RuMaHKu SYuRGaKu... in KaMuNTiNG

>> Saturday, December 25, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku nak bercerita sikit ttg rumah sewa aku. Hmmm. Actually, pada mulanya aku tak bercadang pun nak menyewa rumah. Plan asalnya, aku nak stay kat Hospital Taiping punye asrama je. Cuma perlu bayar RM40 je setiap bulan. Tapi, waktu aku mula melapor diri masuk ke hospital tu, asrama dah full. Mcm mana tak full, house officers yg dah setahun bekerja still taknak tinggalkan asrama & beri peluang kat junior house officer mcm aku ni. Tension betul. Aku & 3 house officers lain yg sama2 melapor diri pada waktu tu pening kepala nak mencari rumah sewa. 2 org perempuan Melayu & yg seorang lagi lelaki India. Aku mmg takde pilihan lain la selain mencari rumah sewa seorang diri. Takkan la nak tinggal sekali dgn dieorg kot. Tak sesuaaai. Heheh.

Dalam dok pening2 kepala mencari rumah sewa, tiba2 aku teringat yg aku ada seorang kawan perempuan (member sekolah rendah) yg bekerja sbg cikgu kat Taiping. Beberapa minggu sebelum aku mula bekerja, dia ada beritahu aku yg dia boleh tolong carikan rumah sewa kat sekitar Taiping sekiranya aku memerlukan. Aku pun ape lagi. Terus la contact dia. Alhamdulillah. Dia kata dia boleh tolong & dia akan inform aku bila dia dah jumpa mana2 rumah sewa. Dalam masa yg sama, ayah & mak aku pun turut bertungkus-lumus mencari rumah sewa kat area Taiping, tapi malangnya satu pun tak jumpa. Huhuhu. Sementara menunggu respon kawan aku tu, aku terpaksa ulang-alik dari Parit Buntar ke Taiping setiap hari (sejam perjalanan). Huh. Penat gila. Mati la kalau tiap2 hari mcm ni.

Alhamdulillah, lepas 2 hari menunggu, aku mendapat respon daripada kawan aku tu. Dia dah jumpa rumah sewa. Bukan kat area Taiping, tapi kat area Kamunting, sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Hospital Taiping. Tak kisah la. Janji jumpa. Aku terus call parents aku utk memberitahu berita gembira tu & hari tu jugak dieorg berdua datang ke Kamunting utk view rumah tu. Keadaan rumah ok la. Not too bad. Cuma perlu dikemas rapi sedikit je. Sewa pun cuma RM250 sebulan. Aku lantas terus bersetuju sbb malas dah nak fikir2 panjang. Lagipun, bukan senang nak cari rumah sewa. Dah dapat satu, dah cukup lega dah. Terima kasih banyak2 kat kawan aku tu. Tanpa pertolongan dia, aku mungkin sampai sekarang terpaksa ulang alik Parit Buntar-Taiping. Huhuhuh. Jasamu sangat2 dikenang.

Rumah sewa aku ni sebenarnya rumah yg ditinggalkan kosong tanpa apa2 pun oleh tuan rumah. Mmg kosong-sekosong2nya la. Tak macam rumah2 sewa kat Ireland. Semuanya lengkap dgn perabot2 & segala2nya. Huhuhu. Rumah sewa aku ni ada 3 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur & satu bilik air. Utk melengkapkan kehidupan aku di rumah, parents aku tolong belikan bermacam2 perabot & kelengkapan spt meja, katil, almari, dapur, peti ais, TV & macam2 lagi. Guna duit aku la. Heheh. Utk melengkapkan lagi kehidupan aku agar tidak kebosanan seorang diri di rumah, aku install broadband Telekom & langgan Astro. Seriously, aku tak boleh hidup tanpa internet & TV. Kedua2nya tu dah jadi mcm keperluan asas aku kat rumah. Hehehe. Buat masa sekarang, aku lebih selesa tinggal seorang diri. Senang parents aku nak datang setiap minggu. Tetamu2 nak datang pun senang. Tapi, satu hari nanti, mungkin aku akan mencari sorang housemate utk tinggal sekali. Tinggal sorang2 ni kadang2 bosan jugak. Takde member nak berborak2. Huhuhu.

So, itu la serba sedikit cerita ttg rumah sewa aku di Kamunting ni. Sapa2 yg singgah ke Taiping, kalau rajin, meh la singgah ke teratak aku yg tak seberapa ni, yang terletak di kawasan perumahan Taman Desa Jana 1. :)


Rumah sewa aku


Ruang tamu rumah aku


Ruang makan rumah aku


Ruang dapur rumah aku


Bilik aku


16 buah komen:

mama ju Saturday, December 25, 2010 at 10:34:00 PM GMT+8  

Aslkm Jhaz

Bersyukur semuanya dipermudahkan.Bagus juga kalau ada kawan, org kata hidup berjemaah tu lebih elok bukan?
Moga bahagia.Oh dah dpt kereta baru tu ke?

Zai Zamree Saturday, December 25, 2010 at 10:35:00 PM GMT+8  

kena cat dinding pagaq luaq tu bg nmpk ceria ckit...
klau x mcm suram jek...
hat dalam tu dah ok dh...nti leh touch up lg...hehehe...

shafiq.ayman Saturday, December 25, 2010 at 11:01:00 PM GMT+8  

nanti bila aku nak ke Alor Star visit parents, aku nak singgah kat Kamunting la, carik ko.maybe weekdays tapi tak mengapa.asalkan ada ASTRO dan broadband, aku akan duduk di situ tanpa memerlukan tuan rumah. Hehehe...

Hidayatullah Saturday, December 25, 2010 at 11:09:00 PM GMT+8  

xyah cari housm8 br..
cari orang rumah trus..ha3

atuk Saturday, December 25, 2010 at 11:40:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum Jhaz

10 minit ke tempat kerja
kira ok le tu
macam saya kat kl ni
mahu sejam sampai ke pejabat

saya sokong komen Hidayat tuuuu
he he

Wassalam

Abdul Munir Sanusi Sunday, December 26, 2010 at 1:00:00 AM GMT+8  

Takdehal brader Jhaz. kalau eden balik Perak nanti eden singgah Kamunting nuh!

Tape, eden lagi harap dapat HO dekat Teluk Intan.

p/s-ada sorang HO daripada Jordan minggu lepas. Ada kenal tak?

CI_ Sunday, December 26, 2010 at 11:40:00 AM GMT+8  

Simple,
tapi kalau duduk sendiri
macam-macam boleh dibuat.
nak kemas macam mana,
nak deko macam mana...
kan?


p/s: ade dapo, dos masak ke? =)

Umi Azuddin Sunday, December 26, 2010 at 8:32:00 PM GMT+8  

Salaam ziarah.

saya bayangkan jadi HO, kena berumahtangga di hospital jer...heheh.
Alhamdulillah dapat rumah sewa. Interior nampak OK.

Cikgu Nurin Monday, December 27, 2010 at 9:41:00 AM GMT+8  

Kena cari tukang kemas ni....tukang kemas permanent, mesti tambah seri rumah tu....:)

Liza @ Adzriel AB Monday, December 27, 2010 at 1:45:00 PM GMT+8  

adoi, jenuh juga lah nak completekan dlm rumah tu. mau ribu juga habis tu. nasib baik rm250 je sewa. kuatkan semangat..susah2 dulu.. moga senang kemudian.. doa dari kak liza.

yusuf mujahidin ™ Tuesday, December 28, 2010 at 7:51:00 PM GMT+8  

bro jhaz,

sokong hidayatullah!
cari org umah je bro..setel!
:)

azzad Thursday, December 30, 2010 at 9:37:00 AM GMT+8  

assalamualaikum,

saya selalu singgah rumah abang di taman desa jana 1, lorong 17.

dr lorong berapa?

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP