SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!

>> Saturday, August 27, 2011

Salam... Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua pembaca2 blog Aku Sebutir Pasir yg beragama Islam.. Sorry sbb dah lama tak update blog.. Been busy with work..

Hari ni aku akan balik ke Parit Buntar utk spend Ramadhan dgn family hari Sabtu & Ahad.. Hari Isnin kerja.. Then hari Selasa & Rabu cuti raya.. Alhamdulillah.. Dapat jgk beraya dgn family walaupun 2 hari je.

Anyway, sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! Mintak maaf zahir dan batin sekiranya ada salah & silap sepanjang hampir 7 tahun aku berblogging... Kita hanya hamba Allah SWT yg tak lepas daripada melakukan kesilapan..

Kpd sesiapa yg beraya di utara, kalau rajin, datang la beraya kat my house di Parit Buntar.. :)

15, Jalan Tapah,
Taman Sri Tenggara,
Parit Buntar,



THe TRuTH aBouT HouSeMeNSHiP aka DoKToR PeLaTiH iN MaLaYSia

>> Sunday, August 07, 2011

OK. Aku malas nak bercerita panjang. So aku just copy & paste saje status aku berkenaan dgn isu ni di Facebook beberapa hari lepas & komen2 yg ditulis:

"housemen become stress & quit their job not actually because of long working hours, but because we're treated badly by superiors... changing the system from oncall system to shift system won't change anything if our working culture are not changed.. believe me.."


- A: Setuju..dan akan ade komen dr MO kt bwh pasni ckp HO skrg manja n condemn komen ni hehe..hanya Allah yg tahu..MO ke spec ke xphm kite..

- B: exactly.. they simply dont want any changes becoz sblm ni they also were treated badly.. balas dendam punye pasal laa.. heh..

- C: HO sekarang memang manja tapi superiors pun ramai yg macam a**holes gak.

- B: kite bukan manja, tapi kite nak nonstressful & motivating working environment.. tu je.. kalau boleh tiap2 pagi nak gi kerja dgn bersemangat.. tapi kalau dah treated badly, nak gi keje pun rasa malas sgt..

- C: but of course la not all yg manja. this is speaking in general sebab makin ramai yg manja compared to time dulu. 1 year into my housemanship pun i could already see the difference. tu la. aku kata tak semua. tapi bila dah makin ramai ni, peratusan yg malas n manja for some reason makin tinggi. tu yg orang atas komplen. tapi diorg ni time orang rajin kerja pun tak reti nak appreciate. pastu dok ungkit pasal benda 20 tahun dulu.

- B: hehhe... sbb tu la kerajaan kene pandai allocate housemen.. ni tak.. kat sesetengah hosp berlambak2 housemen sampai ade yg MIA pun takde sape tau.. sesetengah hosp (mcm hosp tepeng) ni, housemen siap tak sempat nak lunch.. solat pun terpaksa jamak kadang2..

- C: sejak bila diorang reti hand human resource? org johor yg mintak johor dptt kl tp org kl yg nak dok kl kena gi johor and both happened at the exact same time. kitorg ni pun dok terkontang kanting tak cukup orang. wad ada 4 pastu ada OPD lagi. tak kira org on call kena attend case or accompany pt gi ipoh/ taiping which is >1 hour away. how many MOs do we have in total? FIVE. OPD satu hari ada about 130-160 pt. tak ke mati. bila tanya kenapa takde MO baru, dia kata sbb takde org nak dtg sini. ingat aku nak sgt ke dtg sini bila dpt this posting?

- B: cant agree more.. dieorg cume tau buat keputusan sesuka hati tanpa tanya pendapat org2 bawahan mcm kita.. yg seksanya kite..

- D: Sabarla. Aku setuju ngan ko. Kena bethn smp abis ho. Spital mane2 pn sama je. Sikap org diorg sdiri yg leh tuka. Kita la nnt yg slowly akan naik ni kena tuka sistem skang ni. Tp dulu2 ade je aku wat muka xsuka / express benda2 yg tak ptut kalo mo2 yg suruh benda2 yg x patut aku buat esp kt ortho huh. Puas hati aku wp diorg degil gak kdg2 tu.

- E: Aku rase ho kat msia ni is treated as kuli rather than colleague.... Kesian, tapi as upgraded mo frm ho, it does feel good to have ho around utk disuruh2 haha. Tp kat ireland ho n sho buat keje bsama2.

- F: My comment is sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada sekrg..xyah nak compare2 kat overseas least semua graduate doctors terus serap masuk keja tetap..wait until all graduates docs hav to apply job sama mcm engineers! langsaikan tanggungjawab masing2,jgn peduli apa yg org lain buat..each individuals ada peranan yg berbeza..its neither easy to b a HO nor MO nor specialist nor officers in admin..I've gone thru all except the pakar part..superiors yg pegi meeting pun bkn senang nak decide for service development..there's no kuli or boss here..semua ada tugas masing2..everyone hav to go tru each phases b4 they becomes a superior..just respect each other!

- G: Aku pulak rs, everybody in the kkm need to go for communication skill building esp in the department itself..must be conducted by certified professional who know what need to be change..sometimes a simple word such as good job, well done you noticed this in our patient..all the encouragement words must be used..if the follower couldn't meet the expectation, use nice word eg good try but don't you think we need to investigate this as well...(just my opinion)

- H: Kalau complain jeh, terus kena manja, kalaw stress atau depress jeh, terus kena cop sebagai weak, macam mana nak ubah? Right now, only God can change the working environment kat Malaysian Hospitals.

- C: i wrote an article on "The Ideal HO Training" for my write up in ortho many months ago (by the way, we had absolutely NO weekend off in ortho and tagging might go on for 30 days - before that record was almost 2 months kot before that guy went MIA). I was GIVEN that topic due to my rebellious nature. Did research and stuff for that stupid article so that i could (indirectly) hentam the superiors with solid evidences.

then had to write a letter to protest against shift system in order to pass the department. otherwise they wanted to extend me (for absolutely no reason apart from the fact i was a rebel). did some research to back up my letter tu.

let me tell u how is ortho like in sg buloh.

1. tagging could go on up to a month. previously no limit until a lot of people really made noises about it so it's capped to 30 days. if u fail to be upgraded by then, u're doomed to be doing tagging calls (cannot claim) 10 times a month until further notice

2. taggers MUST know every single ortho patient in the entire hospital in great detail including their detailed social history (inc how much is the monthly salary). previously it included the colour of his MB, model of car, etc etc

3. working hours is BEFORE 7am until AFTER 7pm even though there's absolutely nothing to be done.

4. monday is grand ward round day when everyone is expected to know all the cases in their wards in great detail including the BP on admission (taggers need to know periphery patients too).

5. Absolutely NO weekend off unless u win the stupid HORROR (HO rest n recreation on recommendation) which is usually given to the favourites and ass kissers even though they said it's based on public speaking and work performance.

6. to pass the department, u need to pass a written exam which makes u eligible for the CME presentation which u have to pass too. once u've passed both, u need to pass the exhibition round. I had to present the entire hospital during my exhibition round. oh, u also have to pass the HOST (HO stamina test) level 1 n 2. level 1 is going up the stairs up to 9th floor x3. level 2 used to be up and down batu caves 10x but now is a marathon run up and down hilly terrain for about 7km kot.

7. instead of 8 or 9 days of leave, u can only take 7.

8. u need to pass the upgrade round as well as the psychometric test (soalan wajib - list down the compulsory procedures in the log book according to the EXACT order. others include questions like what is you mentor's car registration number, what is his daughter's full name, etc). once upgraded, u might still be retagged if u piss them off.

best kan? they claim that they provide the BEST HO TRAINING IN MALAYSIA and other hospitals are trying to emulate them. good luck to the HOs where people are trying to adopt their system (which i really doubt).

i went through that for 4 months. my friend (a 6th poster) went into depression and was started on treatment. many others either decided to quit the service or transferred to another hospital. when asked about the rate of HO quitting/ transferring from that department, they said that they're filtering out the weak and wimpy ones.

Ni pulak adalah artikel yg sahabat aku (Nur Asyhraff b Mohd Noor) tulis:

Saya ingin merujuk kepada keratan akhbar berita harian bertarikh 2 ogos 2011, bertajuk hanya 54jam. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ketua pengarah kesihatan Malaysia yang baru dilantik kerana prihatin dengan rintihan dan permasalahan yang dihadapi oleh doktor pelatih houseman di Malaysia.

Buat pengetahuan semua, terdapat beberapa hospital yang mengehadkan bilangan oncall sebulan kepada 3-4kali sebulan. Sudahnya, kami dipaksa untuk bekerja lebih masa yang dipanggil sebagai night review.

Night review ialah di mana seorang doktor pelatih terpaksa bekerja lebih masa selepas pukul 5petang, tetapi kami tidak dibayar elaun lebih masa. Paling awal kami boleh pulang adalah pada pukul 10pm. Ada sahabat saya yang terpaksa pulang sehingga jam 4pagi!

Alasan yang diberi ialah night review akan memberikan lebih pendedahan kepada kami untuk belajar dengan menghabiskan lebih banyak masa di hospital. Persoalannya, adakah pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku sewaktu night review apabila kami sudah letih.

Mengehadkan masa bekerja daripada 90jam kepada 54 jam seminggu adalah tindakan yang bijak dan praktikal. Ini juga mengambil contoh di Negara-negara maju yang meletakkan had masa bekerja dalam seminggu. Buat pengetahuan semua, dalam tempoh sebulan bekerja, kami hanya diberikan 2hari cuti yang dipanggil weekend off. Bagaimanakah dapat doktor pelatih untuk recharge dan berehat jika mereka bekerja secara berterusan selama sebulan? Jika kami ingin bercuti, maka cuti kami akan ditolak daripada 8hari cuti yang diberikan dalam satu posting yang mempunyai tempoh masa 4bulan.

Doktor pelatih juga tidak diberikan afternoon off selepas oncall pada malam sebelumnya. Jadi, kami terpaksa bekerja 36jam tanpa henti. Elaun yang diberi ialah sekitar rm6.66 sejam (RM100 untuk 15jam bekerja). Ada antara kami yang pulang post call, dan besok paginya terpaksa oncall. Badan sudah letih, tetapi tugas tetap diteruskan. Yang menjadi mangsa ialah para pesakit apabila doktor pelatih tidak mampu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya sewaktu bekerja dek badan yang sudah keletihan.
Tindakan bijak mengehadkan masa bekerja adalah tepat memandangkan bilangan doktor pelatih yang semakin mencukupi malah berlebihan di sesetengah hospital.

Jika ramai yang menganggap soal gaji menjadi punca utama ramai doktor di luar negara yang tidak mahu pulang, anda silap sebenarnya. Walaupun matawang Euro, UK pound atau USD lebih tinggi, tetapi kos hidup dan cukai memang tinggi sebenarnya diluar negara.

Di luar negara, doktor pelatih dilayan sebagai salah seorang ahli di dalam sesebuah kumpulan. Mereka dilayan dengan setara dan matang. Maka kebanyakan kita tidak segan silu untuk memberikan rawatan tanpa merujuk pakar, selagi mana kita boleh menjustifikasikan rawatan kita. Budaya mereka menggalakkan dan memberikan motivasi untuk membentangkan kes pesakit dan menghargai setiap tindakan doktor pelatih.

Lain pula di Malaysia, kami ditengking dan ditertawakan di hadapan pesakit apabila tidak mampu membentangkan kes pesakit dengan baik. Budaya menyampuk dan kurang mendengar dengan alasan kami ialah strata terbawah di dalam sesebuah hospital. Sudahnya, bertepatan dengan kajian yang dilakukan, ramai diantara kami yang sudah hilang minat dan tidak mahu bekerja lagi sebagai doktor, bukanlah kerana bebanan kerja yang meningkat, tetapi lebih kepada budaya kerja kita yang tidak mahu berubah walaupun sudah lebih 50tahun merdeka.

Ada kawan saya yang memberikan perbandingan di hospitalnya semasa dia mengambil giliran untuk membentangkan case dengan radiologist.
Kalau di Ireland, radiologist akan bertanya- Yes, may I help you dear?
Kalau Di Malaysia- hah, kau nak apa?

Doktor pelatih di Malaysia juga tidak diberi perlindungan insurans dengan alasan mereka masih lagi tidak mendapat lesen penuh dari MMC. Ada satu kes tidak lama dahulu apabila seorang doktor pelatih yang meninggal dunia sewaktu di dalam ambulans, tidak mendapat apa-apa ganti rugi untuk keluarganya kerana beliau tidak dilindungi dengan insurans. Sudahlah kerja kami berbahaya, tidak dilindungi pula.

Saya berharap dengan ketua pengarah yang baru ini sedikit demi sedikit boleh memberikan tawaran terbaik untuk menjaga kebajikan para doktor di Malaysia. Saya yakin isu kebajikan ini tidak terhenti sekadar di peringkat doktor pelatih. Malah di peringkat doktor berlesen penuh (MO), pakar dan konsultant juga ramai yang sudah berpindah ke sektor swasta dek kerana kebajikan mereka yang diabaikan.

Justeru, saya melihat perlaksanaan sistem shift dan 54jam waktu bekerja seminggu adalah satu permulaan yang baik ke arah memantapkan sistem kesihatan di Malaysia. Percayalah, jika kita mampu mengubah budaya kerja yang lebih baik, maka lebih ramai lagi doktor yang bekerja diluar negara akan kembali berkhidmat di dalam negara kita.

Bagi kami, Wang bukanlah segala-galanya.

Kami sedia membantu.

(Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menuding jari menyalahkan sesiapa, jauh sekali ingin menyalahkan jabatan dan hospital tempat saya bekerja. Saya punya cita-cita besar untuk melihat perubahan dalam budaya kerja dalam sistem kesihatan di Malaysia).

Comments for this article:

Z: Sy rasa ada facts yg kurang tepat since most of it looks like it is based on ur experience in our dept. Btw i do agree with the shift system but we hv to see how it works since ho nowadays seems to be a bit calculating among themselves

Y: pelaksanaan working hours ni varies from hospitsl to my place (HSNZ), even MO pun xdpt afternoon off when post call..pekeliling KKM bg pun jd pekasam je

X: itu sebab kita kena pastikan hak2 yang ada dilunaskan dengan betul. kalau kat new zealand houseman kat sana mogok ramai2 sebab gaji. kat sini, kita lebih suka diam je..

W: sangat setuju dengan penyataan 'budaya kerja kita yang tidak mahu berubah walaupun sudah lebih 50tahun merdeka' bukan sahaja budaya kerja tapi mentaliti primitif orang gua yang menentang apa apa bentuk revolusi/pembaharuan. Kita sudah selesa dengan sistem kasta; HO adalah strata terbawah jadi tidak dianggap rakan sekerja tetapi lembu yang ditarik hidung. Apa-apa akan disalahkan HO terlebih dahulu.4 lagi jari yang menuding diri sendiri tak perasan pulak? Bila ada idea untuk mengurangkan jam bekerja, macam macam prejudis, mulalah komen, HO dah semakin manja/malas, padahal siapa yang pemalas? Kerja2 boleh jadi mudah kalau kita bekerja sebagai satu kumpulan. Ini tak, tiap2 pagi ada sahaja yang di order just to feed their curiosity.. blood investigation diulang2 in denial, First poster buat salah dikutuk dan me sistem shift ni adalah satu anjakan paradigma (frasa fav exam) supaya mereka sedar yang kita perlu bekerja dalam satu kumpulan, bukan simply touch and go.. semua ada peranan masing2 dan apa yang seseorang buat dalam kumpulan itu akan affect member lain..

V: for me, apa2 sistem yang kita try implement, kalau x laksana sepenuhnya-sama jugak kesannya. kata la sistem skarang ni, semua org postcall dpt pm off- mmg boleh recharge and datang kerja esoknya dengan segar dan bersemangat. satu2nya department yang buat sistem ni btol2 kat melaka is surgical department. so xde hal nak oncall tunggang tebalik pun sbb tau esok tu dpt rehat dengan tak pekeliling simpan bawah meja- bawak parlimen pun xguna sbb xde bukti system x diimplement.

Kita tgk shift system nnt mesti sama jugak. Selagi wujud alasan "atas kepentingan perkhidmatan" + tanpa guideline yang jelas, HOD boleh je abusethe system ie bagi double shift x boleh claim ke..who happens before right :)

U: eh kang dah salang tekan enter. ceyyyy. anyway i think shift system ni immature. belom pape lagi dah nk implementkan. bukan nak amik input from HOs yg dari said hospital yg melaksanakannya. Temerloh hospital tunggang tebalik HO kerja 3 shift, xcukop houseman nak buat system shift. o well. lets think about it. elok2 satu hari satu orang onkol now, 3 orang kene standby to do what a one person can do, that is oncall. nk plan cuti pon susah, nak pegi kenduri kawen lagi susah (sorry pana!). simply put, if betul2 nak buat system shift, amount houseman kene at least twice the number yg each department has currently. kalau setakat berbelas2 per department mcm putrajaya, toksah cerita la nk buat shift. hari2 kene datang keje.i predict disaster will ensue. nuff said.

T: another good point there, a system where we all are government SERVANTS with the infamous "yang menurut perintah" + our kasta system, most likely there'll be abuse of system..which bring us to acap's whole's all about changing the culture..we are at the crossroads between the old and the new generations where everyone wants to "be the change", reformation, etc..most of these came from these young bright minds who was sent by government themselves to overseas to bring that working culture here..arent that's why they spent billions of ringgit for? having said that, i would certainly respect the attitudes of the older i said, nowadays, we are more selfish, calculative, etc..simple analogy: org kampung (mentaliti lama tapi kejiaranan tinggi) and org bandar (mentaliti bandar tapi jiran pun x kenal).. - my 2 cents

S: believe it or not, kat melaka last 3-4 months, ada buat satu study ttg soft skill among health workers...and satu consensus yang diambil dr 1000 random patient dalam ward hospital melaka, dlm 50% komen on specialist yang marah junior doctors depan patient: at which they wish the condition should change and they said when it happens they actually lose trust with the ho yang jaga dorg...sad isnt it? the superior eventhough so call byk pengalaman, never thought what they did actually have a very deep effect to others...

So, ada sapa2 nak komen ttg entry aku ni??? Sila2kan ye...



29 TaHuN SuDaH BeRLaLu..

>> Friday, August 05, 2011

Salam. Esok pagi (6 Ogos 2011), tepat pukul 5.05 pagi, genaplah 29 tahun aku dilahirkan ke muka bumi ni. Mcm tak percaya je yg 29 tahun telah pun berlalu. Masa berlalu begitu pantas sekali kan, tanpa kita sedari.

Sepanjang 29 tahun ni, bermacam2 pancaroba kehidupan telah aku lalui. Bermula dari alam persekolahan, kolej, universiti & kini alam pekerjaan. Kalau boleh diputarkan masa, nak je aku kembali ke alam persekolahan dulu. Segalanya penuh dgn keseronokan. Tanggungjawab pun tak seberat tanggungjawab di alam pekerjaan ni. Apa2 pun, aku bersyukur kerana mempunyai mak & abah yg benar2 mengambil berat ttg anak2 dieorg. Even sampai ke alam pekerjaan pun dieorg still lagi ambil berat. Setiap minggu, at least 2 kali dieorg datang ke Taiping utk menziarahi aku. Aku yg jarang balik ke Pt Buntar. Heheh.

Anyway, semoga hari2 yg bakal mendatang kelak akan lebih baik utk aku & semoga aku dapat bertahan dgn pekerjaan aku sekarang, iaitu sebagai doktor pelatih di Hospital Taiping. Kerjaya yg amat mencabar & penuh dgn stress. Jika diikutkan hati, nak je berhenti kerja & buat benda lain. Tapi memandangkan aku dah belajar selama bertahun2 di Ireland, tak tergamak pulak aku nak berbuat demikian. Hanya pada Allah SWT sajalah aku berserah. Semoga segalanya dipermudahkan utk aku...

Apa2 pun, HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! hehehe.. dan SELAMAT BERPUASA... :) esok oncall.. huhuhu...

Bersama Mak & Abah


HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by 2008

Back to TOP