BaNDaR SeRi BeGaWaN, BRuNei DaRuSSaLaM

>> Friday, June 22, 2012



OK. Dalam entry ni, nak cerita sikit la tentang my recent trip to Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam (17-19 Jun 2012)...

Brunei sememangnya negeri yg amat kaya. Tapi aku sendiri taktau kenapa negara ni mcm takde pembangunan. Walau apa pun, yg membanggakan aku ialah majoriti daripada rakyatnya adalah org2 Melayu yg menjalankan bisnes perniagaan. Rata2nya mmg kaya raya. Banglo2 mewah bersepah2 di sana sini. Benarlah kata Rasulullah SAW, 9/10 daripada rezeki di dunia ni berpunca daripada perniagaan. :)

Hotel yg aku tumpangi utk 2 malam kat sana amat menyakitkan hati. Aku sgt2 tersalah pilih hotel. Dah la lokasinya 20km dari pusat bandar. Kat middle of nowhere pulak tu. Mcm kat tengah2 zombie town. Orang pun takde sangat. Nak ke bandar kena naik bas mini. Last bus dari bandar is at 6.00pm!!! Huhuhu. WiFi takde. Breakfast not included. TV pulak 1 channel je (AStro). Channel yg tersiar dikawal oleh pekerja hotel yg memegang remote control kat reception. Pekerja tu dah la gila sukan. So, sepanjang hari channel sukan je yg ada. Sukan2 yg boring pulak tu (boxing, dart, swimming). Pilih la channel movie ke ape ke. Boleh la aku layan sama. Urgghh.. I feel like slapping the receptionist.

Apa yg aku suka tentang Brunei ni adalah senibina masjidnya yg sangat2 indah. Aku sempat ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin & Masjid Jamek Ast Hassanil Bolkiah. Subhanallah. Mmg sangat indah. Kubah kedua2 masjid ni disaluti oleh emas tulen!!

Aku sempat jugak bertemu dengan Fiera, pembaca blog aku yg buat attachment selama 2 bulan kat Bandar Seri Begawan. Dia ni warganegara Malaysia. Husband dia bekerja kat Kuching. Sedih, terpaksa berjauhan. Dia jgk bawa bersama rakannya, Solehah, warganegara Brunei. Sempat jugak dieorg bawak aku jalan2 sekitar Bandar Seri Begawan & belanja aku makan 'Ambuyat' yg sangat sedap.

So, basically tu je la yg nak aku ceritakan. Simple je. LAgipun tak banyak sgt yg nak diceritakan sbb aku rasa Brunei ni mcm takde ape2. Yg bestnye cuma harga rumah, tanah & kereta jauh lebih murah drp di Malaysia. Ikutkan hati, nak je aku mintak kerja kat sini. Tapi aku takut aku akan mati kebosanan pulak nanti. Heheheh. Apa2 pun, Brunei Darussalam still unik & lain daripada negara2 yg aku pernah lawati sebelum ni...


Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei



Tebing Sungai Brunei



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Ruang dalam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah



Bersama Fiera & Solehah di restoran



Hidangan Ambuyat (makanan tradisional Brunei

Read more...

ViDeo oF MY TRaVeL PHoToS

>> Sunday, June 03, 2012



Saje2 takde keje, tiba2 terdetik pulak hati nak buat video ni.. My travel photos at 169 CITIES IN 47 COUNTRIES.. Selamat menonton.. :) (sila pause dulu jukebox player kat sebelah kanan anda)











SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE



Read more...

aRiFF aLFiaN'S BiG FaT GaY WeDDiNG - from my point of view as his ex-classmate in UCD

>> Tuesday, December 20, 2011



OK. Aku tau skarang ni mmg kecoh sangat isu tentang gay marriage antara si Ariff Alfian dengan boyfren dia, Jonathan. Gambar si Ariff ni lengkap berbaju Melayu sambil bercomolot dengan boyfren Irish dia mmg dah jadi isu paling hangat kat Malaysia sekarang ni. Kalau kita google nama si Ariff Alfian ni, teramatlah banyak blog2 yg menulis entry tentang kehangatan isu ni. Ada yang kata dia ni memalukan bangsa Melayu & agama Islam. Ada yg mengatakan dia ni anak derhaka yg tak kenang jasa mak bapak. Ada pulak yg tak kisah dengan apa yg dia buat. Dan yg peliknya, ada jugak yg menyokong apa yg dia buat. Astaghfirullah hal 'Azim. Tapi kebanyakan mereka yg menulis entry2 tu tak kenal siapa si Ariff Alfian ni secara dekat. Kebanyakan drp mereka hanya mengadili si Arif ni daripada gambar2 & artikel2 yg dieorg baca di internet sahaja. Oleh itu, sekarang ni aku tergerak hati nak menulis tentang isu ni memandangkan aku satu batch dengan dia sewaktu belajar perubatan di University College Dublin (UCD), Ireland dulu.

Aku kenal si Ariff ni sejak tahun pertama kami sama2 belajar di UCD. Waktu tu aku & bebudak Malaysia yg lain agak kagum dengan si Ariff ni kerana slang Bahasa Inggerisnya yg amat pekat seolah2 dia berasal dari England. Rasa menyampah tu ada jugaklah. Heheheh. Well, dia mmg dah lama duduk kat England, belajar A Level. Tapi sayangnya, si Ariff ni tak rapat dengan budak2 Melayu. Dia punye circle of friends kebanyakannya Malaysian Chinese & Indians yg speaking English among them. Dan dia jugak agak rapat dgn Irish2 & Northern Americans yg satu batch dengan kami. Kalau ada aktiviti2 sesama pelajar2 Melayu, amat jarang mukanya kelihatan, begitu juga dalam aktiviti2 keagamaan. So, akibatnya, kami tak berapa rapat & kenal si Ariff ni secara mendalam. Mungkin salah kami jugaklah sbb tak cuba utk merapatkan diri kami dgn dia & ajak dia sama2 ke majlis2 yg melibatkan pelajar2 Melayu & Islam. Apa2 pun, Ariff ni mmg budak yg baik. Kalau bersua muka dgn kiteorg, dia pasti senyum & say hi walaupun tak rapat dengan kiteorg.

Aku & semua budak batch aku patutnya tamat belajar pada pertengahan tahun 2008. Namun, disebabkan gagal dalam beberapa subjek, aku & beberapa org pelajar Malaysia lain termasuklah si Ariff ni terpaksa mengulang tahun sewaktu kami di Final Year. Pada waktu itu, iaitu pada akhir tahun 2009, ibu bapanya ada datang ke Dublin & menyewa sebuah apartmen utk 2 minggu, semata2 nak memberi support kpd Ariff. Aku & seorang lagi rakan aku dijemput oleh ibu bapa dia utk berbual2 di apartmen sewa tu. Ibu bapa Ariff mmg risau sgt2 tentang Ariff waktu tu. Dieorg banyak bertanyakan tentang bagaimana keadaan Ariff di Dublin. Memandangkan kami berdua tidaklah begitu rapat dengannya, kami hanya menyatakan yang baik2 sahaja. Walau bagaimanapun, mereka tetap risau & meminta kami berdua utk melihat2 si Ariff di Dublin. Sebenarnya itulah kali terakhir kami melihat si Ariff ni. Lepas tu, kami langsung tak pernah melihat batang hidungnya. Waktu peperiksaan ulangan pun dia tak hadirkan diri. Mungkin itu jugalah kali terakhir Ariff berhubung dengan ibu bapanya. Rasa bersalah pulak kami kerana mengabaikan si Ariff ni. Huhuhuh.

To Ariff, if u read this, I hope u know that u've done a very10x big mistake. Kiteorg semua as your batch really hope that u fikir masak2 tentang apa yg u dah buat. We all love u as our classmate & also as fellow Malaysian & saudara seagama. Kiteorg taknak tgk u tersimpang jauh drp agama & masyarakat Malaysia. Gay marriage or civil partnership homosexuals, or whatever they're called will never be accepted in Malaysia selagi agama Islam tegak di bumi ni. Apabila Allah SWT sudah mengatakan sesuatu itu haram, ianya tetap haram sampai ke Hari Kiamat & kita sebagai hamba-hambaNya mmg takde hak langsung utk menghalalkan apa yg sudah diharamkanNya. Hence, please rethink what u've done & come back to your parents. I know they will always love u & will always be waiting for u. Ibu bapak mana yg tak sayangkan anak. Dan ingatlah, anak2 yg menyakiti & menderhaka kpd ibu bapa akan mendapat azab bukan sahaja di akhirat kelak, malah di dunia juga Allah SWT akan menunjukkan azabNya. Takkan dapat bau cium syurga anak2 yg menderhaka.

Ingatlah ketika Nabi Lut berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas." (Surah Al-A'raf: ayat 80-81)

So, itu sahajalah yg aku ingin menulis tentang isu hangat ni. Buat mereka yg mengutuk2 & menghina2 si Ariff ni dgn kata2 kesat & caci-cela, lebih baik kalau korang doakan moga dia sedar akan kesilapan dia & moga dia kembali kepada ibu bapa dia. Semakin korang mencaci hina dia, semakin hancur hati ibu bapa si Ariff ni. Oleh itu, fikir2kanlah ye. :) Wassalam...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN IV)

>> Monday, December 12, 2011



HARI 2: 21 JULAI 2010

Hari ini adalah hari kedua aku di kota Singapura. Awal-awal pagi lagi, Auntie Elle sudah keluar ke tempat kerjanya. Begitu juga dengan anak saudaranya, Hadi. Maka tinggallah aku seorang sahaja di rumah. Selepas mandi & bersarapan pagi dengan santapan yang disediakannya di atas meja makan, aku pun memulakan ekspedisi hari kedua aku. Hari ini, aku telah berjanji dengan seorang kenalan aku yang telah aku kenali sejak di Ireland dahulu, iaitu Aiesya untuk bertemu dengannya. Dia dahulu menuntut di Dublin Business School & kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat di Singapura.

Kami berdua berjumpa di stesen MRT yang berdekatan dengan syarikat tempat dia bekerja. Setelah itu, dia membawa aku ke sebuah restoran Melayu berdekatan untuk makan tengah hari. Makanan-makanan di situ boleh dikatakan sedap & harganya pun amat berpatutan. Kami berbual-bual panjang sambil makan. Kemudian, kami ke masjid berdekatan pula untuk menunaikan solat. Setelah itu, kami masing-masing mengucapkan selamat tinggal kerana Aiesya perlu kembali semula ke pejabatnya. Gembira dapat bertemu dengannya.

Aku kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Sultan yang terletak di Kampong Glam. Dalam perjalanan ke sana, aku melalui Bugis Street, salah sebuah daya tarikan pelancong di Singapura. Ketika era 1950-an ke 1980-an, Bugis Street ini merupakan tempat untuk melanggani pelacur-pelacur transseksual. Ia kemudiannya mula dibangunkan ketika dekad 1980-an untuk dijadikan jalan membeli-belah dengan terbinanya kompleks-kompleks membeli-belah, restoran-restoran & pusat-pusat hiburan. Sejak itu, kegiatan pelacuran transseksual di sini mulai lenyap. Antara kompleks membeli-belah yang terletak di kawasan Bugis Street ialah Bugis Junction.


Bugis Street, Singapura


Bugis Street, Singapura

Setelah melalui Bugis Street, aku berjalan melalui Arab Street pula yang terletak di dalam kawasan Kampong Glam, di mana terletaknya Masjid Sultan, yang merupakan destinasi aku seterusnya. Arab Street ini sewaktu era pemerintahan British merupakan tempat tinggal & tempat berdagang para penduduk berbangsa Arab & yang beragama Islam yang lain. Kampong Glam pula sebelum kedatangan British merupakan kawasan tempat tinggal para bangsawan Melayu. Setelah British tiba di Singapura pada tahun 1819, kawasan ini dijadikan tempat tinggal komuniti Melayu & Arab. Kebanyakan daripada mereka adalah pedagang. Sultan & pembesar-pembesar kerajaan Johor juga diberi keistimewaan untuk membina kediaman di sini. Kawasan ini semakin lama semakin membangun dengan terbinanya banyak kedai-kedai tempat berniaga. Sehingga kini, kawasan Kampong Glam ini masih lagi mempunyai ikatan yang sangat rapat dengan kelompok bangsa Melayu di Singapura.


Arab Street di Kampong Glam, Singapura

Masjid Sultan yang terletak di dalam kawasan Kampong Glam ini adalah antara masjid-masjid yang terpenting di negara Singapura. Masjid Sultan yang berdiri megah ini siap dibina pada tahun 1928, menggantikan masjid lama yang dibina ketika era pemerintahan Sultan Hussain yang dibina pada tahun 1826 dahulu. Senibinanya amat unik & mengagumkan.


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura

Berdekatan dengan Masjid Sultan, terletak Istana Kampong Glam yang pada zaman dahulunya merupakan kediaman Sultan Johor di Singapura. Ia dibina pada tahun 1819, tahun pertama Singapura diserahkan kepada Kompeni Hindia Timur British. Tanah tapak istana yang seluas 57 ekar itu dihadiahkan oleh British kepada Sultan Hussain, Sultan Johor yang memerintah ketika itu sebagai tanda penghargaan. Bangunan konkrit yang wujud pada masa kini dibina antara tahun 1836 hingga 1843 bagi menggantikan istana lama yang diperbuat daripada kayu. Istana tersebut kekal menjadi milik kaum kerabat diraja Johor sehiggalah ia jatuh ke tangan British pada tahun 1897 kerana tiada sesiapa yang mahu menuntut. Istana Kampong Glam ini kemudiannya diperbaikpulih & dijadikan Malay Heritage Centre pada tahun 2004 yang mempamerkan warisan, kebudayaan & sejarah kaum Melayu di Singapura.


Istana Kampong Glam, Singapura

Setelah itu, aku menaiki MRT untuk ke destinasi yang seterusnya, iaitu Singapore Flyer. Ferris wheel gergasi yang terbesar & tertinggi di dunia ini mulai dibina pada tahun 2005 & siap sepenuhnya pada tahun 2008. Ketinggiannya mencecah 165 meter, lebih tinggi daripada London Eye di London, UK & Star of Nanchang di Nanchang, China. Diameternya pula adalah 150 meter. Ferris wheel yang mempunyai 28 kapsul berhawa dingin ini terletak di bahagian tenggara tanah tambak Marina Centre. Setiap kapsul boleh memuatkan seramai 28 orang penumpang. Dari atasnya, kita dapat menikmati pemandangan sejauh 45 kilometer. Pulau Bintan & Pulau Batam di Indonesia & Johor Bahru, Malaysia dikatakan dapat dilihat dari atasnya. Putaran penuh ferris wheel ini memakan masa selama 37 minit. Aku tidak berkeinginan untuk menaiki ferris wheel ini kerana harga tiketnya agak mahal. Lagipun, aku sememangnya tidak gemar menaiki ferris wheel. Gayat. Heheh.


Singapore Flyer, Singapura


Singapore Flyer, Singapura


Singapore Flyer, Singapura


Panorama dari kawasan sekitar Singapore Flyer, Singapura

Selepas bergambar dengan Singapore Flyer & kawasan sekitarnya, aku berjalan menuju ke Marina Bay untuk melihat kompleks bangunan Marina Bay Sands dengan lebih dekat lagi. Berhampiran dengannya terdapat sebuah jambatan pejalan kaki yang amat unik bentuknya, iaitu Helix Bridge yang menghubungkan Marina Centre dengan Marina South. Jambatan sepanjang 280 meter ini siap dibina & mula dibuka kepada orang awam pada bulan April 2010, 3 bulan sebelum ketibaan aku di sini. Dari atasnya, aku dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit kota metropolitan Singapura dengan jelas. Indah sungguh panorama. Singapore Flyer juga jelas kelihatan dari sini.


Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura


Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura


Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura


Panorama dari atas Helix Bridge, Singapura


Helix Bridge, Singapura


Panorama Singapore Flyer dari Helix Bridge, Singapura

Setelah puas bergambar di Helix Bridge, aku berjalan menuju ke Queen Elizabeth Walk di Esplanade, kawasan rekreasi yang terletak di pinggiran muara Sungai Singapura, masih lagi di dalam kawasan Marina Bay. Panorama kota Singapura yang dilihat dari sini juga tidak kurang hebatnya. Di lokasi ini juga terletak sebuah bangunan teater yang dikenali dengan nama Esplanade - Theatres on the Bay yang mula dirasmikan pembukaannya pada tahun 2002. Dewan konsert di dalamnya terdapat 1,600 buah kerusi & teater di dalamnya pula boleh memuatkan seramai 2,000 orang penonton. Restoran-restoran & pusat membeli-belah juga terdapat di dalamnya. Bangunan empat tingkat ini turut digelar ‘The Durian’ oleh penduduk tempatan Singapura kerana bentuk bangunannya yang seolah-olah seperti sebelah buah durian. Tingkat empat bangunan ini terdapat ruang terbuka yang dibuka kepada orang-orang awam. Dari atasnya, panorama kota Singapura dapat dilihat. Indah yang teramat.


Queen Elizabeth Walk & Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Panorama dari kawasan Esplanade, Singapura


Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Panorama dari tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Panorama dari tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura

Aku menghabiskan masa yang agak lama di kawasan Esplanade ini untuk menunggu matahari terbenam untuk bergambar. Suasana malam di sini memang indah sekali. Selepas puas bergambar di sini, aku kembali semula ke rumah flat Auntie Elle dengan menaiki MRT. Selepas mandi, solat & makan malam bersama, aku pun terus melelapkan mata kepenatan sementara menunggu ketibaan hari ketiga aku di Singapura keesokan paginya.


Panorama dari kawasan Esplanade, Singapura, Singapura

Bersambung...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP