TRaVeLoG aNDaLuSia: PeRMaTa iSLaM YaNG HiLaNG

>> Sunday, August 29, 2010



Andalusia. Satu nama yang tidak asing lagi dalam pemikiran dan perbualan masyarakat Islam sejak beratus-ratus tahun dahulu. Kegemilangannya pernah menjadi sebutan di seluruh dunia pada suatu ketika dahulu, dan menjadi kebanggaan umat Islam secara seluruhnya. Namun, dalam tempoh masa 800 tahun ia menyinar menyuluhi manusia dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna sejak kemaraan tentera Tariq bin Ziyad mengalahkan tentera Roderick pada tahun 711, bumi itu secara perlahan-lahan hilang cahayanya sehinggalah ia terus menjadi gelap-gelita pada tahun 1492 dengan tertumpasnya istana Alhambra dari tangan Abu Abdullah ke tangan Ferdinand II dan Isabella.

Di manakah silapnya umat Islam pada waktu itu? Apakah kegemilangan Islam di bumi Andalusia yang pernah dikecapi selama 800 tahun itu bisa dikembalikan? Adakah ianya akan terus menjadi permata Islam yang hilang buat selama-lamanya?


Dua perenggan di atas adalah sedikit cebisan/snippet daripada manuskrip buku kedua aku, berjudul TRAVELOG ANDALUSIA: PERMATA ISLAM YANG HILANG yang berjaya disiapkan 2 hari yang lalu dan sudah pun dihantar kepada pihak penerbit semalam. InsyaAllah jikalau tiada halangan, buku aku itu akan diterbitkan dan berada di pasaran tidak lama lagi..

Buku ini mengandungi kisah pengembaraan aku dan tiga orang rakan aku (Jem, Rizal & Hanif) sepanjang 5 hari kami berkelana di bumi Andalusia, Sepanyol. 4 buah bandar yang kami berempat jejaki ialah TOLEDO, CORDOBA, GRANADA & SEVILLE. Buku ini juga turut menyelitkan fakta2 sejarah, geografi, kebudayaan, etc berkenaan dgn Andalusia & 4 buah bandar tersebut. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye.. :)


Kedudukan Andalusia dalam peta Sepanyol


Alcazar di Toledo


Mezquita & Roman Bridge di Cordoba


Alhambra di Granada


Giralda di Seville

Utk pengetahuan pembaca, aku dah pun melalui sessi temuduga di SPA Putrajaya 5 Ogos yg lalu. Dan pada hari yg sama, aku juga turut menyelesaikan segala urusan pendaftaran dgn Malaysian Medical Council & Kementerian Kesihatan. Aku memilih utk ditempatkan di Hospital Taiping, Perak. Semoga aku akan ditempatkan di hospital tersebut. Buat masa sekarang, aku sedang menanti surat panggilan utk ke Kursus Induksi sebelum mula bekerja. Mungkin dapat lepas raya kot. Hehehe. Penempatan hospital akan dimaklumkan sewaktu kursus tersebut. Berdebar2 pulak rasenye..

Dan aku ingin mintak maaf sbb dah lama tak update Travelog Syam: Bumi Anbiya' memandangkan aku sibuk menyiapkan manuskrip Travelog Andalusia: Permata Islam Yang Hilang. Esok, insyaAllah aku akan menyambung semula travelog tersebut..

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan.. Banyakkanlah amalan sewaktu 10 hari terakhir.. :)


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


2 buah komen:

ivan kavalera Sunday, August 29, 2010 at 7:10:00 PM GMT+8  

Kilas balik sejarah kejayaan Islam...mengagumkan, mas.

cik su tepeng Monday, August 30, 2010 at 11:10:00 AM GMT+8  

semoga dapat posting ke hosp taiping.elok le dapat tambah kakitangan, tambah efisen pkhidmatan hosp tepeng..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP