KuRSuS iNDuKSi & BTN

>> Sunday, September 19, 2010



Mulai hari esok (20 Sept 2010) hingga Jumaat (24 Sept 2010), aku akan mengikuti KURSUS INDUKSI & KENEGARAAN (BTN) di HOTEL BRISDALE, KUALA LUMPUR. Keputusan Hospital Placement utk aku menjalani latihan sebagai doktor pelatih (Housemenship) mulai 27 Sept 2010 juga akan dimaklumkan sewaktu kursus tersebut. Doa2kan supaya aku ditempatkan di HOSPITAL TAIPING ye. Itu adalah hospital utama pilihan aku. Dekat dengan rumah. :)

Mulai dari hari ini, aku akan kurang aktif dalam dunia blogging kerana aku perlu tumpukan perhatian sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, aku akan cuba meng'update' blog ini sekerap yg mungkin, menceritakan pengalaman2 aku sewaktu bekerja. :) Doa2kan semua selamat ye. :)

p/s: InsyaAllah, buku kedua aku yang berjudul 'TRAVELOG ANDALUSIA: PERMATA ISLAM YANG HILANG' akan diterbitkan tidak lama lagi. Manuskripnya sudah pun dihantar kepada pihak penerbit untuk diedit & dibukukan. Segala perkembangan berkenaan dengan buku tersebut akan aku maklumkan dalam blog ini dan juga di laman Facebook (Jhaz Kitaro FC). Doakan semuanya berjalan lancar ye.. :)




SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


10 buah komen:

silversarina Sunday, September 19, 2010 at 5:28:00 PM GMT+8  

Semoga dapat posting di Hospital Taiping tapi walau di mana nanti Jhaz akan ditempatkan, please serve the nation with 100% dedication ye jhaz ..wishing you all the best ..jangan lupa makcik di Kemaman :D

JHaZ KiTaRo Sunday, September 19, 2010 at 5:59:00 PM GMT+8  

thanx makcik ina.. insyaAllah i will.. doa2kan selalu ye.. insyaAllah tak lupe.. nanti bile2 free, i'll bring my family to kemaman pulak..

ijak Sunday, September 19, 2010 at 6:20:00 PM GMT+8  

kalo ko ke taiping.....nanti jumpa la budak2 PMC yg buat rotation medicine dan surgery kt sana...haha
all the best bro...

Anonymous Sunday, September 19, 2010 at 6:33:00 PM GMT+8  

Salam ASP,

Selamat berkursus dan selamat bertugas.

Najwa.H Sunday, September 19, 2010 at 8:15:00 PM GMT+8  

Aku juga doakan ko dpt jalani housemanship dengan jayanya ;)

manela tau kot2 ko tersangkut kat GH Penang..
or..sesekali ko kena hantar Cardio case kat Gh Penang satu hari nnt, hehe..
~aku ada kat cardio Dept,GH penang.
najwa 513-PKP 8

Anonymous Sunday, September 19, 2010 at 8:27:00 PM GMT+8  

Salam Jhaz...

Tahniah! Selamat memulakan kerjaya nanti...Moga sentiasa berada di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah...

Moga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan...Ameen

All the best ye!

take care

My Life Monday, September 20, 2010 at 3:28:00 PM GMT+8  

salam
semoga semua dipermudahkan.. dan mudahan2 ditempatkan di hospital taiping... tapi andainya bukan situ rezeki jhaz.. saya harap jhaz dapat menjalankan tugas sebaik2 mungkin..
harus kuat yer..

roslaini saad Monday, September 20, 2010 at 5:50:00 PM GMT+8  

Alhamdullillah..nanti saya doakan adik dapat posting ke Hospital Taiping...
Nanti tulislah pengalaman menjadi doktor pulak...tentu menarik....

Destinasiku Friday, September 24, 2010 at 1:37:00 AM GMT+8  

tk sbr nk tggu buku 2. kenal blog ni dr buku pertama. lebih puas hati pegang buku dr juling mata baca di blog eheee

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP