MaNCHeSTeR & LiVeRPooL (BHG II) - MaNCHeSTeR II

>> Friday, July 09, 2010



Selepas itu, aku ke St Ann’s Church pula, iaitu gereja lama yang dibina pada tahun 1712. Selepas bergambar di hadapan & di dalam gereja itu, aku berjalan menuju ke sebuah lagi gereja, iaitu Manchester Cathedral. Dibina antara tahun 1421 & 1882, ia adalah gereja yang terpenting di Manchester. Ia pernah dibom oleh tentera Nazi Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua & oleh tentera IRA pada tahun 1996.


St Ann’s Church, Manchester, UK


Ruang dalam St Ann’s Church, Manchester, UK


Manchester Cathedral, Manchester, UK

Kemudian, aku menuju ke kompleks membeli-belah bernama Manchester Arndale yang terletak di Market Street. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1970-an & merupakan cawangan Arndale Centres yang terbesar di United Kingdom pada dekad tersebut. Bangunan setinggi 3 tingkat ini mempunyai lebih kurang 210 buah kedai di dalamnya. Kompleks membeli-belah ini juga turut dibom oleh tentera IRA pada tahun 1996. Aku tidak membeli apa-apa di sini. Sekadar ingin melihat-lihat sahaja.


Manchester Arndale, Manchester, UK


Manchester Arndale, Manchester, UK

Lokasi seterusnya yang aku jejaki ialah Piccadilly Gardens yang terletak betul-betul di tengah kota Manchester. Selama bertahun-tahun kawasan ini menjadi hab utama sistem pengangkutan awam di Manchester seperti bas & tram. Stesen keretapi juga terletak tidak jauh dari sini. Di sekeliling taman ini terdapat beberapa bangunan pencakar langit yang terkenal seperti Piccadilly Plaza, Thistle Hotel & Brittania Hotel. Terdapat juga beberapa ukiran patung orang-orang ternama di sini seperti James Watt & Duke of Wellington. Piccadilly Gardens seringkali dipenuhi oleh orang ramai yang lalu-lalang & tidak kurang juga yang beriadah bersama rakan-rakan & keluarga. Ia juga menjadi tempat tumpuan burung-burung merpati.


Piccadilly Gardens, Manchester, UK


Piccadilly Gardens, Manchester, UK


Piccadilly Gardens, Manchester, UK

Selepas bergambar di Piccadilly Gardens, aku terus ke kawasan University of Manchester pula yang dibentuk pada tahun 2004 selepas percantuman Victoria University of Manchester yang diasaskan pada tahun 1851 & UMIST yang diasaskan pada tahun 1824. Universiti ini menampung seramai lebih daripada 60,000 orang pelajar termasuklah pelajar Malaysia yang mengambil bidang perubatan & kejuruteraan. Ramai rakan aku pernah belajar di sini. University of Manchester adalah university yang ketiga terbesar di United Kingdom dari segi jumlah pelajar selepas Oxford & Cambridge. Ia juga adalah antara universiti-universiti di negara tersebut yang menjadi rebutan oleh pelajar-pelajar tempatan mahupun luar.


University of Manchester, Manchester, UK

Selepas bergambar dengan nama universiti itu, aku meneruskan pengembaraan aku ke Old Trafford Stadium, stadium yang amat terkenal di seluruh pelusuk dunia. Inilah stadium yang menjadi ‘rumah’ kepada kelab bola sepak Manchester United. Walaupun aku bukanlah peminat kelab itu, aku sengaja ke stadium itu supaya rakan-rakan aku yang meminati kelab tersebut akan berasa cemburu dengan aku. Hahaha.

Aku ke stadium tersebut dengan menaiki tram. Sewaktu aku menaiki tram, secara tiba-tiba tram ini berhenti. Mujurlah aku tidak mengalami apa-apa kecederaan. Terdapat sedikit masalah teknikal. Tidak berapa lama kemudian, tram itu pun menyambung perjalanannya. Beberapa ketika kemudian, aku pun turun di stesen yang paling hampir dengan Old Trafford Stadium. Jauh juga aku perlu berjalan dari stesen tersebut untuk ke stadium itu. Lebih kurang 20 minit.

Aku sebenarnya telah pun menempah pakej tour stadium tersebut. Tour aku akan bermula pada pukul 3.15 petang. Aku tiba di stadium itu 15 minit sebelum tour bermula. Tidak berapa lama kemudian, aku pun dipanggil untuk mengikuti tour tersebut. Kumpulan tour itu disertai oleh lebih kurang 10 orang. Kami dibawa mengelilingi stadium tersebut sambil diberi penerangan oleh ketua tour tersebut. Boleh dikatakan semua tempat & bilik di dalam stadium itu kami masuk. Antaranya ialah bilik persalinan & juga kawasan tempat duduk. Tercapai juga hajat aku untuk masuk ke dalam Old Trafford Stadium. Aku tidak sempat untuk masuk ke dalam stadiuim ini sewaktu aku pertama kali di Manchester 6 tahun lepas kerana kesuntukan masa. Mujurlah kali ini aku mempunyai kesempatan masa untuk masuk ke dalamnya.

Old Trafford Stadium ini mula dibuka pada tahun 1910 yang menelan belanja sebanyak £90,000 untuk membinanya. Dengan keupayaannya yang boleh menampung sebanyak 76,212 penonton, stadium ini adalah stadium bola sepak yang kedua terbesar di United Kingdom selepas Wembley Stadium di London. Stadium ini turut digelar 'Theatre of Dreams' oleh bekas pemain kelab Manchester United yang bernama Bobby Charlton. Stadium ini seringkali digunakan untuk perlawanan bola sepak seperti FA Cup, World Cup 1966, Euro Cup 1996 & EUFA Champions League 2003. Stadium ini juga turut digunakan untuk perlawanan ragbi seperti Rugby League World Cup 2000.

Selepas puas dengan tour yang mengambil masa hampir sejam itu, aku ke kedai cenderahati pula untuk membeli sesuatu untuk dibawa pulang. Selepas itu, aku keluar untuk bergambar berlatarbelakangkan stadium itu. Gambar tersebut sudah pastinya membuatkan rakan-rakan aku di Malaysia cemburu. Hahaha. Selepas itu, aku pun berjalan kembali ke stesen tram. Selepas beberapa minit menunggu, tram yang dinantikan pun tiba & aku terus masuk ke dalamya.


Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Bilik persalinan di ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Bilik persalinan di ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK


Ruang dalam Old Trafford Stadium, Manchester, UK

Apabila tiba di pusat bandar Manchester, aku berjalan pulang ke hostel untuk berehat-rehat & menunaikan solat. Muaz tiada dalam bilik. Mungkin dia sedang seronok menjelajahi kota Manchester ini seorang diri. Apabila waktu Maghrib sudah hampir, aku pun keluar untuk mencari makanan untuk berbuka puasa. Aku ke restoran halal yang menjual kebab. Aku berbuka puasa di situ. Kemudian, aku mengambil angin malam di Manchester. Apabila malam sudah larut, aku pun kembali semula ke hostel. Muaz waktu itu sudah pun berada di dalam hostel. Selepas mandi & solat, kami pun terus melelapkan mata.

Bersambung...

Read more...

PeRJuMPaaN GeNG KePoCHi SeDuNia

>> Monday, July 05, 2010



Entri ini mungkin agak sedikit lapuk kerana event yg hendak aku ceritakan di sini berlangsung pada tarikh 12 Jun (Sabtu) lalu, iaitu lebih kurang 3 minggu yg lalu. Heheh. Event ini disertai oleh 3 org, iaitu aku, Anuar Kamaruddin (http://anuarkamaruddin.blogspot.com) & Cik Ian (http://ian-tell-u.blogspot.com). Sepatutnya seorang lagi, iaitu Rohana Abdul Rahman dijemput hadir. Akan tetapi, malangnya, beliau tidak dapat hadir memandangkan beliau sedang berada di Makassar, Indonesia pada waktu itu utk mengikuti kuliah2 perubatannya di sana.

Perjumpaan ini dinamakan "Perjumpaan Geng Kepochi Sedunia". Nama ni Anuar Kamaruddin yg bagi. Taktau mana dia dapat idea tu. Huhuh. Ia berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang, KL. Venue ni pun Anuar Kamaruddin yg pilih. Pakcik ni kalau nak buat meeting ke hape ke, tempat2 high class je die nak. Tak main la warung2 mamak tepi jalan. Hehe.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah utk membincangkan kesudahan & feedback cerpen CINTA (versi Anuar & versi Cik Ian) yg lahir daripada kerjasama antara aku, Anuar, Cik Ian & Rohana. Cerpen ini sedikit sebanyak telah membongkar penipuan besar yg dilakukan oleh si Safwan Husaini yg konon2nya menghidap barah hati & menghitung hari utk mati, akan tetapi masih gagah menulis puisi, cerpen, novel dan sebagainya di dalam blognya. Motifnya adalah utk meraih simpati org ramai. Satu Malaysia ditipunya bulat2 melalui blognya itu & juga melalui laman Facebook. Daripada budak2 hingusan yg masih bersekolah sampailah ke ikon besar dunia hiburan di Malaysia, iaitu Aznil Nawawi yg telah menemuramahnya melalui telefon dari konti Radio Era dalam slot Merisik Khabar. Memang lahanat betul si Safwan Husaini tu.

Selepas pembongkaran kisah sebenarnya itu, terus si Safwan Husaini delete akaun Facebook & blognya. Pengecut. Sampai sekarang belum ada lafaz maaf diucapkannya buat insan2 yg ditipu olehnya termasuk kami berempat yg merupakan antara insan2 yg paling rapat dgnnya sebelum ini. Hampir 2 bulan lebih aku ditipu olehnya. Disebabkan rasa simpati, aku meluangkan masa hampir sepenuh hari utknya selama 2 bulan tersebut sehingga aku terpaksa mengabaikan blog aku sendiri. Sehingga kini, kesan penangannya masih terasa. Itulah sebabnya blog ni sudah agak lama tidak diupdate dgn travelog-travelog terkini. Aku masih lagi sedang mengumpul semula semangat & momentum utk kembali aktif menulis.

Buat Safwan Husaini atau siapa sahaja kamu yg berselindung di sebalik nama Safwan Husaini itu (wallahu 'alam), sekiranya kamu membaca entri ini, ketahuilah bahawa kami tidak sekali2 akan memaafkan kamu andai kamu masih terus menyepi & tidak meminta ampun atas kesalahan kamu. Takkan terampun dosa kamu oleh Allah SWT seandainya dosa kamu itu melibatkan sesama manusia & kamu tidak meminta maaf sendiri daripada manusia-manusia itu.

Agak lama jugak aku, Anuar & Cik Ian berborak2 di Food Court kat dalam Pavilion. Aku betul2 enjoy berborak bersama2 dieorg berdua. Tak henti2 gelak. Hahaha. Tak sangka sungguh aku dapat berjumpa dgn dieorg ni. Daripada kenalan di internet, akhirnya dapat berjumpa face to face. Terima kasih buat si Safwan Husaini yg lahanat tu. Melalui dialah, aku mendapat kawan2 baru spt Anuar & Cik Ian, 2 orang penulis yg berbakat besar. Di sebalik bencana yg berlaku, ada jugak kebaikannya. :)

Selepas kami bertiga berborak2 di Food Court, kami sempat jugak menonton wayang. Citer Nanny McPhee: The Big Bang. Hahahaha. Citer tu je yg seats masih ada. Citer2 lain seats penuh. Not bad jugak laa citer dia. Interesting. Actually ni 2nd time aku tgk citer tu. 1st time waktu kat Dublin bulan May lepas. Hehehe.

All in all, thanks to Anuar Kamaruddin & Cik Ian sbb sudi menjemput aku utk berlepak2 dgn korang berdua. It's an honour to know & meet penulis2 hebat macam korang berdua. Keep in touch ya.. :)


Bersama Anuar


Bersama Cik Ian


Bersama Cik Ian & Anuar

Read more...

9 HaRi Di TaNaH JaWa, iNDoNeSia

>> Sunday, July 04, 2010



Alhamdulillah, aku & sahabat-sahabat aku selamat tiba di Malaysia selepas 9 hari berkelana di tanah Jawa (21-29 Jun 2010). Terlalu banyak pengalaman yang telah kami perolehi sewaktu berada di sana. InsyaAllah akan aku kongsikan dgn kalian semua dalam Travelog di Pulau Jawa tidak lama lagi.

Trip ini sepatutnya disertai oleh 4 orang. Akan tetapi sedikit ralat berlaku sewaktu kami di LCCT. Salah seorang daripada kami telah diduga dengan kehilangan beg di bahagian pemeriksaan sekuriti. Beg galasnya yang mengandungi passport, dompet, wang, telefon bimbit & barang2 lain yang berharga telah dicuri sejurus selepas memasuki mesin x-ray di situ. Akibatnya, sahabat kami tersebut terpaksa melupakan hajatnya untuk memijakkan kaki di tanah Jawa. Aku & 2 orang lagi rakan aku terpaksa meneruskan hajat kami walaupun agak berat hati kerana tiket penerbangan & hotel-hotel sudah pun ditempah. Lagipun salah seorang daripada kami yg sudah pun bekerja tidak mudah untuk mendapatkan cuti.

Selain daripada kecuaian sahabat kami itu sendiri, kami turut menyalahkan pihak sekuriti LCCT kerana kelalaian mereka untuk memastikan keselamatan beg-beg penumpang di bahagian pemeriksaan sekuriti. Mereka sepatutnya lebih berhati-hati & teliti dalam melakukan kerja mereka. Sepanjang aku travel di negara-negara Eropah & Timur Tengah, belum pernah berlaku kejadian seperti ini. Kejadian ini sedikit sebanyak akan memburukkan imej LCCT sebagai hub utama syarikat penerbangan Air Asia. Semoga pihak yang dimaksudkan dapat memperbaiki mutu perkhidmatan.

Dan kepada para penumpang yg menggunakan LCCT atau mana-mana airport sekalipun, kalian dinasihatkan utk 'be extra-careful'. Jangan terlalu mengharapkan pihak sekuriti sahaja. Pastikan passport & dompet (jikalau boleh) di tangan sewaktu melalui alat pemeriksaan badan. You'll never know what's going to happen to your bag & your stuffs yg melalui mesin x-ray di sebelah. Mencegah lebih selamat.

Di bawah ini, aku selitkan gambar2 yang diambil sewaktu trip kami di Pulau Jawa & juga surat yang ditulis oleh sahabat aku itu kepada pihak LCCT.


Peta pengembaraan di Pulau Jawa, Indonesia


Monumen Nasional (MONAS), Jakarta


Masjid Istiqlal, Jakarta (masjid terbesar di rantau Asia Tenggara)


Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta


Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta


Biawak Komodo di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta


Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta


Masjid Raya, Bandung


Kolam-kolam air panas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Lembang


Kolam-kolam air panas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Lembang


Kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Lembang


Ladang Teh, Lembang


Kebun Strawberi, Lembang


Gedung Sate, Bandung


Candi Borobudur


Candi Borobudur


Candi Borobudur


Candi Borobudur


Candi Borobudur


Candi Prambanan


Candi Prambanan


Istana Sultan, Yogyakarta


Jalan Malioboro, Yogyakarta


Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta


Grahadi, Surabaya


Masjid Cheng Ho, Surabaya


Monumen Pahlawan, Surabaya


Makam Sunan Ampel (salah seorang Wali Songo), Surabaya


House of Sampoerna, Surabaya


Monumen Surabaya, Surabaya


Kebun Binatang, Surabaya


Masjid Al-Akbar, Surabaya


Kecuaian Pihak Keselamatan LCCT Airport KLIA

Pada 21 Jun 2010, saya bersama-sama rakan-rakan akan bertolak ke Jakarta. Sewaktu di pemeriksaan badan di sekuriti LCCT Airport, KLIA, saya beratur menunggu pemeriksaan badan. Saya telah memasukkan beg saya ke dalam scanner sebelum menunggu untuk diperiksa. Di dalam beg saya terdapat dompet, kad pengenalan, telefon bimbit, dan wang saku. Sewaktu hendak diperiksa, saya dipotong oleh sekumpulan manusia yang mendakwa mereka sudah terlambat untuk menaiki flight. Pihak sekuriti membenarkan mereka untuk diperiksa terlebih dahulu. Sewaktu saya telah selesai diperiksa, saya mendapati beg saya sudah tiada lagi ditempat sekuriti.

Saya ingin berterima kasih atas tindakan pantas sekuriti mengecam suspek. Namun setelah siasatan dijalankan selama sejam, kami gagal menemui suspek dan beg saya. Saya lantas tidak dapat terbang ke Jakarta, dan membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Berikut ada sedikit perubahan yang saya harapkan dari pihak sekuriti;

• Bertindak tegas dan tidak leka dalam memeriksa penumpang. Ada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelekaan kita. Saya harap penumpang yang sudah terlambat tidak dibenarkan untuk memotong barisan.

• Kegagalan cctv mengecam suspek dengan baik. Saya hanya dimaklumkan bahawa mereka hanya dapat mengecam suspek berbaju hijau sahaja. Jika mereka mempunyai imej yang baik, mereka pasti mampu merakam wajah suspek dan berhubung dengan pihak imegresen untuk mengimbas kembali wajahnya. Orang ramai biasanya menganggap bahawa lapangan terbang adalah tempat yang selamat, apatah lagi ditempat yang dipenuhi oleh pihak keselamatan.

• Kegagalan melaporkan kejadian ini segera kepada pihak polis- saya berasa amat hairan sewaktu membuat laporan polis tentang kehilangan beg saya. Ini kerana pihak polis tidak dimaklumkan tentang kejadian ini secepat mungkin.

• Ketika saya ingin mengetahui hak saya selaku pelanggan di LCCT Airport seperti hak ganti rugi dan sebagainya, saya tidak dilayan dengan baik dan dituduh ingin memburukkan nama mereka. Layanan seperti ini sangat saya kesali. Saya juga tidak diberi kebenaran untuk berhubung dengan pihak atasan.

Saya berharap pihak keselamatan LCCT KLIA boleh memantapkan lagi keselamatan dan pengurusan supaya kejadian ini tidak berulang lagi. Bayangkan betapa peritnya hal ini jika ia berlaku kepada anda.

Terima kasih.


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP