THe TRuTH aBouT HouSeMeNSHiP aka DoKToR PeLaTiH iN MaLaYSia

>> Sunday, August 07, 2011



OK. Aku malas nak bercerita panjang. So aku just copy & paste saje status aku berkenaan dgn isu ni di Facebook beberapa hari lepas & komen2 yg ditulis:

"housemen become stress & quit their job not actually because of long working hours, but because we're treated badly by superiors... changing the system from oncall system to shift system won't change anything if our working culture are not changed.. believe me.."

Comments:

- A: Setuju..dan akan ade komen dr MO kt bwh pasni ckp HO skrg manja n condemn komen ni hehe..hanya Allah yg tahu..MO ke spec ke xphm kite..

- B: exactly.. they simply dont want any changes becoz sblm ni they also were treated badly.. balas dendam punye pasal laa.. heh..

- C: HO sekarang memang manja tapi superiors pun ramai yg macam a**holes gak.

- B: kite bukan manja, tapi kite nak nonstressful & motivating working environment.. tu je.. kalau boleh tiap2 pagi nak gi kerja dgn bersemangat.. tapi kalau dah treated badly, nak gi keje pun rasa malas sgt..

- C: but of course la not all yg manja. this is speaking in general sebab makin ramai yg manja compared to time dulu. 1 year into my housemanship pun i could already see the difference. tu la. aku kata tak semua. tapi bila dah makin ramai ni, peratusan yg malas n manja for some reason makin tinggi. tu yg orang atas komplen. tapi diorg ni time orang rajin kerja pun tak reti nak appreciate. pastu dok ungkit pasal benda 20 tahun dulu.

- B: hehhe... sbb tu la kerajaan kene pandai allocate housemen.. ni tak.. kat sesetengah hosp berlambak2 housemen sampai ade yg MIA pun takde sape tau.. sesetengah hosp (mcm hosp tepeng) ni, housemen siap tak sempat nak lunch.. solat pun terpaksa jamak kadang2..

- C: sejak bila diorang reti hand human resource? org johor yg mintak johor dptt kl tp org kl yg nak dok kl kena gi johor and both happened at the exact same time. kitorg ni pun dok terkontang kanting tak cukup orang. wad ada 4 pastu ada OPD lagi. tak kira org on call kena attend case or accompany pt gi ipoh/ taiping which is >1 hour away. how many MOs do we have in total? FIVE. OPD satu hari ada about 130-160 pt. tak ke mati. bila tanya kenapa takde MO baru, dia kata sbb takde org nak dtg sini. ingat aku nak sgt ke dtg sini bila dpt this posting?

- B: cant agree more.. dieorg cume tau buat keputusan sesuka hati tanpa tanya pendapat org2 bawahan mcm kita.. yg seksanya kite..

- D: Sabarla. Aku setuju ngan ko. Kena bethn smp abis ho. Spital mane2 pn sama je. Sikap org diorg sdiri yg leh tuka. Kita la nnt yg slowly akan naik ni kena tuka sistem skang ni. Tp dulu2 ade je aku wat muka xsuka / express benda2 yg tak ptut kalo mo2 yg suruh benda2 yg x patut aku buat esp kt ortho huh. Puas hati aku wp diorg degil gak kdg2 tu.

- E: Aku rase ho kat msia ni is treated as kuli rather than colleague.... Kesian, tapi as upgraded mo frm ho, it does feel good to have ho around utk disuruh2 haha. Tp kat ireland ho n sho buat keje bsama2.

- F: My comment is sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada sekrg..xyah nak compare2 kat overseas etc..at least semua graduate doctors terus serap masuk keja tetap..wait until all graduates docs hav to apply job sama mcm engineers! langsaikan tanggungjawab masing2,jgn peduli apa yg org lain buat..each individuals ada peranan yg berbeza..its neither easy to b a HO nor MO nor specialist nor officers in admin..I've gone thru all except the pakar part..superiors yg pegi meeting pun bkn senang nak decide for service development..there's no kuli or boss here..semua ada tugas masing2..everyone hav to go tru each phases b4 they becomes a superior..just respect each other!

- G: Aku pulak rs, everybody in the kkm need to go for communication skill course..team building esp in the department itself..must be conducted by certified professional who know what need to be change..sometimes a simple word such as good job, well done you noticed this in our patient..all the encouragement words must be used..if the follower couldn't meet the expectation, use nice word eg good try but don't you think we need to investigate this as well...(just my opinion)

- H: Kalau complain jeh, terus kena manja, kalaw stress atau depress jeh, terus kena cop sebagai weak, macam mana nak ubah? Right now, only God can change the working environment kat Malaysian Hospitals.

- C: i wrote an article on "The Ideal HO Training" for my write up in ortho many months ago (by the way, we had absolutely NO weekend off in ortho and tagging might go on for 30 days - before that record was almost 2 months kot before that guy went MIA). I was GIVEN that topic due to my rebellious nature. Did research and stuff for that stupid article so that i could (indirectly) hentam the superiors with solid evidences.

then had to write a letter to protest against shift system in order to pass the department. otherwise they wanted to extend me (for absolutely no reason apart from the fact i was a rebel). did some research to back up my letter tu.

let me tell u how is ortho like in sg buloh.

1. tagging could go on up to a month. previously no limit until a lot of people really made noises about it so it's capped to 30 days. if u fail to be upgraded by then, u're doomed to be doing tagging calls (cannot claim) 10 times a month until further notice

2. taggers MUST know every single ortho patient in the entire hospital in great detail including their detailed social history (inc how much is the monthly salary). previously it included the colour of his MB, model of car, etc etc

3. working hours is BEFORE 7am until AFTER 7pm even though there's absolutely nothing to be done.

4. monday is grand ward round day when everyone is expected to know all the cases in their wards in great detail including the BP on admission (taggers need to know periphery patients too).

5. Absolutely NO weekend off unless u win the stupid HORROR (HO rest n recreation on recommendation) which is usually given to the favourites and ass kissers even though they said it's based on public speaking and work performance.

6. to pass the department, u need to pass a written exam which makes u eligible for the CME presentation which u have to pass too. once u've passed both, u need to pass the exhibition round. I had to present the entire hospital during my exhibition round. oh, u also have to pass the HOST (HO stamina test) level 1 n 2. level 1 is going up the stairs up to 9th floor x3. level 2 used to be up and down batu caves 10x but now is a marathon run up and down hilly terrain for about 7km kot.

7. instead of 8 or 9 days of leave, u can only take 7.

8. u need to pass the upgrade round as well as the psychometric test (soalan wajib - list down the compulsory procedures in the log book according to the EXACT order. others include questions like what is you mentor's car registration number, what is his daughter's full name, etc). once upgraded, u might still be retagged if u piss them off.

best kan? they claim that they provide the BEST HO TRAINING IN MALAYSIA and other hospitals are trying to emulate them. good luck to the HOs where people are trying to adopt their system (which i really doubt).

i went through that for 4 months. my friend (a 6th poster) went into depression and was started on treatment. many others either decided to quit the service or transferred to another hospital. when asked about the rate of HO quitting/ transferring from that department, they said that they're filtering out the weak and wimpy ones.



Ni pulak adalah artikel yg sahabat aku (Nur Asyhraff b Mohd Noor) tulis:

Saya ingin merujuk kepada keratan akhbar berita harian bertarikh 2 ogos 2011, bertajuk hanya 54jam. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ketua pengarah kesihatan Malaysia yang baru dilantik kerana prihatin dengan rintihan dan permasalahan yang dihadapi oleh doktor pelatih houseman di Malaysia.

Buat pengetahuan semua, terdapat beberapa hospital yang mengehadkan bilangan oncall sebulan kepada 3-4kali sebulan. Sudahnya, kami dipaksa untuk bekerja lebih masa yang dipanggil sebagai night review.

Night review ialah di mana seorang doktor pelatih terpaksa bekerja lebih masa selepas pukul 5petang, tetapi kami tidak dibayar elaun lebih masa. Paling awal kami boleh pulang adalah pada pukul 10pm. Ada sahabat saya yang terpaksa pulang sehingga jam 4pagi!

Alasan yang diberi ialah night review akan memberikan lebih pendedahan kepada kami untuk belajar dengan menghabiskan lebih banyak masa di hospital. Persoalannya, adakah pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku sewaktu night review apabila kami sudah letih.

Mengehadkan masa bekerja daripada 90jam kepada 54 jam seminggu adalah tindakan yang bijak dan praktikal. Ini juga mengambil contoh di Negara-negara maju yang meletakkan had masa bekerja dalam seminggu. Buat pengetahuan semua, dalam tempoh sebulan bekerja, kami hanya diberikan 2hari cuti yang dipanggil weekend off. Bagaimanakah dapat doktor pelatih untuk recharge dan berehat jika mereka bekerja secara berterusan selama sebulan? Jika kami ingin bercuti, maka cuti kami akan ditolak daripada 8hari cuti yang diberikan dalam satu posting yang mempunyai tempoh masa 4bulan.

Doktor pelatih juga tidak diberikan afternoon off selepas oncall pada malam sebelumnya. Jadi, kami terpaksa bekerja 36jam tanpa henti. Elaun yang diberi ialah sekitar rm6.66 sejam (RM100 untuk 15jam bekerja). Ada antara kami yang pulang post call, dan besok paginya terpaksa oncall. Badan sudah letih, tetapi tugas tetap diteruskan. Yang menjadi mangsa ialah para pesakit apabila doktor pelatih tidak mampu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya sewaktu bekerja dek badan yang sudah keletihan.
Tindakan bijak mengehadkan masa bekerja adalah tepat memandangkan bilangan doktor pelatih yang semakin mencukupi malah berlebihan di sesetengah hospital.

Jika ramai yang menganggap soal gaji menjadi punca utama ramai doktor di luar negara yang tidak mahu pulang, anda silap sebenarnya. Walaupun matawang Euro, UK pound atau USD lebih tinggi, tetapi kos hidup dan cukai memang tinggi sebenarnya diluar negara.

Di luar negara, doktor pelatih dilayan sebagai salah seorang ahli di dalam sesebuah kumpulan. Mereka dilayan dengan setara dan matang. Maka kebanyakan kita tidak segan silu untuk memberikan rawatan tanpa merujuk pakar, selagi mana kita boleh menjustifikasikan rawatan kita. Budaya mereka menggalakkan dan memberikan motivasi untuk membentangkan kes pesakit dan menghargai setiap tindakan doktor pelatih.

Lain pula di Malaysia, kami ditengking dan ditertawakan di hadapan pesakit apabila tidak mampu membentangkan kes pesakit dengan baik. Budaya menyampuk dan kurang mendengar dengan alasan kami ialah strata terbawah di dalam sesebuah hospital. Sudahnya, bertepatan dengan kajian yang dilakukan, ramai diantara kami yang sudah hilang minat dan tidak mahu bekerja lagi sebagai doktor, bukanlah kerana bebanan kerja yang meningkat, tetapi lebih kepada budaya kerja kita yang tidak mahu berubah walaupun sudah lebih 50tahun merdeka.

Ada kawan saya yang memberikan perbandingan di hospitalnya semasa dia mengambil giliran untuk membentangkan case dengan radiologist.
Kalau di Ireland, radiologist akan bertanya- Yes, may I help you dear?
Kalau Di Malaysia- hah, kau nak apa?


Doktor pelatih di Malaysia juga tidak diberi perlindungan insurans dengan alasan mereka masih lagi tidak mendapat lesen penuh dari MMC. Ada satu kes tidak lama dahulu apabila seorang doktor pelatih yang meninggal dunia sewaktu di dalam ambulans, tidak mendapat apa-apa ganti rugi untuk keluarganya kerana beliau tidak dilindungi dengan insurans. Sudahlah kerja kami berbahaya, tidak dilindungi pula.

Saya berharap dengan ketua pengarah yang baru ini sedikit demi sedikit boleh memberikan tawaran terbaik untuk menjaga kebajikan para doktor di Malaysia. Saya yakin isu kebajikan ini tidak terhenti sekadar di peringkat doktor pelatih. Malah di peringkat doktor berlesen penuh (MO), pakar dan konsultant juga ramai yang sudah berpindah ke sektor swasta dek kerana kebajikan mereka yang diabaikan.

Justeru, saya melihat perlaksanaan sistem shift dan 54jam waktu bekerja seminggu adalah satu permulaan yang baik ke arah memantapkan sistem kesihatan di Malaysia. Percayalah, jika kita mampu mengubah budaya kerja yang lebih baik, maka lebih ramai lagi doktor yang bekerja diluar negara akan kembali berkhidmat di dalam negara kita.

Bagi kami, Wang bukanlah segala-galanya.

Kami sedia membantu.

(Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menuding jari menyalahkan sesiapa, jauh sekali ingin menyalahkan jabatan dan hospital tempat saya bekerja. Saya punya cita-cita besar untuk melihat perubahan dalam budaya kerja dalam sistem kesihatan di Malaysia).

Comments for this article:

Z: Sy rasa ada facts yg kurang tepat since most of it looks like it is based on ur experience in our dept. Btw i do agree with the shift system but we hv to see how it works since ho nowadays seems to be a bit calculating among themselves

Y: pelaksanaan working hours ni varies from hospitsl to hospital.at my place (HSNZ), even MO pun xdpt afternoon off when post call..pekeliling KKM bg pun jd pekasam je

X: itu sebab kita kena pastikan hak2 yang ada dilunaskan dengan betul. kalau kat new zealand houseman kat sana mogok ramai2 sebab gaji. kat sini, kita lebih suka diam je..

W: sangat setuju dengan penyataan 'budaya kerja kita yang tidak mahu berubah walaupun sudah lebih 50tahun merdeka' bukan sahaja budaya kerja tapi mentaliti primitif orang gua yang menentang apa apa bentuk revolusi/pembaharuan. Kita sudah selesa dengan sistem kasta; HO adalah strata terbawah jadi tidak dianggap rakan sekerja tetapi lembu yang ditarik hidung. Apa-apa akan disalahkan HO terlebih dahulu.4 lagi jari yang menuding diri sendiri tak perasan pulak? Bila ada idea untuk mengurangkan jam bekerja, macam macam prejudis, mulalah komen, HO dah semakin manja/malas, padahal siapa yang pemalas? Kerja2 boleh jadi mudah kalau kita bekerja sebagai satu kumpulan. Ini tak, tiap2 pagi ada sahaja yang di order just to feed their curiosity.. blood investigation diulang2 in denial, First poster buat salah dikutuk dan diperli...to me sistem shift ni adalah satu anjakan paradigma (frasa fav exam) supaya mereka sedar yang kita perlu bekerja dalam satu kumpulan, bukan simply touch and go.. semua ada peranan masing2 dan apa yang seseorang buat dalam kumpulan itu akan affect member lain..

V: for me, apa2 sistem yang kita try implement, kalau x laksana sepenuhnya-sama jugak kesannya. kata la sistem skarang ni, semua org postcall dpt pm off- mmg boleh recharge and datang kerja esoknya dengan segar dan bersemangat. satu2nya department yang buat sistem ni btol2 kat melaka is surgical department. so xde hal nak oncall tunggang tebalik pun sbb tau esok tu dpt rehat dengan cukup.ni tak pekeliling simpan bawah meja- bawak parlimen pun xguna sbb xde bukti system x diimplement.

Kita tgk shift system nnt mesti sama jugak. Selagi wujud alasan "atas kepentingan perkhidmatan" + tanpa guideline yang jelas, HOD boleh je abusethe system ie bagi double shift x boleh claim ke..who knows...it happens before right :)

U: eh kang dah salang tekan enter. ceyyyy. anyway i think shift system ni immature. belom pape lagi dah nk implementkan. bukan nak amik input from HOs yg dari said hospital yg melaksanakannya. Temerloh hospital tunggang tebalik HO kerja 3 shift, xcukop houseman nak buat system shift. o well. lets think about it. elok2 satu hari satu orang onkol now, 3 orang kene standby to do what a one person can do, that is oncall. nk plan cuti pon susah, nak pegi kenduri kawen lagi susah (sorry pana!). simply put, if betul2 nak buat system shift, amount houseman kene at least twice the number yg each department has currently. kalau setakat berbelas2 per department mcm putrajaya, toksah cerita la nk buat shift. hari2 kene datang keje.i predict disaster will ensue. nuff said.

T: another good point there, implementation..in a system where we all are government SERVANTS with the infamous "yang menurut perintah" + our kasta system, most likely there'll be abuse of system..which bring us to acap's whole point..it's all about changing the culture..we are at the crossroads between the old and the new generations where everyone wants to "be the change", reformation, etc..most of these came from these young bright minds who was sent by government themselves to overseas to bring that working culture here..arent that's why they spent billions of ringgit for? having said that, i would certainly respect the attitudes of the older generations..like i said, nowadays, we are more selfish, calculative, etc..simple analogy: org kampung (mentaliti lama tapi kejiaranan tinggi) and org bandar (mentaliti bandar tapi jiran pun x kenal).. - my 2 cents

S: believe it or not, kat melaka last 3-4 months, ada buat satu study ttg soft skill among health workers...and satu consensus yang diambil dr 1000 random patient dalam ward hospital melaka, dlm 50% komen on specialist yang marah junior doctors depan patient: at which they wish the condition should change and they said when it happens they actually lose trust with the ho yang jaga dorg...sad isnt it? the superior eventhough so call byk pengalaman, never thought what they did actually have a very deep effect to others...

So, ada sapa2 nak komen ttg entry aku ni??? Sila2kan ye...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


30 buah komen:

MasZuber Sunday, August 7, 2011 at 1:10:00 PM GMT+8  

now am getting to understand what is really going on..

Najwa Sofwani Sunday, August 7, 2011 at 2:30:00 PM GMT+8  

salam sy bdk engineerg yg still std, tgh final year.
ade ramai member amek medic tp xramai yg dh start housemenship. memang selalu dgr yg housemenship sgt....tough tp after bc ur entry siyesly mcam tuh skali dgn working hours yg lme and envrnnt keje xconducive no wonder rmi xbalik.
ape pun all da best doc! doa byk2..iA dpermudahn :)

أفيق فواز بن أحمد صالح Monday, August 8, 2011 at 2:19:00 AM GMT+8  

"sesetengah hosp (mcm hosp tepeng) ni, housemen siap tak sempat nak lunch.. solat pun terpaksa jamak kadang2.."

maknanya hosp tepeng x cukup HO ke??

Anonymous Monday, August 8, 2011 at 4:54:00 AM GMT+8  

As Salam,

Baru saya tahu yg tersurat dan yg tersirat.
Saya dah keje 25 tahun(setakat nie dah 5 majikan).......ape2 keje pun dalam dunia nie,kalau tak ade teamwork memang merana jadinya.

Roseli-Saudi Arabia.

nuni Monday, August 8, 2011 at 11:05:00 PM GMT+8  

that's the thing. ramai HO yg grad oversea clueless bila start keje. no early exposure. tu yg ramai cannot adapt and choose to quit. sedih tengok. bukan HO je. MO pun sama je keje macam kuli batak.

pesakit kecewa Wednesday, August 10, 2011 at 12:17:00 PM GMT+8  

sebab houseman ni di layan teruk oleh superior lah agaknya khidmat doktor2 muda sekarang ni hampeh. simple penyakit pun tak leh nak bagi ubat yg betul. asik nak merungut kena keje teruk jer,pesakit yg dapat rawatan teruk ni tak mau dengar ke rungutan depa?

Ringgo Wednesday, August 10, 2011 at 4:10:00 PM GMT+8  

so itulah kenyataannya berkerja di malaysia..
wa hanya mampu bertahan 9 yrs saja ..
now i'm self employed ..
so banyak2 bersabar ..

Dewataraya Anumerta Tuesday, August 16, 2011 at 12:59:00 PM GMT+8  

salam ziarah buat semua.

Kepada Pesakit Kecewa: Hak pesakit di Malaysia sentiasa di bela. pelbagai cara yang boleh anda salurkan untuk menyatakan ketidakpuasan anda tentang perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh Hospital Kerajaan. Dan setahu saya, tiada kes yang tidak diambil tindakan terutamanya kes yang melibatkan kecuaian doktor yang tidak beretika itu dan ini. Apatah lagi jika kesalahan itu dilakukan oleh HO sendiri, tindakan MAHA BERAT akan dikenakan.

Saya yakin niat beliau tidak lah sama sekali untuk mengungkit apatah lagi menafikan niat sebenar doktor untuk membantu marawat pesakit biarpun mereka sendiri terpaksa berkorban segalanya..

Cuma, apa yang ditulis oleh Tuan punya blog ini adalah berdasarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam kalangan HO...Bukan sekadar tekanan belajar yang cukup dasyat, layanan senior kepada junior, gaji yang tidak berbaloi (sudah la, nak 'claim' pun payah) kenaikan pangkat hanya untuk kumpulan2 tertentu (seringkali dipengaruhi oleh sistem politik), tekanan pelajar luar negara yang perlu sesuaikan diri dengan sistem perubatan Malaysia yang agak mundur, bahkan terpaksa berhadapan dengan layan skeptikal para staff bawahan mereka sehingga kekedang mereka di layan sprti.......:-(

Maaf, saya rasa anda mungkin tidak pernah mengalami situasi tekanan kerja seperti ini. Jika pun ya, tekanan itu mungkin berbeza. Siapa yang pernah menjadi HO akan tahu dan faham makna tersirat di sebalik entri ini...Lagipun banyak lagi kisah2 HO yang tidak diceritakan secara 'detail' di sini..Wallahulam..

Maaf salah silap. kepada Tuan blog ini, terima kasih atas perkongsian ilmu ini

Alfi Tuesday, August 23, 2011 at 10:13:00 PM GMT+8  

Salam.
Lihat pada artikel saudara ni, saya sendiri mengalaminya ketika melawat anak sedara di salah sebuah hospital awam di Malaysia. Layanan mmg teruk. Boleh pulak doktor tersebut bkn shj tunjuk bagus depan bakal2 doktor tapi depan pesakit lagilah. boleh pulak main ugut2. Mmg hilang respek sungguhlah kat org yg mcm tu...

Mr Lonely Thursday, September 22, 2011 at 1:00:00 PM GMT+8  

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

MOHD IZZAT SHAFIQ Friday, September 23, 2011 at 3:33:00 PM GMT+8  

salam, saya pelajar tahun-2 MBBS di INDIA. Takut jgk dgr kes MO cm gtu...manusia2..

kyairulniza Friday, October 14, 2011 at 3:40:00 PM GMT+8  

kesian doc...teruk rupenyer..hari tu anak kena warded seminggu....dapat tgk ragam doc...yg senior mengata junior...yg junior mengata senior...stressss

Nur Rashidah Sunday, October 16, 2011 at 7:45:00 PM GMT+8  

sy pon sedang belajar medic skrg...

bila nak apply utk course tu, mcm takut jgk sbb dgr mcm2 pengalaman org tentang HO, MO & sebagainya...

hopefully kerajaan malaysia melaksanakan perancangan2 tersebut utk mengurangkan beban para doktor...not just cakap tp tak laksanakan pon...

To malaysians, they should appreciate doctors more. sebagaimana hospital di luar negara. kita bukan nak compare but u should know that everybody want to be appreciated when we do something. apatah lagi time belajar dah 5, 6 tahun...struggle habis-habisan...then bila kerja, kena mcm tu pulak...mane la doc2 ni tak stress...

fact that doctors study HARD and work HARD compared to other professions is totally true..

sory panjang...hehehe:)

MissBee Sunday, November 13, 2011 at 2:36:00 PM GMT+8  

I'm also kene d same problems..clueless,blurrr alwayz kene punyer..n i am somehow graduated frm oversea n 1st poster HO..but they dun wan 2 understand my position..how hard i'm trying to crack my head to catch up evrythng..supposedly,ministry shud do some sort of class or preparation for those who graduated frm oversea to learn all terms,drugs,hospital msia systems all..

The Spykers Wednesday, November 16, 2011 at 7:51:00 PM GMT+8  

Ermm, cakap pasal housemanship, saya baru jew habis last Oktober graduated from one of the university in Indonesia.. Mcm2 hal yang banyak diperkatakan mengenai housemanship dan layanan yang diberikan kepada insan bergelar HO. One of my fren experienced this hamba abdi type of training..kata kawan saya nie, ada sesetengah doktor MO, pilih bulu dan layan HO yang asal dari universiti yang sama dengan dia..HO lain, kalau buat silap sikit, ditanya "Awak lulusan universiti mana hah? Benda simple pun tak tau"..sedih kan? Rasa risau jugak nak mulakan latihan houseman, tp insyaAllah tahun depan 2012, around April, tekadkan hati dan fisabilillah!!

faizyusof Sunday, December 4, 2011 at 1:26:00 PM GMT+8  

Salam.. sungguh mencabar utk menjadi seseorang doktor. Jd utk pelanggan2 hospital kerajaan. Hargailah jasa-jasa doktor kita, jgn sering mengadu dan komplen, mereka ada tanggungjawab yg sgt besar.Syabas dan Tahniah doktor2 sekalian.

Kpd doktor-doktor muda yg ingin dapatkan perlindungan, pelaburan dan simpanan dalam pengurusan risiko kerjaya anda sebagai doktor.hubungi saya mrfaizyusof@gmail.com. saya berikan cara dan anda buat keputusan.

Anonymous Sunday, December 11, 2011 at 6:13:00 PM GMT+8  

im starting my life as houseman soon, but my life is just as hell as them. being yelled at is so common. from what ive observed during my practicals, not only the superiors, but the nurses nowadays are too much, they didnt respect the doctor, they even blame the doctor for something they didnt do. especially the staff nurse, and the student nurses are too many and the only thing they do are wearing makeups and flirt with the patients. tho the nurses are there to assist the doctor, my professors (who used to be HODs in many hospitals) always tell me to not trust the nurses. they take temp, and BP recklessly. and the HODs especially Malay are only nice to those who are related to them, and scold the others so bad. once, the HOD threw a file across the ward and saying things like "nak tunggu patient mati baru nak buat?" and then the ptnt who was admitted for PUD ask me if he really is going to die.. the system should change. the old method of harsh scolding doesnt seem like appropriate anymore nowadays. as a doctor they know their responsibilities, they need to be more confident and need to be encouraged more.

NuR aIN sHaZuanIe BiNti MoHd YuSzeLaN Monday, January 16, 2012 at 11:53:00 PM GMT+8  

Salam...when I read this article, it seems like a doctor doesn't enjoy their life..i'm agree with the statement about culture..if we want to compare the life in Malaysia with at overseas..of course overseas is better.. because they live in respectful and loving surroundings..not like in Malaysia..just a few people are open minded..although i'm not a doctor yet but I have known what would I face..basicly, we must appreciate others..(just an opinion from 18 years person)

Anonymous Sunday, March 18, 2012 at 2:07:00 AM GMT+8  

Im one of da houseman in peads.the only things dat i really hate when my suppervisior keep downgrad me .. yer la . Because im from ukraine.they keep telling me dat how come my practical skill so much different compared to msia? Truely speaking.. what we learned from ukraine ade sikit different compared to msia but den..dunt simply downgrade postgraduate from ukraine .

halili Wednesday, June 27, 2012 at 5:42:00 PM GMT+8  

Haha finally i juz quit as a houseman. Sisten malaysia mmg super duper not condusive at all. To all quitter juz like me. Dun worry iys not the end of the world. Mmg semua orang akan kutuk kita. Tp wat do we care. At least we have life. Safety officer salah satu option kita ada. Gaji pun ok.

Anonymous Sunday, July 15, 2012 at 5:17:00 AM GMT+8  

jus escaped hell few months ago... now working as regulatory affairs executive in a pharmaceutical company. Good pay, more time with family...the best thing so far, no more scumbag MOs. The reason most ppl quit is bcz of tis asshole MOs, trust me, some do it just for fun...tey will continue 2 depress u til u break down completely...

halili Sunday, November 18, 2012 at 7:50:00 PM GMT+8  

Regulatory affairs executive. How can i be one? Now im working as an underwriter with prudential. Previously im a houseman. Somebody pls let me know how can i use my medical degree to build my career with pharmaceutical company.

Anonymous Thursday, February 21, 2013 at 3:18:00 AM GMT+8  

Hey there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be ok. I'm definitely enjoying your blog and look forward to new updates.


My page: my low carb

Anonymous Sunday, February 24, 2013 at 2:40:00 AM GMT+8  

I just could not depart your site prior to suggesting that I actually loved the usual information a person supply for your guests?

Is going to be again steadily to investigate cross-check new posts

Here is my page low carb brot rezepte
my website > low carb 100

Anonymous Sunday, February 24, 2013 at 8:46:00 PM GMT+8  

I was recommended this website by my cousin.
I'm not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my trouble. You're wonderful!

Thanks!

Feel free to visit my web blog Glutenfreie Diät
my website > Allgemeine Informationen über die glutenfreie Ernährung

Anonymous Monday, February 25, 2013 at 4:14:00 PM GMT+8  

I drop a leave a response whenever I appreciate a article on a site or I have something to
add to the discussion. It is triggered by the passion communicated in the post I read.
And after this post "THe TRuTH aBouT HouSeMeNSHiP aka DoKToR PeLaTiH iN MaLaYSia".
I was excited enough to drop a leave a responsea response
;-) I actually do have a couple of questions for you
if you don't mind. Is it only me or does it look as if like a few of the remarks look like written by brain dead folks? :-P And, if you are posting at additional online social sites, I would like to follow you. Would you make a list every one of all your communal sites like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?

my page; paläodiät

Anonymous Monday, March 4, 2013 at 8:36:00 AM GMT+8  

buy valium buy valium online europe - buy valium online with mastercard

Anonymous Sunday, March 10, 2013 at 8:54:00 AM GMT+8  

Tu yg aq alami skrng....esp bile ada anak..aq mcm nk berhnt kerjeeeee

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP