SPRiNG iN NeW ZeaLaND - PaRT VI (AuCKLaND IV)
>> Tuesday, December 03, 2013
HARI 4 (SABTU, 19 OKTOBER 2013)
Hari ini adalah hari ketiga aku di bandaraya Auckland & juga di New Zealand. Hari ni juga adalah hari jadi Raja yang ke-30. Memang kebetulan sangat-sangat aku datang ke Auckland pada hari jadi dia. Hahaha. Aku sendiri tak sangka. Raja cuti pada hari ini & esok. Cuti weekend. Begitu juga dengan Natalie. Elliot pulak terpaksa bekerja pada hari ini. Plan aku & Raja pada hari ini adalah untuk menghabiskan satu hari suntuk di Waiheke Island. Natalie akan turut join kiteorang. Akan tetapi, dia akan menyusul kemudian kerana dia perlu menunggu ketibaan adiknya yang bernama Cheryl, juga seorang doktor yang bekerja di bandaraya Hamilton, 2 jam perjalanan dengan kereta dari Auckland. Cheryl akan tiba di Auckland tengah hari nanti. Dia turun ke Auckland semata-mata mahu meraikan hari jadi Raja bersama-sama kiteorg pada hari itu di Waiheke Island. Bagus betul kan??
Memandangkan aku & Raja terbangun lambat pada hari ini, iaitu pada pukul 8.30 pagi, kiteorg mengambil keputusan untuk terus ke Downtown Ferry Terminal untuk menaiki feri pukul 10.00 pagi untuk ke Waiheke Island tanpa bersarapan terlebih dahulu. So, selepas mandi & bersiap-siap, kiteorang terus ke Downtown Ferry Terminal dengan berjalan kaki sahaja. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tak jauh dari bangunan apartmentnya di The Docks yang terletak betul-betul di Auckland City Centre itu. Tambang pergi balik Waiheke Island dengan menaiki feri adalah NZ$36 (RM95) untuk dewasa & NZ$18 (RM47) untuk kanak-kanak berumur 5-15 tahun. Kanak-kanak berumur 4 tahun & ke bawah, harga tiket adalah percuma. Feri bertolak dari Downtown Ferry Terminal & juga dari Waiheke Island lebih kurang sejam sekali. Untuk mengetahui jadual perjalanan pergi balik feri syarikat Fullers untuk ke Waiheke Island dari Downtown Ferry Terminal & juga dari Devonport, sila berkunjung ke website ni: http://www.fullers.co.nz/tickets-fares/timetables/waiheke-island.php.
Kiteorg berdua sempat membeli tiket feri pukul 10.00 pagi. Aku bayar dengan cash, sementara Raja pulak bayar dengan menggunakan kad EFTPOS (Electronic Funds Transfer at Point Of Sale). Ianya adalah lebih kurang macam debit card yang boleh di top up. Kad EFTPOS ni diguna secara meluas di Australia & New Zealand. Di New Zealand, 60% daripada urusan jual beli di kedai-kedai adalah dengan menggunakan kad EFTPOS. Hampir semua kedai di New Zealand mempunyai kemudahan EFTPOS machine yang juga boleh menerima kad debit & kad kredit. Senang kan?? Tak payah bawak cash banyak-banyak. Top up kad EFTPOS dengan duit, swipe kad tu & tekan kod number je kat kedai-kedai tanpa perlu memikirkan caj seperti caj kad kredit. Diharapkan facility macam ni akan diperkenalkan di Malaysia instead of kad kredit yang sebenarnya membebankan.
Sementara menunggu ketibaan feri untuk ke Waiheke Island, aku & Raja singgah di sebuah kedai roti untuk membeli makanan untuk bersarapan. Lapar gila rasanya. Selepas menunggu, akhirnya feri yang dinantikan pun tiba di jeti. Kiteorg bersama penumpang-penumpang lain pun terus menaiki feri tu. Perjalanan ke Waiheke Island dari Downtown Ferry Terminal tu memakan masa lebih kurang 35 minit. Perjalanan dengan menaiki feri itu memang sangat best. Apabila berada di tengah-tengah laut, kiteorg dapat menyaksikan panorama bandaraya Auckland bersama bangunan-bangunan pencakar langitnya. Memang superb!!! Cuma yang tak best adalah angin laut yang kuat & sejuk. Tapi aku tetap bertahan jugak. Bukan selalu dapat naik feri macam tu kan. Sepanjang perjalanan, terlihat banyak kapal-kapal layar sedang belayar. Terlihat juga beberapa pulau kecil yang lain. Sebelum tiba di Waiheke Island, feri tersebut singgah dahulu di jeti Devonport yang terletak di North Shore City. Kemudian, barulah ia menyambung perjalanan ke Waiheke Island.
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Perjalanan dari Auckland city centre ke Waiheke Island
Kami tiba di jeti Matiatia di Waiheke Island lebih kurang pukul 10.35 pagi. Aku berasa sangat excited. Cuaca pun OK. Langit cerah berwarna biru. Memang hari yang sangat baik. Alhamdulillah. Memandangkan Waiheke Island ini agak besar, kiteorg berdua decided untuk menyewa kereta. Mujurlah kiteorg menjumpai syarikat sewa kereta yang menyewakan kereta dengan harga NZ$50 (RM132), which is very cheap. So, kiteorg share dua orang. Lepas mendapatkan kereta, kiteorg pun mengelilingi kawasan berdekatan. Raja drive. Sempat jugak kiteorg singgah di beberapa spot yang cantik untuk bergambar termasuklah vineyeards & tepian-tepian pantai seperti Blackpool Beach & Oneroa Bay.
Waiheke Island memang sangat cantik & juga sangat berbukit-bukau. Ianya adalah antara pusat pelancongan yang utama di Auckland. Saiz pulau ini ialah 92 km2 & terletak lebih kurang 17.7 kilometer dari persisiran pantai Auckland City Centre. Ia terletak di Hauraki Gulf & merupakan pulau kedua terbesar di teluk itu selepas Great Barrier Island. Dengan penduduk tetap seramai 8,730 orang & 3,400 orang yang mempunyai rumah kedua di situ, Waiheke Island adalah pulau kecil yang mempunyai penduduk teramai di sekitar Auckland & juga merupakan pulau ketiga yang mempunyai penduduk teramai di seluruh New Zealand selepas North Island & South Island. Dengan kepadatan 83.58 orang perkilometer persegi, Waiheke Island adalah pulau yang terpadat di seluruh New Zealand. Di pulau ini terdapat banyak vineyards & pantai-pantai yang cantik.
Peta Waiheke Island
Peta Waiheke Island
Waiheke Island
Jeti Matiatia di Waiheke Island
Jeti Matiatia di Waiheke Island
Waiheke Island
Waiheke Island
Waiheke Island
Waiheke Island
Waiheke Island
Waiheke Island
Blackpool beach di Waiheke Island
Waiheke Island
Oneroa Bay di Waiheke Island
Oneroa Bay di Waiheke Island
Bersambung...
24 buah komen:
Assalamualaikum
Ziarah dan tumpang baca pengalaman
thumbs up! subhanallah cantik panorama bumi nz
Untung la Dr di beri peluang untuk lihat keindahan alam di New Zealand.. thanks kongsi pengalaman :D
assalamualaikum.. saya junior PKPix btw =) syoknya jalan2 new zealand. teringin jgk nak pergi next year, tapi tak sure sesuai atau tidak nak bwk budak2 skali, 2 & 5 years old. ape pendapat saudara?
assalamualaikum ...
subhanallah cantiknya keindahan alam ciptaan allah untuk bumi New Zealand...
bertuah awak diberi peluang bersiar2 di NZ... Happy Holiday.....
wana7370
Salam tuan blog,syabas n thanks,very informative,berkira-kira nak g nz dan sedang kumpul maklumat,look forward untuk catatan kembara selanjutnya :)
Assalamualaikum Dr,
Membaca catatan ini dengan terujanya..memberi maklumat dan menjamu mata dengan keindahan NZ.
Akan cuba pergi ke pulau itu kalau sempat, Dis 2014 akak akan ke NZ.
Terima kasih
for me this is a very very good information
I am very fond of this information thanks for sharing with us
for me this is a very very good information, because its contents make us become better know and learn more about the wide world, so it would greatly add insight for me, laneways that I say many thanks
cara mengobati pengapuran sendi lutut
cara mengobati diabetes militus gestasional
pengobatan penyakit beri-beri
hard to believe I am very happy to be joined commented here, it makes an experience for me taiwow
cara menyembuhkan gastritis kronis
thanks for sharing information
cara mengatasi penyumbatan pembuluh darah di otak
I am very fond of this information thanks for sharing with us
cara mengobati nyeri punggung selama kehamilan
thank you very much for the information provided.
cara menyembuhkan kanker kolorektal
.I really like the content in this website,
thanks for sharing information with me and all
terimakasih untuk sharing informasi yang menarik ini
nice is website,i'm very like gan
thanks to shar information in the website,after reading i' very like'it
i'm like for website after reading all in the page
gan good job, this article is very interesting to note, cool deh,, of course we have new insights that we get after reading it, thanx yah :-)
pengobatan untuk sembuhkan gagal jantung
thank for sharing information in the website,i'm very like after reading
cara jitu atasi kulit kering dan kasar pada wajah
i'm like for website after reading all in the page
obat penghancur kista endometriosis tradisional
thanks for sharing information in the website,i'very like reading in website,good luck
obat penyakit fistula ani tradisional
Post a Comment