MaSaLaH-MaSaLaH YG SeRiNG DiLaLui oLeH HouSe oFFiCeR

>> Wednesday, December 15, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku nak cerita sikit masalah2 yg selalu dilalui oleh House Officers..

Masalah yg paling kerap dan ketara ialah masalah ketika hendak meng'clerk' (mendapatkan maklumat latar belakang) pesakit2 yg bukan berbangsa Melayu yg tidak tahu berbahasa Melayu. Bilangan pesakit2 yg taktau cakap Melayu ni sebenarnya agak ramai jugak la, terutamanya org2 tua. Ya Allah. Seksa sangat nak clerk pesakit2 ni. Kalau boleh cakap English ok la jugak. Ini tak. Tau cakap dalam bahasa ibunda diaorg aje. Come on laa. Ko lahir & dibesarkan di Malaysia. So, ko patut tahu cakap dalam Bahasa Melayu. Walaupun tak fasih, at least boleh la paham & jawab soalan2 yg simple. Ini tak. Kadang2 tu, sepatah haram apa yg aku tanya pun diaorg tak paham. Bayangkan la. Macam mana nak tolong pesakit2 ni kalau ape yg ditanye diaorg tak paham. Kalau ada saudara mara diaorg kat sebelah, aku syukur sangat2. At least aku boleh jugak tanye soalan2 kat family diaorg. Tapi ada jugak yg satu family taktau cakap Melayu. Macam mane tu???? Sakit jiwa aku kadang2. Dah la nurse2 kat ward kebanyakannya Melayu. Takde yg boleh tolong jadi translator. Maka terpaksalah aku mintak tolong House Officers bangsa dieorg je yg tolong clerk pesakit2 tu. Urghhh.. Geram sgt..

Masalah lain yg dilalui ialah saat ketika hendak mengambil sampel darah drp pesakit2 yg mempunyai salur darah yg teramat halus, terutamanya drug addicts & pesakit buah pinggang kronik. MasyaAllah. Nak ambik darah diaorg ni kadang2 sampai satu badan aku cucuk, tapi darah tak keluar2 pun. Lagi seksa kalau nak insert branula. Mmg aku awal2 lagi dah surrender & mintak tolong House Officer senior yg tolong buat. Heheh.

Lagi masalah yg dilalui ialah ketika oncall di mana ada ketikanya pesakit2 baru masuk ward tanpa henti2. Dah la sorang House Officer je yg jaga 2 wards. Aku pernah melalui pengalaman mcm ni sekali sewaktu aku oncall. 15 org pesakit baru masuk ward tanpa henti dari pukul 4.00 petang sampai la pukul 4.00 pagi esoknya. Belum sempat aku habis clerk sorang pesakit, pesakit baru pulak masuk. Rase mcm nak jerit je waktu tu. Terasa 'jonah' sangat. 'Jonah' adalah satu term yg kiteorg label kat doktor2 yg seolah2 spt di'curse'. Setiap kali dia bertugas, mesti ramai pesakit baru masuk. Heheheh.

Sbg House Officer posting Medical, aku perlu tahu perihal kesemua pesakit yg berada di dalam ward aku. Jumlah purata pesakit dalam ward aku ialah 25-30 orang. Gile tak?? Nak menghafal kesemuanya mmg la tak pernah aku berjaya. Mcm nak pecah kepala otak aku. Aku pun taktau mcm mana House Officer lain boleh hafal. Well, diaorg kebanyakannya House Officer senior. So, dah byk experience dah la. Aku yg setahun jagung ni, mmg selalu kena marah dgn Medical Officers & Specialists la sbb ada sesetengah pesakit yg aku terlupa perihal sakit dieorg. Huhuhuh. Sabar je la.. Ape2 pun, aku tetap cuba memperbaiki prestasi kerja aku. Itu yg penting.

So far, itu je la kot masalah2 yg aku lalui sbg House Officer. Kalau ada apa2 lagi yg boleh dikongsikan, aku akan ceritakan kemudian. Adios..

5 buah komen:

farahdina Thursday, December 16, 2010 at 2:49:00 PM GMT+8  

Tsierima kasih dr, dalam sibuk2 pun masih sudi kongsi pengalaman.

cherie Thursday, December 16, 2010 at 7:23:00 PM GMT+8  

aku selau tensen ngan org yang x pandai ckp bahasa malaysia. nak nak kalo org2 mude.
seriously, no one deserves a malaysian citizenship if you couldn;t care less to learn its NATIONAL language. nampak sangat x brcampur ngan org lain.

satu malaysia satu bangsa satu bahasa lah sangat.

nak ckp dlm bahasa apa pun ckp lah, i have no objection against that,as it is individual right but you MUST KNOW HOW TO COMMUNICATE in bahasa malaysia.

aNtu_BaEk Saturday, December 18, 2010 at 2:12:00 AM GMT+8  

penah tgk doktor nak insert branula kat sorang makcik yg bersalur darah halus...nak lebu tangan dicucuk....last2, ade sorang akak nurse yg dapat buat...huhu

Unknown Thursday, June 9, 2011 at 12:09:00 PM GMT+8  

erm. sy pernah tgk Dr clerk pesakit hr tu... ada sorg aunty tu dh tua.. jenuh la Dr dok kena ulang soalan berkali2...


by the way i'm proud of u and others HO yang bersungguh2 mencari urat pesakit sewaktu nak ambil darah...coz my mum pn ada mslh urat yg kecil... huisshhh... sadis juga tgk dia kena cucuk berkali2... sometimes mmg sakit ht dgn doktor... tp at the end, kena faham juga tugas mereka...

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP