BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XVII) - LJuBLJaNa II
>> Friday, January 29, 2010
Aku kemudiannya meneruskan langkah ke St Nicholas Cathedral atau turut dikenali dengan nama Ljubljana Cathedral. Gereja berkubah hijau & mempunyai menara berkembar ini terletak di kawasan Vodnik Square, tidak jauh dari pasar. Gereja yang asal dipercayai dibina di atas tapak gereja ini pada tahun 1262. Beberapa kejadian kebakaran telah memusnahkan gereja tersebut. Akhirnya, antara tahun 1701 & 1706, gereja yang baru dibina & ianya kekal kukuh sehingga ke hari ini. Beberapa penambahan telah dibuat pada pertengahan kurun ke-20.
St Nicholas Cathedral, Ljubljana, Slovenia
Berdekatan dengan St Nicholas Cathedral, terdapat sebuah monumen air pancut yang diberi nama Robba Fountain. Ianya terletak di sebuah dataran kecil bernama Town Square. Walau bagaimanapun, Robba Fountain yang dilihat pada masa kini hanyalah klon daripada monumen yang asal kerana monumen yang asal telah diperbaiki & dipindahkan ke National Gallery pada tahun 2006. Robba Fountain yang asal direka oleh seorang pembuat patung berbangsa Itali yang bernama Francesco Robba antara tahun 1743 & 1751. Ianya diinspirasikan daripada Bernini Fountain yang terletak di Rom, Itali.
Robba Fountain, Ljubljana, Slovenia
Berhadapan dengan Robba Fountain, terletak sebuah bangunan, iaitu Ljubljana Town Hall. Bangunan ini dibina pada tahun 1584. Kemudiannya, antara tahun 1717 & 1719, ianya telah diubahsuai. Sewaktu dekad 1920-an, sebuah monumen yang didedikasikan kepada Raja Yugoslavia yang pertama, iaitu Peter I telah didirikan di hadapan bangunan Town Hall ini. Namun, monumen tersebut telah dihancurkan sewaktu penawanan kota ini oleh tentera Fascisma Itali ketika Perang Dunia Kedua.
Ljubljana Town Hall, Ljubljana, Slovenia
Seterusnya, aku berjalan menuju ke sebuah jambatan berdekatan yang merentangi Sungai Ljubljanica yang diberi nama Triple Bridge. Ia adalah jambatan yang paling unik sekali yang pernah aku jumpa. Ini kerana jambatan ini terdiri daripada 3 buah jambatan yang dibina sebelah menyebelah. Jambatan ini merupakan satu lagi mercu tanda utama kota Ljubljana. Menurut sejarah, terdapat sebuah jambatan kayu dibina di lokasi ini pada tahun 1280. Jambatan tersebut kemudiannya digantikan dengan jambatan baru yang dibina pada tahun 1842 oleh seorang arkitek Itali. Jambatan baru tersebut diberi nama Franz’s Bridge, bersempena dengan nama Maharaja Austria-Hungary yang bernama Franz Karl. Seterusnya, pada tahun 1929, arkitek tempatan yang terkenal, iaitu Joze Plecnik telah menambah 2 buah lagi jambatan baru bersebelahan dengan Franz’s Bridge tersebut. Ketiga-tiga jambatan ini pun kemudiannya digelar Triple Bridge. Jambatan-jambatan tersebut dirasmikan pada tahun 1932.
Sungai Ljubljanica, Ljubljana, Slovenia
Triple Bridge, Ljubljana, Slovenia
Kawasan sekitar Triple Bridge, Ljubljana, Slovenia
Triple Bridge, Ljubljana, Slovenia
Triple Bridge, Ljubljana, Slovenia
Selepas bergambar dengan Triple Bridge yang unik itu, aku menuju ke dataran kecil yang terletak berhampiran dengannya. Nama dataran tersebut ialah Preseren Square. Di kawasan dataran ini terdapat sebuah ukiran patung sasterawan negara Slovenia yang bernama France Preseren. Tidak jauh darinya, terletak sebuah gereja besar yang diberi nama Franciscan Church of the Annunciation. Gereja ini dibina antara tahun 1646 & 1660 & merupakan antara gereja yang terpenting di kota Ljubljana.
Ukiran patung France Preseren, Ljubljana, Slovenia
Franciscan Church of the Annunciation, Ljubljana, Slovenia
Aku kemudiannya meneruskan perjalanan aku ke National Gallery of Slovenia. Bangunan ini dibina pada tahun 1896 sewaktu pentadbiran Datuk Bandar yang bernama Ivan Hribar. Pelbagai upacara rasmi dilakukan di dalamnya sewaktu kota ini di bawah pentadbiran Datuk Bandar tersebut. Namun, pada tahun 1918, selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bangunan ini mula berfungsi sebagai National Gallery yang mempamerkan hasil-hasil kesenian penggiat-penggiat seni yang terkenal.
National Gallery of Slovenia, Ljubljana, Slovenia
Seterusnya, aku mengatur langkah ke runtuhan Roman Wall yang terletak agak jauh di pinggir bandar. Runtuhan tersebut adalah antara tinggalan Empayar Rom di kota Ljubljana. Ianya adalah sebuah benteng pertahanan yang telah hancur hampir keseluruhannya. Roman Wall ini dipercayai dibina sekitar tahun 14 M ketika Ljubljana berada di bawah pemerintahan empayar tersebut. Lebarnya ialah 2.4 meter & tingginya pula ialah 6 hingga 8 meter. Pada tahun 1930, arkitek tempatan yang terkenal, iaitu Joze Plecnik telah menambah piramid yang diperbuat daripada batu yang diletakkan di atas satu seksyen pada Roman Wall tersebut.
Runtuhan Roman Wall, Ljubljana, Slovenia
Selepas itu, aku bergerak menuju ke National & University Library yang merupakan antara institusi pengajian & kebudayaan yang terpenting di negara Slovenia. Bangunan yang turut direka oleh Joze Plecnik ini siap dibina pada tahun 1941 & dianggap antara hasil senibina Joze Plecnik yang terunggul.
National & University Library, Ljubljana, Slovenia
Aku kemudiannya kembali semula ke kawasan Triple Bridge untuk bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Sejam sebelum matahari terbenam, aku kembali ke hostel untuk berehat-rehat. Apabila malam sudah tiba, aku pun keluar semula untuk menikmati suasana malam di Ljubljana. Aku bergambar sekali lagi dengan beberapa monumen penting di sekitar bandar ini. Kebetulan, terdapat sebuah konsert yang sedang berlangsung di Preseren Square. Walaupun aku tidak mengenali artis-artis yang membuat persembahan, aku tetap terhibur mendengarnya. Sesudah itu, aku pun kembali semula ke hostel. Dalam perjalanan pulang ke hostel, aku singgah di sebuah restoran Cina untuk menikmati makan malam. Selepas itu, aku pun meneruskan perjalanan pulang ke hostel. Selepas solat, aku pun terus melelapkan mata.
Triple Bridge, Ljubljana, Slovenia
Konsert di Preseren Square, Ljubljana, Slovenia
Bersambung...

11 buah komen:
jauh berjalan luas pandangan. nice blog u hv here. keep it up son. luv looking at the photos. salam kenal.
kunjung balas ke sini - tahniah kepada saudara...manfaatkan ruang dan peluang sewaktu berada disana...banyak info yang boleh saya kutip di sini...sebab saya major in geografi...TK kerana sudi singgah ke Asam Garam Kehidupan
salam ziarah....and manis dari saya.
suka baca n3 awak . teruskan oke !
seronoknyeee jalan2 kat negera orang kan..
Salam,
Seseronok menjadi pasir di negara orang...suatu hari pasti menjadi batu di negara sendiri! InsyaAllah..
Tahiah buat budak Perak!!...
salam ziarah kembali..
Sronoknya kak nza bila kunjungi blog adik ni....Brtuah adik cz brpeluang melihat n merasai hidup diperantauan...moga xjemu brkunjung lg ke blog kak nza....
Salam,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog chekdee.....hmmmm....wah...tak dapat g dublin.....tengok photo pun oklah tu........ best nyerrrrr
Salam ziarah dan kenal....
Subhanallah...Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi....serta seluruh isi alam....semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua...keep up the good work!Sekurang-kurangnya ada jugak info tentang negara orang....
ada juga gereja menggunakan tanda kubah berwarna hijau ye. dlm pada negara kita sedang bergolak tentang isu paling sensitif....
jambatan 3 tu terfikir juga untuk apa ye.... nampak seperti kenderaan kurang... untuk pejalan kaki mungkin. tapi memang seronok melihat-lihat...
salam dik, anyway tq keran ziarahmu ke blog akak, kak pun turut kagum dgn adik...bersyukurlah..tidak semua orang berjaya mendapat rahmat seperti adik..semoga anak kak nanti pun dapat mengikut jejakmu..Hati2 di tempat orang,,jangan lupakan bumi sendiri dan yang paling penting iman kekal bersemadi di hati bagi menepis sebarang godaan dan cabaran yang sentiasa bertubi2 di sana...k...
hani@debumelukut:
thanx for the compliment.. insyaAllah :) salam kenal
sonata anak kancil:
thanx for coming by. insyaAllah akan digunakan.. singgah2 laa sini slalu.. :)
LiNda:
thanx sudi ziarah.. salam manis too.. insyaAllah akan diteruskan..
TeacherNunu:
seronok2.. heheh.. :)
Sharifah Hassan:
wsalam.. insyaAllah.. dalam maksud tu.. heheh.. thanx..
nza:
thanx for dropping by.. alhamdulillah.. insyaAllah i will
chekdenoor:
wsalam.. sama2.. selalu2 laa singgah ye.. :)
AYU IDRIS:
thanks sbb sudi ziarah.. salam kenal too.. thanx for the compliment.. semuanya rezeki drp Allah.. :) insyaAllah usaha akan diteruskan..
izan:
hahaha.. kat europe ni mmg byk bangunan yg pelik2.. jambatan tu utk kereta boleh, utk pejalan kaki pun boleh.. :)
siti ajar bt yaakob:
wsalam.. sama2.. alhamdulillah.. rezeki Allah.. insyaAllah anak akak jugak akan dimurahkan rezeki.. terima kasih atas nasihat2 yg diberi.. akan diikuti.. ;)
Post a Comment