BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG IX) - MoSTaR II

>> Monday, October 19, 2009



Selepas puas menikmati panorama yang indah di atas puncak menara azan Koski Mehmet Pasha Mosque, aku pun menuruni tangga menara tersebut untuk kembali semula ke ruang dalaman masjid itu. Aku kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada penjaga masjid itu kerana memberi kebenaran kepada aku untuk ke puncak menara azan masjid tersebut. Aku memuji keindahan pemandangan kota Mostar yang dapat dilihat dari atasnya. Selepas itu, aku mengatur langkah ke lokasi seterusnya, iaitu Stari Most, jambatan yang amat terkenal di bumi Mostar yang telah menjadi mercu tanda utama bandar ini sejak era pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah lagi.

Stari Most yang bermaksud ‘Old Bridge’ adalah sebuah jambatan yang dibina merentangi Sungai Neretva yang menghubungkan bahagian timur & bahagian barat bandar Mostar. Jambatan yang dilihat pada hari ini sebenarnya adalah jambatan yang dibina semula selepas jambatan yang asal telah dirobohkan dalam Perang Bosnia. Jambatan yang keempat terbesar di Bosnia & Herzegovina ini mempunyai kelebaran 4 meter, kepanjangan 30 meter & berjarak 24 meter dari paras air Sungai Neretva. Di kedua-dua penghujungya masing-masing terdapat sebuah menara, iaitu Helebija Tower di sebelah timur & Tara Tower di sebelah barat.

Pembinaan Stari Most yang asal telah diarahkan pada tahun 1557 oleh Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang bernama Suleyman atau turut dikenali dengan gelaran Suleyman the Magnificient. Ianya bagi menggantikan jambatan kayu yang telah usang. Kerja-kerja pembinaan jambatan ini mengambil masa selama 9 tahun. Ia siap sepenuhnya pada tahun 1566. Arkitek yang bertanggungjawab merekabentuk jambatan ini adalah Mimar Hayruddin yang merupakan anak murid kepada arkitek agung Empayar Turki Uthmaniyah, iaitu Mimar Sinan. Pembinaan jambatan ini merupakan pencapaian teknologi senibina yang terhebat di seluruh dunia pada waktu tersebut. Tiada tamadun lain di dunia yang mampu menandingi kehebatan senibina jambatan ini ketika itu.


Stari Most yang asal sebelum dirobohkan dalam Perang Bosnia, Mostar, Bosnia & Herzegovina

Setelah 427 tahun Stari Most berdiri megah di bumi Mostar, jambatan yang menjadi simbol kebanggaan penduduk Mostar ini akhirnya dirobohkan oleh tentera Republik Herzeg-Bosnia yang dianggotai oleh penduduk kaum etnik Croat pada tarikh 9 November 1993 sewaktu kehangatan Perang Bosnia. Perobohan jambatan ini telah diarahkan oleh komander tentera Republik Herzeg-Bosnia yang bernama Slobodan Praljak yang akhirnya dibawa ke muka pengadilan kerana telah meruntuhkan sebuah khazanah dunia yang berharga. Dia juga turut didakwa atas kesalahan jenayah kemanusiaan terhadap penduduk kaum etnik Muslim Bosniak di Bosnia & Herzegovina.


Peristiwa perobohan Stari Most dalam Perang Bosnia, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Keadaan selepas Stari Most dirobohkan dalam Perang Bosnia, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Slobodan Praljak

Selepas tamatnya Perang Bosnia pada tahun 1995, satu perancangan untuk membina semula Stari Most mengikut senibina asalnya telah dilaksanakan. Ianya adalah sebagai simbol pendamaian antara kaum etnik Croat & Bosniak di bumi Mostar. Pelbagai badan dunia seperti World Bank, UNESCO, World Monuments Fund & beberapa lagi badan terkemuka telah memberi sumbangan besar dalam usaha pembinaan semula jambatan tersebut. Sumbangan tambahan kemudiannya disalurkan oleh negara Itali, Netherlands & Croatia.

Kerja-kerja pembinaan semula Stari Most telah bermula pada bulan Jun 2001. Ia siap sepenuhnya & dirasmikan pembukaannya pada tarikh 23 Julai 2004. Selepas perasmiannya pada tahun tersebut, Stari Most mula menjadi tarikan utama pelancong ke bumi Bosnia & Herzegovina. Tidak lengkap ekspedisi seseorang pelancong ke negara ini sekiranya tidak berkunjung ke jambatan yang bersejarah ini. Pada masa kini, para pelancong dapat menyaksikan penerjun-penerjun lelaki berdiri di atas jambatan ini & membuat percubaan untuk menerjun ke dalam Sungai Neretva. Aktiviti ini sebenarnya sudah menjadi tradisi penduduk-penduduk tempatan di Mostar sejak zaman dahulu lagi.


Kerja-kerja pembinaan semula Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most selepas dibina semula, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Aktiviti penerjunan di Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina

Stari Most adalah mercu tanda utama Mostar pada masa kini & sememangnya sebuah jambatan yang amat cantik senibinanya. Belum pernah lagi aku melihat bentuk jambatan yang sebegitu rupa. Telah lama sebenarnya aku berhajat untuk melihat keindahan senibina jambatan ini dengan anak mata sendiri. Sebelum ini aku hanya dapat melihat gambar-gambarnya di internet sahaja. Memandangkan hajat aku telah tercapai, aku pun menghabiskan masa sepuas-puasnya berjalan di sekitar kawasan jambatan tersebut yang telah pun tersenarai sebagai salah sebuah ‘UNESCO World Heritage Sites’. Berpuluh-puluh keping gambar aku ambil untuk disimpan sebagai kenangan.


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Pemandangan dari Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most dari jauh, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most dari jauh, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most dari jauh, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most dari jauh, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most dari jauh, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Penerjun lelaki di Stari Most, Mostar, Bosnia & Herzegovina

Setelah puas mengambil gambar bersama Stari Most, aku berjalan-jalan pula di sekitar bandar Mostar. Aku melalui sebuah madrasah di mana terdapat ramai pelajar-pelajar Muslim sedang berkumpul di luarnya. Mungkin kuliah mereka baru sahaja selesai. Kemudian, aku melalui Catholic Cathedral, gereja utama milik penduduk kaum etnik Croat yang menganut ajaran Kristian Katholik di bandar ini. Gereja yang masih berfungsi ini telah dibina pada tahun 1881.


Sebuah madrasah, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Catholic Cathedral, Mostar, Bosnia & Herzegovina

Selepas penat berjalan-jalan di sekitar bandar Mostar, aku pun kembali semula ke hostel. Aku bersiap-siap & mengemas barang-barang kerana aku akan ke destinasi yang seterusnya dalam negara Bosnia & Herzegovina, iaitu Sarajevo. Aku akan ke sana dengan menaiki bas. Selesai sahaja mengemas, aku membawa kesemua barang aku & berjumpa dengan pemilik hostel tersebut. Aku mengetuk pintu rumahnya. Yang membuka pintu tersebut adalah ibu kepada pemilik hostel itu. Makcik tersebut cuba memberitahu aku bahawa anaknya keluar sebentar & akan pulang dalam masa beberapa minit. Bahasa Inggeris makcik tersebut agak tunggang-langgang, namun aku masih boleh memahaminya.

Selepas lebih kurang 5 minit menunggu, akhirnya pemilik hostel itu pun pulang. Dia pulang bersama-sama dengan 2 orang anaknya yang sangat comel. Aku mengucapkan terima kasih sambil menghulurkan wang sewa penginapan kepadanya. Selepas itu, aku meminta izin untuk bergambar dengannya satu keluarga. Selepas bergambar, aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua & mengorak langkah ke stesen bas Mostar.


Bersama pemilik hostel & anak-anaknya, Mostar, Bosnia & Herzegovina


Ibu kepada pemilik hostel, Mostar, Bosnia & Herzegovina

Setibanya aku di stesen bas yang dimaksudkan, aku pun menunggu ketibaan bas untuk ke Sarajevo. Lebih kurang pukul 5.50 petang, bas yang dinantikan pun tiba. Aku lantas terus masuk ke dalamnya. 10 minit kemudian, ianya pun bertolak meninggalkan Mostar menuju ke Sarajevo. Perjalanan menaiki bas dari Mostar ke Sarajevo mengambil masa lebih kurang 2½ jam lamanya. Lebih kurang pukul 8.30 malam, aku pun tiba di stesen bas Sarajevo. Setibanya sahaja aku di stesen bas tersebut, aku dihampiri oleh seorang lelaki tempatan yang menawarkan hostelnya. Aku bersetuju sahaja dengan tawaran yang diberikannya memandangkan harga bilik yang ditawarkan agak murah. Lagipun, hari sudah malam & aku amat keletihan. Aku kemudiannya dibawa oleh lelaki itu ke hostel yang dimaksudkan dengan menaiki sebuah van.

Sesampainya aku di hostel tersebut, aku pun terus mendaftar masuk. Pemilik hostel tersebut adalah seorang wanita berusia 40-an yang dibantu oleh anak lelakinya. Lelaki yang menjemput aku di stesen bas tadi mungkin adik atau pekerjanya. Wanita tersebut agak peramah orangnya walaupun Bahasa Inggerisnya tidak begitu lancar. Dia banyak bercerita tentang orang-orang Malaysia yang ramai menetap & membuka perniagaan di Sarajevo. Tidak tahu pula aku bahawa terdapat ramai orang Malaysia yang menetap di sini. Aku kemudiannya dibawa ke sebuah bilik yang merupakan bilik dorm 4 katil. Boleh tahan selesanya.

Selepas mandi & solat, aku keluar mencari makanan. Berdekatan dengan hostel tersebut terdapat sebuah gerai kebab halal. Aku pun terus sahaja meluru ke situ kerana rasa lapar yang tidak dapat dibendung. Selepas selesai makan, aku kembali semula ke hostel untuk melayari internet. Mujurlah ada kemudahan internet di hostel itu walaupun ianya tidak percuma. Dapat juga aku melepaskan rindu kepada alam cyber. Hehehe. Selepas puas melayari internet, aku kembali ke bilik dorm aku. Kebetulan, terdapat seorang lagi penumpang di bilik tersebut yang berasal dari Perancis. Kami berbual sebentar sebelum kedua-dua kami nyenyak dibuai mimpi.

Bersambung...

p/s: Memandangkan exam penulis blog ini akan bermula tidak lama lagi, iaitu 2 November 2009, blog Aku Sebutir Pasir ini terpaksa direhatkan buat seketika supaya penulis blog dapat memberi 100% tumpuan kepada examnya. InsyaAllah travelogue di bumi Balkan akan disambung semula dengan cerita2 di Sarajevo, Zagreb, Ljubljana & banyak lagi selepas tamatnya exam, iaitu 18 November 2009. Kesemua travelogue sebenarnya telah lama disiapkan oleh penulis blog. Cuma tunggu masa untuk di'publish' dalam blog ini sahaja. Harap bersabar ye. Dan diharapkan kalian semua yang menjadi pengunjung setia blog ini sudi mendoakan kejayaan penulis blog ini dalam examnya. :) Jumpa lagi pada tarikh 18 November 2009 nanti!! SAMBIL-SAMBIL TU, SILA LA BERKUNJUNG KE 'JHaZKiTaRo'S TRaVeLoGue' YANG MENYIMPAN SEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE-TRAVELOGUE YG SUDAH DI'PUBLISH' DI 'AKU SEBUTIR PASIR'

Untuk menambah informasi tentang perang di Bosnia & Herzegovina, sila lihat video-video di bawah:


The Defense of Bosnia



Unfinished Business War In Mostar (Part 1 of 5)



Stari Most (Part 1 of 2)



Stari Most (Part 2 of 2)


19 buah komen:

Anonymous Monday, October 19, 2009 at 7:02:00 PM GMT+8  

Salam Bro,

Saya doakan semoga Jhaz lulus/berjaya dalam exam yang akan ditempohi.

Insyaallah.

rosebali from padang pasir Saudi.

hariz Wednesday, October 21, 2009 at 8:11:00 PM GMT+8  

x silap aku, aku pernah dgar juga psl org Malaysia kat sana. Mostly yg mula2 gi under keamanan dulu. cam kawan aku, ayah dia ada kerja kat sana dulu, sekarang dah balik malaysia dah.

Unknown Thursday, October 22, 2009 at 8:46:00 AM GMT+8  

rupanya negara bosnia ni cantik ye...seolah2 seperti yg digambarkan syurga di dlm al-quran..ada gunung ganang..dipecahkan dengan sungai..tumbhan hijau..cuaca yang sejuk x sejuk..(mcm dingin)..
tq bro..share ur jurney..
gud luck ur exam!!

ismaliza ismail

gloomy Friday, October 23, 2009 at 5:27:00 PM GMT+8  

salam.. article yg menarik... untungkan berpeluang berjalan2 di tempat org.. anw goodluck 4 ur exam.. =)

EBRIZA AMINNUDIN Friday, October 23, 2009 at 9:15:00 PM GMT+8  

thanx Jhaz sebab sudi kongsikan sesuatu yg menarik.

iina Wednesday, October 28, 2009 at 8:54:00 PM GMT+8  

Adik Jhaz.. menarik kisah kembara yang dilalui.. teruskan mengembara dan bercerita ;)

aznaz Wednesday, October 28, 2009 at 9:23:00 PM GMT+8  

salam Jhaz..

alhamdulilah ..satu nukilan ayng amat menarik...dulu abg pernah jaga PM Bosnia Dr Harrris Siladjic masa dia dtg di kl..( Personal Butler dia)..

keep it up..

waslam

cikdinz Saturday, October 31, 2009 at 6:48:00 PM GMT+8  

ko tak cuba lak terjun tiruk kat jambatan tu...hehehee...
anyway, cantek gambar tu..

Anonymous Sunday, November 1, 2009 at 6:56:00 PM GMT+8  

Salam. Saya menjejaki kota ini 1989.kota aman.Bersama team bolasepak Malaysia, sebagai peg. perubatan,program perlawanan persahabatan eropah.Umat islam disini pada masa itu sombong dan persendakan islam, bangga dengan minuman keras, makan haram.islam adalah bagi org2 tua.Tuhan menurunkan bencana, mungkin kah sekarang mereka sedar atau sudah lupa?.Takut sangat, kalau ini berlaku diMalaysia.

Memorable trails... Friday, November 6, 2009 at 10:58:00 PM GMT+8  

Salam..
Get here from kak nong's.Cantik sungguh ya negara Bosnia.
Dulu akak sampai setakat eropah barat je..

sinar_islami Sunday, November 8, 2009 at 4:03:00 AM GMT+8  

salam...
bosnia suatu ketika dahulu dlm kegelapn..kini bgkit berdiri..
harap dpt menjejaki...
all da best exm

Madam Casper Saturday, November 14, 2009 at 11:26:00 AM GMT+8  

Gud Luck for ur exam...
Cantiknya Bosnia kan??

Admin Thursday, November 26, 2009 at 10:53:00 PM GMT+8  

Terima kasih Sdr Jhazkitaro kerana respons kepada blog saya. Blog sdr banyak informasi berbanding saya. Salam perkenalan & Selamat Hari Raya Korban. - Puzi Hadi, Alor Setar, Kedah.

Anonymous Tuesday, March 5, 2013 at 9:01:00 PM GMT+8  

valium no rx buy cheap valium online no prescription - buy valium online no prescription uk

Anonymous Friday, May 24, 2013 at 5:17:00 AM GMT+8  

I wanted to thank you for this very good read!! I definitely loved every bit of it.
I've got you bookmarked to look at new things you post…

Feel free to surf to my weblog :: click here

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP