TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN V)
>> Sunday, November 04, 2012
TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN II)
TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN III)
TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN IV)
HARI 3: 22 JULAI 2010
Hari ini adalah hari ketiga aku di kota Singa. Aku bergerak awal keluar dari rumah pada hari ini. Setelah mandi & bersarapan pagi yang dihidangkan oleh Auntie Elle, aku terus keluar. Aku menghabiskan masa hampir satu hari di Pulau Sentosa. Untuk ke sana, aku menaiki MRT menuju ke stesen MRT HarbourFront yang terletak di kompleks membeli belah VivoCity. Dengan keluasan 140,000 meter persegi, VivoCity adalah kompleks membeli-belah yang terbesar di Singapura. Senibina bangunan kompleks membeli-belah 5 tingkat (termasuk 2 tingkat bawah tanah) ini direkabentuk oleh arkitek Jepun & mula dirasmikan pembukaannya pada bulan Disember 2006. Di atas bumbungnya terdapat Play Court, iaitu tempat permainan kanak-kanak & kolam renang. Dari sini, Pulau Sentosa dapat dilihat dengan jelas.

Kedudukan Pulau Sentosa di Singapura

VivoCity, Singapura
Di atas bumbung VivoCity, Singapura
Pemandangan Pulau Sentosa atas bumbung VivoCity, Singapura
Untuk ke Pulau Sentosa, aku menaiki monorel yang bernama Sentosa Express. Terminalnya terletak di Tingkat 3 kompleks membeli-belah VivoCity. Perjalanan ke Pulau Sentosa dengan monorel tersebut memakan masa lebih kurang 8 minit sahaja. Di Pulau Sentosa terdapat 4 terminal perhentian Sentosa Express. Yang pertama “Sentosa”, yang kedua “Waterfront”, yang ketiga “Imbiah” & yang keempat “Beach”. Aku berhenti di terminal “Sentosa”. Sesampainya aku di situ, aku ke kaunter tiket untuk membeli tiket untuk masuk ke Underwater World. Aku akan ke sana waktu petang nanti. Selain Sentosa Express, para pelancong boleh ke sana dengan menaiki bas, teksi ataupun kereta kabel.

Sentosa Express
Setelah membeli tiket masuk Underwater World, aku pun berjalan-jalan mengelilingi Pusau Sentosa. Nama lama bagi pulau ini ialah Pulau Belakang Mati. Namanya ditukar ke Pulau Sentosa pada tahun 1972. Sejak dari tahun itulah pulau yang mempunyai keluasan 5 kilometer persegi ini dimajukan untuk dijadikan destinasi pelancongan. Kereta kabel dari Mount Faber di pulau Singapura ke Pulau Sentosa dibina pada tahun 1975 untuk memudahkan pengangkutan. Jambatan tambak pula dibina untuk menghubungkan kedua-dua pulau tersebut pada tahun 1992. Jaraknya hanyalah lebih kurang 500 meter sahaja. Antara daya tarikan utama yang terdapat di Pulau Sentosa ialah Tiger Sky Tower, Butterfly Park and Insect Kingdom, Underwater World, Songs of the Sea, Sentosa 4D Magix, Sentosa Cineblast, Fort Siloso, Megazip Adventure Park, Merlion Plaza, Siloso Beach & yang paling popular pada masa kini, Resorts World Sentosa di mana terletaknya Universal Studios Singapore.
Pulau Sentosa, Singapura
Pulau Sentosa, Singapura
Pulau Sentosa, Singapura
Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura
Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura
Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura
Fort Siloso, Pulau Sentosa, Singapura
Resorts World Sentosa yang seluas 15,000 meter persegi ini mulai dibuka pada bulan Januari 2010 secara berperingkat. Ia adalah milik syarikat Genting Group yang turut memiliki Resorts World Genting di Malaysia & Resorts World Manila di Filipina. Antara daya tarikan yang terdapat di dalam kawasan resort ini ialah 6 buah hotel mewah, casino, restoran-restoran, butik-butik fesyen, Equarius Water Park & yang paling besar & paling popular, sudah semestinya Universal Studios Singapore. Taman tema seluas 50 ekar ini adalah Universal Studios yang pertama dibuka di Asia Tenggara & yang kedua di benua Asia, selepas Universal Studios Japan di Jepun. Ianya dibuka & dirasmikan secara besar-besaran pada bulan Mei 2010. Kawasan di dalam Universal Studios Singapore ini dibahagikan kepada 7 buah Themed Zones, iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away & Madagascar. Terdapat sejumlah 24 tarikan yang terdapat di dalam taman tema ini. Aku tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam taman tema ini memandangkan tidak mempunyai cukup waktu & wang. Lain kali mungkin. Aku cuma bergambar di hadapan pintu masuknya sahaja. Selain itu, terdapat satu lagi daya tarikan menarik di dalam Resorts World Sentosa ini yang masih belum dibuka, iaitu Marine Life Park. Apabila ia dibuka kelak pada tahun 2012, ianya akan menjadi ocenarium yang terbesar di dunia.
Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura
Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura
Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura
Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Resort Worlds Sentosa & juga di sekeliling Pulau Sentosa, aku pun mulai masuk ke dalam Underwater World. Oceanarium yang mula dibuka pada tahun 1991 ini menyimpan sebanyak 2,500 ekor haiwan laut daripada 250 spesis dari seluruh dunia. Keluasannya mencecah 70 ekar. Terdapat juga Dolphin Lagoon di dalam kawasan Underwater World ini. Setelah puas berjalan-jalan di dalam Underwater World, aku menuju ke terminal Sentosa Express yang berdekatan, iaitu “Beach” untuk kembali semula ke terminal di VivoCity. Setibanya aku di VivoCity, aku menaiki pula MRT untuk pulang ke rumah flat Auntie Elle. Aku pulang awal hari ini kerana sudah penat. Selepas, mandi, solat & makan bersama-sama, aku pun masuk ke bilik untuk melelapkan mata.
Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura
Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura
Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura
Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura
Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura









