SPRiNG iN THe LoW CouNTRieS (BHG I)

>> Monday, September 26, 2005



Pada cuti Easter/Spring 2004, aku, Jem, Reza, Hafizuddin & Manap decided utk pergi melancong ke negara2 Low Countries iaitu Belgium, Netherlands & Luxembourg selama 8 hari bermula pd 10 March 2004 sampai 17 March 2004. Negara2 tu digelar Low Countries sbb muka buminya yang rata & kebanyakan permukaan buminya dulu adalah laut, tapi setelah ditambak, ianya menjadi daratan yg luas, terutamanya Netherlands. Ni adelah kali pertama kiteorg melancong tanpa menggunakan sape2 sbg tourist guide & kiteorg hanya bergantung kpd buku travel sahaja. Takut pulak rasenye. Heheh.

Kiteorg bertolak dari Dublin Airport pd awal pagi 10 March 2004 dgn flight Ryanair utk ke Brussels Charleroi Airport, Belgium. Sesampainye kat sane, kiteorg amat terkejut kerana it was snowing!! Tak sangke pulak time2 awal Spring ni, salji masih turun. Heheh. Kiteorg naik shuttle bus utk ke Brussels city. Lebih kurang sejam perjalanan. Sampai je kat Brussels city, kiteorg terus cari hostel utk menetap berpandukan buku travel Lonely Planet. Hostel yg kiteorg berkenan adelah Sleep Well Hostel. Jumpe jugak akhirnye. Lepas letak barang2 semue kat dlm bilik, kiteorg pun keluar utk menikmati kota Brussels, Belgium.

Org2 kat negara Belgium ni takde bahasa sendiri. Org2 kat bhg utara Belgium menggunakan bahasa Flemish iaitu bahasa org Netherlands, sementara org2 kat bhg selatan Belgium pulak menggunekan bahasa French. Nama tempatan Belgium dlm bahasa Flemish ialah België, sementara dlm bahasa French pulak ialah Belgique. Org2 kat bandar Brussels ni sendiri pun menggunekan kedua2 bahasa tu. Sbb tu la setiap signboard ade 2 bahasa. Heheh. Name tempatan Brussels dlm French ialah Bruxelles, sementara name tempatannye dlm Flemish pulak ialah Brussel. Antara benda yg paling famous kat negara Belgium ni adelah Belgian chocolate. Sedap gile!! The best chocolate yg aku pernah rasa. Serious. Heheh. Brussels ni bukan sahaje ibu negara Belgium, tapi ianya jugak adelah ibu negara Europe kerana kat sinilah terletaknye ibu pejabat European Union.

Belgian Chocolate
Belgian Chocolate

Kiteorg travel keliling bandar Brussels ni dgn berjalan kaki. Tapi ade jugaklah kiteorg curi2 naik metro iaitu public transport bawah tanah kat sini. Heheh. Nasib baik tak kene tangkap. Tempat pertame yg kiteorg pergi ialah Eurolines office utk beli tiket bus ke Amsterdam. Kiteorg akan ke Amsterdam esok ptg. Lepas beli tiket, kiteorg ke Grand Place yg merupakan tarikan utama pelancong ke Brussels. Kat sinilah letaknye Hotel de Ville iaitu city hall & bertentangan dengannye ialah La Maison du Roi atau Musee de la Ville yg dulunya merupakan penjara sementara. Kini ianya menjadi muzium yg menyimpan lukisan2 lama & costumes utk Manneken Pis. Selain 2 bangunan tu, terdapat jugak 2 lagi bangunan yg bertentangan iaitu La Maison des Ducs de Brabant & Le Renard. Sewaktu Spring, satu perayaan akan diadakan kat sini. Time tu, tengah2 kawasan Grand Place ni akan dihias dgn bunga2. Cantik gile. Tapi malangnye, tarikh kiteorg dtg sini terlalu awal. So, tak dpt la nak meraikan perayaan tu. Kecewa jugak la.

Grand Place, Brussels, Belgium
Grand Place, Brussels, Belgium


Hotel de Ville kat Grand Place, Brussels, Belgium
Hotel de Ville kat Grand Place, Brussels, Belgium


La Maison du Roi kat Grand Place, Brussels, Belgium
La Maison du Roi kat Grand Place, Brussels, Belgium


Kat Grand Place, Brussels, Belgium
Kat Grand Place, Brussels, Belgium


Kat Grand Place, Brussels, Belgium
Kat Grand Place, Brussels, Belgium


Perayaan Sewaktu Spring di Grand Place, Brussels, Belgium
Perayaan Sewaktu Spring di Grand Place, Brussels, Belgium

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP