SYaM: BuMi aNBiYa' (BHG IX) - iRBiD

>> Tuesday, August 03, 2010



Hari 4: 20 MEI 2009

Pada hari ini, seorang lagi pelajar Perubatan yang sama tahun dengan Hariz, Ideris, Hadi, Dziya & yang lain-lain di JUST mengambil alih tugas untuk membawa aku berjalan-jalan. Namanya ialah Rozaili. Mereka yang lain masing-masing perlu menghadiri kuliah & awal-awal pagi lagi sudah ke universiti. Rozaili tiba di apartmen Hariz agak lewat daripada waktu yang telah dijanjikan, iaitu 9.00 pagi. Lebih kurang pukul 10.30 pagi baru dia muncul di hadapan pintu apartmen. Aku pada waktu itu sudah lama bersiap. Setibanya sahaja dia di apartmen tersebut, kami pun berkenalan. Rozaili ini juga adalah pembaca blog aku. Hahaha. Kami berdua kemudiannya terus bergerak ke Syari’ Jami’ah untuk menaiki teksi untuk ke pusat bandar Irbid.


Syari’ Jami’ah (University Street), Irbid, Jordan

Irbid terletak di bahagian barat laut negara Jordan, berhampiran sempadan negara Jordan, Syria & Israel. Ia adalah bandar kedua terbesar di negara ini, selepas Amman, dengan jumlah penduduk seramai 300,000 orang. Irbid terkenal di Jordan dengan jolokan 'bandar universiti' kerana terdapat banyak universiti di sini. Dua universiti yang paling utama ialah Jordan University Science & Technology (JUST) & Yarmouk University. Terdapat ramai pelajar Malaysia yang belajar di kedua-dua universiti tersebut. Pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil kursus perubatan belajar JUST. Sementara pelajar-pelajar Malaysia di Yarmouk University pula kebanyakannya mengambil bidang keagamaan.


Kedudukan Irbid dalam peta Jordan

Sebelum kedatangan Islam ke Irbid, nama lamanya ialah Arabella. Ia merupakan pusat penghasilan wain yang terkenal pada masa itu. Selepas kedatangan Islam, barulah namanya ditukar menjadi Irbid. Sewaktu era pemerintahan Islam, perusahaan wain telah dihentikan. Ianya digantikan dengan perusahaan penghasilan minyak zaitun.

Setibanya aku & Rozaili di pusat bandar Irbid, dia membawa aku ke sebuah kedai makan yang menurutnya kedai makan yang amat popular di kalangan pelajar Malaysia di Irbid. Tidak sah lawatan seseorang warganegara Malaysia ke Irbid jikalau tidak berkunjung ke kedai makan itu. Terus terang aku katakan, kawasan di sekitar kedai makan itu amatlah kotor sekali. Risau pula aku jikalau terkena cirit-birit. Pengalaman aku sewaktu di Kaherah, Mesir 3 tahun lalu banyak mengajar aku agar lebih berhati-hati. Aku pada mulanya agak berat hati untuk makan di situ. Tetapi, terasa bersalah pula jikalau aku menolak pelawaaan Rozaili. Lagipun, dia yang hendak membelanja aku. Hahaha. Harap-harapnya kesihatan aku tidak akan terganggu. Selepas makan, kami pun beredar untuk berjalan-jalan di sekitar pusat bandar Irbid ini. Pada aku, tiada apa-apa yang menarik di sini. Sekadar bandar biasa sahaja. Disebabkan itulah aku tidak banyak bergambar di sini.

Rozaili membawa aku singgah di sebuah pasar borong. Menurutnya, pasar borong itu adalah tempat tumpuan utama pelajar-pelajar Malaysia di Irbid kerana terdapatnya banyak jenis barang-barang tiruan daripada pelbagai jenama yang terkenal di seluruh dunia. Kualitinya pun hampir sama dengan yang asli. Aku menjadi rambang mata & tidak tahu hendak membeli apa. Terlalu banyak barang dijual. Hahaha.


Pasar Borong di Irbid, Jordan

Apabila sudah tiada lagi tempat yang hendak dilawati di pusat bandar Irbid, Rozaili membawa aku ke kampus universitinya, iaitu Jordan University of Science & Technology (JUST). Untuk ke sana, kami menaiki bas mini. Jauh juga lokasi kampus universiti mereka ini. Lebih kurang 30 minit menaiki bas mini dari pusat bandar Irbid, barulah kami tiba di kampus itu. Rozaili kemudiannya membawa aku mengelilingi kampus universitinya itu. Cantik & moden juga rupanya kampus universiti itu. Senibina bangunan-bangunan yang terdapat di dalamya begitu unik sekali & belum pernah aku lihat sebelum ini. Menurut Rozaili, JUST & sebuah lagi universiti di Amman, iaitu University of Jordan adalah 2 buah universiti yang terbaik di Jordan dalam bidang perubatan & kejuruteraan. JUST yang mula dibuka pada tahun 1986 kini mempunyai 11 buah fakulti & mempunyai seramai 20,000 orang mahasiswa. Tidak kurang hebatnya.


Pintu masuk utama Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


Pintu masuk utama Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


Pintu masuk utama Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan

Selepas berjalan-jalan di kawasan utama kampus, aku dibawa pula ke bangunan fakulti Perubatan yang terletak agak jauh daripada bangunan fakulti-fakulti lain. Kami melalui masjid universiti itu yang cantik senibinanya. Sempat aku bergambar di situ. Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke bangunan fakulti perubatan, tempat mereka semua ini belajar. Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan King Abdullah University Hospital, yang bakal menjadi tempat mereka ini menjalani latihan klinikal sewaktu berada di Tahun Keempat & Kelima nanti. Hospital Universiti itu adalah hospital yang terbesar di bahagian utara negara Jordan. Bangunan hospital setinggi 15 tingkat itu mula dirasmikan pada tahun 2002. Baru lagi sebenarnya.


Masjid Universiti Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


Bangunan Fakulti Perubatan di kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


King Abdullah University Hospital di Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST), Irbid, Jordan


King Abdullah University Hospital di Kampus Jordan University of Science & Technology (JUST) , Irbid, Jordan

Selepas berlegar-legar di kawasan bangunan fakulti Perubatan, Rozaili kemudiannya menelefon Hariz untuk bertanya tentang kereta yang sepatutnya disewa pada petang nanti. Menurut kata Hariz, dia, Munir & Dziya akan ke syarikat sewa kereta sebentar lagi & akan datang menjemput kami di JUST dengan menaiki kereta tersebut pada pukul 5.00 petang nanti. Pada waktu itu, jam baru menunjukkan pukul 4.00 petang. Untuk mengisi masa yang ada, aku & Rozaili berjalan ke masjid universiti untuk menunaikan solat sambil berehat-rehat.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang, kelibat mereka bertiga masih belum kelihatan. Akhirnya, lebih kurang pukul 5.30 petang, barulah kami berdua dapat melihat batang hidung Hariz & Munir di masjid itu. Kereta yang dibawa diletakkan di luar. Dziya tidak ikut sekali kerana ada hal lain. Kereta yang disewa itu diletakkan atas nama Dziya kerana dia seorang sahaja yang mempunyai passport pada ketika itu. Passport mereka yang lain berada di kedutaan Arab Saudi untuk urusan visa. Mereka akan ke Mekah untuk menunaikan umrah pada bulan hadapan.

Bersambung...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


6 buah komen:

hariz Tuesday, August 3, 2010 at 9:12:00 PM GMT+8  

bro, tu bukan pasar borong tu. tu bundle tu. memang original pun. bukan tiruan. hehe

btw, kedai tu kedai kebab. kalau ko pernah makan kebab kedai lain, ko akan tau kedai tu sedap. tapi, aku pun tak gi makan gak situ, kotor sangat.

JHaZKiTaRo Tuesday, August 3, 2010 at 9:21:00 PM GMT+8  

hehehe.. aku tau tu pasar bundle.. tapi taktau camne nak translate the word bundle ke dlm bhs melayu.. aku belasah je pasar borong.. hahaha.. oow.. mmg original ke? nampak cam tiruan jek.. hahah.. aa.. aku tau tu kedai kebab.. kotor gile kot.. heh

rozailiaswan Wednesday, August 4, 2010 at 4:26:00 AM GMT+8  

salam bro...
sorry sgt2.. kalau kedai tu x memuaskan hati dan sgt kotor, masa 1st year ja ak g, tu pun x sampai 5 kali.. haha, thun ni x g dah walaupun tu mmg kedai terbaek la dari segi rasa dan harga tapi tidak kebersihannya ...
btw, kalau dtg sni lgi thun ni , ad satu kedai bru bukak kt luar skit, dkt2 stu jgk, n kebersihan mmg terjamin la, rasa lebih kurang cuma harga ja mahal skit... jom ak tebus balik, amacam...!

sorry jgk la kalau pgi tu ak buat kau tertuggu lama.. hehe, hari x de klas kn, biase la.. hehe..

Uncle Bauer Monday, November 14, 2011 at 10:17:00 PM GMT+8  

Assalam,
Bila aku tgk posting yang dibuat di blog nih, menggamit semula kenangan aku di JUST pd 1996. Hospital tu pun under construction lagi..

Aku bersama 3 rakan lain perintis Malaysia Student di JUST.

Unfortunately... time we all kat sana, global economic downturn.... So kami yg ambil Engineering semua pulang M'sia.

Dah ramai ke M'sian graduate kat JUST ni?

Anonymous Thursday, March 21, 2013 at 1:33:00 PM GMT+8  

buy xanax online cod buy xanax online illegal - xanax 1 mg recreational use

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP