PPIMI aNNuaL GeNeRaL MeeTiNG...

>> Friday, January 25, 2008



OK.. Walaupun aku bukannye ahli yang aktif (masa first year je aktif. Tu pun bukanlah aktif mane pun. heheh), aku ingin mengambil kesempatan ni utk mempromosikan majlis gilang gemilang yg diadakan setiap tahun di kota Dublin, iaitu Majlis Annual General Meeting Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) yang insyaAllah akan dilangsungkan di Malaysia Hall Dublin tanggal Sabtu ni (26 Januari 2008). Utk pengetahuan pembaca2 blog luar Ireland, PPIMI ini adalah antara persatuan2 yg aktif yg digerakkan oleh pelajar2 Malaysia di bumi Ireland.

Dalam majlis tersebut nanti, akan diadakan pembentangan kertas kerja ahli-ahli jawatankuasa PPIMI sessi 2007 & juga pemilihan ahli-ahli jawatankuasa persatuan yang baru untuk sessi 2008. Mungkin ramai yg tidak tahu, pemilihan pada kali ini agak berbeza drp pemilihan pada tahun2 sebelum ini. Pada pemilihan kali ini, kesemua calon yg telah terpilih dikehendaki menyediakan manifesto2 masing2 beberapa minggu sebelum pemilihan.. Lebih kurang macam kempen 'undilah saya' la ni. Pergghhh.. Macam pilihanraya laa pulak kan. Hehehe. Hmm. Mungkin ada baiknye kite buat perubahan mcm tu, so that pemilih2 dalam mengenali calon2 dgn lebih mendalam.

OK la. Aku malas nak bercerita panjang. So, kpd mereka yg bertanding, all the best diucapkan. Kpd yg menang kelak, diharap anda akan mengotakan janji2 anda. Heheh. Dan kpd seluruh masyarakat Muslim Malaysia di Dublin, jom la sama2 kite menghadiri majlis Annual General Meeting ini. Kalau kite tak memberi sokongan, sape lagi yg nak beri kan?? OK. So, see u guys in Malaysia Hall this Saturday!!! InsyaAllah I'll be there kalau takde aral melintang. :)

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP