BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXVIII) - SKoPJe I

>> Monday, February 22, 2010



Skopje adalah ibu negara Macedonia & juga merupakan bandar yang terbesar di negara ini. Jumlah penduduknya adalah seramai 506,000 orang, iaitu hampir ¼ daripada jumlah keseluruhan penduduk di Macedonia. Ia terletak di pinggiran Sungai Vardar, sungai yang terpanjang di negara ini.


Peta kedudukan Skopje di dalam Macedonia

Bumi Skopje telah menjadi penempatan manusia sejak Zaman Neolitik lagi. Pada tahun 148 SM, Skopje telah jatuh ke tangan Empayar Rom selepas kejatuhan kerajaan Macedonia akibat kekalahannya dalam peperangan dengan Empayar Rom. Kemudian, pada tahun 395 M, sewaktu perpecahan Empayar Rom kepada Empayar Rom Barat & Empayar Rom Timur, kota ini diserahkan ke bawah pemerintahan Empayar Rom Timur yang kemudiannya dikenali sebagai Empayar Byzantine.

Skopje kemudiannnya jatuh pula ke tangan Kerajaan Bulgaria Pertama & dijadikan ibu kota kerajaan tersebut dari tahun 972 hingga 992. Selepas kejatuhan kerajaan itu pada tahun 1018, Skopje kembali menjadi tanah jajahan Empayar Byzantine. Namun, ia jatuh pula ke bawah jajahan Empayar Serbia pada tahun 1282. Tidak berapa lama selepas itu, iaitu pada tahun 1392, Skopje akhirnya menjadi sebahagian daripada Empayar Turki Uthmaniyah & terus berada di bawah pemerintahan empayar tersebut selama lebih kurang 520 tahun. Sewaktu di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah, Islam tersebar dengan meluas di bumi Skopje. Boleh dikatakan majoriti daripada penduduknya menganut agama Islam pada waktu itu. Bangunan-bangunan seperti masjid, hamam & madrasah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Gereja-gereja juga banyak ditukar fungsinya menjadi masjid.

Seterusnya, pada tahun 1689, Skopje telah ditawan oleh tentera Empayar Austria. Akan tetapi, penawanan tersebut tidak lama. Selepas kerosakan dibuat di bumi Skopje, mereka keluar meninggalkan bandar tersebut. Hal ini berlaku kerana dendam Empayar Austria terhadap Empayar Turki Uthmaniyah yang telah cuba menceroboh Vienna, ibu kota empayar tersebut pada tahun 1683.

Pada akhir kurun ke-19, berlaku beberapa rusuhan menentang pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah di Skopje. Namun, kesemuanya berjaya dipatahkan. Kemudian, sewaktu tercetusnya Perang Balkan sekitar tahun 1912, pemerintah-pemerintah Turki Uthmaniyah di Skopje telah dihalau keluar oleh penduduk-penduduk bangsa Albania di sini. Tentera Serbia yang tiba kemudiannya telah berjaya menghalau kesemua pemerintah-pemerintah empayar tersebut keluar dari seluruh bumi Macedonia. Skopje kemudiannya berada di bawah pentadbiran kerajaan Serbia buat sementara waktu sebelum pemerintahannya diambil alih oleh kerajaan Bulgaria pada tahun 1914.

Selepas Perang Dunia Pertama, Skopje menjadi sebahagian daripada kerajaan Yugoslavia yang baru dibentuk. Ia kemudiannya jatuh ke tangan tentera Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas tamatnya perang tersebut, Skopje berada pula di bawah pemerintahan Republik Sosialis Yugoslavia. Kemudian, pada tahun 1991, Skopje dijadikan ibu negara Macedonia selepas negara itu mendapat kemerdekaan daripada republik tersebut.

Lokasi pertama di Skopje yang aku jejaki ialah Sveti Kliment Ohridski, sebuah gereja Orthodox yang mempunyai senibina yang moden & unik. Gereja ini dibina pada tahun 1972. Ianya kelihatan seakan-akan seperti sebuah masjid jikalau dilihat dari jauh. Seterusnya, aku melalui bangunan Pejabat Pos Skopje yang mempunyai senibina yang agak menarik. Pejabat pos ini dibina sewaktu era pemerintahan Republik Sosialis Yugoslavia.


Sveti Kliment Ohridski, Skopje, Macedonia


Pejabat Pos Skopje, Skopje, Macedonia

Selepas bergambar dengan bangunan pejabat pos itu, aku berjalan menuju ke pinggir Sungai Vardar. Di sini terdapat sebuah monumen bersejarah yang bernama Liberation of Skopje Monument. Monumen ini dibina bersempena dengan pembebasan Macedonia daripada cengkaman penjajah sewaktu Perang Dunia Kedua. Di seberang Sungai Vardar, terletak Kale Fortress, sebuah kubu pertahanan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Selepas bergambar dengan Liberation of Skopje Monument & juga dengan Kale Fortress yang terletak di seberang sungai tersebut, aku mengorak langkah melalui jambatan yang dibina merentangi sungai itu.


Liberation of Skopje Monument, Skopje, Macedonia


Kale Fortress dari seberang Sungai Vardar, Skopje, Macedonia


Kale Fortress dari seberang Sungai Vardar, Skopje, Macedonia, Skopje, Macedonia

Destinasi aku yang seterusnya ialah Daut Pasha Hamam, rumah mandi awam yang dibina pada akhir kurun ke-15 oleh Daut Pasha, wazir Sultan Empayar Turki Uthmaniyah di Skopje pada waktu itu. Ianya pada masa kini digunakan sebagai galeri yang mempamerkan koleksi kesenian kurun ke-19 & 20. Aku kemudiannya berjalan menuju ke Kale Fortress yang terletak di puncak yang tertinggi di kota ini. Untuk ke situ, aku perlu mendaki sebuah bukit yang agak curam. Kubu pertahanan ini dipercayai dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Byzantine yang bernama Justinian I. Ia kemudiannya turut digunakan sewaktu era pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, kubu pertahanan ini mengalami kerosakan teruk sewaktu berlakunya kejadian gempa bumi di sini pada tahun 1963. Ianya tidak diperbaiki untuk sekian lama sehinggalah ada usaha untuk memperbaikinya baru-baru ini. Dari atas Kale Fortress ini, aku dapat menikmati panorama kota Skopje yang sungguh menakjubkan. Besar & cantik juga kota Skopje ini sebenarnya.


Daut Pasha Hamam, Skopje, Macedonia


Kale Fortress, Skopje, Macedonia


Kale Fortress, Skopje, Macedonia


Panorama kota Skopje dari Kale Fortress, Skopje, Macedonia

Bersambung...

27 buah komen:

mama ju, Monday, February 22, 2010 at 8:39:00 AM GMT+8  

Salam anakanda
Terimakasih sambung cerita.Hebatnya skopje mcm2 pemerintahan datang..sveti tu macam masjidkan?

rezeki Monday, February 22, 2010 at 9:10:00 AM GMT+8  

salam jhaz

byk monumen bersejarah dan seni reka btk bangunan dulu2

bila habis study kat sana ?

alifah@along Monday, February 22, 2010 at 2:38:00 PM GMT+8  

salam ...wah2..syoknya dia ...44 buah negara dah??biasanya, travel brp org??saya baru nak start baca blog awak ni..apapun, tahniah!!

Wawank Monday, February 22, 2010 at 3:36:00 PM GMT+8  

salam sahabat kak!

LUAR BIASA,Artikelnya menarik abiz!

Kaseh NazLieza Monday, February 22, 2010 at 4:10:00 PM GMT+8  

hmm..btuahnyer bdn dpt peluang merantau ke negara org...

***pakej katering serendah rm6.90 per pax di samping hadiah kek pengantin 3 tingkat secara percuma lawati :

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

AISHALIFE-LINE Monday, February 22, 2010 at 4:42:00 PM GMT+8  

Wow,...interesting post!Thanks kunjungannya ya...wah lagu nya Yara.Kesukaanku tuh heheh

kiLa oh LaLa Monday, February 22, 2010 at 4:42:00 PM GMT+8  

wow..
bes nye..
cm nk p je..
huhuuhhuh..
bro amik medix ek?
hehehheee..

AISHALIFE-LINE Monday, February 22, 2010 at 4:44:00 PM GMT+8  

Eh salah dah!lagu Arabic ini bro...njiplak apa?yang asli mana ya?

NURA Monday, February 22, 2010 at 9:19:00 PM GMT+8  

salam sobat
sungguh indah dan keren2 fotonya mas,,
saya jadi tahu Skopje,Kale Fortress dan Macedonia.
trimskunjungannyake S.A.
salam kenal juga..

Chit Ana Monday, February 22, 2010 at 9:49:00 PM GMT+8  

salam saudara,

ada x pic org2 macedonia.nak kenal jugak.misti comel2 kan.rupe mat saleh jugak ke?

orangkasai Monday, February 22, 2010 at 10:03:00 PM GMT+8  

salam persahabatan. ok aku sebutir pasir telah diblog listkan dlm sgkasai, tapi ia hanya kelihatan jika terdapat entri terkini sahaja. 25 senarai yang terkini sentiasa berubah-ubah.

berita untuk negri Monday, February 22, 2010 at 10:11:00 PM GMT+8  

aku pernah dengar bahwa macedonia tempat kelahiran alexander agung,,
dan aku tahu benar orang macedonia,mereka keras,tapi sebenarnya lembut,,mereka seperti rumania tetapi bukan rumania,,aku pernah ke sana,waktu aku kerja di kapal pesiar,,,

munir ardi Monday, February 22, 2010 at 11:05:00 PM GMT+8  

sebuah cerita bersambung yang indah saya berkunjung balik sahabat

RCA102,5 FM Tuesday, February 23, 2010 at 1:24:00 AM GMT+8  

MANTAP INFONYA. MUHIBBAH KE BERBAGAI NEGARA NIH, SOBAT? KEREN.

Leenoh Tuesday, February 23, 2010 at 5:50:00 AM GMT+8  

Salam Jhazkitaro.

Jauh perjalanan luas pandangan, semoga anda berjaya dalam perjuangan.

Clara Tuesday, February 23, 2010 at 7:52:00 AM GMT+8  

negaranya keliatannya indah
seru bener bisa jalan" ke kota yg aku ga penrha tau namanya XD

JHaZKiTaRo Tuesday, February 23, 2010 at 8:14:00 AM GMT+8  

mama ju:
wsalam.. yup.. skopje mmg bandar yg menjadi rebutan ramai.. haha.. tu laa... gereje tu mmg nampak mcm masjid je

rezeki:
wsalam.. yup mmg banyak.. habis blaja bulan april ni.. insyaAllah..

alifah:
wsalam.. thanx.. biasa travel dgn kawan2 atau sorangg.. ikut mood.. hihi.. teruskan membaca ye..

wawank:
thanxx.. sila datang lagi..

Kasih Nazlieza:
:)

Aishalife-Line:
thanx for coming by.. itu bukan lagu arab.. tapi lagu2 greek

kila oh lala:
yup.. ambik medic

udacen:
datang laa sini.. hihi

Nura:
wsalam.. thanx atas kunjungan anda.. datang lagi yaa..

chit ana:
wsalam.. gambar org macedonia? hahah.. muka mcm orang putih campur arab.. hih

orangkasai:
thanx byk2 ye,,

Riesta Emy Susanty:
:)

berita untuk negri:
yup.. mmg kelahiran alexander agung.. oow.. pernah ke sana ye? bagus2..

munir ardi:
sila berkunjung kembali yaa.

Ivan Kavalera:
thanx.

RCA102.5FM:
thanx

Hedriawanz:
thanx

Leenoh:
wsalam.. thanx

Clara:
:) mmg indah..

MiSz MaNja Friday, February 26, 2010 at 7:43:00 PM GMT+8  

entri ni mmg bagus nak inform kat org tp gambar2 tu xleh ke disatukan ea? banyak sangat gambar la.. naik juling mata.. (upss.. adakah saya mengarah?) heheh.. 0_0

lakha Saturday, May 22, 2010 at 1:36:00 PM GMT+8  

wah menarik sekali. saya sedang mencari info soal skopje, boleh saya pakais edikit buat buku yang saya tulis? nanti saya sebutkan sumbernya. salam kenal. imel saya laurakha@gmail.com

Anonymous Sunday, March 3, 2013 at 12:47:00 PM GMT+8  

valium depression buy valium spain - valium vicodin

Anonymous Thursday, March 21, 2013 at 9:39:00 AM GMT+8  

http://technologiesuae.com/#pill xanax 83 - xanax davis drug guide

Anonymous Friday, May 24, 2013 at 3:28:00 AM GMT+8  

I think everything published was actually very reasonable.
But, what about this? suppose you were to create
a killer post title? I mean, I don't want to tell you how to run your website, but what if you added a title to possibly get folk's attention?
I mean "BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXVIII) - SKoPJe I" is kinda plain.
You should peek at Yahoo's front page and note how they write post titles to get people interested. You might add a video or a related pic or two to grab people interested about what you've
got to say. In my opinion, it would bring your posts a little livelier.


Also visit my weblog :: click here

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP