BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XVIII) - iNTeRMiSSioN
>> Sunday, January 31, 2010
Hari 7: 17 MEI 2008
Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun untuk bersiap-siap. Ini kerana aku perlu menaiki keretapi seawal pukul 7.30 pagi untuk ke Budapest, Hungary. Lebih kurang pukul 7.00 pagi, aku pun melangkah keluar dari hostel menuju ke stesen keretapi Ljubljana. Setelah beberapa minit menunggu, keretapi yang dinantikan pun tiba & aku lantas masuk ke dalamnya. Aku menggunakan tiket pass Interrail. Perjalanan ke Budapest dari Ljubljana memakan masa lebih kurang 9 jam. Agak lama.
Aku mengisi masa 9 jam dalam keretapi tersebut dengan membaca novel ‘The Kite Runner’ yang baru sahaja aku beli sebelum aku memulakan pengembaraan aku di rantau Balkan. Novel hasil tulisan Khaled Hosseini ini benar-benar menyentuh hati aku. Khusyuk aku membacanya sehingga tidak menyedari tempoh masa 9 jam berlalu. Lebih kurang pukul 4.30 petang, aku pun tiba di stesen keretapi Budapest Deli. Aku seterusnya menaiki metro untuk ke hostel yang telah pun aku rujuk melalui buku panduan aku. Setelah menjumpai hostel tersebut, aku pun terus mendaftar masuk.
Selepas menunaikan solat, aku keluar untuk menikmati suasana petang di kota Budapest. Aku berjalan kaki menuju ke sekitar kawasan Chain Bridge, jambatan yang dibina merentangi Sungai Danube. Ia adalah jambatan yang paling utama & yang paling terkenal di kota ini. Ini sebenarnya adalah kali ketiga aku memijakkan kaki di kota Budapest. Disebabkan itulah aku mengetahui sedikit sebanyak selok-belok kota ini. Tujuan aku ke sini pada kali ini sebenarnya adalah sekadar sebagai persinggahan sebelum aku meneruskan perjalanan ke Bucharest, Romania. Ini disebabkan tiadanya perkhidmatan keretapi terus dari Ljubljana ke Bucharest. Jikalau ada pun, perjalanannya sudah pasti mengambil masa lebih daripada sehari. Hahaha. Aku tidak sanggup.
Peta perjalanan Ljubljana-Budapest-Bucharest dengan keretapi
Disebabkan ini adalah kali ketiga aku di Budapest, aku cuma menghabiskan masa aku di sekitar Chain Bridge sahaja. Aku menunggu sehingga malam menjelma untuk mengambil gambar bersama jambatan tersebut di waktu malam. Panoramanya memang indah sekali. Aku tidak pernah berasa jemu bergambar bersama Chain Bridge. Selain itu, aku juga sempat bergambar dengan bangunan Parlimen Hungary yang mempunyai senibina yang teramat menarik. Selepas puas bergambar, aku berjalan kembali semula ke hostel. Selepas solat, aku pun terus melelapkan mata.
Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary
Parlimen, Budapest, Hungary
Hari 8: 18 MEI 2008
Selepas membersihkan diri & menunaikan solat Subuh, aku terus mendaftar keluar dari hostel yang aku tumpangi & berjalan menuju ke stesen keretapi Budapest Keleti. Keretapi ke Bucharest, Romania bakal bertolak pada pukul 8.15 pagi. Keretapi tersebut sudah sedia ada di landasan. Lalu, aku terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, keretapi itu pun bergerak meninggalkan Budapest. Sedang aku duduk di dalam kabin berseorangan sambil menyambung membaca novel ‘The Kite Runner’, tiba-tiba datang seorang lelaki berbangsa Roma atau Gypsy duduk di kerusi di hadapan aku. Aku berasa kurang selesa kerana aku tahu bahawa orang-orang bangsa Roma ini ramai yang tidak berkelakuan baik.
Sedang aku asyik membaca, lelaki tersebut dengan selambanya memainkan lagu mp3 yang terdapat di dalam telefon bimbitnya dengan kuat sekali. Aku pada mulanya cuba bersabar. Namun, lama-kelamaan kesabaran aku hilang apabila lelaki tersebut memainkan lagu-lagu yang lain pula. Aku memintanya supaya berhenti memainkan lagu-lagu tersebut. Mujurlah dia memberi reaksi positif. Tidak berapa lama kemudian, dia keluar dari kabin & tidak kembali semula. Aku tidak pasti ke mana perginya lelaki itu. Apa-apa pun, aku gembira kerana aku kembali bersendirian. Dapatlah aku membaca novel ‘The Kite Runner’ dengan tenang.
Perjalanan dari Budapest ke Bucharest memakan masa lebih kurang 13½ jam. Jarak masa yang paling lama aku lalui dengan menaiki keretapi sepanjang hayat aku. Aku kurang pasti tentang harga tiketnya. Aku beruntung kerana aku menggunakan tiket pas Interrail. Ianya sangat-sangat menjimatkan. 13½ jam perjalanan dengan menaiki keretapi sememangnya teramat membosankan. Mujurlah aku ditemani oleh sebuah novel untuk dibaca. Kurang sedikit rasa bosan. Beratus-ratus muka surat berjaya aku habiskan sepanjang 13½ jam berada di dalam keretapi tersebut.
Akhirnya, lebih kurang pukul 10.45 malam waktu tempatan Romania yang awal sejam berbanding waktu tempatan Hungary, aku pun tiba di stesen keretapi Bucharest Nord. Penat rasanya duduk lama-lama di dalam keretapi. Setibanya aku di stesen keretapi tersebut, aku terus mengorak langkah mencari lokasi hostel yang sudah aku rujuk di dalam buku panduan. Apabila sudah jumpa lokasinya, aku terkejut kerana melihat kegelapan ruang dalaman hostel itu yang tidak berlampu. Aku bertanya kepada pemilik kedai di sebelah hostel tersebut. Walaupun orang itu tidak dapat berbahasa Inggeris dengan fasih, aku masih boleh memahami apa yang cuba disampaikannya. Menurut katanya, hostel tersebut sudah setahun ditutup. Alamak. Nampaknya, aku perlu mencari hostel lain. Buku panduan yang aku bawa sebenarnya adalah edisi lama. Mungkin pada tahun ianya diterbitkan hostel itu masih lagi beroperasi.
Lebih kurang 3 buah hostel telah aku jumpa dalam masa sejam berjalan-jalan di sekitar kawasan hostel yang telah ditutup tadi. Yang satu sudah penuh & yang satu lagi pula harganya terlampau mahal. Mujurlah hostel yang ketiga harganya agak berpatutan. Alhamdulillah. Aku berasa tersangat lega selepas lebih kurang sejam ke hulu ke hilir mencari hostel. Aku kemudiannya terus mendaftar masuk. Akan tetapi, menurut kata pekerja hostel tersebut, hostel tersebut sedang mengalami masalah bekalan air pada malam itu. Hanya air panas sahaja yang ada. Air sejuk tiada. Maka, aku pun terpaksalah tidur dengan badan yang melekit. Moga-moga masalah bekalan air itu dapat diselesaikan secepat mungkin agar aku dapat membersihkan diri pagi nanti.
Bersambung...

12 buah komen:
walaupun telah tersimpan setahun lebih, tapi ceritanya seperti baru lagi....berap harga tiket keretapi interrail - sekali beli aje ke?
Salam Aku Sebutir Pasir
Wah, cantiknya pemandangan ni. Rezeki mata dapat menziarah tempat menarik di dunia ini. Mesti ada banyak lagi cerita menarik kan.
cantik parlimen diwaktu malam.... macam istana ... perjalanan menarik...
salam
salam kenal dr cikgu,blog yg sangat menarik,cm nk bertandang selalu...
salam untuk anakanda ASP. mak cik selalu( tiap2 ada n3) baca blog ni.mak cik sangat teruja dengan cerita2 dan gambar2 yg menarik.mak cik tunggu buku anakanda.tu.
lagu2 dalam blog ni mak cik sangat suka dan selalu mendengarnya.
beruntung anakanda dapat berjalan dimuka bumi Allah ni.Jemputlah ke blog mak cik yg tak seberapa .
Sonata anak kancil:
hehehe.. ni mmg cerita lama.. 2 thn lepas punye cerita.. skarang baru sempat nak kongsi dgn pembaca blog.. harga tiket interrail lebih kurang 300 Euro.. sekali beli je.. boleh guna selama 10 hari unlimited dalam satu benua Europe.. :) jimat sgt2
Roha:
wsalam.. Alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki.. InsyaAllah byk lagi cerita yg nak diceritakan.. :)
izan:
yupp.. mmg sgt2 cantik.. and thanx for the compliment.. :)
CM:
wsalam.. salam kenal.. thanx for the compliment.. singgah2 laa slalu ye..
mohdandmeriam:
wsalam.. hehe.. terima kasih makcik sbb sudi lawat blog yg tak seberapa ni.. insyaAllah buku pertama akan keluar tak lama lagi.. hahah.. menarik eh lagu2 dalam blog ni?? :) Alhamdulillah.. semua tu rezeki drp Allah.. insyaAllah saya akan selalu lawat blog makcik.. :)
salam
panorama indah diwaktu walam, sungguh mengasyikkan. Pak itam tak berkesempatan lagi nak explore rantau balkan, boleh masuk dalam perancangan tahun 2012 nanti krn ada rancangan nak tgk olmpik nanti di UK
bertuahnya jd awak!
dapat menjejakkan kaki ke seluruh dunia!
Alhamdulillah!
subhanallah..sgt indah...
salam ziarah:)
Salam kenal.
Wah rajin mengembara. Masa ada peluang ni eloklah rebut peluang tu. Maksud saya masa studentlah masa yg terbaik utk mengembara. Kalau dah berumahtangga dan anak dah berderet mungkin cabarannya lebih dan kos juga lebih tinggi.
Awak pergi tu sorang2 ke?
Salam,
Indah...sangat mengasyikkan...
Tuah kembara.
Semoga terus sukses.
rezeki:
wsalam.. rantau balkan mmg best pak itam.. wajib pegi ni.. :)
ZAZAS:
Alhamdulillah.. rezeki Allah.. :)
[-suziey-]:
subhanallah.. thanx sbb sudi ziarah.. singgah2 laa lagi
Yunus Badawi:
salam kenal.. yup.. betul apa yg en yunus cakap tu.. aah.. pegi sorang2 je.. :)
zainal mohd jais:
wsalam.. thanx for the wish.. :)
Post a Comment