & tidak dpt dipertikaikan.

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Datuk Michelle Yeoh, Datuk Lee Chong Wei & Datuk Nicole David adalah antara contoh2 individu yg aku rasa belum cukup layak utk menerima gelaran Datuk. Aku bukannya bertujuan utk mengkritik atau mengata sapa2. Cuma apa yg aku kurang faham, ape sebenarnya jasa & pengorbanan Kak Siti & Kak Pah kpd negara kita Malaysia sehingga melayakkan dieorg berdua ni mendapat gelaran tersebut? Mmg laa dieorg ni byk memenangi anugerah. Tapi ape kaitannya anugerah2 tersebut dgn rakyat Msia yg lain?? Anugerah2 tersebut ada membantu org2 miskin & papa kedana ke?? Anugerah2 tersebut ada mengharumkan nama Msia di mata dunia ke? Michelle Yeoh tu pulak, pernah ke die mempopularkan Msia? Sebut nama Msia pun tak pernah kot. Aku rasa satu dunia fikir yg dia tu org Hong Kong, bukannya org Msia. Lee Chong Wei & Nicole David pulak pada aku terlampau muda utk mendapat gelaran tersebut. Manusia ni bila awal2 dah dihulurkan dgn ganjaran, mmg cepat laa lupa diri. Betul tak?

Isu yg timbul baru2 ni adalah penganugerahan gelaran Datuk kpd Shah Rukh Khan. What the hell????????????? Aku akui yg aku mmg peminat setia Shah Rukh Khan. Hampir semua filem lakonan die aku tonton. Lakonan die mmg mantap. Tapi tak pernah pulak aku terfikir yg die layak menerima pangkat Datuk. Ape jasa dia kpd org Msia?? Kalau bukan berjasa kpd org Msia pun, ade ke jasa dia kpd dunia??? Menurut sebuah artikel akhbar tempatan online yg aku baru baca, Shah Rukh Khan kononnya telah mempromosikan Melaka dlm sebuah filemnya yg bertajuk 'One Two Ka Four'. Hahahahahahaha. Tergelak aku. Kalau korang nak tau, dalam filem tersebut, pemandangan Melaka hanya ditayangkan utk beberapa saat je, iaitu dalam sebuah video klip lagu yg diselitkan dlm filem tu. Kalau korang nak tau jugak, filem One Two Ka Four tu adalah antara filem Shah Rukh Khan yg gagal di pasaran India & global. Kutipannya tak mencapai tahap box office pun. Sbb ape laa Yg Dipertua Negeri Melaka & Ketua Menteri Melaka beria2 benar nak menganugerahkan gelaran Datuk kat pakcik Shah Rukh Khan tu. Hahahah. Lawak betul.

p/s: kalau mcm tu, aku pun layak menerima gelaran Datuk memandangkan aku dah mempromosikan Malaysia di 35 buah negara Europe yg dah aku kunjungi. Hahaha. Boley???

OK laa. Itu je laa yg aku nak komen. Kalau korang ada nak tambah apa2 komen, jgn segan2. :)

33 buah komen:

Balqis Tuesday, October 14, 2008 at 5:51:00 AM GMT+8  

Huh! beremosi sungguh bila baca entri ni~

Datuk Siti ada gaklah de kenalkan Mesia ngan suaranya kepada dunia~

Yang len2 tu, mmg tak tahulah kan...
Maybe sebab malaysia ni aaaaamatlah bermurah hati dan terlampau-lampau taksub dengan memberi dan menerima gelaran~

Pulak tu kepada artis2. Artis tanah air tu boleh terima la, artis India, kenapa plak?
Apa kene mengene SRK ngan mesia?

Tak faham....

Huh, sungguh beremosi~

dah pergi 35 buah negara Europe? tabik2...

p/s : Cantik sangat2 gambar header blog ni, isk, tenang, damai syahdu, ntah apa lagilah.. Cantik sungguh, Subhanallah!!

wanie sk Tuesday, October 14, 2008 at 7:30:00 AM GMT+8  

saya setuju dgn penulisan anta...gelaran datuk ni bkn kalau bnyk bg jasa kat negara ke???huhu..walaupun sy peminat cite2 hindi tp langsung xbersetuju dgn penganugerahan cerita ini...n bukan bnyk lg ke cerita hindi yg buat kat m'sia??...terlebih pemurah pulak nak bg datuk kat sape2je

newayz...nice blog...like the song although cannot understand..hehe..mintk ijin link blog anta ye=)

Sis Lin Tuesday, October 14, 2008 at 8:29:00 AM GMT+8  

dutuk shah rukh khan pun digelar datuk ship....suka naik kapal agaknye ye...

Anonymous Tuesday, October 14, 2008 at 12:08:00 PM GMT+8  

btul2....dah nama datuk tue useless dah..
SRK pun amik port ke tak pangkat tue kan..hehe^^

Darling Pya Tuesday, October 14, 2008 at 12:26:00 PM GMT+8  

Salam perkenalan...
thanks sebab sudi melawat blog saya.nnt sy add address awk dlm link blog saya ye ;)

emm..isu Datuk SRK nie memang le kecoh dlm dunia artis kt Mesia skrg nie..SENIMAN siap buat paper tak puas ati pd Menteri Kebudayaan lagi...tapi logik nye pun, rasa nye tak patut SRK tu dapat Datuk.cuma adegan seminit dua je dlm One Two Ka Four terus diiktiraf mempromosi Melaka ke mata dunia.cuba le kira brape kerat rakyat India yg dtg melawat Melaka lps tonton cite tu...

teremosi lak le komen nye....hehehheee...

Anonymous Tuesday, October 14, 2008 at 1:40:00 PM GMT+8  

percaya atau tidak?
itu namanya kontroversi untuk menaikkkan sesuatu yang lapuk..
kalau takda kontroversi org tak da rasa sensasi..
dan orang tak minat nak tahu~
sekarang zaman org gilakan pangkat.
well~
power is sweet ryte?

cikMilah Tuesday, October 14, 2008 at 5:11:00 PM GMT+8  

Adui.. malu, kelakar dan pelik.
Sapa yang terlebih glamour ni....

Jom kita tengok nanti SRK pakai baju Melayu ke pakai sut India masa terima pingat tu!

Daffodil Tuesday, October 14, 2008 at 5:47:00 PM GMT+8  

salam.. salam ziarah, maaf lewat berkunjungbalas.. br settle pindah rumah, line internet pun br masuk.. saya add awak k.. salam persahabatan dr uk

Anonymous Tuesday, October 14, 2008 at 6:08:00 PM GMT+8  

buat malu betol la diorang nih.. haish

Anonymous Tuesday, October 14, 2008 at 11:39:00 PM GMT+8  

salam jhaz...
mayb SRK x sepatutnya dapat title D tu.. n sesetgh artis pon x layak..
tp.. sy rs D nicol even still muda tp mmg sudah layak di beri title itu.. mayb u kat medicine field so x berapa nampak part sport2 kat nicol nie.. tp mungkin juga, kita tidak berapa faham /rasa betapa hebat nya nicol di mata dunia.. cuba bayangkan kita.. sanggup ker kita jadi seperti beliau.. huuh.. D nicol pon x minta di beri title itu i guest.. salam syawal

sekadar sebuah comment :)

Rhazes Wednesday, October 15, 2008 at 2:46:00 AM GMT+8  

yurp
respect u bro
besok2 dpt la datuk jhazkitar0
ahaks
murah sgt gelaran datuk tu
mcm bole dibeli je
besok2
bilangan datuk lg ramai dr bukan datuk
haha

Mior Faiq Wednesday, October 15, 2008 at 6:18:00 AM GMT+8  

Kalau macam tuh, gelaran datuk pon patut diberikan kepada 7 orang pemuda yang terkandas di airport dublin setelah lambat 5 minit untuk check-in bag. Sekurang2nya, orang2 kat airport dublin tu menyaksikan betapa gagah dan kental nya hati orang2 malaysia untuk pulang ke tanah air dengan membeli tiket baru sebaik sahaja kaunter tiket di buka keesokan harinya. Ini mungkin telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan orang Dublin tentang kekuatan sebenar warga2 Malaysia dan mungkin juga telah menyumbangkan sedikit sebanyak kepada promosi 'mari melancong ke Malaysia 2008'. Kan encik Jhaz? hehehe.

Diamilikku Wednesday, October 15, 2008 at 11:26:00 AM GMT+8  

Datuk sekarang bukan datuk dulu..
datuk sekarang dah boleh dibelli dengan wang..
prestigenya dah tiada..

Thanx singgah blog sy..
dulu dah penah singgah sini tapi tak link so terlupa..
skrg dah link..insya allah selalu singgah..

Salam

en_me Wednesday, October 15, 2008 at 1:39:00 PM GMT+8  

en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k

nohas Wednesday, October 15, 2008 at 6:23:00 PM GMT+8  

Salam. Kat Malaysia ni, macam2 ada. Malaysia bolehh!! Respect kat Sultan Selangor, pilih yang benar2 layak sahaja..

ffh Wednesday, October 15, 2008 at 11:15:00 PM GMT+8  

Hey there big bro!thanks for dropping by my blog!

Kamu dulu kmb ya?haha~bosan tak kmb?

+p


so many stories from you there!Hope u r fine.What's the big prob u hav during ur first year there ?

Anonymous Thursday, October 16, 2008 at 10:23:00 AM GMT+8  

tak le besar mana sumbangan artis kepada negara.. tup tup dapat pengiktirafan ... setakat menjadi penghibur... apalah sangat... guru yang berjaya melahirkan.. tokoh2 negara tak lak dapat gelaran, doktor2 yg berjaya menyelamatkan nyawa manusia.. tak gak dapat...

senang je nak jadi datuk ni.. jadi artis tackle .. org yang memberi gelaran dapat la... yg memberi gelaran ni dah tentu minat dengan artis berkenaan... org besar melaka minat gile kat shah rukh khan...ho ho

Anonymous Thursday, October 16, 2008 at 12:08:00 PM GMT+8  

title datuk ni mcm dah takde nilai sgt sekarang ni...

senang2 je dpt title tu sdgkan pd hakikatnya takdelah besau sgt pun jasa diorg tu pd negara...

apalah yg diorg tgk kat SRK tu sampai nak bagi gelaran datuk..sudahlah bkn rakyat kita..setakat b'lakon dgn menyanyi je..berjasa sgt la tu...

kuIna Thursday, October 16, 2008 at 2:34:00 PM GMT+8  

eeemmm gh berfikir bila la akak nk dapat datuk.

kat mesia mcm2 ada

PINATBATE Thursday, October 16, 2008 at 2:59:00 PM GMT+8  

Salam datuk Jhazkitaro ,

Kerana Datuk SRK itu kurniaan dari Melaka, orang tak banyak komen...angguk jer lah...cuba kerajaan Selangor atau Perak atau Kelantan ang bagi...sure ramai yang hentam punya..

Syukur..saya tumpang bangga ayah saya bergelar datuk kepada 8 orang cucu-cucunya..

julu Thursday, October 16, 2008 at 6:26:00 PM GMT+8  

tapi kan..rmai jek 'Datuk' yg dpat gelaran tu tp x membawa kepentingan lsng kat negara... Pangkat pon sbb politik....mmg SRK tu x patot diberikan..tp yg lane,Chong Wei,Siti. patot kot... :)

aKmA Thursday, October 16, 2008 at 10:38:00 PM GMT+8  

salam2..

menjenguk ni..isu datuk juga!!heheh..

itulah, kalau pikir2 layakke budak ni dapat datuk..sukar2!!

xpelah, biarlah dengan gelaran a asal amalan kita maseh mahu dipertingkatkan..insyaALLAH..

nice blog btw~

Anonymous Friday, October 17, 2008 at 1:21:00 PM GMT+8  

pasal artis yg dapat datuk tuh..sampai skunk akak tak paham naper. kalau cam allahyarham p ramlee tu ok la...

_Vu-JiE_ Saturday, October 18, 2008 at 5:42:00 PM GMT+8  

rasa kelakar kan SRK dpt datuk??
ape sgt la dia buat dgn lakonan yg mpromosi *kononnya* Msia hanya beberapa saat tu..
hahaha..

liyana's Monday, October 20, 2008 at 2:32:00 AM GMT+8  
This comment has been removed by the author.
aShaBuLz Monday, October 20, 2008 at 1:00:00 PM GMT+8  

heh...'dato', sekadar gelaran yg kononnya gerek bila d sebut..

tapi tidak d nafikan ada yg layak dan ada yg kurang layak d beri gelaran itu....seharusnya perkara ini wajar d timbang tarakan semula memandangkan gelaran 'dato' itu sendiri sepatutnya melekat pada mereka yg benar2 berjasa.

walhal, bila d ukur, datuk sy yg ex-army tu lagi byk berjasa dari SRK yg menari..hahaha.

sorry to say...

D.u.H Monday, October 20, 2008 at 5:22:00 PM GMT+8  

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? [Al Qashash:60]

Ambillah pelajaran dari kisah mereka itu...

moon Monday, October 20, 2008 at 8:47:00 PM GMT+8  

rasenye datuk ct layak sebab sebut je nama datuk ct tu, trus org refer kpd mesia. yg lain2 tu org len ta kenal kot. haha. kalo awk jd datuk pun ok gak. haha

CATZ Thursday, October 23, 2008 at 10:39:00 AM GMT+8  

saya pun tak setuju dgn gelaran datuk kepada SRK...yg dipertikaina juga..sebenarnya..produser yg pilih lokasi..dia duk nyanyi nari2 jek kat situ.so kenapa pulak dia diberi gelaran datuk?????
lagipun produser tuhtentulah dpt cadangandr agent dia kat sini ke etc..kan..so ape ke hal pulak SRK dpt datuk??? moskel plak aku bila yg dr Melaka jawap kat parlimen kata SRK tuh promosi melaka..kira sam aset dlm mempromosikan pelancongan negeri melaka..rasa kelakar pulak..

rhymee suhaili Thursday, October 23, 2008 at 12:12:00 PM GMT+8  

Setuju sgt kan. Kalau promosi Malaysia to the whole wide world that we need to get the Datuk, tentu ramai bloggers dah dapat everytime ada hits from the over the globe :)

nonnie78 Thursday, October 23, 2008 at 5:00:00 PM GMT+8  

ha ha ha ... masa memula baca tajuk entri je dh gelak sambil kontrol takut ternampak gg. :)

org msia mmg baik ati sumanya. sedekah title pd org luar, bkn pe nnt bila org sebut, nama msia gak yg terkeluar. tak kita pun dpt tumpang rasa bangga. anyway, soal SRK tu tau ke tak makna disebalik title tu tak kisah sgtlh sbb dia org luar. yg peliknya, org dlm negara sdr ni. tak de rasa malu ke pgg title tu tanpa sebab??

leftenan adnan tu pun sampai ke sudah tak bergelar datuk, dato', tan sri..padahal citernya keluar dalam sejarah tu.. yg adapun sbgai PENGHORMATAN, kisahnya difilemkan. P.Ramlee pun dah bertahun duk kat bawah tu, baru dpt Tan Sri.

Rasanya kalau takat SRK perkenalkan Melaka di mata dunia, tak payahlah bagi title, cukuplah invite makan malam je sbb bkn besar mana pun jasanya...

chekgu Bani Hassim Saturday, October 25, 2008 at 9:10:00 AM GMT+8  

abah pun dpat DATUK ape...
datuk cucu satu...hiks...

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP