TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN III)
>> Saturday, December 10, 2011
Aku seterusnya berjalan menyeberangi sebuah jambatan yang terletak tidak jauh dari kompleks bangunan parlimen tersebut untuk kembali ke Commercial District. Aku berjalan kaki menyusuri Sungai Singapura untuk menikmati pemandangan Cultural District dari Commercial District. Pemandangan yang memukau mata. Aku akhirnya tiba di Raffles Place yang merupakan jantung kepada kewangan negara Singapura. Di sekeliling dataran ini terpacak bangunan-bangunan pencakar langit. 3 bangunan yang tertinggi di Singapura juga terletak di sini, iaitu Republic Plaza, UOB Plaza One & OUB Centre yang masing-masing mempunyai ketinggian yang sama, iaitu 280 meter. Bangunan Maybank, iaitu bank kepunyaan negara kita, Malaysia juga terletak di dataran ini. Terdapat juga sebuah kompleks membeli-belah di sini yang dinamakan One Raffles Place. Kawasan Raffles Place ini mula dibangunkan oleh Sir Stamford Raffles mulai tahun 1824, dengan cita-citanya untuk menjadikan Singapura sebagai pusat ekonomi & kewangan yang pesat.
Pemandangan Cultural District dari Commercial District, Singapura

Sungai Singapura, Singapura
Raffles Place, Singapura
Raffles Place, Singapura
Raffles Place, Singapura
Setelah bergambar & makan tengah hari di salah sebuah restoran yang terdapat di dalam kompleks membeli belah One Raffles Place, aku menaiki MRT untuk ke sebuah lagi kompleks membeli-belah yang utama di kota Singapura yang terletak di kompleks Raffles City. Selain bangunan membeli -belah, terdapat 2 buah bangunan hotel, iaitu Swissôtel The Stamford & Fairmont Hotel & sebuah menara. Kompleks ini mula dibuka pada tahun 1986.
Kompleks Raffles City, Singapura
Kompleks Raffles City, Singapura
Kompleks Raffles City, Singapura
Setelah menghabiskan masa hampir sejam di dalam kompleks membeli-belah di Raffles City, aku menaiki MRT menuju ke Orchard Road pula. Orchard Road adalah sebuah jalan yang menjadi tumpuan utama penduduk tempatan & pelancong asing untuk membeli-belah & berhibur kerana terdapat banyak pusat membeli-belah di sini, begitu juga dengan pusat-pusat hiburan. Ianya mula dibangunkan sejak tahun 1830-an lagi. Antara pusat membeli-belah yang terdapat di sepanjang Orchard Road ini ialah ION Orchard, Ngee Ann City, Wisma Atria, Plaza Singapura, Lucky Plaza, Far East Plaza, Orchard Central, The Paragon & banyak lagi. Aku sempat singgah di ION Orchard & Ngee Ann City. Ngee Ann City adalah pusat membeli-belah yang terbesar di kawasan Orchard Road ini. Aku sempat singgah di kedai buku Kinokuniya yang terdapat di dalamnya yang merupakan kedai buku yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Selain pusat membeli-belah, terdapat juga banyak hotel & restoran di sepanjang jalan ini. “Istana” yang merupakan kediaman rasmi Presiden Singapura & pejabat Perdana Menteri terletak di penghujung Orchard Road.
Orchard Road, Singapura
Orchard Road, Singapura
ION Orchard di Orchard Road, Singapura
ION Orchard di Orchard Road, Singapura
Ngee Ann City di Orchard Road, Singapura
Kedai buku Kinokuniya di dalam Ngee Ann City di Orchard Road, Singapura
Setelah menghabiskan masa yang agak lama di Orchard Road, aku menaiki MRT untuk ke destinasi yang seterusnya, iaitu Little India. Little India yang turut juga dikenali dengan nama Tekka oleh penduduk India tempatan adalah sebuah kawasan yang dihuni oleh penduduk-penduduk tempatan berbangsa India Tamil. Serangoon Road adalah nadi utama Little India. Kedai-kedai & pusat membeli-belah yang terdapat di sini hampir semuanya dimiliki oleh penduduk berbangsa India. Antaranya ialah Tekka Centre, The Verge, Little India Arcade, Serangoon Plaza & Mustafa Centre. Mustafa Centre yang dibuka 24 jam adalah pusat membeli-belah yang paling terkenal di sini. Pusat membeli-belah yang mula dibuka pada tahun 1995 ini menjual hampir semua keperluan seperti barang kemas, barang keperluan rumah, makanan, buku, barangan elektronik, pakaian & macam-macam lagi. Boleh dikatakan apa yang kita perlukan semuanya ada di sini.
Little India, Singapura
Little India, Singapura
The Verge di Little India, Singapura
Mustafa Centre di Little India, Singapura
Rumah-rumah ibadat untuk penganut agama Islam, Kristian & Hindu juga banyak terdapat di kawasan Little India. Antara masjid yang terkenal di sini ialah Masjid Abdul Gaffoor yang dibina pada tahun 1859 yang mempunyai senibina luaran bercirikan senibina Reinassance-Arab. Senibina dalamannya pula bercirikan senibina Moorish. Aku sempat menunaikan solat jamak ta’khir Zohor-Asar di dalam masjid ini.
Masjid Abdul Gaffoor di Little India, Singapura
Setelah menunaikan solat, aku menaiki MRT untuk kembali ke Merlion Park. Hari sudah pun hampir senja pada waktu itu. Setibanya aku di Merlion Park, matahari sudah mulai terbenam. Aku meluangkan masa yang agak lama di sini untuk menikmati pemandangan Merlion Park & Marina Bay yang sangat indah di waktu malam. Panorama bangunan-bangunan pencakar langit yang diterangi oleh cahaya lampu neon yang menghiasi latar belakang Merlion Park sangat-sangat menakjubkan. Aku hampir jatuh hati dengan kota Singapura yang indah & bersih ini. Aku kemudiannya berjalan kaki sebentar ke kawasan Cavenagh Bridge yang terletak tidak jauh dari situ untuk mengambil gambar Sungai Singapura & kawasan sekitarnya di kala malam. Sememangnya sangat indah.
Merlion Park, Singapura
Merlion Park, Singapura
Merlion Park, Singapura
Sungai Singapura, Singapura
Selepas sudah puas bergambar, aku pun meneruskan perjalanan untuk ke rumah flat Auntie Elle yang terletak di Bukit Batok. Aku menaiki MRT untuk ke sana. Flatnya terletak betul-betul di hadapan stesen MRT Bukit Batok. Terdapat banyak flat di sekitar stesen itu. Aku pada mulanya tersesat dalam usaha untuk mencari flatnya. Namun, atas bantuan tunjuk ajar yang diberinya melalui SMS, aku akhirnya berjaya menemui flatnya. Buat pertama kalinya, aku bersua muka dengan Auntie Elle. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui internet (blog & facebook) sahaja. Kami telah lama kenal, lebih daripada 5 tahun. Kedatangan aku turut disambut oleh kucing kesayangannya, Billy yang amat sihat & nakal. Belum apa-apa dia sudah datang menghidu kaki aku, untuk mengecam siapakah gerangannya aku yang belum pernah dilihatnya. Heheh. Dapat juga aku bertemu dengan Billy yang gambarnya sering dipampang di dalam halaman Facebook Auntie Elle.
Setelah makan malam yang dimasak olehnya, kami berbual panjang mengenai bermacam perkara. Aku sempat juga menghadiahkan buku hasil tulisan aku yang sulung, iaitu Travelog Turki Bumi Khalifah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menumpangkan aku di rumahnya selama aku berada di kota Singa ini. Tidak berapa lama kemudian, anak saudaranya, Hadi pulang ke rumah. Kami berkenalan & berbual panjang. Sementara Auntie Elle masuk ke biliknya untuk beradu dahulu. Esok dia perlu bangun awal untuk bekerja. Selepas penat berbual, aku pun masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk solat & kemudiannya tidur. Penat rasanya satu hari berjalan mengelilingi kota Singa.
Bersama Auntie Elle & Billy di Singapura
Bersama Billy
Signing autograph for my book, Travelog Turki Bumi Khalifah
Buku Travelog Turki Bumi Khalifah
Bersambung...
SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE

18 buah komen:
salam Dr.Jhaz perrghhhhh trbaik la bro. awk dh mlncong lbh 40 buah ngara.. i'm so proud of u.. p sana atas urusan keje ke ?? nti kalau mlncong lg nk join trip awk. blh ke ?
hihihi
oh ya saya dah follow blog awak.. nti follow la blog saya yg x seberapa tu huhu
minta tolong...
http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/12/kaji-selidik-tentang-corak-pengembara.html
salam ziarah....
datang tengok entry2 y menarik di sini....;)
@awangku Johan: thanx.. :) i'm also proud of myself.. heheh.. melancong waktu cuti semester waktu belajar dulu.. skarang dah keje, dah takde masa nak jalan2 sgt.. kalau nak join nanti, boleh je.. :)
AieSha: insyaAllah nanti datang melawat
ILA HoneyBunny: thanx sbb sudi ziarah.. ziarah2 laa lagi nanti.. :)
salam..balas kunjungan tuan blog..bertuah dpt mgembara di tempat orang ^^
terima kasih kerana singgah blog saya dan menjemput melawat blog anda.
buat masa ini saya belum sempat baca dan mengembara dalam blog ini. saya dah bookmark dan bila ada kesempatan saya datang lagi.
Salam perkenalan jugak.bestnya leh jalan2.pernah skali je smpi singapore tp time tu merlion tgh repair sbb rosak kna petir.hmmm...syukur alhamdulillah murah rezeki lh travel kn.ble la nk travel gtu.
Thanks for dropping by my blog.. Hari tu tak sempat nak singgah Orchard Rd.. Just lalu je....
wuwuu...
nak pergi gak. mintak2 jadi nk pg thn depan ^^
Belum sampai lagi ke Singapura..w/pun dulu study kat Johor..dalam perancagan gak nak pegi USS.
terima kasih kerana sudi singgah blog kakD...
bestnya dia dpt melancong merata2...mesti byk pengalaman kan...
terbaek~ rasa nak melancong melonjak2 baca entri ni! terus nak cari pasal krabi. ada x?
salam perkenalan dan singgah kembali.
i jalan ke spore ni takat p umah sedar je.. belum dapat nak merayau betul.masa remaja dulu tu kia puas lah gak. duduk sana 2 3 bulan. merrayap je. tapi tak de pun dapat nak buat macam sekarang. Blog.tak pe nanti i nak g lagi. INSYALLAH.
Salam Jhas... banyaknya tempat yang Jhaz dah pergi...akak dah lama tak menjejakkan kaki ke Singapore lagi setelah kali terakhir pada tahun akhir 80an dulu...
Ummu Nuha:
terima kasih kerana sudi melawat.. sila3 datang lagi.. :)
al-lavendari:
sama2.. takpe2.. nanti bile ada masa terluang, sila2 laa bertandang n baca ye.. :)
aReLaN:
laa.. ye ke.. kesiannye.. takpe.. singapore dekat je.. bile2 masa lagi boleh pegi kan.. :)
hanizeyecandy:
sama2.. laa.. lain kali pergi, kene lalu tau.. :)
ishiko:
insyaAllah jadi laa tu.. :)
wa:
pegi2, jgn tak pegi.. :)
LadyzuL:
sama2.. alhamdulillah, byk pengalaman dah diperoleh.. :)
dhiera:
alaa.. krabi belum sampai lagi laa.. insyaAllah mmg dalam plan.. :)
Yan:
takpe.. singapore dekat je.. anytime boleh pegi kan.. :)
aNIe:
alhamdulillah.. takpe, nanti ada masa terluang, boleh laa ke singapore lagi.. dah byk perubahan kot.. :)
curlastt dah 40 negara gi ekk
mmg best jejln kt tmpt org ni
can i have aunti elle's blog? i am staying so very near to her block!
Do you need free Google+ Circles?
Did you know that you can get these ON AUTOPILOT AND TOTALLY FREE by registering on You Like Hits?
Post a Comment