iSTaNBuL: CiTY oF a THouSaND MoSQueS
>> Wednesday, December 03, 2008
Istanbul adalah bandar yg terbesar di negara Turki & merupakan bandar yg ke-3 terbesar di dunia berdasarkan jumlah populasi penduduk (11 juta org penduduk) selepas Mumbai & Karachi. Ianya juga adalah satu-satunya bandar di dunia yg terletak di antara dua benua iaitu Eropah & Asia dgn dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Bandar ini diasaskan pada tahun 667SM. Nama asalnya adalah Byzantium. Ia kemudiannya ditakluki oleh Empayar Rom pd tahun 196M & dijadikan pusat pemerintahan baru empayar tersebut pd tahun 330M selepas pemelukan agama Kristian oleh empayar itu. Namanya ditukar menjadi Constantinople, bersempena dgn nama Maharaja Rom yg bernama Constantine I yg bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan Empayar Rom dari Rom ke Constantinople.
Peta kedudukan Istanbul di dalam Turki
Peta Istanbul
Bandar ini kemudiannya menjadi pusat pemerintahan Empayar Rom Timur (Byzantine) selepas perpecahan empayar tersebut kepada Rom Timur & Rom Barat. Perpecahan ini mengakibatkan lahirnya 2 mazhab Kristian yg terbesar iaitu mazhab Roman Katholik yg dianuti oleh penduduk-penduduk Empayar Rom Barat & mazhab Greek Orthodox oleh penduduk-penduduk Empayar Byzantine. Namun, Empayar Rom Barat akhirnya lenyap akibat diserang oleh orang-orang Visigoth. Empayar Byzantine terselamat & ianya terus mengecapi kegemilangan dgn berpusatkan Constantinople sbg ibu kotanya.
Peta Rom Barat & Rom Timur (Byzantine)
Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, Empayar Byzantine menjadi semakin lemah. Dari sehari ke sehari, bandar-bandar utama empayar tersebut seperti Prussa (Bursa), Nicomedia (Izmit), Gallipoli & Adrianople (Edirne) jatuh ke tangan kuasa baru yg muncul dari Timur Anatolia iaitu Turki Uthmaniyah. Dan akhirnya, satu-satunya sisa tanah Empayar Byzantine yg masih tinggal hanyalah ibu kotanya sahaja, iaitu Constantinople. Usaha untuk menawan kota tersebut oleh umat Islam sebenarnya telah dilakukan berkali-kali selama 800 tahun, iaitu sejak zaman Bani Umayyah lagi. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yg berbunyi "Sesungguhnya, umatku akan menawan kota Constantinople. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera."
Namun, segala usaha untuk menawan kota tersebut semuanya menemui kegagalan sehinggalah pada tahun 1453M, sewaktu Empayar Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan seorang Sultan yg baru sahaja berusia 21 tahun, tetapi mempunyai akal & wawasan yg tinggi. Baginda tidak lain & tidak bukan, Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda adalah antara Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang teragung kerana kejayaannya & tenteranya menawan kota Constantinople. Selepas 53 hari bertempur bersama tenteranya, akhirnya kota Constantinople berjaya ditawan pada tarikh 29 May 1453M. Penawanan kota tersebut secara langsung menamatkan riwayat Empayar Byzantine yang pada waktu itu sudah pun berusia 1,100 tahun. Constantine XI merupakan Maharaja zalim yang memerintah pada waktu tersebut & merupakan Maharaja Empayar Byzantine yang terakhir sebelum jatuhnya kota Constantinople ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah.
Peta pembesaran Empayar Turki Uthmaniyah dari tahun 1299 hingga tahun 1683
Potret Sultan Muhammad Al-Fatih
Sejurus selepas penawanan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan namanya kepada Islambul (yg bermaksud kota Islam dalam Bahasa Turki). Aku pun tidak pasti bagaimana nama Islambul boleh bertukar menjadi Istanbul. Bandar ini kemudiannya dijadikan pusat pemerintahan baru Empayar Turki Uthmaniyah selepas Bursa & Edirne. Kita sebagai umat Islam patut berbangga atas kejayaan yg dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Taktik peperangan yang digunakan untuk menawan kota tersebut adalah antara taktik-taktik peperangan yang paling bijak & menggemparkan dalam sejarah dunia. Alatan-alatan peperangan yang digunakan juga merupakan alatan-alatan peperangan yang paling canggih pada zaman tersebut yang mampu menggerunkan mana-mana pihak musuh. Maka dengan ini, bagindalah yg berjaya merealisasikan hadis Rasulullah SAW. Sesungguhnya, baginda adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
Selepas kota Istanbul berjaya ditawan, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ialah menukar fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid. Gereja Hagia Sophia merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Greek Orthodox. Ianya setaraf dengan St Peter's Basilica di Vatican City yang merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Roman Katholik. Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M sewaktu pemerintahan Maharaja yang bernama Justinian I. Keindahan senibinanya menjadikannya sebagai bangunan yang paling masyhur di seluruh rantau Mediterranean ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Strukturnya masih kukuh sehingga ke hari ini walaupun usianya hampir menjangkau 1,500 tahun.
Selepas penukaran fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berkata, "Barangsiapa yang menukar masjid Hagia Sophia itu kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan & laknat dariku & dari Tuhan Masjid Hagia Sophia itu." Laknat itu akhirnya jatuh ke muka Mustafa Kamal Attaturk apabila beliau menukar fungsi masjid itu menjadi muzium pada tahun 1935 & mengikis semula segala tampalan2 yg dibuat oleh umat Islam zaman Sultan Muhammad Al-Fatih yg bertujuan utk menyembunyikan mozek2 Kristian Greek Orthodox yg berunsur syirik.
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Ruang dalaman Hagia Sophia
Antara mozek-mozek Kristian Greek Orthodox di dalam Hagia Sophia yg dipamerkan semula selepas disembunyikan selama lebih kurang 480 tahun
Walaupun era Empayar Turki Uthmaniyah yg berusia lebih kurang 600 tahun (1299-1923) telah berakhir selepas tertubuhnya Republik Turki pd tahun 1923, namun kesan tinggalan empayar tersebut masih lagi kukuh & dapat dinikmati sehingga ke hari ini. Selain Hagia Sophia, antara tarikan-tarikan utama yg wajib dikunjungi oleh mereka yg menjejakkan kaki di bumi Istanbul adalah Blue/Sultanahmet Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazaar & Suleymaniye Mosque.
Blue/Sultanahmet Mosque yg terletak bertentangan dengan Hagia Sofia di Sultanahmet Square adalah masjid yg terbesar & antara yg teragung di bumi Istanbul. Ianya siap dibina pd tahun 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmet I. Masjid ini dikatakan dibina di atas tapak istana Maharaja Byzantine yg telah roboh. Arkitek yg bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini bernama Sedefhar Mehmet Aga yg merupakan anak didikan arkitek terunggul Empayar Turki Uthmaniyah, iaitu Mimar Sinan. Masjid ini adalah salah satu drp 2 buah masjid di dunia yg mempunyai 6 buah menara. Sebuah lagi masjid terletak di sebuah bandar di selatan Turki yg bernama Adana.
Blue/Sultanahmet Mosque
Blue/Sultanahmet Mosque
Ruang dalaman Blue/Sultanahmet Mosque
Topkapi Palace pula merupakan kediaman rasmi Sultan-sultan Empayar Turki Uthmaniyah dari tahun 1465 hingga tahun 1853 sebelum kediaman rasmi sultan-sultan empayar tersebut dipindahkan ke Dolmabahce Palace. Usaha pembinaan istana ini telah dimulakan pada tahun 1459, sejurus selepas 6 tahun penawanan kota Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Kini, istana ini dijadikan muzium yg mempamerkan koleksi-koleksi peribadi Sultan-sultan & istana seperti tembikar, jubah, senjata, lukisan, manuskrip, barang-barang kemas & juga koleksi-koleksi peninggalan Rasulullah SAW & nabi-nabi sebelumnya.
Topkapi Palace
Pintu masuk utama Topkapi Palace
Sementara itu, Grand Bazaar pula adalah sebuah pasar tertutup yang amat terkenal di sini. Ianya adalah pasar tertutup yg terbesar di dunia. Di dalamnya terdapat 58 buah lorong & lebih 6,000 buah kedai. Antara barang yg dijual di sini adalah barang kemas, rempah-ratus, tembikar, permaidani, pakaian, barangan cenderahati & banyak lagi. Grand Bazaar ini siap dibina pada tahun 1461 sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih & ianya diperbesarkan lagi pada kurun ke-16 sewaktu pemerintahan Sultan Suleyman I.
Grand Bazaar
Ruang dalaman Grand Bazaar
Suleymaniye Mosque yg terletak di atas sebuah bukit merupakan masjid yg ke-2 terbesar di Istanbul. Masjid ini siap dibina pd tahun 1557 sewaktu pemerintahan Sultan Suleyman I. Arkiteknya adalah arkitek empayar Turki Uthmaniyah yg terulung, iaitu Mimar Sinan yg telah berkerja di bawah 3 orang Sultan. Selama 50 tahun menjadi arkitek diraja, beliau telah mereka bentuk lebih kurang 90 buah masjid, 50 buah rumah mandi (hamam), 35 buah istana & 3 buah hospital. Suleymaniye Mosque adalah antara hasil kerjanya yg paling agung.
Suleymaniye Mosque
Suleymaniye Mosque
Suleymaniye Mosque
Ruang dalaman Suleymaniye Mosque
Selain itu, antara senibina-senibina & kawasan-kawasan lain yg tidak kurang menariknya adalah Eyup Sultan Mosque, Fatih Mosque, Yeni Mosque, Ortakoy Mosque, Sokollu Mehmet Pasa Mosque, Rustem Pasa Mosque, Eminonu Square, Dolmabahce Palace, Basilica Cistern, Beyazit Square, Bosphorus Bridge, Galata Bridge, Galata Tower, Valens Aqueduct, Hippodrome & Taksim Square.
Secara jujurnya, antara kesemua bandar-bandar yg telah aku kunjungi sepanjang pengembaraan aku di bumi Allah ini, Istanbul adalah bandar yg paling indah & paling penuh dgn daya tarikan. Ini bukannya pendapat aku seorang sahaja, malah pelancong-pelancong lain dari segenap pelusuk dunia juga berpendapat sedemikian rupa. Senibina-senibina Turki Uthmaniyah yg terdapat di bandar ini seperti masjid-masjid, istana-istana, rumah-rumah mandi (hamam) & pelbagai lagi tersangatlah mengagumkan. Ditambah lagi dgn kekayaan isi sejarah kota ini yg pernah menjadi pusat pemerintahan 2 buah empayar yg terunggul di dunia iaitu Empayar Rom/Byzantine & Empayar Turki Uthmaniyah. Inilah menjadikan Istanbul sbg destinasi pelancongan yg terbaik bagi aku. Lokasi geografinya yg terletak di antara 2 benua juga menjadikannya unik kerana menjadi tempat pertemuan 2 budaya yg sama sekali berlainan iaitu Islam & Eropah.
Walaupun sekularisma di bumi ini telah berusia berpuluh-puluh tahun, namun Islam masih lagi bertakhta di dalam hati penduduk-penduduknya. Masjid-masjid sentiasa dipenuhi pd setiap waktu solat. Wanita-wanitanya juga ramai yg menutup aurat. Semoga suatu hari nanti, kegemilangan Islam di bumi Istanbul akan terbit kembali. InsyaAllah. Walaupun aku telah 2 kali menjejakkan kaki di bandar ini, hati aku masih lagi terpanggil-panggil utk ke sana. Istanbul sememangnya sebuah bandar yg wajib dilawati oleh setiap manusia di muka bumi ini.
p/s: Kat bawah ni, aku selitkan sebuah video filem animasi berbahasa Inggeris yg bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fatih’. Filem animasi ini mengisahkan tentang bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya berusaha untuk menawan kota Constantinople/Istanbul. Sangat bagus untuk ditonton. :)

23 buah komen:
Tak sabar nye nak ke sana. ada rezeki i'Allah bln 4 thn dpn sy ke Turki...byk info dpt dlm blog awk nie...hehehehee..tq
fuh~!! soo many info..great la bro~!! even x detail tp atleast bnyak gak info berguna leh dijd kan rujukan..thanx~!! keep it up~!!
Cantik skin baru dengan gambar masjid2 tu .
Malam tadi baru habis baca novel Camar Yang Pergi novel kisah cinta yang berlatarbelakangkan Istanbul , teringat trip ke sana dan semua yang ada masih kuat dalam ingatan. Turki sememangnya sungguh unik.
Terima kasih utk info tentang Ist.membuatkan saya teringin lagi ke kota itu.Nak tanya sedikit apakah laknat yg jatuh kepada bapa Turki Mustafa Kemal Ataturk itu?Terima kasih.
SubhanAllah!
Cantik nya! Ini yang berkobar2 nak g turkey ni...sangat cantik...
weh banyak nya tempat hang melawat..jeles gila aku..aku baru penah pi hongkong,spore dan winter ni pi korea..anyway nice blog bro
salam jhaz, saya sebenarnya sedih kalau lihat keagung daulah islamiyah telah tercabut dari bumi istanbul..malah sekularisme dan Kamal'isme' telah tertancap kuat dalam sebahagian besar pemimpin dan rakyat turki sekarang...walaupun 90% penduduk turki beragama islam tetapi majoriti menjadikan sekularisme sebagai panutan hidup dan ramai dari mereka adalah islam pada nama tapi hakikatnya atheis...
saya berharap dapat sampai di turkey dan istanbul khususnya untuk melihat bekas keagungan kekhilafan turki uthmaniyah~
bagus betul awk punya kajian...
syabas
wah ...
kaki jalan sejati ...
masya - allah
waahh..rindunyer nk ke Turkey lagi..
Amazing Turkey..!!
klu xsilap aku..masjid suleymaniye akn berubah2 wrna pd bangunannya..(maybe ikut jenis musim)..tataw lah betul or tidak apa yg aku ketahui..ke masjid len yg leh tukar2 warna mngikut musim..
hej! jhazkitaro...just to wish you happy eid udha al mubarak...have a great celebration...
Syabas dude, aku suka post ni.
"walaupun aku telah 2 kali menjejakkan kaki di bandar ini, hati aku masih terpanggil-panggil utk ke sana."
Istanbul mmg terlalu ajaib. aku bukan taksub, tp bandar ini mmg ada tarikan yg jarang ada di bandar lain.
aku pun sudah 2 kali ke sana, dan sejak dari tu aku mmg selalu terbyg2, tak sabar nak pegi lagi. tapi sblm tu apa salahnya jugak pegi ke bumi Allah yg lain dulu.
Insya Allah, satu hari nanti. dan mungkin satu hari juga Uthmaniyah bakal bangkit lagi?
adoyaii..
penat gile nak scrolling,
byk sgt posting kat satu page..
kat malaysia masjid byk,gereja,tokong,kuil pun byk..adeh
Assalamualaikum,
Suka tengok gambar saudara. Harap dapat join www.photosantai.com. Dapat pelajari ilmu fotografi di sana. InsyaAllah ramai yang membantu bagimana nak ambik gambar lebih professional.
Anak saya juga buat perubatan tapi jurusan pergigian di Irbid, Jordan.
salam kunjung balas
i love turkey, :) sejarah yang panjang, kejatuhan Islam, kerana kejatuhan itulah, perpecahan ummat Islam dari menjadi satu Ummah. Hope ada kesempatan untuk ke sana satu hari nanti. Nice blog, rajin2 singgahlah blog ana.
:)
Yes, I agree wif u, Istanbul is the most beautiful place in this world esp for those who luv architecture. Heaven.
I love this entry, full with info and history. Akak rasa Jhaz ni salah amik course laa...Tak terasa langsung akak sedang baca blog seorang doctor to be...kikikiki...
Salam Aidil Adha
bleh x lu sya nk gmbrhaghia sophia?
saya penah baca dulu, nama islambul tu ditukar ke istanbul (kota istana) bila kamal attartuk berkuasa.
dlm entry tu ko ade ckp masjid kt sana sentiasa penuh bila waktu solat. tapi, mengikut observation saya, perkara yg sebaliknya berlaku. cthnya, masjid kt sebelah grand bazaar. bila saya semayang kt masjid tu, lengang. sepatutnya, orang keluar masuk akan berterusan. sbb kt bazaar tu, org berpuluh ribu.
masjid yg jd gajah putih pun byk. jemaah kt blue mosque pun x ramai.
my friend just coming back from turkey. i got the shirt from there! hehe refer to my latest post.
best giler ur blog.. next time before nk g holiday mane2 kena tgk blog u dulu..huhu
hey, nice blog. I went to Turkey last year and it was fabulous. 5 days seems so short. :)
Post a Comment