BaNDaR SeRi BeGaWaN, BRuNei DaRuSSaLaM

>> Friday, June 22, 2012



OK. Dalam entry ni, nak cerita sikit la tentang my recent trip to Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam (17-19 Jun 2012)...

Brunei sememangnya negeri yg amat kaya. Tapi aku sendiri taktau kenapa negara ni mcm takde pembangunan. Walau apa pun, yg membanggakan aku ialah majoriti daripada rakyatnya adalah org2 Melayu yg menjalankan bisnes perniagaan. Rata2nya mmg kaya raya. Banglo2 mewah bersepah2 di sana sini. Benarlah kata Rasulullah SAW, 9/10 daripada rezeki di dunia ni berpunca daripada perniagaan. :)

Hotel yg aku tumpangi utk 2 malam kat sana amat menyakitkan hati. Aku sgt2 tersalah pilih hotel. Dah la lokasinya 20km dari pusat bandar. Kat middle of nowhere pulak tu. Mcm kat tengah2 zombie town. Orang pun takde sangat. Nak ke bandar kena naik bas mini. Last bus dari bandar is at 6.00pm!!! Huhuhu. WiFi takde. Breakfast not included. TV pulak 1 channel je (AStro). Channel yg tersiar dikawal oleh pekerja hotel yg memegang remote control kat reception. Pekerja tu dah la gila sukan. So, sepanjang hari channel sukan je yg ada. Sukan2 yg boring pulak tu (boxing, dart, swimming). Pilih la channel movie ke ape ke. Boleh la aku layan sama. Urgghh.. I feel like slapping the receptionist.

Apa yg aku suka tentang Brunei ni adalah senibina masjidnya yg sangat2 indah. Aku sempat ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin & Masjid Jamek Ast Hassanil Bolkiah. Subhanallah. Mmg sangat indah. Kubah kedua2 masjid ni disaluti oleh emas tulen!!

Aku sempat jugak bertemu dengan Fiera, pembaca blog aku yg buat attachment selama 2 bulan kat Bandar Seri Begawan. Dia ni warganegara Malaysia. Husband dia bekerja kat Kuching. Sedih, terpaksa berjauhan. Dia jgk bawa bersama rakannya, Solehah, warganegara Brunei. Sempat jugak dieorg bawak aku jalan2 sekitar Bandar Seri Begawan & belanja aku makan 'Ambuyat' yg sangat sedap.

So, basically tu je la yg nak aku ceritakan. Simple je. LAgipun tak banyak sgt yg nak diceritakan sbb aku rasa Brunei ni mcm takde ape2. Yg bestnye cuma harga rumah, tanah & kereta jauh lebih murah drp di Malaysia. Ikutkan hati, nak je aku mintak kerja kat sini. Tapi aku takut aku akan mati kebosanan pulak nanti. Heheheh. Apa2 pun, Brunei Darussalam still unik & lain daripada negara2 yg aku pernah lawati sebelum ni...


Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei



Tebing Sungai Brunei



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Ruang dalam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah



Bersama Fiera & Solehah di restoran



Hidangan Ambuyat (makanan tradisional Brunei

10 buah komen:

kathy Friday, June 22, 2012 at 11:28:00 PM GMT+8  

tahun lepas ada pergi brunei.. memang takde apa kat situ..org mcm sy yg suka jalan2 pasti akan bosan kalau duk situ lama2.. cuma yg sy perasan, sepanjang berada di brunei..hati tenang je :')

Naramas Aman Saturday, June 23, 2012 at 8:24:00 AM GMT+8  

Kesian nye dapat hotel macam tu :(

Tak pergi ke Kampung Air ke? Mungkin boleh menghilangkan kebosanan.

Saya pernah makan ambuyat tu di Brunei, tapi lupa dah macam mana rasa dan rupanya..

Telor Power Saturday, June 23, 2012 at 4:45:00 PM GMT+8  

best la bro....aku pun sangat teringin pergi jalan2 macam bro sambil lihat kebesaran ALLAH swt dan sambil membuat aktiviti outdoor.

NEKCIK Monday, June 25, 2012 at 9:13:00 AM GMT+8  

asalam..lama dah tuan doktor tak mengembara ye....teringin jugak nekcik nak melihat kehidupan di sana..insyaallah....semakin sihat nampak doc ni...

Unknown Tuesday, December 18, 2012 at 11:07:00 AM GMT+8  

salam, nama hotelnya apa yer? Banyak lah hotel bagus kat Brunei

Unknown Tuesday, December 18, 2012 at 11:07:00 AM GMT+8  

salam, nama hotelnya apa yer? Banyak lah hotel bagus kat Brunei

Bella Idura Saturday, March 2, 2013 at 6:38:00 PM GMT+8  

Saya baru nak pergi sempena besday saya. Lawat sini jao. http://isabellaidura.blogspot.com,

Anonymous Saturday, March 9, 2013 at 1:51:00 PM GMT+8  

Boring? Tiada hiburan? Takyah lah nak banyak hiburan, brunei tu kan negara zikir. Get out from your gutter head.

Anonymous Sunday, March 31, 2013 at 8:28:00 AM GMT+8  

takde ape2 kat sini? boring tu subjektif bro. byk masjid kat sini. semua ada aircon. best kalau stay dalam baca Quran ker..zikir ker..bagi saya tu tak boring. kalau nak cari hiburan lain, pi balik Malaysia la. belambak kat sana.

Anonymous Monday, November 7, 2016 at 4:14:00 PM GMT+8  

Anonymous Anonymous said...

takde ape2 kat sini? boring tu subjektif bro. byk masjid kat sini. semua ada aircon. best kalau stay dalam baca Quran ker..zikir ker..bagi saya tu tak boring. kalau nak cari hiburan lain, pi balik Malaysia la. belambak kat sana.

Sunday, March 31, 2013 at 8:28:00 AM GMT+8


hahaha yang ni aku setuju!! macam nak pergi tempat hiburan takkan nak pergi mekkah. kalau nak sangat hiburan bukan sini tempatnya.haha

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP