BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXV) - SoFia II

>> Monday, February 15, 2010



Selepas bergambar dengan Sveta Nedelya Cathedral, aku meneruskan perjalanan aku ke President’s Building yang merupakan kediaman rasmi Presiden Bulgaria. Aku hanya sekadar bergambar di hadapannya sahaja. Berhampiran dengannya, terletak sebuah gereja kecil bernama Church of St George. Gereja ini diperbuat daripada bata-bata merah yang dibina oleh penganut-penganut awal ajaran Kristian sewaktu pemerintahan Empayar Rom di bumi Sofia. Ianya dipercayai sebagai bangunan tertua yang masih wujud di kota ini. Sewaktu pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah di Sofia, gereja ini ditukar fungsinya menjadi masjid & segala fresco yang terdapat di dalamnya ditampal. Selepas kemerdekaan Bulgaria, tampalan yang dibuat di atas fresco-fresco tersebut dikikis semula untuk dipamerkan.


President’s Building, Sofia, Bulgaria


Church of St George, Sofia, Bulgaria

Aku kemudiannya mengorak langkah menuju ke Aleksander Nevski Church. Dalam perjalanan ke gereja itu, aku singgah di Ethnographical Museum untuk bergambar di hadapannya. Aku kurang pasti mengenai sejarah bangunan itu. Kemudian, aku berhenti pula di hadapan St Nikolai Russian Church. Gereja kecil ini adalah kepunyaan komuniti penganut ajaran Kristian Russian Orthodox di bumi Sofia. Gereja ini sebenarnya dibina di atas tapak Saray Mosque yang telah dirobohkan pada tahun 1882, sewaktu pendudukan Empayar Russia di Bulgaria. Pembinaan gereja ini dimulakan pada tahun 1907, setahun sebelum kemerdekaan Bulgaria & ia siap sepenuhnya pada tahun 1914. Ia dibina sebagai membalas jasa Empayar Russia yang telah membantu Bulgaria mendapatkan kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyah. Nama gereja ini diambil bersempena dengan nama Tsar Russia yang memerintah sewaktu gereja ini dibina, iaitu Nicholas II. Sewaktu era pemerintahan Komunis di Bulgaria, gereja ini masih tetap dibuka. Walau bagaimanapun, paderi-paderinya sentiasa diawasi. Gereja ini mempunyai 5 buah kubah yang disalut emas. Itulah yang menjadi daya tarikannya.


Ethnographical Museum, Sofia, Bulgaria


St Nikolai Russian Church, Sofia, Bulgaria

Selepas itu, aku singgah pula di Tsar Osvoboditel Statue, sebuah monumen patung berkuda yang terletak di tengah-tengah sebuah dataran di Tsar Osvoboditel Boulevard. Monumen patung ini dibina sebagai memberi penghormatan kepada Tsar Russia yang bernama Alexander II atas jasanya membantu membebaskan Bulgaria daripada jajahan Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1878. Monumen patung ini siap dibina & diletakkan di lokasinya pada tahun 1903. Ianya dirasmikan oleh Raja Bulgaria pada waktu itu, iaitu Ferdinand I.


Tsar Osvoboditel Statue di Tsar Osvoboditel Boulevard, Sofia, Bulgaria


Tsar Osvoboditel Statue di Tsar Osvoboditel Boulevard, Sofia, Bulgaria

Kemudiannya, barulah aku tiba di Aleksander Nevski Church. Gereja ini adalah sebuah gereja Orthodox yang bercirikan senibina Byzantine. Bentuknya seakan-akan Hagia Sophia di Istanbul, cuma saiznya lebih kecil. Gereja ini adalah antara gereja Orthodox yang terbesar di dunia & merupakan mercu tanda utama Sofia yang menjadi tumpuan utama para pelancong. Ianya boleh memuatkan seramai 5,000 orang pada satu masa. Kubahnya yang paling besar disalut dengan emas & mempunyai ketinggian 45 meter dari paras permukaan bumi. Pembinaan gereja ini dimulakan pada tahun 1882 & siap sepenuhnya pada tahun 1912. Ia dibina sebagai memberi penghormatan kepada tentera Empayar Russia yang telah berjuang memerangi tentera Empayar Turki Uthmaniyah yang akhirnya berjaya membebaskan Bulgaria daripada penjajahan Empayar Turki Uthmaniyah.


Aleksander Nevski Church, Sofia, Bulgaria


Aleksander Nevski Church, Sofia, Bulgaria

Seterusnya, aku berjalan menuju ke National Palace of Culture yang terletak berdekatan dengan Yuzhen Park. National Palace of Culture ini atau nama singkatannya, NDK adalah bangunan serbaguna yang terbesar di rantau Balkan. Bangunan ini mempunyai 13 buah dewan. Ianya digunakan untuk perjumpaan rasmi, kongres, konvensyen & pameran. Festival Filem Sofia juga turut diadakan di sini. National Palace of Culture ini dibuka pada tahun 1981. Pada tahun 2005, ia dianugerahkan sebagai pusat kongres terbaik dunia oleh International Organisation of Congress Centres.


National Palace of Culture, Sofia, Bulgaria

Selepas melawat National Palace of Culture, aku singgah di sebuah gerai yang menjual pizza dengan harga yang amat murah. Aku membeli pizza tomato & keju kerana itu sahaja yang halal untuk dimakan. Saiz pizza tersebut amat berbaloi dengan harganya. Selepas makan, aku kembali semula ke hostel untuk solat & berehat-rehat. Apabila malam sudah menjelma, aku menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak. Kemudian, aku keluar untuk menikmati suasana malam di Sofia yang sememangnya cantik di bawah sinaran bulan. Aku sempat bergambar di beberapa monumen penting di sini. Selepas puas menikmati keindahan malam di kota ini, aku pun kembali semula ke hostel untuk melelapkan mata.


Aleksander Nevski Church, Sofia, Bulgaria


Aleksander Nevski Church, Sofia, Bulgaria


Banya Bashi Mosque, Sofia, Bulgaria

Bersambung...

10 buah komen:

mama ju, Monday, February 15, 2010 at 10:07:00 AM GMT+8  

Salam anakanda

Salam ketmu lagi.mama masi mengikuti tulisan ni...gambar waktu malam tu cantik betul...lagu2 kat sbelah tu pun menarik2..lagu pertama tu lane moje sedap.Lagu2 famous kat tpt tu ke?
Buku tu terbitan mana ye?

JHaZKiTaRo Monday, February 15, 2010 at 10:27:00 AM GMT+8  

mama ju:
wsalam mama ju.. thanx sbb sudi follow my story.. saya mmg suka ambik gambar2 waktu malam.. kadang2 lagi cantik drp gambar2 waktu siang.. lagu2 kat sebelah tu mmg lagu2 dari rantau Balkan.. lagu Lane Moje tu lagu dalam Bahasa Serbia.. lagu tu mmg famous dekat rantau balkan ni.. pernah menang byk award.. terbitan mane?? insyaAllah nanti saya akan umumkan bila buku tu dah keluar.. sabar ye.. hihi..

milimilo Monday, February 15, 2010 at 12:00:00 PM GMT+8  

church mcm bentuk masjid..mmg menarik la jln2 kat negara org..teringin..

Cikgu Lin Monday, February 15, 2010 at 4:17:00 PM GMT+8  

Salam ketemu...seronok baca...lagu pun best. Tahun ni saya berazam nak pergi Turki..tahun lepas terlepas sbb tarikh tak ada yang sesuai....selalu pergi ikut tour je...anakanda gigih jalan sendiri2..semoga banyak lagi dapat menimba ilmu.

mohdandmeriam Tuesday, February 16, 2010 at 8:49:00 AM GMT+8  

salam jhaz. ini pembaca setia jhaz...he...he... angat teruja dengan cerita2 dan gambar2nya dan lagu2nya.kadang2 masuk blog (w/p dah baca) semata2 nak dengar lagu2 tu.

silversarina Tuesday, February 16, 2010 at 10:52:00 AM GMT+8  

Makcik sentiasa 'terliur' tengok gambar2 cantik dalam pengembaraan jhaz .

Chit Ana Tuesday, February 16, 2010 at 8:56:00 PM GMT+8  

salam

cantiknya gambar.gune dslr ke?gambar masjid pun lawa.ana natikan yang sambungan seterusnya ya ;)

JHaZKiTaRo Wednesday, February 17, 2010 at 8:37:00 AM GMT+8  

milimilo:
insyaAllah, u'll get the chance

Cikgu Lin:
wsalam.. waaah.. gi turkey?? best2.. have a great time!!

mohdandmeriam:
wsalam.. hihihi.. jgn jemu2 datang singgah ye

silversarina:
hehee.. dahsyatnye.. sampai terliur.. i take that as a compliment.. :)

Chit Ana:
wsalam.. kamera biasa je.. tak mampu lagi nak beli kamera D-SLR.. :)

maslinamansor Wednesday, February 17, 2010 at 9:29:00 AM GMT+8  

Selalu pergi berjalan... ngan sapa...?

teruja bila tengok keindahan kt tempat org... nak pegi xmampu... :)

Anonymous Sunday, March 3, 2013 at 10:27:00 AM GMT+8  

buy valium online buy valium online without rx - cheap valium buy

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP