BRYaN aDaMS.. auTHeNTiC VoiCe

>> Thursday, February 28, 2008

I instantly fell in love with Bryan Adams's voice from the first moment I listened to his famous song, 'Everything I Do (I Do It For You). That was like years ago. His wet husky kind of voice is soo authentic and soothing, everytime I listen to his songs, I feel calm & all tensions are gone straightaway. This guy was born in 1959 (same year my mom was born). He is almost 49 years old now, but his voice has never changed a bit since he started his career in 1977. His voice sounds the same in or out of the recording studio. That's what I call a 'real singing voice'.

Below are 3 videos of his performance in a live concert held in Slane Castle, County Meath, Ireland in the year of 2000. Enjoy watching.. :)

1) Everything I Do (I Do It For You)


2) Heaven


3) When You're Gone (duet with Melanie C)

Read more...

a TRiBuTe To aBaDi SuFaaT

>> Monday, February 25, 2008

Abadi Sufaat. Sape yg tak kenal nama ni, maka dia bukanlah warga Malaysia di Ireland. Abadi tiba di Dublin, Ireland pd thn 2003 & Sabtu lepas, tepat pukul 6.40 pagi, dia telah meninggalkan bumi Dublin buat selama2nya utk menyambung clinical years di Penang Medical College. Aku & beberapa lagi pelajar Malaysia yg lain berasa agak sayu jugak sebenarnya sewaktu menemani pemergiannya di Dublin Airport hari tu. Dia tak menunjukkan perasaan sedih di hadapan kami. Tapi, aku yakin, dalam hati dia, mesti dia sedih nak meninggalkan bumi Ireland yg merupakan satu fasa hidupnya yg amat berharga. Malam sebelum pemergiannya, kami telah mengadakan majlis perpisahan utknya. Ramai yg datang, menunjukkan yg ramai org menghargai kehadirannya di bumi Dublin ini.

Kepulangannya ke Malaysia menyebabkan pelajar2 Malaysia di Ireland kehilangan permata yg sgt2 berharga. Sepanjang dia berada di bumi Ireland ni, dia telah byk menyumbang jasa kpd byk persatuan pelajar spt Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI), Federation of Student Islamic Societies in the UK and Ireland (FOSIS), Islamic Societies (ISOC) & banyak lagi. Abadi bukan saja terkenal di kalangan pelajar Malaysia, tapi jugak di kalangan pelajar2 dari negara2 lain kerana keaktifannya.

He is also called 'the guy with thousand talents' as he can do all things that u ask him to do. He can organise events, he can be the chairman, he can do technical stuffs, he can take beautiful photos and he can even sing! Eventhough he was busy doing all those kind of extracurricular stuffs, he can still manage to excel in his studies. That what makes me envy him so much coz I'm totally not able to be like him.

I actually know him since his first year in Dublin, but we were not that close coz we were in different universities, in different batches and in different houses. I only get to know him better after he moved into my house last year in September. 5 months is really a very2 short time, but I appreciate every moment I spent with him. He's indeed a cool and down to earth kind of guy with nice smile. He never shows in anger no matter how u try to get on his nerves. He will forever keep on smiling. OMG. How is he able to do that?? Well. That what makes him special.

Ape2 pun, kami di Ireland sentiasa mendoakan kejayaannya. I'm looking forward to meet him again in Penang coz some of my stuffs are with him. I shipped a few things to Malaysia using his shipping boxes. Hehehe.

Aku pun dah nak balik Malaysia buat selama2nya bulan June nanti (insyaAllah). Tinggal lebih kurang 4 bulan saje lagi utk aku habiskan sisa2 hidup aku di bumi Ireland ni. Kejap betul rasenye. Hmmm. Macam mana la perasaannya meninggalkan Ireland nanti ye?? Wallahu 'alam...


me n Abadi di Hari Raya October 2007



Sewaktu di Dublin Airport

Read more...

SToRY oF SuLTaN MuHaMMaD aL-FaTiH

>> Friday, February 22, 2008



Kat bawah ni aku selitkan sebuah video filem animasi berbahasa Inggeris yang bertajuk 'Sultan Muhammad Al-Fatih'. Sultan Muhammad Al-Fatih atau Sultan Mehmet II adalah antara Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang teragung kerana kejayaannya & tenteranya menawan kota Constantinople pada tahun 1453M. Penawanan kota tersebut secara langsung menamatkan riwayat Empayar Byzantine (Rom Timur) yang pada waktu itu sudah pun berusia 1,100 tahun. Constantine XI merupakan Maharaja zalim yang memerintah pada waktu tersebut & merupakan Maharaja Empayar Byzantine yang terakhir sebelum jatuhnya kota Constantinople ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah.

Sejurus selepas penawanan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan namanya kepada Islambul (yg bermaksud kota Islam dalam Bahasa Turki). Aku pun tidak pasti bagaimana nama Islambul boleh bertukar menjadi Istanbul. Apa2 pun, kita sebagai umat Islam patut berbangga atas kejayaan yg dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Taktik peperangan yang digunakan untuk menawan kota tersebut adalah antara taktik-taktik peperangan yang paling bijak & menggemparkan dalam sejarah dunia. Alatan-alatan peperangan yang digunakan juga merupakan alatan-alatan peperangan yang paling canggih pada zaman tersebut yang mampu menggerunkan mana-mana pihak musuh.

Sesungguhnya penawanan kota Istanbul itu telah pun diramalkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yg berbunyi: "Sesungguhnya, umatku akan menawan kota Constantinople. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Selepas kota Istanbul berjaya ditawan, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ialah menukar fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid. Gereja Hagia Sophia merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Greek Orthodox pada waktu tersebut, yang merupakan mazhab agama Kristian yang dianuti oleh pemerintah & rakyat Empayar Byzantine. Ianya setaraf dengan St Peter's Basilica di Vatican City yang merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Katholik. Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M sewaktu pemerintahan Maharaja yang bernama Justinian I. Keindahan senibinanya menjadikannya sebagai bangunan yang paling masyhur di rantau Mediterranean ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Strukturnya masih kukuh sehingga ke hari ini walaupun usianya hampir menjangkau 1,500 tahun.

Selepas penukaran fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berkata, "Barangsiapa yang menukar masjid Hagia Sophia itu kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan & laknat dariku & dari Tuhan Masjid Hagia Sophia itu." Laknat itu akhirnya jatuh ke muka Mustafa Kamal Attaturk apabila beliau menukar fungsi masjid itu menjadi muzium pada tahun 1935 & mengikis semula segala tampalan2 yg dibuat oleh umat Islam zaman Sultan Muhammad Al-Fatih utk menyembunyikan mozek2 Kristian Greek Orthodox yg berunsur syirik. Wallahu 'alam.


Hagia Sophia, Istanbul, Turki



Ruang dalaman Hagia Sophia, Istanbul, Turki



Antara mozek-mozek Kristian Greek Orthodox di dalam Hagia Sophia yg dipamerkan semula selepas disembunyikan selama lebih kurang 480 tahun

Utk mengetahui lebih lanjut lagi tentang bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya menawan Constantinople aka Istanbul, saksikanlah video filem animasi di bawah:

Read more...

SToRieS oF PRoPHeT MuHaMMaD SAW

>> Monday, February 18, 2008



Kat bawah ni aku selitkan 2 buah video menarik tentang Nabi Muhammad SAW. Video yg pertama bertajuk 'The Message', iaitu sebuah filem yg diterbitkan pada tahun 1976 yg mengisahkan tentang kehidupan Rasulullah SAW & masyarakat Arab sebelum, sewaktu & selepas kedatangan Islam. Video ke-2 pula adalah sebuah dokumentari bertajuk 'Muhammad: Legacy Of A Prophet' yg mengisarkan tentang kisah hidup Rasulullah SAW & bagaimana Islam disebarkan ke seluruh dunia. Selamat menonton & semoga korang mendapat banyak informasi dgn menonton video2 ni.

1) The Message



2) Muhammad: Legacy Of A Prophet

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP