BoSNia & HeRZeGoViNa
>> Saturday, June 18, 2011
Ini sebenarnya adalah entry ulangan jugak. Maybe ada yg belum lagi membacanya. Saya je aku nak share sikit pengalaman travel aku kat salah sebuah negara rantau Balkan yg aku kunjungi 3 tahun yg lalu (Mei 2008). Negara tersebut tak lain tak bukan, negara yg diberi nama Bosnia & Herzegovina. It is one of the countries in Europe that I fell in love with bcoz of its people, nature & architecture.
Maybe ramai antara kita beranggapan bahawa negara Bosnia & Herzegovina ni tidak selamat utk dikunjungi kerana kesan sejarah peperangannya. Hmm. Aku tak nafikan, aku pun berperasaan mcm tu jugak dulu. Bosnia & Herzegovina selalunye dijadikan one of the last places that we would go. Tapi, selepas aku menjejakkan kaki aku di sana, aku mulai berasa yg anggapan kita semue selama ni salah sama sekali. Sepanjang aku berada di negara tersebut (bersendirian), aku tidak menghadapi sebarang masalah pun. Malah, org2nye sangatlah ramah & baik hati. Siap ada yg boleh berbahasa Melayu/Indonesia lagi. Hebat tak?? Kagum benar aku. Mereka menyanjung tinggi orang2 dari Malaysia. Mungkin sebab negara kita banyak membantu mereka sewaktu Perang Bosnia dahulu.
Penduduk negara ni yg berjumlah 4.5 juta org, terdiri drp 3 kaum etnik yg utama. Majoritinya adalah kaum etnik Bosniak, yg beragama Islam (48%). Yg selebihnya adalah kaum etnik Serb yg mengamalkan ajaran Kristian Orthodox (37%) & kaum etnik Croat yg mengamalkan ajaran Kristian Katholik (15%). Ianya menjadikan negara ini sbg satu2nya negara di Europe yg majoriti penduduknya beragama Islam. Islam telah berjaya berkembang mekar di bumi Bosnia & Herzegovina ni ketika ia berada di bawah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyah mulai tahun 1463 hinggalah ke tahun 1878. Kemudian, pd tahun 1878, ia jatuh ke tangan Empayar Austria-Hungary & terus berada di bawah pemerintahan empayar tersebut hingga ke tahun 1918 sewaktu Empayar Austria-Hungary mengalami kekalahan dlm Perang Dunia I. Selepas Perang Dunia I, Bosnia & Herzegovina berada di bawah naungan Kingdom of Yugoslavia yg kemudiannya menukarkan corak pemerintahan kpd Republik Sosialis selepas tamatnya Perang Dunia II iaitu mulai tahun 1945. Bosnia & Herzegovina akhirnya mencapai kemerdekaan drp Republik Yugoslavia pd thn 1992.
Islam pada mulanya amat kukuh di bumi Bosnia & Herzegovina ini. Namun, lama-kelamaan, ianya semakin pudar di bumi ini terutamanya selepas ia berada di bawah naungan Republik Yugoslavia (1945-1992) yg berfahaman Sosialis di mana umat Islam tidak dibenarkan mempraktikkan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah peperangan yg berlaku sekitar tahun 1992-1995, umat Islam di negara ni semakin sedar akan kesilapan diaorg. Islam kembali disanjung. Dan kini, apa yg aku dapat lihat di bandar Sarajevo & Mostar, wanita2 yg bertudung agak ramai berbanding mereka yg tidak bertudung. Masjid2 pun sentiasa dipenuhi setiap waktu solat, tak kira lelaki mahupun perempuan. Sejuk hati aku tengok. Begitulah hakikatnya keadaan di bumi Bosnia & Herzegovina sekarang ni. Mungkin selama ni kita (termasuk aku) beranggapan yg dieorg ni sudah semakin sesat. Hakikatnya, anggapan kita teramatlah salah. Islam sememangnya semakin mekar di bumi Bosnia & Herzegovina.
Bercakap tentang alam semulajadi di negara ni pulak, aku sememangnya agak tergamam apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah di bumi Bosnia & Herzegovina ni. Yg paling menarik perhatian aku adalah melihat sungai yg diberi nama Neretva yg mengalir melalui bandar Mostar. Airnya berwarna hijau & jernih. Subhanallah. Belum pernah aku melihat sungai yg berwarna sebegitu sepanjang aku hidup kat dunia ni.
Bandar Sarajevo & Mostar dipenuhi dgn bangunan2 yg berunsurkan senibina Islam. Masjid2 terpacak di sana sini. Senibina masjid2nya sama spt masjid2 di Turki. Sarajevo seolah2 spt mini Istanbul. Cantik sangat. Di Mostar, terdapat sebuah jambatan unik & bersejarah yg dibina merentasi Sungai Neretva yg diberi nama 'Stari Most' atau dalam Bahasa Melayunya, 'Jambatan Lama'. Jambatan ini sebenarnya siap dibina semula pd tahun 2004 setelah jambatan asal dirobohkan oleh tentera Croat pd thn 1993 sewaktu Perang Bosnia. Jambatan baru ini dibina semula menyerupai senibina jambatan asal yg telah dibina pd thn 1566 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yg bernama Sultan Suleyman al-Qanuni. Jambatan ini & kawasan sekitarnya kini tersenarai dalam salah satu UNESCO World Heritage Sites. Utk mengetahui maklumat yg lebih lanjut ttg sejarah Bosnia & Herzegovina & sejarah Stari Most di Mostar, sila view video2 di bhg bawah entri ini.
Oleh itu, aku highly recommend korang semue utk berkunjung ke bumi Bosnia & Herzegovina. Tak ramai org kita menjejakkan kaki ke sana kerana rasa paranoid dgn keadaan di sana. So, aku sarankan korang supaya buang perasaan tersebut. Aku guarantee, korang akan dilayan dgn baik oleh org2 sana. Dieorg sangat sukakan org2 Malaysia & mengalu2kan kedatangan kita semue. Dieorg kan saudara kita jugak. :)
p/s: Utk travelog penuh BOSNIA & HERZEGOVINA, sila klik kat link ni: JHAZKITARO'S TRAVELOG
p/s 2: Kat bhg bawah entri ni, aku selitkan jugak video clip & lirik lagu 'Lejla' nyanyian music band dari Bosnia & Herzegovina, Hari Mata Hari. Lagu ni pernah mewakili negara Bosnia & Herzegovina dalam Pertandingan Eurovision Song Contest 2006 di Athens, Greece & memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. It was one of the most popular songs in Mainland Europe back then.

Kedudukan Bosnia & Herzegovina dalam peta Europe
Peta Bosnia & Herzegovina
Stari Most (Old Bridge) pd waktu malam, Mostar

Karadzozbegova Mosque, Mostar
Perkuburan para syahidin Perang Bosnia bersebelahan Karadzozbegova Mosque, Mostar
Dalam Karadzozbegova Mosque, Mostar
Koski Mehmet Pasa Mosque, Mostar
Dalam Koski Mehmet Pasa Mosque, Mostar
Pemandangan Mostar dari atas menara Koski Mehmet Pasa Mosque

Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar

Kawasan sekeliling Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Sebuah lorong di Mostar
Bersama pemilik hostel & anak2nya, Mostar
Pigeon Square, Sarajevo
Pigeon Square, Sarajevo
Pigeon Square, Sarajevo
Emperor Mosque, Sarajevo
Latin Bridge, Sarajevo
Lokasi pembunuhan Archduke Franz Ferdinand yg menjadi sbb bermulanya Perang Dunia I, Sarajevo
Wanita2 bertudung, Sarajevo
Wanita2 bertudung, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo

Dalam Gazi-Husrevbey Mosque selepas solat Zohor, Sarajevo
Ali Pasa Mosque, Sarajevo
Sungai Miljacka, Sarajevo
Academy of Fine Arts, Sarajevo
Pigeon Square pd waktu malam, Sarajevo
Pigeon Square pd waktu malam, Sarajevo
The Defense of Bosnia
Stari Most in Mostar (Part 1)
Stari Most in Mostar (Part 2)
Video Clip lagu Lejla, nyanyian Hari Mata Hari (official)
Video clip lagu Lejla, nyanyian Hari Mata Hari (live performance during Eurovision Song Contest 2006 in Athens, Greece)
LEJLA by HARI MATA HARI (3rd Place Eurovision Song Contest 2006)
Niz polje vjetar miriše (I can smell the wind down the meadow)
I bol me prati kao sjena (And pain follows me like a shadow)
Da l’ negdje za mnom uzdišeš? (Are you still somewhere longing for me?)
Gdje si od mene sakrivena? (Where are you hidden from me?)
U kosu stavi ruzmarin (Put rosemary in your hair)
I jedan cvijet kraj šadrvana (And a flower by the old fountain)
Lejla, zar bi mogla ti drugog voljeti? (Layla, how could you love another?)
Ako te sutra zaprose (If tomorrow they ask for your hand)
Znaj tamo neću biti ja (You should know I won't be there)
Lako se tuge oproste (Sorrows are easily forgiven)
Al’ samo ljubav nikada (But only love never is)
Zar bi mogla ti drugog voljeti? (How could you love another?)
Golube, moj golube (Dove, my dove)
Nosi joj suze mjesto pjesme (Carry the tears to her instead of the song)
Ja odlazim k’o da sam kriv (I’m leaving as if I was guilty)
Što voljeh onu koju ne smijem (For loving the one I’m not allowed)
Golube, moj golube (Dove, my dove)
Nosi joj suze mjesto pjesme (Carry the tears to her instead of the song)
Odlazim k’o da sam kriv (I’m leaving as if I was guilty)
Što voljeh tebe koju ne smijem (For loving the one I’m not allowed)
Što voljeh tebe (For loving you)
Lejla (Layla)
Lagu: Željko Joksimović
Lirik: Fahrudin Pecikoza & Dejan Ivanović
SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE
18 buah komen:
Jauh perjalanan Dr..
cantiknya juga bosnia ni... tp yg bestnya bila ISlam dah kembali bertapak di Bosnia. Alhamdulillah.
cntiknya tingin nk pi.. subhanallah
hi jhaz recycle artikel nampak..ni mesti rindu nak travel ni..hehe..btw aku mmg setuju org Bosnia ni baik2 semuanya. Time aku sampai, kuar train station nak cari toilet, nak tanya pakcik ni masjid terdekat. last2 satu bandar dia bwk kitaorg pusing. ada tour guide free alhamdullilah. dia cerita pasal bosnia masa perang, ajar bahasa sket2, bwk jln2 masuk masjid, dan cakap kat semua kitaorg ni orang malaysia ni. semua hormat org malaysia kat sini. even ada jalan malaysia kat sarajevo. dia siap belanja makan cevapcici & aiskrim. kitaorg solat kat masjid sana rasa tenang je. air tempat wuduk mengalir 24 jam dari groundwater. siap boleh minum. bila bateri kamera kitaorg abis, dia cari kedai kat tepi minta tolong chargekan, dia kata ni orang malaysia ni. yg silapnya kitaorg plan balik hari kat sarajevo. memang x puas la rasanya. mostar pun x sempat g. subhanallah memang cantik sgt bosnia ni. yg sedihnya bila baca pasal puak2 serbia ni. tak kira kanak2 semua dibunuhnya. Jahatnya Inalillah.
cantek yer tempat ni...ingatkan huru hara..
wow.bestnya travel kat sana.bosnia & herzegovina.betul tuh,kadang-kadang kita fikir negara tuh adalah negara bergolak.tapi rupanya kini dah maan damai ye.cantik gmbar tuh..
http://rocktoadamlambert.blogspot.com/
perghhh...satu blog yang penuh dengan gambar than words...nice one ha...
cantik sangat pemandangan tu.. ;)
memang indah ciptaanNya ..
terima kasih pada tuan dr sbb berkongsi disini ..
kat sini paling cantik.... nak melwat sini jugalah nanti insyaAllah...
saya dah baca buku travelog ke turki, bila nak publish travelog bosnia plak?
Setuju dgn cerita dr, air sungai dia memang tak jumpa di tempat kita...
buy diazepam buy valium in dublin - cheap indian valium
Hey There. I found your blog using msn. This is a very well written article.
I'll make sure to bookmark it and return to read more of your useful information. Thanks for the post. I'll certainly return.
Also visit my web blog: click here
Can u plzz share expenses since dr flight KL, accomodation n food...sarajevo n mostar is 1 of my travel wishlist, cantik benar tempatnya...subhanallah..
Gambar Sungai Neretva tu sangat2 cantik...
sy baru plan nk travel ke sana... lain drpd yg lain

Post a Comment