TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN IV)
>> Monday, December 12, 2011
HARI 2: 21 JULAI 2010
Hari ini adalah hari kedua aku di kota Singapura. Awal-awal pagi lagi, Auntie Elle sudah keluar ke tempat kerjanya. Begitu juga dengan anak saudaranya, Hadi. Maka tinggallah aku seorang sahaja di rumah. Selepas mandi & bersarapan pagi dengan santapan yang disediakannya di atas meja makan, aku pun memulakan ekspedisi hari kedua aku. Hari ini, aku telah berjanji dengan seorang kenalan aku yang telah aku kenali sejak di Ireland dahulu, iaitu Aiesya untuk bertemu dengannya. Dia dahulu menuntut di Dublin Business School & kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat di Singapura.
Kami berdua berjumpa di stesen MRT yang berdekatan dengan syarikat tempat dia bekerja. Setelah itu, dia membawa aku ke sebuah restoran Melayu berdekatan untuk makan tengah hari. Makanan-makanan di situ boleh dikatakan sedap & harganya pun amat berpatutan. Kami berbual-bual panjang sambil makan. Kemudian, kami ke masjid berdekatan pula untuk menunaikan solat. Setelah itu, kami masing-masing mengucapkan selamat tinggal kerana Aiesya perlu kembali semula ke pejabatnya. Gembira dapat bertemu dengannya.
Aku kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Sultan yang terletak di Kampong Glam. Dalam perjalanan ke sana, aku melalui Bugis Street, salah sebuah daya tarikan pelancong di Singapura. Ketika era 1950-an ke 1980-an, Bugis Street ini merupakan tempat untuk melanggani pelacur-pelacur transseksual. Ia kemudiannya mula dibangunkan ketika dekad 1980-an untuk dijadikan jalan membeli-belah dengan terbinanya kompleks-kompleks membeli-belah, restoran-restoran & pusat-pusat hiburan. Sejak itu, kegiatan pelacuran transseksual di sini mulai lenyap. Antara kompleks membeli-belah yang terletak di kawasan Bugis Street ialah Bugis Junction.
Bugis Street, Singapura
Bugis Street, Singapura
Setelah melalui Bugis Street, aku berjalan melalui Arab Street pula yang terletak di dalam kawasan Kampong Glam, di mana terletaknya Masjid Sultan, yang merupakan destinasi aku seterusnya. Arab Street ini sewaktu era pemerintahan British merupakan tempat tinggal & tempat berdagang para penduduk berbangsa Arab & yang beragama Islam yang lain. Kampong Glam pula sebelum kedatangan British merupakan kawasan tempat tinggal para bangsawan Melayu. Setelah British tiba di Singapura pada tahun 1819, kawasan ini dijadikan tempat tinggal komuniti Melayu & Arab. Kebanyakan daripada mereka adalah pedagang. Sultan & pembesar-pembesar kerajaan Johor juga diberi keistimewaan untuk membina kediaman di sini. Kawasan ini semakin lama semakin membangun dengan terbinanya banyak kedai-kedai tempat berniaga. Sehingga kini, kawasan Kampong Glam ini masih lagi mempunyai ikatan yang sangat rapat dengan kelompok bangsa Melayu di Singapura.
Arab Street di Kampong Glam, Singapura
Masjid Sultan yang terletak di dalam kawasan Kampong Glam ini adalah antara masjid-masjid yang terpenting di negara Singapura. Masjid Sultan yang berdiri megah ini siap dibina pada tahun 1928, menggantikan masjid lama yang dibina ketika era pemerintahan Sultan Hussain yang dibina pada tahun 1826 dahulu. Senibinanya amat unik & mengagumkan.
Masjid Sultan, Singapura
Masjid Sultan, Singapura
Masjid Sultan, Singapura
Masjid Sultan, Singapura
Masjid Sultan, Singapura
Berdekatan dengan Masjid Sultan, terletak Istana Kampong Glam yang pada zaman dahulunya merupakan kediaman Sultan Johor di Singapura. Ia dibina pada tahun 1819, tahun pertama Singapura diserahkan kepada Kompeni Hindia Timur British. Tanah tapak istana yang seluas 57 ekar itu dihadiahkan oleh British kepada Sultan Hussain, Sultan Johor yang memerintah ketika itu sebagai tanda penghargaan. Bangunan konkrit yang wujud pada masa kini dibina antara tahun 1836 hingga 1843 bagi menggantikan istana lama yang diperbuat daripada kayu. Istana tersebut kekal menjadi milik kaum kerabat diraja Johor sehiggalah ia jatuh ke tangan British pada tahun 1897 kerana tiada sesiapa yang mahu menuntut. Istana Kampong Glam ini kemudiannya diperbaikpulih & dijadikan Malay Heritage Centre pada tahun 2004 yang mempamerkan warisan, kebudayaan & sejarah kaum Melayu di Singapura.
Istana Kampong Glam, Singapura
Setelah itu, aku menaiki MRT untuk ke destinasi yang seterusnya, iaitu Singapore Flyer. Ferris wheel gergasi yang terbesar & tertinggi di dunia ini mulai dibina pada tahun 2005 & siap sepenuhnya pada tahun 2008. Ketinggiannya mencecah 165 meter, lebih tinggi daripada London Eye di London, UK & Star of Nanchang di Nanchang, China. Diameternya pula adalah 150 meter. Ferris wheel yang mempunyai 28 kapsul berhawa dingin ini terletak di bahagian tenggara tanah tambak Marina Centre. Setiap kapsul boleh memuatkan seramai 28 orang penumpang. Dari atasnya, kita dapat menikmati pemandangan sejauh 45 kilometer. Pulau Bintan & Pulau Batam di Indonesia & Johor Bahru, Malaysia dikatakan dapat dilihat dari atasnya. Putaran penuh ferris wheel ini memakan masa selama 37 minit. Aku tidak berkeinginan untuk menaiki ferris wheel ini kerana harga tiketnya agak mahal. Lagipun, aku sememangnya tidak gemar menaiki ferris wheel. Gayat. Heheh.
Singapore Flyer, Singapura
Singapore Flyer, Singapura
Singapore Flyer, Singapura
Panorama dari kawasan sekitar Singapore Flyer, Singapura
Selepas bergambar dengan Singapore Flyer & kawasan sekitarnya, aku berjalan menuju ke Marina Bay untuk melihat kompleks bangunan Marina Bay Sands dengan lebih dekat lagi. Berhampiran dengannya terdapat sebuah jambatan pejalan kaki yang amat unik bentuknya, iaitu Helix Bridge yang menghubungkan Marina Centre dengan Marina South. Jambatan sepanjang 280 meter ini siap dibina & mula dibuka kepada orang awam pada bulan April 2010, 3 bulan sebelum ketibaan aku di sini. Dari atasnya, aku dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit kota metropolitan Singapura dengan jelas. Indah sungguh panorama. Singapore Flyer juga jelas kelihatan dari sini.
Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura

Panorama dari atas Helix Bridge, Singapura
Helix Bridge, Singapura
Panorama Singapore Flyer dari Helix Bridge, Singapura
Setelah puas bergambar di Helix Bridge, aku berjalan menuju ke Queen Elizabeth Walk di Esplanade, kawasan rekreasi yang terletak di pinggiran muara Sungai Singapura, masih lagi di dalam kawasan Marina Bay. Panorama kota Singapura yang dilihat dari sini juga tidak kurang hebatnya. Di lokasi ini juga terletak sebuah bangunan teater yang dikenali dengan nama Esplanade - Theatres on the Bay yang mula dirasmikan pembukaannya pada tahun 2002. Dewan konsert di dalamnya terdapat 1,600 buah kerusi & teater di dalamnya pula boleh memuatkan seramai 2,000 orang penonton. Restoran-restoran & pusat membeli-belah juga terdapat di dalamnya. Bangunan empat tingkat ini turut digelar ‘The Durian’ oleh penduduk tempatan Singapura kerana bentuk bangunannya yang seolah-olah seperti sebelah buah durian. Tingkat empat bangunan ini terdapat ruang terbuka yang dibuka kepada orang-orang awam. Dari atasnya, panorama kota Singapura dapat dilihat. Indah yang teramat.
Queen Elizabeth Walk & Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura
Panorama dari kawasan Esplanade, Singapura
Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura
Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura

Panorama dari tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura

Aku menghabiskan masa yang agak lama di kawasan Esplanade ini untuk menunggu matahari terbenam untuk bergambar. Suasana malam di sini memang indah sekali. Selepas puas bergambar di sini, aku kembali semula ke rumah flat Auntie Elle dengan menaiki MRT. Selepas mandi, solat & makan malam bersama, aku pun terus melelapkan mata kepenatan sementara menunggu ketibaan hari ketiga aku di Singapura keesokan paginya.
Panorama dari kawasan Esplanade, Singapura, Singapura
Bersambung...
SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE

16 buah komen:
best blog ni sebagai panduan nanti...:)
pergh......best2
pasni nak gembara mana pula, nak follow bley x bro
Daddylicious: thanx.. sila2.. :)
telor power: thanx.. insyaAllah lepas ni travelog south korea pulak.. pastuh, next year akan ke brunei & manila.. :)
Menarik catatan perjalanannya. Rasa bagai diri musafir sama...
Syabas!
Mmg bagus blog ni...boleh jugak sy jdkan panduan tambah2 lagi skrg pun sy adalah perantau... kalau nak tahu life di bumi Peru boleh lah lawat sy...klau sudi boleh add link ;) mana tahu nnt rezeki you smp ke sini...boleh contact sy ;)
Cantik pemandangan waktu malam ! Suka2 !!
Boleh I tahu anggaran bajet kalau nak melancong ke singapore for 3 days and 2 night ?? Skali hotel, makan semua la..
Ohh btw dah penah dtg ke japan? Kalau blom dtg la.. Jepun ni pun menarik tau.. Bukan dari segi pemandangan je but then budaya diorang, servis diorang pn sgt menarik.. :)
arh.....best tu ke korea, aku nak follow bro pi manila n brunie, nak complete kan dulu negara2 asean2, tinggal 3 negara jer lagi
tapi aku style backpacker jer bro....
duh nikmatnya melancong hehehe
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
best tu :)
tak pernah sampai Singapura..huhu
Ya Allah...bestnya masuk blog ni..kat sidebar penuh tempat yg dah dilawati...nnt saya nak rujuk blog ni kalau nak jenjalan luar negara...
salam bro, tengs drop by my blog...awat tak follow sekali? huhu...
saya follow sini terus...
Salam orang kampung.. hehehe... akak org bgn serai...and ramai gak kenkawan akak dari methodist PB tu...;-)
I've been in Singapore 3 yrs ago... & singgah solat gak kat Masjid Sultan tu... cantik kan Singapore? Malaysia pun cantik jugak...;-)
Meh la travel ke Jepun nie pulak...best!!!
kunjungan gan .,.
Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.
buy valium online what is valium high - illegal buy valium online uk
sangat menarik dan penuh hal hal baru
lanjutkan gan memposting yang lainnya , ditunggu
obat penyakit hipoglikemia tradisional
Post a Comment