BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXIX) - SKoPJe II

>> Tuesday, February 23, 2010



Setelah menghabiskan masa yang agak lama di Kale Fortress, aku meneruskan perjalanan ke Mustafa Pasha Mosque, sebuah masjid yang terletak di kawasan Bazaar. Masjid ini adalah antara masjid yang tercantik & terkenal di negara Macedonia. Ianya dibina pada tahun 1492 oleh Mustafa Pasha, wazir kepada Sultan Selim I yang memerintah Empayar Turki Uthmaniyah pada waktu itu. Nasib aku agak kurang baik kerana masjid tersebut sedang dalam proses pembaikan. Jikalau tidak, sudah tentu aku dapat masuk ke dalamnya & mengamati senibina dalamannya yang sudah pastinya memukau.


Mustafa Pasha Mosque, Skopje, Macedonia

Aku kemudiannya berjalan menuju ke Stone Bridge. Jambatan ini dibina merentangi Sungai Vardar, menghubungkan Old Town dengan Macedonian Square. Jambatan bersejarah sepanjang 214 meter ini merupakan antara mercu tanda utama Skopje. Jambatan asal dikatakan telah dibina sewaktu era pemerintahan Maharaja Justinian I pada kurun ke-6. Kemudian, pada kurun ke-15, sewaktu era pemerintahan Sultan Turki Uthmaniah yang bernama Mehmed II yang turut dikenali dengan nama Sultan Muhammad al-Fatih, jambatan ini diperbaiki semula. Beberapa kejadian gempa bumi yang berlaku selepas itu telah merosakkan struktur jambatan ini, terutamanya kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 1555. Oleh itu, ianya terpaksa diperbaiki sebanyak beberapa kali. Sewaktu Perang Dunia Kedua, Stone Bridge ini cuba untuk diletupkan oleh pakatan tentera Nazi Jerman & Fasis Itali, tetapi percubaan mereka berjaya digagalkan.


Stone Bridge, Skopje, Macedonia


Stone Bridge, Skopje, Macedonia


Di atas Stone Bridge, Skopje, Macedonia


Sebuah monumen di tengah-tengah Stone Bridge, Skopje, Macedonia

Aku seterusnya berjalan melalui Stone Bridge untuk ke Macedonian Square, dataran utama yang terdapat di kota Skopje ini. Ianya seringkali dijadikan lokasi untuk aktiviti-aktiviti kebudayaan, politik & lain-lain lagi. Festival perayaan Krismas juga turut diadakan di dataran ini. Macedonian Square juga merupakan tempat yang bersejarah bagi rakyat Macedonia kerana di sinilah kemerdekaan Macedonia daripada Yugoslavia diumumkan oleh Presiden pertamanya, iaitu Kiro Gligorov. Pada masa kini, di sekeliling dataran ini terdapat banyak bangunan-bangunan yang bercirikan senibina moden.


Macedonian Square, Skopje, Macedonia

Selepas menyusuri Macedonian Square, aku meneruskan ekspedisi aku ke Memorial House of Mother Teresa. Rumah memorial ini dibina sebagai memberi penghormatan kepada Mother Teresa, pemenang anugerah Nobel Prize Keamanan tahun 1979. Beliau adalah anak kelahiran Skopje. Beliau merupakan seorang rahib Roman Katolik berbangsa Albania yang mula menjalankan tugasnya di Skopje. Beliau kemudiannya berhijrah ke Calcutta, India & akhirnya meninggal dunia di sana. Sepanjang beliau di Calcutta, beliau telah banyak membuat kerja-kerja amal dengan membantu orang-orang yang susah & memerlukan. Rumah memorial tersebut sebenarnya masih lagi dalam proses pembinaan sewaktu aku berada di situ. Ianya dijangka akan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2009. Di hadapannya terdapat ukiran patung Mother Teresa. Aku hanya bergambar dengan ukiran patung tersebut sahaja.


Mother Teresa


Ukiran patung Mother Teresa, Skopje, Macedonia

Selepas itu, aku meneruskan perjalanan ke City Museum yang dahulunya merupakan stesen keretapi yang dibina pada tahun 1938. Separuh daripada bangunan ini telah roboh sewaktu kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 1963 yang telah mengorbankan seramai 1,066 nyawa & memusnahkan hampir seluruh kota ini. Bangunan ini dibiarkan sebegitu rupa & kini ianya dijadikan sebagai sebuah muzium. Jam yang terdapat pada bangunan ini dibiarkan tidak bergerak & ia menunjukkan pukul 5.17 pagi, iaitu waktu berlakunya kejadian gempa bumi tersebut. Aku hanya bergambar di hadapan bangunan ini sahaja kerana tidak berkesempatan untuk masuk ke dalamnya.


City Museum, Skopje, Macedonia

Seterusnya, aku kembali berjalan melalui Stone Bridge untuk kembali ke kawasan Bazaar yang mempunyai banyak lorong-lorong kecil. Bazaar di Skopje ini adalah antara bazaar yang terbesar di rantau Balkan. Sewaktu era pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah dahulu, kawasan ini menjadi tumpuan peniaga-peniaga Islam & Kristian yang sama-sama menjalankan urusan perniagaan secara aman. Pada waktu itu, kawasan bazaar ini dibahagikan kepada kawasan Kristian & kawasan Islam. Saiz kedai-kedai mereka lebih kurang sama. Pada masa kini, antara barangan yang dijual di sini ialah barang kemas, kasut, pasu & pakaian. Di dalam kawasan bazaar ini juga terdapat masjid, gereja, hamam & hotel. Kawasan ini sememangnya antara tempat tumpuan utama para pelancong di Skopje.


Kawasan Bazaar, Skopje, Macedonia


Sebuah masjid di kawasan Bazaar, Skopje, Macedonia

Aku singgah sebentar di Cifte Hamam, sebuah rumah mandi awam zaman Empayar Turki Uthmaniyah yang terletak di kawasan Bazaar ini. Ia dibina sekitar kurun ke-15 & digunakan sehingga tahun 1915. Hamam ini kemudiannya mengalami kerosakan akibat kejadian gempa bumi tahun 1963. Selepas kejadian tersebut, ianya diperbaiki & dijadikan muzium.


Cifte Hamam, Skopje, Macedonia

Setelah puas mengelilingi kawasan Bazaar, aku pun mengambil keputusan untuk pulang ke hostel memandangkan matarahi sudah hampir terbenam. Aku berjalan menuju ke sebatang jalanraya yang dilalui oleh banyak teksi. Lalu, aku menahan sebuah teksi & meminta pemandunya membawa aku ke hostel yang aku tumpangi. Setelah tiba di hostel, aku berehat-rehat sambil menonton televisyen. Selepas menunaikan solat, aku pun terus melelapkan mata.

Bersambung...

20 buah komen:

mama ju, Tuesday, February 23, 2010 at 8:44:00 AM GMT+8  

Salam anakanda,
Hamam tu maknanya apa ek..tak sabar nak tunggu sambungannya.

Buku tu insyallah nak beli.Pesta buku tu memang ditunggu tiap tahun.Kalau masa tu pengarang buku tu ada lagi bestkan!

Apapun moga selamat menjalani exam akhir yg bakal menjelma.
wassalam.

dv Tuesday, February 23, 2010 at 8:56:00 AM GMT+8  

waw..turkey ^^
nice :)

salam kenal skalian kunjungan balasan, makasii uda mampir :)

al-lavendari Tuesday, February 23, 2010 at 9:09:00 AM GMT+8  

salam. satu blog yang sangat informatif. saya bercadang nak sorot semua entri awak bila ada kelapangan. saya belum pernah sampai ke daerah ini. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.

rezeki Tuesday, February 23, 2010 at 9:19:00 AM GMT+8  

salam jhaz

tahniah bro atas kelahiran buku tersebut, pak itam akan dapatkan di pasaran nanti, insyallah

Dhe Tuesday, February 23, 2010 at 10:02:00 AM GMT+8  

Wah!!! aku mau ke sana.
indah banget!!!

fikaryna Tuesday, February 23, 2010 at 10:13:00 AM GMT+8  

aslam jhazz..kalau nak g hanimun sana sesuai x? kos hidup, makan tmpt tingal ok x sana?

anjang Tuesday, February 23, 2010 at 12:45:00 PM GMT+8  

insyaalah aku akan berkunjung ke booth tersebut, ingin rasanya untuk bertemu dengan penulisnya. Bro minta tolong autograph bukunya ya......

silversarina Tuesday, February 23, 2010 at 4:26:00 PM GMT+8  

salam,

Ooo ... Mother Theresa kelahiran Skopje, baru makcik tau ... semalam duk pujuk2 pakcik nak ajak berjalan ke Balkan / Macedonia .. no response so far ...hihi.

Aulawi Ahmad Tuesday, February 23, 2010 at 4:39:00 PM GMT+8  

tq dah berkunjung bro, senang bisa liat negeri orang :) tq dah berbagi :)

Wanita Itu Tuesday, February 23, 2010 at 9:50:00 PM GMT+8  

seronoknya dapat tengok semua tu..

jauj berjalan luas pengalaman..

catatan kecilku Tuesday, February 23, 2010 at 10:30:00 PM GMT+8  

Wah.. seneng sekali aku bisa datang kesini. Rasanya dengan membaca catatan perjalanan ini aku sudah ikutan jalan2 nih.
Jadi pengen banget bisa ikutan ke Macedonia... tempatnya indah sekali.

the others.... Tuesday, February 23, 2010 at 10:30:00 PM GMT+8  

Ternyata kisah perjalanannya sudah dibukukan ya..? Keren sekali.

Chit Ana Wednesday, February 24, 2010 at 3:14:00 PM GMT+8  

waa dah terbit buku.nati ana pi PBAKL nati.saudara jhaz ada kat situ x nati ?

mas ichang Wednesday, February 24, 2010 at 9:48:00 PM GMT+8  

luar biasa, banyak sekali wawasan dari blog ini. terus menulis sobat.

ini kunjungan pertamaku dan aku jatuh cinta dengan ilmu yg ada disini.

DUNIA POLAR Wednesday, February 24, 2010 at 10:11:00 PM GMT+8  

asalamualaikum, ini kunjungan pertama, jadi salam kenal yah :)
semoga bukunya ntar sukses :D

ParkAir Wednesday, February 24, 2010 at 11:23:00 PM GMT+8  

bestnya travel ke negara orang, bila pulak sampai turn aku..

samanosuke_04 Thursday, February 25, 2010 at 4:39:00 AM GMT+8  

salam ziarah,
hoho, bahagian XXIX??! bahagian brape tue? aku tak reti bace roman.. haha, banyak gak ko jenjalan.. nice to meet you..

Awaluddin Jamal Thursday, February 25, 2010 at 8:01:00 AM GMT+8  

bagus sekali yah disana sahabat..,

rasanya mau juga berkunjung kesana..,

JHaZKiTaRo Thursday, February 25, 2010 at 8:33:00 AM GMT+8  

mama ju:
hamam tu maknanya rumah mandi awam.. jgn lupa beli buku tu ye mama ju.. penulis buku masih di Ireland waktu tu.. unfortunately.. :(

dv:
thanx mampir..

al-lavendari:
wsalam.. thanx ye.. datang2 laa singgah my blog selalu..

rezeki:
wsalam.. thanx pak itam.. jgn lupe ye.. :)

Dhe:
insyaAllah

fikaryna:
wsalam.. honeymoon?? best2.. kos hidup n makan sgt murah.. :)

anjang:
jgn lupe datang berkunjung ke booth pelima media ye.. unfortunately, saya masih di Ireland waktu tu.. :(

Cik Cookie:
thanx

silversarina:
wsalam.. yup. Mother Teresa kelahiran Skopje.. haha.. teruskan memujuk.. nanti cair laa tu.. hihih

Aulawi Ahmad:
sama2.. thanx sudi datang yaa..

Wanita itu:
thanx.. :)

catatan kecilku:
thanx sudi berkunjung ke sini.. datang2 laa lagi ye..

the others:
insyaAllah

Chit Ana:
insyaAllah akan diterbitkan bulan Mac ni.. unfortunately, saya masih di Ireland waktu pesta buku tu.. :(

mas ichang:
thanx yaa.. datang sini lagi. :)

Dunia Polar:
wsalam.. thanx singgah... :)

ParkAir:
insyaAllah satu hari nanti.. :)

samanosuke_04:
wsalam.. bhg 29.. haha..

Awaludin jamal:
insyaAllah u will..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP