AKU SEBUTIR PASIR on hiatus....

>> Tuesday, May 14, 2013



Salam buat semua pembaca blog.. Maaf kerana sudah sangat lama tidak update... Buat masa sekarang saya rasa biarlah saya berehat seketika dalam dunia blogging.. Ini kerana sekarang ini saya lebih selesa menulis di Facebook kerana ianya lebih 'privacy'... Apa2 pun segala penulisan saya sejak tahun 2004 masih lagi kekal di blog ini & kalian semua boleh terus membaca.. ok?? InsyaAllah segala update tentang diri saya & segala aktiviti travel saya selepas ini akan ditulis dalam ruangan Facebook Page saya... Kalian boleh 'like' saya di sini:- Jhaz Kitaro FC


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE



Read more...

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN V)

>> Sunday, November 04, 2012



TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN I)

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN II)

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN III)

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN IV)


HARI 3: 22 JULAI 2010

Hari ini adalah hari ketiga aku di kota Singa. Aku bergerak awal keluar dari rumah pada hari ini. Setelah mandi & bersarapan pagi yang dihidangkan oleh Auntie Elle, aku terus keluar. Aku menghabiskan masa hampir satu hari di Pulau Sentosa. Untuk ke sana, aku menaiki MRT menuju ke stesen MRT HarbourFront yang terletak di kompleks membeli belah VivoCity. Dengan keluasan 140,000 meter persegi, VivoCity adalah kompleks membeli-belah yang terbesar di Singapura. Senibina bangunan kompleks membeli-belah 5 tingkat (termasuk 2 tingkat bawah tanah) ini direkabentuk oleh arkitek Jepun & mula dirasmikan pembukaannya pada bulan Disember 2006. Di atas bumbungnya terdapat Play Court, iaitu tempat permainan kanak-kanak & kolam renang. Dari sini, Pulau Sentosa dapat dilihat dengan jelas.


Kedudukan Pulau Sentosa di Singapura


VivoCity, Singapura


Di atas bumbung VivoCity, Singapura


Pemandangan Pulau Sentosa atas bumbung VivoCity, Singapura

Untuk ke Pulau Sentosa, aku menaiki monorel yang bernama Sentosa Express. Terminalnya terletak di Tingkat 3 kompleks membeli-belah VivoCity. Perjalanan ke Pulau Sentosa dengan monorel tersebut memakan masa lebih kurang 8 minit sahaja. Di Pulau Sentosa terdapat 4 terminal perhentian Sentosa Express. Yang pertama “Sentosa”, yang kedua “Waterfront”, yang ketiga “Imbiah” & yang keempat “Beach”. Aku berhenti di terminal “Sentosa”. Sesampainya aku di situ, aku ke kaunter tiket untuk membeli tiket untuk masuk ke Underwater World. Aku akan ke sana waktu petang nanti. Selain Sentosa Express, para pelancong boleh ke sana dengan menaiki bas, teksi ataupun kereta kabel.


Sentosa Express

Setelah membeli tiket masuk Underwater World, aku pun berjalan-jalan mengelilingi Pusau Sentosa. Nama lama bagi pulau ini ialah Pulau Belakang Mati. Namanya ditukar ke Pulau Sentosa pada tahun 1972. Sejak dari tahun itulah pulau yang mempunyai keluasan 5 kilometer persegi ini dimajukan untuk dijadikan destinasi pelancongan. Kereta kabel dari Mount Faber di pulau Singapura ke Pulau Sentosa dibina pada tahun 1975 untuk memudahkan pengangkutan. Jambatan tambak pula dibina untuk menghubungkan kedua-dua pulau tersebut pada tahun 1992. Jaraknya hanyalah lebih kurang 500 meter sahaja. Antara daya tarikan utama yang terdapat di Pulau Sentosa ialah Tiger Sky Tower, Butterfly Park and Insect Kingdom, Underwater World, Songs of the Sea, Sentosa 4D Magix, Sentosa Cineblast, Fort Siloso, Megazip Adventure Park, Merlion Plaza, Siloso Beach & yang paling popular pada masa kini, Resorts World Sentosa di mana terletaknya Universal Studios Singapore.


Pulau Sentosa, Singapura


Pulau Sentosa, Singapura


Pulau Sentosa, Singapura


Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura


Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura


Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura


Fort Siloso, Pulau Sentosa, Singapura

Resorts World Sentosa yang seluas 15,000 meter persegi ini mulai dibuka pada bulan Januari 2010 secara berperingkat. Ia adalah milik syarikat Genting Group yang turut memiliki Resorts World Genting di Malaysia & Resorts World Manila di Filipina. Antara daya tarikan yang terdapat di dalam kawasan resort ini ialah 6 buah hotel mewah, casino, restoran-restoran, butik-butik fesyen, Equarius Water Park & yang paling besar & paling popular, sudah semestinya Universal Studios Singapore. Taman tema seluas 50 ekar ini adalah Universal Studios yang pertama dibuka di Asia Tenggara & yang kedua di benua Asia, selepas Universal Studios Japan di Jepun. Ianya dibuka & dirasmikan secara besar-besaran pada bulan Mei 2010. Kawasan di dalam Universal Studios Singapore ini dibahagikan kepada 7 buah Themed Zones, iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away & Madagascar. Terdapat sejumlah 24 tarikan yang terdapat di dalam taman tema ini. Aku tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam taman tema ini memandangkan tidak mempunyai cukup waktu & wang. Lain kali mungkin. Aku cuma bergambar di hadapan pintu masuknya sahaja. Selain itu, terdapat satu lagi daya tarikan menarik di dalam Resorts World Sentosa ini yang masih belum dibuka, iaitu Marine Life Park. Apabila ia dibuka kelak pada tahun 2012, ianya akan menjadi ocenarium yang terbesar di dunia.


Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura


Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura


Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura

Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Resort Worlds Sentosa & juga di sekeliling Pulau Sentosa, aku pun mulai masuk ke dalam Underwater World. Oceanarium yang mula dibuka pada tahun 1991 ini menyimpan sebanyak 2,500 ekor haiwan laut daripada 250 spesis dari seluruh dunia. Keluasannya mencecah 70 ekar. Terdapat juga Dolphin Lagoon di dalam kawasan Underwater World ini. Setelah puas berjalan-jalan di dalam Underwater World, aku menuju ke terminal Sentosa Express yang berdekatan, iaitu “Beach” untuk kembali semula ke terminal di VivoCity. Setibanya aku di VivoCity, aku menaiki pula MRT untuk pulang ke rumah flat Auntie Elle. Aku pulang awal hari ini kerana sudah penat. Selepas, mandi, solat & makan bersama-sama, aku pun masuk ke bilik untuk melelapkan mata.


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura

Read more...

NeXT aDVeNTuRe TRiPS...

>> Thursday, November 01, 2012



OK... InsyaAllah jika dipanjangkan umur, aku akan ke beberapa buah tempat lagi tahun hadapan...


Pada bulan January 2013, aku, ayah & adik aku akan ke Bali, Indonesia utk 4 hari...


Bali, Indonesia


Pada bulan June 2013, aku & 3 orang kawan akan ke Hanoi & Ho Chi Minh City, Vietnam utk 4 hari...


Hanoi & Ho Chi Minh City, Vietnam


Pada bulan July 2013, aku akan ke Banda Aceh seorang diri utk 3 hari... Nak mengembara melihat bumi Serambi Mekah di Indonesia di samping melihat kesan tsunami yg menimpa penduduk di sana..


Aceh, Indonesia


InsyaAllah aku akan ceritakan pengalaman2 aku di dalam blog ini kelak... Oh ya.. buat masa sekarang, aku tengah cuba utk siapkan travelog2 yg tertangguh sebelum ni, iaitu Travelog Singapura, Travelog Korea Selatan, Travelog Medan, Travelog Hong Kong & Macau, Travelog Brunei & Travelog Manila.. Harap bersabar ye.. :)

Read more...

KoLeKSi GaMBaR TRaVeL

>> Monday, October 22, 2012



Salam... Buat semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir yg mengikuti kisah pengembaraan saya dari tahun 2002 hinggalah kini (2012), saya telah meng'upload' kesemua gambar travel saya di halaman Facebook "Jhaz Kitaro FC".. :)

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP