SaLaM RaMaDHaN 1430H

>> Friday, August 21, 2009



Assalamualaikum.. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1430H kepada semua pembaca2 blog yang beragama Islam. Selamat menjalani ibadah puasa mulai hari ini (Jumaat) bagi mereka yang di Ireland & mulai esok (Sabtu) bagi mereka yang di Malaysia. Banyak2kan ibadah2 yang lain juga. Semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Dan semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua...

p/s: Aku sekarang ni tgh seronok menonton 2 buah drama bersiri baru yg ditayangkan kat Astro Oasis sempena bulan Ramadhan, iaitu QAMAR BANI HASHIM & CINTA SEMPURNA. QAMAR BANI HASHIM yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 6.00-7.00 ptg & 2.00-3.00 ptg (ulangan) adalah drama bersiri Bahasa Arab & bersarikata Bahasa Melayu yg menceritakan ttg kisah sejarah Rasulullah SAW. CINTA SEMPURNA yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 3.00-3.30 ptg & 10.00-10.30 mlm (ulangan) pulak adalah drama bersiri Melayu yg menceritakan ttg usaha sepasang suami isteri yg cuba utk mengembalikan anak lelaki & anak perempuan mereka yg tinggal bertahun2 di London ke jalan Islam yg benar. Cerita asal drama bersiri CINTA SEMPURNA ini adalah hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. So, selamat menonton.. :)

Read more...

MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG IX)

>> Thursday, August 20, 2009



Selepas melihat-lihat kompleks istana Darul Makhzan dari luar, aku pun meneruskan perjalanan aku ke Sunna Mosque yang terletak tidak jauh dari situ. Masjid ini dibina pada kurun ke-18 oleh sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Sidi Muhammad ibn Abdullah. Ianya adalah salah sebuah masjid yang terpenting di kota Rabat. Selepas bergambar di hadapan Sunna Mosque, aku meneruskan langkah ke Andalusian Wall, tembok pertahanan yang agak panjang jaraknya, iaitu sejauh 1,500 meter, dari Bab Ahad hinggalah ke Small Fort of Sidi Makhlouf. Tembok ini dibina oleh pelarian-pelarian Islam dari Andalusia selepas mereka dihalau oleh Raja & Permaisuri Sepanyol sewaktu era Inquisicion. Bab Ahad yang terletak di penghujung Andalusian Wall adalah salah satu senibina Almohad yang mengagumkan. Ianya adalah antara pintu masuk utama ke medina. Pintu gerbang ini dibina pada tahun 1814 sewaktu era pemerintahan Moulay Sliman.


Sunna Mosque, Rabat, Morocco


Andalusian Wall, Rabat, Morocco


Andalusian Wall, Rabat, Morocco


Berhampiran Bab Ahad, Rabat, Morocco


Bab Ahad, Rabat, Morocco


Bab Ahad, Rabat, Morocco


Berhampiran Bab Ahad, Rabat, Morocco

Aku seterusnya masuk ke dalam kawasan medina yang merupakan sebuah kota lama di mana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Untuk berjalan di dalam medina ini, aku memerlukan kepakaran membaca peta. Jikalau tidak, pasti sesat. Dengan berpandukan peta di dalam buku panduan, aku berjaya merentasi medina ini untuk ke tempat yang seterusnya, iaitu Oudaia Kasbah, sebuah kawasan kecil yang dikelilingi oleh City Walls. City Walls yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini adalah tembok pertahanan yang dibina oleh kerajaan Dinasti Almohad pada kurun ke-12 & telah diperbaiki semula pada kurun ke-17 & ke-18 oleh pelarian-pelarian dari Andalusia & seterusnya oleh kerajaan Dinasti Alaowiyah. Pintu masuk ke Oudaia Kasbah ini adalah sebuah pintu gerbang yang bernama Bab Oudaia yang merupakan satu lagi senibina terulung Dinasti Almohad. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Pada masa kini, pintu gerbang ini berfungsi sebagai muzium pameran. Di dalam Oudaia Kasbah ini terdapat pelbagai tarikan seperti Andalusian Garden & Al-Atika Mosque.


Medina, Rabat, Morocco


Medina, Rabat, Morocco


City Walls, Rabat, Morocco


Bab Oudaia, Rabat, Morocco

Selepas puas bergambar di kawasan Oudaia Kasbah, aku meneruskan pengembaraan aku ke sebuah kompleks di mana terdapatnya Makam Muhammad V & Hassan Tower. Kompleks ini agak jauh dari Oudaia Kasbah. Hampir 30 minit berjalan kaki. Pada waktu ini waktu Zuhur sudah pun masuk & hari ini adalah hari Jumaat. Disebabkan aku adalah musafir, aku mengambil keputusan untuk menjamakkan sahaja solat Zuhur & Asar. Setibanya aku di kompleks tersebut, para jemaah solat Jumaat sudah pun beredar dari masjid yang terdapat di dalam kompleks itu. Aku lalu masuk ke dalam masjid itu untuk menunaikan solat jamak. Kemudian, baru aku keluar untuk menikmati khazanah yang terdapat di kompleks ini.

Hassan Tower adalah sebuah menara azan kepada masjid yang tidak siap dibina. Menara azan itu sendiri tidak siap dibina sebenarnya. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1195 sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Baginda bercadang ingin membina masjid yang terbesar di Hemisfera Barat bagi mengalahkan Masjid di Cordoba yang pada waktu itu adalah masjid yang terbesar di Hemisfera Barat. Baginda juga ingin membina menara azan yang tertinggi di dunia, mengalahkan menara azan Giralda di Seville yang pada waktu itu adalah menara azan yang tertinggi di dunia. Malangnya, baginda mangkat pada tahun 1199. Ini menyebabkan operasi pembinaan masjid & menara azan ini terhenti. Menara azan yang sepatutnya dibina dengan ketinggian 86 meter, hanya berjaya dibina setinggi 44 meter sahaja.

Bahagian lain masjid juga hanya berjaya disiapkan sedikit sahaja, iaitu hanya 200 batang tiang berjaya didirikan. Kejadian gempa bumi yang berlaku di sini pada tahun 1755 mengakibatkan kerosakan yang agak teruk. Hassan Tower adalah antara simbol terpenting bagi bandar Rabat. Di kawasan inilah Solat Jumaat pertama diadakan selepas kemerdekaan Morocco daripada Perancis dengan berimamkan Sultan Morocco sendiri, iaitu Muhammad V. Kawasan ini kini merupakan salah satu daripada ‘UNESCO World Heritage Sites’.


Hassan Tower, Rabat, Morocco


Hassan Tower, Rabat, Morocco


Hassan Tower, Rabat, Morocco


Hassan Tower, Rabat, Morocco

Selain Hassan Tower & runtuhan masjid yang tidak siap sepenuhnya itu, terdapat juga Mausoleum Muhammad V di dalam kompleks ini. Selain makam Muhammad V, Bapa Kemerdekaan Morocco, terdapat juga makam anak-anaknya di dalam mausoleum ini, iaitu Hassan II & Abdullah. Bangunan mausoleum ini adalah antara senibina Alaowiyah yang termasyhur yang siap sepenuhnya pada tahun 1971 sewaktu era pemerintahan Hassan II. Bersebelahan dengan mausoleum ini terletak masjid di mana aku menunaikan solat tadi. Selepas puas bergambar di dalam kompleks ini, aku pun kembali semula ke hostel untuk berehat-rehat. Aku tidak ke mana-mana malam ini kerana kepenatan.


Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco


Mausoleum Muhammad V & masjid, Rabat, Morocco


Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco


Ruang dalaman Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco


Ruang dalaman Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco

Bersambung...

p/s: Aku sekarang ni tgh seronok menonton 2 buah drama bersiri baru yg ditayangkan kat Astro Oasis sempena bulan Ramadhan, iaitu QAMAR BANI HASHIM & CINTA SEMPURNA. QAMAR BANI HASHIM yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 6.00-7.00 ptg & 2.00-3.00 ptg (ulangan) adalah drama bersiri Bahasa Arab & bersarikata Bahasa Melayu yg menceritakan ttg kisah sejarah Rasulullah SAW. CINTA SEMPURNA yg disiarkan setiap hari Isnin-Jumaat pada pukul 3.00-3.30 ptg & 10.00-10.30 mlm (ulangan) pulak adalah drama bersiri Melayu yg menceritakan ttg usaha sepasang suami isteri yg cuba utk mengembalikan anak lelaki & anak perempuan mereka yg tinggal bertahun2 di London ke jalan Islam yg benar. Cerita asal drama bersiri CINTA SEMPURNA ini adalah hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. So, selamat menonton.. :)

Read more...

MoRoCCo: PeRMaTa iSLaM Di uFuK BaRaT (BHG VIII)

>> Monday, August 17, 2009



Hari 4: 7 DISEMBER 2007

Selepas selesai mandi & bersiap-siap, aku pun keluar untuk memulakan pengembaraan aku di kota Rabat. Rabat yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,700,000 orang ini adalah ibu negara Morocco & merupakan bandar kedua terbesar di negara ini selepas Casablanca. Ianya terletak di muara Sungai Bou Regreg yang mengalir ke Lautan Atlantik. Kedudukannya di pinggiran Lautan Atlantik seperti Casablanca menyebabkan iklimnya turut sama seperti Casablanca.


Peta kedudukan Rabat di dalam Morocco

Sejarah Rabat bermula dengan pembukaannya pada kurun ke-3 SM. Namanya pada waktu itu ialah Chellah. Pada tahun 40, penempatan di Chellah ini ditawan oleh Empayar Rom & kemudiannya menjadi kawasan penempatan orang-orang Rom & diberi nama baru iaitu Sala Colonia. Orang-orang Rom hanya menetap di sini sehingga tahun 250 sahaja, di mana kemudiannya kota ini ditinggalkan untuk ditadbir oleh orang-orang tempatan. Pada tahun 1146 sewaktu berada di bawah kerajaan Dinasti Almohad yang pada waktu itu diperintah oleh Abdul Mukmin, kota ini dijadikan kota pertahanan untuk berlindung daripada serangan Sepanyol. Nama ‘Rabat’ mulai digunakan pada tahun 1170 selepas kejayaan kota ini sebagai kota pertahanan yang kuat. Rabat kemudiannya dijadikan ibu kota kepada kerajaan Dinasti Almohad sewaktu di bawah pemerintahan Yakub al-Mansur. Baginda kemudiannya membina kubu pertahanan di sekeliling kota ini yang diberi nama Kasbah of the Udayas.

Selepas kemangkatan Yakub al-Mansur, kerajaan Dinasti Almohad menjadi semakin lemah. Kebanyakan tanah jajahannya di Sepanyol & Afrika terlepas ke tangan pihak musuh sehinggalah ke hari kehancuran Dinasti tersebut. Pada kurun ke-13, Rabat semakin hilang kepentingannya & pada waktu yang sama, bandar Fes menjadi semakin berpengaruh. Pada tahun 1627, sebuah kerajaan baru yang menyatukan Rabat & Sale dibentuk & diberi nama Republik of Bour Regreg. Republik ini ditadbir oleh para lanun yang menggunakan kedua-dua bandar ini sebagai tempat untuk menyerang & merompak kapal-kapal yang lalu-lalang. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Dinasti Alaowiyah pada waktu itu untuk menghentikan kegiatan lanun-lanun tersebut. Bantuan dari Eropah juga diminta, namun republik itu hanya berjaya dilenyapkan pada tahun 1818. Walaupun Republic of Bour Regreg ini telah lenyap, namun kegiatan lanun masih lagi berleluasa pada waktu itu sehinggalah ianya berjaya diselesaikan beberapa tahun kemudian.

Sewaktu Morocco jatuh ke tangan Perancis secara rasminya pada tahun 1912, ibu kota Morocco pada waktu itu ialah Fes. Selepas kedatangan Perancis, Rabat dijadikan sebagai ibu kota baru, menggantikan Fes kerana ketidakstabilan Fes yang sering berlakunya rusuhan. Sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Moulay Yusuf ibn Hassan terpaksa juga berpindah ke Rabat mengikut arahan Perancis. Selepas Morocco mendapat kemerdekaannya daripada Perancis pada tahun 1956, Sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Muhammad V mengambil keputusan untuk mengekalkan Rabat sebagai ibu kota kerajaan Morocco.

Tempat pertama di Rabat yang aku jejaki ialah jalan di mana letaknya hostel yang aku duduki iaitu Avenue Muhammad V. Jalan ini adalah antara jalan-jalan yang utama & terpenting di kota Rabat. Jalan ini menyusur dari kawasan medina hingga ke Sunna Mosque. Pohon-pohon palma yang ditanam di tengah-tengah jalan ini membuatkannya kelihatan cantik. Bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang Avenue Muhammad V ini juga menarik senibinanya. Antara bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang jalan ini adalah seperti Bank of Morocco, pejabat pos, bangunan parlimen & juga stesen keretapi.


Avenue Muhammad V, Rabat, Morocco

Selepas bergambar di Avenue Muhammad V, aku berjalan pula menuju ke Bab Ar-Rouah. Ianya adalah pintu gerbang kubu pertahanan yang dibina sewaktu era kerajaan Dinasti Almohad. Senibinanya kelihatan seakan-akan kasut kuda. Ianya juga dihiasi dengan ukiran kaligrafi Kufic. Di dalam Bab Ar-Rouah ini terdapat beberapa buah bilik yang pada masa kini dijadikan muzium pameran.


Berhampiran Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco


Berhampiran Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco


Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco


Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco

Seterusnya, aku berjalan menuju ke Sunna Mosque. Dalam perjalanan ke sana, aku melalui tepi istana raja atau di dalam Bahasa Arabnya dipanggil Darul Makhzan. Kompleks istana ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1864 & pada masa kini terdapat 2,000 orang bekerja di dalamnya. Di dalam kompleks ini terdapat pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah agung & pejabat Perdana Menteri. Ia juga merupakan kediaman utama Raja Morocco. Akan tetapi, orang-orang awam & para pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar kompleks istana ini walaupun dari kawasan luar. Terdapat beberapa orang pengawal yang mengawal di bahagian luar kompleks ini.


Pintu masuk Darul Makhzan, Rabat, Morocco(curi-curi ambil)

Bersambung...

p/s: Mintak maaf banyak2 sbb lambat post entry baru.. I've been unwell for the past 10 days after coming back from Sabah. Pening2 sikit. Risau jugak laa kan. Ntah2 H1N1 ke. Tapi tak demam laa pulak. I've seen ENT Specialist also and she said that I have problems with my balance system inside my ear. Ade tersumbat sikit. After taking the medications, now the condition is quite better. :)

Read more...

27 TaHuN TeLaH PuN BeRLaLu

>> Thursday, August 06, 2009



Tepat jam 5.05 pagi waktu Malaysia pada hari ini, iaitu 6 Ogos 2009, genap 27 tahun aku dilahirkan ke muka bumi ni, mengikut kalendar matahari/Gregorian. Hari ini jugak bersamaan dengan 15 Syaaban mengikut kalendar Islam, iaitu Hari Nisfu Syaaban, hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit oleh malaikat & diganti dengan buku catatan yang baru. Banyak ibadat-ibadat yang boleh kita lakukan malam semalam, selepas masuknya waktu Maghrib bagi memulakan buku catatan kita dengan amal-amal ibadat kepada Allah SWT. Pada hari ini pulak, kita disunatkan utk berpuasa. Selamat berpuasa aku ucapkan.

Bercakap tentang hari kelahiran aku, aku sendiri tak sangka yang usia aku sudah pun menjangkau 27 tahun. Satu angka yang agak besar. Hahaha. Terlalu banyak pengalaman yang telah aku tempuh. Yang manis ada & yang pahit pun tak kurang banyaknya. Semuanya sedikit sebanyak telah mematangkan aku utk meneruskan hidup di dunia yang tak kekal ni. Agak banyak sebenarnya pencapaian yang telah aku kecapi sepanjang 27 tahun ni jikalau aku fikir2kan balik. Antara pencapaian2 yang boleh aku banggakan ialah mendapat tempat pertama dalam kelas hampir setiap semester sewaktu di sekolah rendah, mendapat tempat pertama dalam seluruh tingkatan hampir setiap semester sewaktu di Tingkatan 1 hingga 3, dinobatkan sbg Tokoh Pelajar Pekerti Terpilih sewaktu Hari Penyampaian Hadiah ketika di Tahun 6, mendapat keputusan 4A dalam UPSR, mendapat keputusan 8A dalam PMR, mendapat keputusan 10A1 dalam SPM, menduduki tempat ke-10 dalam ranking Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) sewaktu Hari Graduasi di MRSM Taiping dgn TPNG 3.76, terpilih utk membuat persediaan ke luar negara di Kolej MARA Banting, berjaya melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan & pencapaian yg paling besar bagi diri aku setakat ini ialah berjaya memijakkan kaki di 44 buah negara termasuk Malaysia.

Namun, semua pencapaian aku itu tidak bermakna sama sekali selagi aku belum berjaya membawa balik sijil ijazah MB BCh BAO utk bergelar doktor. Oleh itu, aku harapkan semua urusan peperiksaan aku pada bulan November nanti akan dipermudahkan. Aku sebenarnya percaya bahawa mungkin ada rahmat di sebalik kelewatan aku utk mendapat gelaran doktor berbanding rakan2 sebaya aku yg lain. Mungkin Allah SWT ingin memberi kesempatan kpd aku utk mengembara di muka bumi-Nya lagi. Andaikata aku bergelar doktor & pulang ke Malaysia pada bulan Jun 2008 yang lepas, aku sudah tentunya tak akan berkesempatan utk ke Iceland, Malta, Cyprus, Jordan, Syria & Lebanon utk mencari pengalaman2 & rakan2 baru di sana. Apa2 pun, itu hanyalah rasa hati aku saja utk menyedapkan hati. Hanya Allah SWT sajalah yang Maha Mengetahui akan segala2nya.

27 tahun bukanlah umur yg muda lagi. Semakin lanjut usia aku, semakin dekat aku dengan mati. Aku sama seperti orang lain, tak tahu bila ajal aku akan sampai. Jikalau difikir2kan, terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Aku sendiri takut bila memikirkan andaikata aku tidak sempat untuk menebus segala dosa2 yang telah dilakukan. Adakah pahala2 aku cukup utk dibawa ke alam kubur & alam akhirat nanti. Semua ni benar2 menginsafkan aku.

Kadangkala aku terfikir jugak. Sewaktu aku mati nanti, akan adakah mereka2 yang datang utk membacakan Yasin sewaktu aku sedang nazak, akan adakah mereka2 yang datang menyembahyangkan jenazah aku selepas dimandikan, akan adakah mereka2 yang datang utk mengangkat keranda aku ke tanah perkuburan, akan adakah mereka2 yang bertandang ke majlis talkin aku selepas aku dikuburkan & yang paling penting, akan adakah mereka2 yang mendoakan kesejahteraan aku di alam kubur & di alam akhirat kelak. Dan adakah aku akan dikenang selepas pemergian aku. Semua ni bermain2 di fikiran aku.

Sepanjang hidup aku sbg org dewasa, aku sedaya upaya cuba berkelakuan baik dgn semua orang yang aku kenali tanpa mengira umur, bangsa & taraf hidup. Namun, pada masa yg sama mungkin ada beberapa hati yang terluka & tidak senang dgn tingkah laku aku tanpa aku sedari. Oleh itu, aku ingin mengambil kesempatan yg ada ini utk meminta maaf kepada mereka2 yg aku ada membuat kesilapan. Aku sbg manusia biasa tak pernah lepas drp melakukan kesilapan. Harap2nya, aku sudi dimaafkan. Takut jugak kalau2 kesilapan yg aku lakukan itu tak sempat utk dimaafkan & terbawa2 hingga ke kubur.

Aku pun tak tahu kenapa aku berperasaan sedih mcm ni. Aku patutnye rasa happy pada hari jadi aku. Apa2 pun, aku nak wish diri aku Happy 27th Birthday. Moga aku akan lebih tabah menghadapi hari2 yang bakal mendatang & moga aku diberi kekuatan oleh-Nya utk terus menulis dalam blog Aku Sebutir Pasir ni. Siapalah Jhazkitaro tanpa keluarga, saudara-mara, sahabat-handai & semua pembaca blog ni. Doa2 korang semualah yg menghidupkan semangat aku selama ini. Moga korang akan terus sudi berdoa. Sesungguhnya doa seseorang insan terhadap insan lain tanpa pengetahuannya adalah antara doa2 yg mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP